Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Sekolah
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pagi tadi Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014 telah
berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama.
Ingatkah lagi kalian dengan entri saya ini, Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013?
Hari ini buat kali kedua saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis lagi.
Pada mulanya, memang agak berat memandangkan majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali), namun saya cuba yang
terbaik.

Teks pengacara majlis

Sewaktu hendak menyiapkan teks pengacara majlis ini, saya cuba juga membuat rujukan dengan
mencarinya di internet. Bagi saya, teks yang ada kurang menepati cita rasa saya. Ada yang terlalu
ringkas, ada yang terlalu panjang. Barangkali juga, telah disesuaikan dengan atur cara majlis mereka
sendiri.
Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu,
cikgu yang dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak membuat teks pengacaraan. Di sini saya
kongsikan teks yang saya buat (bukan hasil cetusan asli saya, sebaliknya setelah dicampur, ditambah
dan diedit daripada teks yang lain juga) untuk dikongsikan bersama.

Bil
1.

2.

AGENDA
Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa

TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan
Negeri Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin
Karim (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan
bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

Nyanyian Lagu
Negeri Selangor
dan Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

3.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali
Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil
Guru Besar SK Batang Kali
Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim
Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersamasama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa
4.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Irwan bin Ismail. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah
aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga.
Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru
adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam
usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam
melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia
diri yang cemerlang.
5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan


bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.
Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu
tadi.

6.

Ucapan Perasmian
ADUN Batang Kali

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat
kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.

Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


Cenderahati AJK
kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis

PIBG sesi
2013/2014

menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan,


dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
En. Mahmud bin Karim YDP PIBG
En. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Norashikin binti Jumaan
AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad
En. Norsalawati binti Shafie
Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin. Ahmad Dahlan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn.

Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian


meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puanpuan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin
Karim untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung
PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai