Anda di halaman 1dari 4

Diumumkan ketibaan Yang Dihormati

Tn Hj Mohd Dzul Bin Shukor Guru Besar SK Dato Klana Maamor

dengan diringi En Samsul Bin Abd Gapar GPK HEM.

Hadirin diminta berdiri.

Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu :

Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah….

Semua hadirin diminta bersedia.

(lagu)

Hadirin dipersilakan duduk.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tn Hj Mohd Dzul Bin Shukor Guru Besar SK Dato Klana Maamor

Yang B En Samsul, Guru Penolong Kanan HEM

Pn Nazariza Bt Ahmad Guru Badan Displin dan Pengawas SKDKM

, guru-guru SKDKM

, para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,ketua dan penolong ketua murid. Yang dikasihi
sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Murid SKDKM bagi tahun 2022/23.

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai 61 orang pemimpin yang terdiri daripada
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas akan menerima
watikah masing-masing.

Para hadirin sekalian,

Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya mendapat keberkatan
daripada Allah jua.

Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Razif untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan

Amin...amin ya rabbal a’lamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan …

Transformasi Pengawas Menjana Keutuhan Pemimpin . Demikian cogan kata bagi Pemimpin Muda
SKDKM pada tahun ini

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan keempat-empat sayap
penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Semoga para pemimpin muda yang bakal menerima watikah perlantikan sebentar sahaja lagi akan
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

(Ucapan GPK HEM)

Hadirin sekalian,

Bagi memenuhi tuntutan upacara majlis.

Untuk itu majlis berbesar hati menjemput……….GPK HEM..untuk memberikan ucapan alu-aluan.

Dengan Segala hormatnya dipersilakan

………………………………………..

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi

(Ucapan GB)

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mohd Dzul Bin Shukor Guru Besar SK Dato
Klana Maamor untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Majlis Perlantikan Pemimpin
Muda Sekolah Bagi Tahun 2022/2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan GB atas ucapan dan kesudian beliau
merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SK Dato Klana Maamor

Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan Pemimpin Muda 2022/23.

Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha ………………………….bagi mengiringi Yang
Dihormati………………….. bagi menyempurnakannya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …


Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2022/2023

Pengawas Pusat Sumber SKDKM 2022/2023

Pengawas Sekolah SK DKM 2022/23

Majlis mempersilakan…………………, Ketua murid SKDKM untuk menerima watikah. Dipersilakan


pula, …………………….. selaku Penolong Ketua Murid untuk menerima watikah.

Seterusnya

Dipersilakan pula

Dan yang terakhir ...

Majlis diterusnya dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber
Sekolah

Dipersilakan …………… selaku pengerusi PSS untuk menerima watikah. Dipersilakan …………………..i
selaku naib pengerusi PSS.

Seterusnya dipersilakan

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada pembimbing rakan sebaya

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar. Untuk itu, majlis mempersilakan ……………..aru untuk
mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan ...

(bacaan ikrar)

Terima kasih diucapkan kepada ……………….. atas bacaan ikrar itu tadi.Demikianlah tadi berakhirnya
Majlis Pelantikan Pemimpina mUda 2022/2023. Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pemimpin muda SKDKM. Moga semua dapat menerima amanah dan tanggungjawab ini
sebaik mungkin. Diharapkan semua kan memberi contoh dan tauladan yang baik kepada seluruh
murid SKDKM.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, GPK HEM , Penyelaras Badan Displin
dan Pengawas , Pn Naza dan murid 2 kerana sama2 hadir dan menjayakan majlis ini.
Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon jati,

Sampai sudah ke penghujung acara,

Tahun depan kita bersua lagi.

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera…

Anda mungkin juga menyukai