Anda di halaman 1dari 15

1

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG KOKURIKULUM


SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA
2013
MASA CUE ANN

2.40 ptg Apabila tetamu jemputan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad Damanhuri b.
tiba di depan Dewan Nordin, wakil Dato’ Nasaruddin b.Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri
SMKDARY, muzik Kawasan Bota, ke Majlis Anugerah Gemilang Kokurikulum SMK Dato’ Abdul
sarimah gamelan dibunyikan. Rahman Yaakub, Bota.
Pengacara
mengumumkan:

Tetamu kehormat tiba Sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ , lagu ‘Negeri Perak’ dan lagu
ditempat duduk tetapi ‘Sekolah’.
masih berdiri.
Terima kasih.Tetamu kehormat dan hadirin dijemput duduk.
Singgah di Kelantan membeli bidara
Sebaik sahaja tetamu Bidara idaman sianak gadis
duduk. Buku aturcara Izin hamba mengatur bicara
diedarkan. Pengacara Mengatur bicara memulakan majlis
majlis memulakan majlis.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
2

MASA CUE ANN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahatera , Salam Satu Malaysia dan
Salam Perak Aman jaya

Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad Damanhuri b. Nordin, wakil


Yang Berhormat Dato’ Nasaruddin b.Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bota

Yang Berusaha En. Nayan b. Mahmud


Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota

Yang Berusaha ………………………………………………….………………………………………...


Penolong PPD…………………………………………………………………………………………..

Yang Berusaha En Nasaruddin b. Najid


Yang Dipertua PIBG SMK DARY, Bota

Penolong Kanan Pentadbiran SMKDARY,Pn. Hjh Marina bt Yaacob.


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj Syed Roslan b. Syed Baharum
Penolong Kanan Ko kurikulum, En Mustafa Kamal b. Mohd Yunus.
Pemangku Penolong Kanan Ting.6, En. Samsuri b Yusof.
Guru-guru kanan bidang,
Ahli JawatanKuasa Pelaksana Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum
Para Guru , ibu bapa, penjaga, semua tetamu serta para pelajar yang
dirahmati Allah.
3

MASA CUE ANN


Bersyukur kita kehadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnianya dapat kita
bersama-sama menjayakan Hari Anugerah Gemilang KoKurikulum anjuran
Unit Ko kurikulum SMKDARY tahun 2013.

Hadirin yang dihormati,


Kokurikulum adalah salah satu komponen penting bagi meningkatkan
pengetahuan berunsur sosial, moral dan jati diri ke arah melahirkan modal
insan cemerlang bagi merealisasikan hasrat memajukan bangsa dan negara.
Kewujudan Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum pada hari ini sebagai
pengiktirafan terhadap penglibatan semua pelajar dan guru serta warga
sekolah dalam aktiviti-aktiviti terancang di luar bilik darjah sepanjang tahun
ini.
(pause)

2.45 ptg Bersedia untuk bacaan INDAH NIAN KERLIPAN BINTANG


doa. TERANG BULAN CAHAYA BERSERI
KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
sarimah HADIR TUAN MENAMBAH SERI

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, Majlis mempersilakan
Saudara Muhammad Firdaus b. Hamdan.
untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan…
4

MASA CUE ANN

2.50 ptg Selepas ustaz bergerak Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
turun. Seterusnya kita akan dihidangkan oleh persembahan montaj. Montaj ini
disediakan oleh Cik Mazni dengan kerjasama En Samsuri yang memaparkan
Ikmal aktivi kokurikulum SMKDARY, sepanjang tahun ini.

Akan menyusul seterusnya adalah persembahan Nasyid bahasa Arab yang


bertajuk “Al walidaina (bermaksud ibu bapa)” yang akan disampaikan oleh
kumpulan nasyid Syafwanatul Ikhwan.
Kumpulan ini diketuai oleh Saudara Azamuddin b. Nasir dan dibimbing oleh
Ustaz Faizol b. Abdul Rahman

3.00 ptg Bersedia- tuan pengetua Bulat air kerana pembentung,


menyampaikan ucapan. bulat kata kerana muafakat,
yang kecil sama sama dikendong, yang besar sama diangkat,
Ikmal menitip kata menutur bicara, menterjemah minda, berkongsi hala,
supaya matlamat dicapai bersama.

Tuan2, puan2 dan hadirin yang dikasihi sekalian,


Majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Nayan binMahmud,
selaku ketua pimpinan SMK Dato’ Abdul Rahman Yaacob untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan……………


5

MASA CUE ANN

3.10 ptg Ucapan tetamu kehormat Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
dan perasmian majlis.
Perahu berkolek ke arah Muara
Berdayung ketepi mencari haluan
Hadirmu tuan menceria suasana
Ikmal Sudi kiranya berkongsi pengetahuan

Hadirin yang dimuliakan,


Marilah sama-sama kita pinjamkan telinga mendengar tutur bicara yang akan
disampai oleh tetamu jemputan kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad Damanhuri b.
Nordin mewakili Yang Berhormat Dato’ Nasaruddin b. Hashim untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Gemilang
Kokurikulum SMK DARY 2013.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan……….

3.25 ptg Persembahan kedua – Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Nyanyian bahasa
Ikmal Inggeris. Seterusnya kita akan diperdengarkan dengan persembahan nyanyian berduet
oleh Saudari Hamidah bt Zahuri dan Nor Atiqah bt Aznan dengan lagu
“ Where ever I go”.
6

MASA CUE ANN


Tuan2, Puan2, dan para hadirin yang dirahmati
3.35 ptg Pemyampaian Sijil.
Sebagai tanda penghargaan terhadap usaha-usaha yang telah
digemblingkan bersama, pada petang ini marilah kita sama-sama meraikan
kesanggupan dan penglibatan anak-anak didik SMK DARY dalam aktiviti
sarimah kokurikulum sepanjang tahun 2013.

Untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar, pihak majlis


dengan sukacita menjemput Yang Berusaha Penolong Kanan Ko kurikulum,
En Mustafa Kamal b. Mohd Yunus untuk mempersila dan mengiringi Yang
Berusaha En Nasaruddin b. Najid, Yang Dipertua PIBG SMK DARY, Bota untuk
menyampaikannya.

Senarai penerima sijil didahului oleh……………………………………………………

m/s 1-2 (Penerima Sijil )

Sambungan.. m/s 3-5 ( Penerima Sijil )


Ikmal Penyampaian sijil
dan cenderamata kepada Terima atas budi, sekalung penghargaan atas jasa yang ditaburkan. Dengan
YDP itu, Majlis mempersilakan En Mustafa Kamal b. Mohd Yunus untuk
menyampaikan cenderamata kepada Nasaruddin b. Najid dan tahniah juga
diucapkan kepada penerima sijil.
7

MASA CUE ANN

3.45 ptg Persembahan Ketiga- Tuan2, Puan2 Yang Dihormati


Teater Bahasa Melayu serta anak didik yang dikasihi
“Menelusuri Cahaya”.
Falsafah Pendidikan Negara dengan jelas menyatakan

Ikmal Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

Sehubungan dengan itu, sebagai tanda kita semua berusaha merealisasikan


hasrat tersebut, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan anak-anakj
dibawah bimbingan YM Raja Norizan menyampaikan teater yang bertajuk
“Menelusuri Cahaya “. Teater ini membawa kita untuk menyedari sikap dan
isi hati anak-anak remaja hari ini .
Bersama-samalah kita menghayati dan memahami persembahan mereka .
8

MASA CUE ANN

3.55 ptg Penyampaian Anugerah Tuan2, Puan2, dan para hadirin yang dirahmati

Setiap kesusahan ada kenikmatan


Setiap kejayaan ada ganjaran
Syukur atas nikmat, dan terima kasih atas keprihatinan
Sarimah
Kini sampailah kita pada Majlis yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Anugerah bagi menghargai sumbangan, kesanggupan dan kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum mengikut kategori masing-masing.

Untuk menyempurnakan penyampaian tersebut, pihak Majlis dengan sukacita


menjemput Yang Berusaha En Nayan bin Mahmud untuk mempersila dan
mengiringi , Tn Hj Damanhuri b. Nordin untuk menyempurnakannya…

Anugerah dimulai dengan kategori ………

( Rujuk senarai anugerah HAGKO SMK DARY 2013 )


1…….. Penerima Anugerah HAGKO
Ikmal 2 & 3 –Penerima Anugerah HAGKO

Anugerah tokoh sukan Anugerah Gemilang Tokoh Sukan Putera ( Lampiran 1 )


Sarimah

Ikmal Anugerah tokoh sukan Anugerah Gemilang Tokoh Sukan Puteri (Lampiran 2 )
9

MASA CUE ANN


sarimah Anugerah Perdana Putera Anugerah Perdana Gemilang Tokoh Kokurikulum Putera ( Lampiran 3 )

ikmal Anugerah Perdana Puteri Anugerah Perdana Gemilang Tokoh Kokurikulum Puteri ( Lampiran 4 )

Cantik manusia pada wajah,


4.05 ptg Cenderamata kepada Indah bahasa pada bicara,
tetamu utama Orang dikenang kerana budi
Orang berbudi kita berbahasa.
Sarimah
Sebagai tanda syukur atas nikmat dan terima kasih terhadap sokongan
kepada usaha-usaha yang dilakukan, pihak Majlis dengan sukacitanya sekali
lagi menjemput Yang Berusaha En Nayan bin Mahmud untuk menyampaikan
cenderamata kepada Tn Hj Ahmad Damanhuri yang telah sudi
menyempurnakan penyampaian anugerah pada petang ini.

Kesanggupan Yang Berhormat Dato’ bersama dengan kami pada petang ini
amat dihargai.

Dari Perak ke Negeri Melaka


Menyemai bakti menabur jasa
Budimu Tuan tidak terhingga
Tuhan jua membalasnya

Sejambak budi dan sekalung penghargaan diucapkan daripada kami


warga SMKDARY Bota.
10

MASA CUE ANN


Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara;
4.10 ptg Majlis Penutup –
Jamuan Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Yang Cemerlang dirai sudah, Yang Berbudi Mekar dihati.


Sebelum Majlis melabuh tirai, ahli jawatankuasa Program Hari Anugerah
Gemilang KoKurikulum SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob, Bota
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Semua tetamu kehormat dipersilakan untuk menikmati jamuan yang


disediakan. Akhir kata …

Wabilah hitaufik walhidayah, wasalamualaikum w.h.t


11

Lampiran 2

ANUGERAH KHAS GEMILANG TOKOH SUKAN PUTERI

Penerima Anugerah Khas Gemilang Tokoh Sukan Puteri tahun 2013 ini merupakan puteri kepada pasangan
En. Mohd Rodzi b. Md Taha dan Pn Supiah bt Ibrahim. Anak kelima daripada 11 adik beradik ini. Anakanda puteri ini
berhasrat untuk menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia demi memastikan kedaulatan tanah air tercinta sentiasa
terpelihara. Anakanda puteri ini bukan sahaja suka bersukan malah suka mengisi masa senggangnya dengan
membaca. Pelajar puteri ini aktif dalam bidang olahraga selain permainan Bola Baling dan Bola Jaring. Telah
dinobatkan sebagai Olahragawati keseluruhan bagi Kejohanan olahraga SMKDARY 2013, selain merangkul gelaran
olahragawati bawah 18 tahun , 2 tahun berturut-turut. Malah penglibatan puteri ini telah membawa pasukan
sekolah menjadi Johan dalam acara olahraga 4 x100 m , 4 x 400 m serta permainan bola jaring dan bola baling
peringkat daerah perak tengah. Beliau juga telah terpilih mewakili perak tengah keperingkat negeri dalam acara
merentas desa dan bola baling.

Berdasar kepada kecemerlangan tersebut, wajarlah anakanda puteri ini dinobatkan sebagai…

PENERIMA ANUGERAH GEMILANG TOKOH SUKAN PUTERI SMKDARY 2013


IAITU
SITI MASHITOH BT MD RODZI ( 5 SC 2 )
12

Lampiran 1

ANUGERAH KHAS GEMILANG TOKOH SUKAN PUTERA

Penerima anugerah tokoh sukan putera ini suka berbasikal bagi mengisi masa lapangnya. Minat ini
bersesuaian dengan berhasratnya ingin menjadikan kerjaya dalam bidang sukan sebagai impian masa depannya
selain berhasrat mencipta nama dalam arena sukan tanah air. Putera kepada En Yusof b Ahmad dan Pn Aminah bt
Yusof ini membesar bersama ibunya di Kampung Panchor, setelah ayahanda kesayangan kembali kerahmatullah.
Anakanda putera dari kelas 5 Marikh ini telah terpilih menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah dan
Kejohanan Piala KPM (pembangunan sukan ) 2013. Beliau juga aktif dalam kegiatan kokurikulum unit uniform
sehingga mendapat menarafan Pengakap Diraja .Malah pada kejohanan olahraga SMKDARY pada tahun ini anakanda
putera ini dinobatkan sebagai olahragawan sekolah.
Pada Majlis Hari Anugerah Gemilang hari ini , anakanda putera ini dinobatkan pula sebagai

PENERIMA ANUGERAH GEMILANG TOKOH SUKAN PUTERA


IAITU MUHAMMAD SHAMSUDIN B. YUSOF
13

Lampiran 4

ANUGERAH PERDANA GEMILANG TOKOH KOKURIKULUM PUTERI

Penerima Anugerah Perdana Gemilang Tokoh Kokurikulum Puteri 2013 dilahirkan pada tanggal 19 Mei 1996
di Hospital Daerah Bentong, Pahang.Puteri kesayangan En Salim bin Muhammad dan Puan Asmah bt Shaari.
Anakanda puteri ini suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku dan berekreasi. Bercita-cita ingin
menjadi seorang pensyarah bagi meneruskan kesinambungan tugas kedua ayahbonda tercinta untuk
membangunkan generasi Malaysia yang berilmu. Dalam usaha melengkapkan diri menjadi seorang pendidik
berwibawa anakanda puteri ini bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik , malah bergiat aktif dalam
kokurikulum serta mempunyai bakat kepimpinan yang terserlah.
Anakanda puteri ini telah terpilih mengikuti kursus kepimpinan Pengawas dan kursus Fasilalator Sahabat
PPda Petronas. Bertanggungjawab sebagai setiausaha tadbir badan pengawas sekolah, pengerusi Unit Uniform
Puteri Islam dan Kelab Bola Jaring Sekolah. Penglibatan dalam Pasukan bola jaring dan bola baling sekolah telah
membuahkan kejayaan apabila merangkul Johan peringkat daerah Perak Tengah. Selain berbakat dalam kepimpinan
dan kokurikulum, anakanda puteri ini sentisa berusaha melengkapkan diri dengan sahsiah diri yang terpuji. Telah
mengikuti Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri dan Kem Pemantapan Akidah Peringkat Daerah.
Atas kegigihan dan pencapaian yang seimbang tersebut, anakanda ini terpilih sebagai

PENERIMA ANUGERAH PERDANA GEMILANG TOKOH KOKURIKULUM PUTERI IALAH


AMNI NADIAH BT SALIM ( 5 SAINS 2 )

Lampiran 4
14

LAMPIRAN 3
ANUGERAH PERDANA GEMILANG TOKOH KOKURIKULUM PUTERA

Penerima Anugerah Perdana Gemilang Tokoh Kokurikulum ini merupakan pelajar dari Tingkatan 6 Atas
Syafei. Anakanda putera ini mengisi masa senggangnya dengan bermain bola sepak. Menurut anakanda ini, bola
sepak bukan sahaja boleh menghilang tekanan , malah baik untuk kesihatan di samping dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama rakan. Anak ketiga pasangan En. Hamdan b. Uda Baharu dan Pn Ummi Kalthum bt
Talib bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik pada masa hadapan. Beliau beranggapan pembangunan bangsa
perlu dilakukan melalui pendidikan, bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu berdaya saing dalam
era dunia tanpa sempadan.
Sifat Kepimpinan anakanda Putera ini dapat dilihat melalui corak kepimpinannya dalam unit uniform
Pengakap apabila dipilih sebagai Pengerusi Pengakap SMKDARY. Menyertai kursus manikayu dan pengenalan
peringkat antarabangsa bagi tahun 2013 serta Jamboree Pengakap Thai dan Asean peringkat antarabangsa.
Anakanda Putera ini juga aktif dalam sukan khususnya futsal. Sahsiah diri yang terpuji serta kepimpinan yang
terserlah, anakanda ini terpilih sebagai Ketua Umum SMKDARY 2013, dan pada hari ini anakanda ini dinobatkan
sebagai

PENERIMA ANUGERAH PERDANA GEMILANG TOKOH KOKURIKULUM PUTERA IAITU


ANAKANDA MUHAMMAD FIRDAUS BIN HAMDAN
15

Anda mungkin juga menyukai