Anda di halaman 1dari 5

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para jemputan dan ibu Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat
bapa Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan
Negeri Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud
bin Karim (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad
Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah
Kebangsaan Batang Kali.
2. Nyanyian Lagu Negeri Pulau Sidang Hadirin yang dihormati,
Pinang dan Lagu Negaraku Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu
Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas
nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad


Dahlan
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Selangor

Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin


Jamil
Guru Besar SK Batang Kali

Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim


Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

En. Azhar bin Jusan


Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin
sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini,


dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat
kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-39 tahun 2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang


Kali, turut sama merakamkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang
Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
yang kita rencanakan pada hari ini.

4. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama


kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak
adalah aset yang amat bernilai dalam
sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan
antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang


dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat
penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri
yang cemerlang.
5. Ucapan Alu-aluan oleh Guru Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad
Besar Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas
ucapan alu-aluan itu tadi.

6. Ucapan Perasmian ADUN Batang Kini tibalah masa , untuk kita mendengar
Kali amanat dan ucapan yang akan disampaikan
oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SK Batang Kali kali ke 39 bagi tahun
2014.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala
amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita
hayati dan ambil tindakan bersama.

7. Majlis Penyampaian Cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


AJK PIBG sesi 2013/2014 cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014.
Untuk itu, majlis menjemput YB Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En.
Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim – YDP PIBG


En. Mohamad Azhar bin Jusan – NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain – Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin – Bendahari

AJK Ibu Bapa


En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Nor’ashikin binti Jumaan

AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad
En. Norsalawati binti Shafie
Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB


Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas
penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-


kenangan, dipersilakan En. Mohamad Akhwan
bin Jamil untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada YB Tn. Mat Nadzari bin.
Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru


Besar.
8. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati
itu tadi, maka selesailah sudah Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung SK Batang Kali,
kali ke-39 bagi tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,


merakamkan penghargaan terima kasih
kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan
sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada En.


Mahmud bin Karim untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali
ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai