Anda di halaman 1dari 4

Teks eMCee

Watikah pelantikan pengawas


2023/2024

Kata aluan Yang Berbahagia,


Pegawai Perhubungan Sekolah
Tuan Sarjan Suhaimi Bin Adnan
Dari Ibu Pejabat Daerah Temerloh
Polis Diraja Malaysia.

Yang Berusaha,
Puan Rodziyah bt Mohamad Yuneh
GURU BESAR SK TANJUNG BATU

En.Mohd Noor bin Ali


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

En.Ahmad Shukri bin Mohd Zain


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Barisan guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum….W.B.T

Syukur Alhamdulillah, pada pagi ini kita dapat bersama-sama lagi bagi
menjayakan sebuah majlis yang amat dinanti-nantikan oleh pemimpin-
pemimpin muda Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu iaitu Majlis Watikah
Pelantikan Pemimpin SK Tanjung Batu tahun 2023/2024, khusus untuk
pengawas, ketua dan penolong kelas sekolah.

Untuk makluman semua, matlamat utama majlis pelantikan ini adalah


untuk memberi pengiktirafan kepada barisan kepimpinan pengawas,
ketua dan penolong kelas.

SESI 1 Hadirin yang dihormati,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn.
Guru Besar SK Tanjung Batu, Pn Rodziyah Binti Mohamed Yuneh untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar di atas ucapan itu tadi.
SESI 2 Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan menjemput tetamu khas kita pada hari ini,Tuan
Sarjan Suhaini Bin Adnan, untuk memberikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan acara penyampaian watikah pelantikan kepada
barisan pemimpin sekolah tahun 2023/2024.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan di atas ucapan itu
tadi.

SESI 3 Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada


barisan pengawas sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas.. Majlis
dengan ini menjemput Tuan Sarjan Suhaimi Bin Adnan diiringi oleh Puan
Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan guru penasihat badan
pengawas SKTB untuk menyempurnakan penyampaian watikah
pelantikan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis penyampaian watikah pelantikan pada pagi ini akan dimulakan


dengan barisan pengawas2 :

Tahun 3
seterusnya
Tahun 4
seterusnya
Tahun 5
seterusnya
Tahun 6

Diikuti dengan barisan ketua2 kelas.


Dan akhir sekali penolong ketua kelas.

Seterusnya, majlis ingin mengumumkan pelantikan kapten dan penolong


kapten bagi badan induk unit pengawas sekolah sesi 2023/2024.

Dipersilakan nama yang saya akan sebutkan ini tampil ke hadapan untuk
diperkenalkan kepada seluruh warga SK Tanjung Batu sebagai tanda
rasminya pelantikan mereka.

Diumumkan (nada suara tinggi dan bersemangat)

Kapten Murid SK Tanjung Batu bagi sesi 2023/2024 iaitu


ADIK NIK FARASOFEA BINTI NIK NASUHA
Penolong Kapten Murid (Lelaki)
ADIK MUHAMMAD SAAD BIN HALIMEE

Penolong Kapten Murid (Perempuan)


ADIK UMMU HANA BINTI RAJUDIN

Tahniah diucapkan kepada adik nik farasofea, adik Saat dan adik Ummu
HANA serta semua murid atas pelantikan ini.

Untuk makluman semua, tema program pada hari ini adalah ‘Generasi
Muda Hari Ini, Pemimpin dan pemilik masa hadapan’ Semoga semua
yang dilantik akan menjalankan tanggugjawab dan amanah yang diberi
sebaik-baiknya bersesuaian dengan tema tersebut.

Sentiasalah perbaiki kelemahan diri anda, tingkatkan keyakinan diri anda,


serlahkan potensi diri anda,. Jadilah pemimpin yang baik akhlak dan budi
bahasanya. Dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga penampilan anda
semua.

Syabas dan tahniah buat semua.

CENDERAHATI Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sarjan Suhaimi bin Adnan atas
TETAMU KHAS penyempurnaan acara sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, dijemput Puan Guru Besar untuk


menyampaikan cenderahati dari pihak sekolah kepada Sarjan Suhaimi
bin Adnan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan guru besar .

IKRAR Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis menjemput Kapten adik Nik Farasofea Binti Nik Nasuha
untuk mengetuai bacaan ikrar pemimpin. Dipersilakan.

Semua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas mohon


bersedia.

Terima kasih diucapkan kepada adik Nik Farasofea diatas pimpinan


bacaan ikrar itu tadi.
SESI BERGAMBAR
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar sebentar lagi.
PENUTUP Hadirin hadirat sekalian,

Dengan upacara bacaan ikrar pemimpin itu tadi, maka selesailah sudah
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin bagi sesi 2023/2024.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran
semua ke majlis yang diadakan pada hari ini.

Wabillahitaufikwalhidayah… wassalamualaikum warahmatullah hi


wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai