Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2014

Tarikh : 19 Januari 2014


Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Sidam Kiri

SK Sidam Kiri, - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2014 berlangsung di Dewan Terbuka
SK Sidam Kiri hari ini melibatkan 41 orang Pengawas yang telah dilantik dari kalangan murid Tahun3, 4 5
dan 6. Majlis tersebut yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para Pengawas agar mereka
dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan efektif seterusnya membentuk semangat menjadi
pemimpin di masa hadapan.

Majlis bermula seawal jam 7.40 pagi dengan sesi perhimpunan mingguan yang diadakan seperti biasa.
Seterusnya, Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian untuk melancarkan majlis pelantikan
tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua Pengawas Sekolah agar dapat menunjukkan contoh
tauladan yang terbaik kepada semua murid. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian
Watikah Pelantikan Pengawas 2014 dan pemakaian blazer kepada Ketua Pengawas, dan Penolong
Ketua Pengawas, .

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SK Sidam Kiri 2014 berakhir dengan bacaan ikrar oleh
semua Pengawas yang telah dilantik dan sesi bergambar bersama dan guru-guru Pengawas.
Tentatif :

7.40 pagi -Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKSK. Guru-guru mengambil tempat.Murid-murid
berkumpul di dewan 

7.50 pagi - Bacaan Doa ,Ikrar

8.00 pagi -Ucapan Guru Bertugas

8.05 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis

8.10 pagi - Ucapan GPK HEM

8.20 pagi - Ucapan Guru Besar

8.30 pagi - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan :


Pengawas Sekolah
Pengawas PSS

8.50 pagi - Lafaz Ikrar Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

9.00 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku

9.05 pagi - Sesi Fotografi untuk kenangan

9.15 pagi - Bersurai


AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :  - Guru Besar

Pengerusi :  - GPK HEM

Naib Pengerusi :

- GPK Kokorikulum

Penyelaras Pengawas Sekolah :

Penyelaras Pengawas PSS :

Buku Program :

Juruacara :

PA Sistem :

Backdrop :

Bacaan Doa :

Persiapan Dewan :

Encik Mohd Norizi Bin Mohamad

Disiplin:

Sijil :
Kekuatanprogram :
Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam takwim aktiviti sekolah dan berjalan
lancar mengikut aturcara. Barisan pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu
menjalankan tugas dengan baik, selain dapat menjadi contoh pelajar cemerlang serta berketrampilan
dalampelbagaiaspek.

Disediakan oleh,
LAMPIRAN BERGAMBAR

Dif jemputan, para guru dan murid-murid berhimpun di Dewan Munawwarah.


 

 
 Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Bacaan Doa.
Ucapan oleh PK Pentadbiran SK Jelawat 2, Tn Hj Zahari bin Daud dan 
Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed, dari IPD Bachok.

Gimik Pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2.


 
Pelaksanaan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 
dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Lafaz Ikrar Pengawas diketuai oleh Siti Nursyafiqah, Ketua Pengawas SK Jelawat 2.
Penyampaian Cenderahati.

Foto Kenangan.
TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PERLANTIKAN PENGAWAS
Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia En Mohamad bin Hussien

Guru Besar SK Sidam Kiri ,

Yang Berusaha  Guru-Guru Penolong Kanan,

Rakan-rakan guru yang dihormati,

Seterusnya anak-anak didik sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas
dan Pengawas PSS Tahun 2014.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada En Mohamad bin Hussien – Guru
Besar SK Sidam Kiri 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .

Majlis merakamkan  ucapan terima kasih kepada  En Mohamad bin Hussien – Guru Besar SK Sidam
Kiri 2014 di atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Kini, tibalah kita ke acara penyampaian watikah perlantikan kepada penerima. Bagi
menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan   En Mohamad bin Hussien – Guru Besar SK
Sidam Kiri menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantika kepada penerima.

Dimulakan dengan Badan Pengawas Sekolah

Dipersilakan

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada Badan Pengawas PSS.

Dipersilakan (baca senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohamad bin Hussien –
Guru Besar SK atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantikan sebentar
tadi.

Seterusnya dipersilakan Saudara Muhammad Afifi bin Ketua Pengawas sesi 2014 untuk mengetuai
lafaz ikrar pengawas.

  Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Anda mungkin juga menyukai