Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JURUACARA VERSI BAHASA MELAYU

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA


MAJLIS PELANCARAN NILAM
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
ACARA TEKS JURUACARA CATATAN
Sidang hadirin, nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi.
Hadirin hadirat dipohon berdiri.

Nyanyian Lagu
(NYANYIAN LAGU NEGARAKU)
Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian Lagu Negaraku sebentar


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Salutasi
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha, Encik Zulkaimi bin Muhammad


Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan AU Keramat

Yang Berbahagia,
KPL 142113 Arifful Ma’rif bin Mohamed
Pegawai Perhubungan Sekolah daripada Balai Polis Setiawangsa

Yang Dihormati
KPL 178228 Mohd Shamrizal bin Ibrahim

Yang Dihormati
Puan Norfouwiza Bt Jalani
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Puan Emelia binti Kamarulzaman,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Doreena Easter anak Nipod,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan ahli jawatankuasa pelaksana, rakan-rakan guru, serta


Barisan pemimpin muda yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan Salam Malaysia Madani

Selamat datang ke
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
SK AU Keramat sesi 2023/2024

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan
kurniaNYA, kita dapat bersama-sama berhimpun untuk mentauliahkan secara
rasmi pemimpin-pemimpin muda SK AU Keramat bagi tahun 2023/2024.
Majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin muda pada hari ini diadakan
bagi mengiktiraf peranan pemimpin-pemimpin cilik ini dalam menyumbang
kepada kegemilangan sekolah di samping menyemai sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan
penyerahan tugas secara rasmi pada hari ini bakal melahirkan pemimpin-
pemimpin muda yang berdedikasi, jujur dan amanah dalam menjalankan
tugas. Pemimpin-pemimpin cilik ini dilantik berdasarkan peribadi yang baik,
dedikasi dan bijak membuat keputusan. Dengan bantuan barisan pemimpin
muda ini yang sentiasa sedia membantu, segala urusan dan perjalanan operasi
di sekolah dapat berjalan dengan baik dan lancar. Semoga usaha pemimpin-
pemimpin muda yang berterusan ini dapat memberikan kejayaan dan
kegemilangan kepada SK AU Keramat pada masa akan datang.

Lafazan Doa
Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah kita semua,
selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang
jernih, menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta
munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadil Ustaz


Muhammad Abdellah bin Mohd Sarif tampil seketika untuk memimpin
bacaan doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

( BACAAN DOA )

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..


Semoga majlis kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Selesai doa

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada Al-Fadil


Ustaz Muhammad Abdellah bin Mohd Sarif atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis kini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulkaimi


Ucapan GB
bin Muhammad, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan AU Keramat untuk
menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN GB)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zulkaimi bin Muhammad atas ucapan
sebentar tadi.

Ucapan Hadirin hadirat sekalian,


perasmian Kini dijemput Yang Berbahagia
KPL 142113 Arifful Ma’rif bin Mohamed, Pegawai Perhubungan Sekolah
daripada Balai Polis Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK AU
Keramat Tahun 2023/2024. Majlis mempersilakan.

Ucapan perasmian

Terima kasih Yang Berbahagia KPL 142113 Arifful Ma’rif bin Mohamed
kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program pada hari
ini.

Dipersilakan En. Zulkaimi bin Muhammad untuk menyampaikan


cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada perasmi kita.
Terima kasih tuan.

Mohon vip kekal di atas pentas.


Penyerahan Sijil Para hadirin sekalian,
Watikah
Majlis kini diteruskan dengan penyerahan sijil watikah kepada wakil-wakil
pemimpin muda SK AU Keramat bagi sesi 2023/2024.

Dengan ini, majlis mempersilakan En. Zulkaimi bin Muhammad untuk


mengiringi Yang Berbahagia KPL 142113 Arifful Ma’rif bin Mohamed
untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada 5 ketua pemimpin
muda bagi mewakili semua pemimpin muda SK AU Keramat.

Dipersilakan..
Ketua Pengawas Sekolah
Muhammad Irham bin Mohd Rifai’e

Ketua Penagawas SPBT


Muhammad Asyraaf Danish bin Shaiful Akhman

Ketua Pengawas Pusat Sumber


Irfan Dhani bin Mohamad Izham

Ketua Briged Bestari


Hazim Husaini bin Mohd Asraf

Ketua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Muhammad Ahnaf Danish bin Sufriadi

Dijemput semua ketua pemimpin muda untuk mengabadikan foto kenangan


bersama-sama vip kita. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Kpl Arifful Ma’arif dan Encik Zulkaimi bin
Muhammad atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput, barisan ketua pemimpin muda yang diketuai oleh


Muhammad Irham bin Mohd Rifai’e ,Ketua Pengawas SK AU Keramat sesi
2023/2024, untuk tampil ke hadapan bagi menyempurnakan majlis bacaan
ikrar.

Bacaan Ikrar Semua murid diminta berdiri bagi menyempurnakan lafazan ikrar.

(BACAAN IKRAR)

Terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin muda yang telah pun menerima
watikah pelantikan secara rasminya pada pagi ini. Semoga pelantikan yang
diterima pada hari ini menjadi dorongan, sokongan dan motivasi kepada
semua pemimpin cilik ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab, efisyen dan penuh integriti di samping mengejar,
meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang sekaligus
membanggakan SK AU Keramat menuju ke arah sekolah yang terbilang.

Kini, kita telah pun sampai ke penghujung acara.


Majlis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang sudi
Penutup
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Pada kesempatan ini juga, pihak majlis ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sesi fotografi

Anda mungkin juga menyukai