Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI

AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI


AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI
WASAHBIHIAJMAIN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

.
Yang Dihormati En Azizi bin Bakar, Guru Besar SK Permatang To’
Jaya

Yang Berusaha En. Mohd Fadzli bin Sobri, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Cik Noor Fatirah binti Md Akhir, Guru Penolong
Kanan Hal-Ehwal Murid,
Pn Hamishanida binti Md Ishak Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
guru-guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan
Pemimpin Murid Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Jaya sesi 2023/2024

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai orang


pemimpin yang terdiri daripada pengawas pusat sumber dan pembimbing
rakan sebaya akan menerima watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
ke semua sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang
akan dipikul oleh mereka.

Para hadirin sekalian,.

Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan
__________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
________________________atas bacaan doa itu tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Azizi bin


Bakar, Guru Besar SK Permatang To’ Jaya untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan …


(ucapan aluan GB)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih Yang Berusaha En Azizi bin


Bakar, atas ucapan itu tadi.

Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...

Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Pelancaran Pengawas Rakan Sebaya.


Dengan segala hormatnya dipersilakan …

Persembahan

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Majlis


mempersilakan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber dan para pengawas
Rakan Sebaya sesi 2023/2024 untuk menerima watikah pelantikan.

Dijemput yang Berusaha En. Azizi Bin Bakar untuk menyerahkan watikah
pelantikan kepada pengawas- pengawas tersebut.

Penyerahan watikah

Terima kasih kepada tuan guru besar atas penyerahan watikah itu tadi..
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar . Untuk itu, majlis mempersilakan
_____________________ Ketua pengawas Pusat Sumber Sk PTJ
Sesi Tahun 2023/2024 untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan

( bacaan ikrar...)

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas bacaan


ikrar itu tadi.

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, maka berakhirlah Majlis


Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas
Rakan Sebaya SK Permatang To’ Jaya sesi 2023/2024.
Majlis juga dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
ajk pelaksana yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan
dengan lancar. Semoga usaha yang diberikan ,dibalas dengan kebaikan
oleh Allah.

Sekian, majlis dengan ini bersurai.

Anda mungkin juga menyukai