Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha,

Tn. Haji Haris Bin Muhammad,


Pengetua SMK Machang,

Yang turut Berusaha,


Tn. Haji Mohd Adnan Bin Mat Yazid
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Machang

Tn. Haji Azman Bin Ahmad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Machang

Pn. Hjh. Nora’ini Binti Ab. Ghani


KATA SALUTASI Penolong Kanan Kokurikulum SMK Machang

Tn. Hj. Kamaruzi Bin Mohd Nor


Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Machang

Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Ahmad


Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Machang

Barisan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru warden asrama,
guru-guru, penyelia asrama
serta rakan pelajar hadirin yang dimuliakan.
ASSALAMUALAIKUM WBT...

Bersongkok Bersampin Segak Berseri


Berbaju Kurung Anggun Jelita
Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri
Bersamalah Kita Meraikannya

Kuih Bahulu Tradisi Kita


Ketupat Rendang Pembuka Selera
PENGENALAN MAJLIS Tangan Dihulur Maaf Dipinta
Agar Ukhwah Terjalin Mesra

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan rahmatnya-


Nya, dengan iradat dan inayah-Nya, kita semua dipertemukan lagi
pada malam yang berbahagia ini di perkarangan Asrama SMK
Machang, bagi meraikan :-
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ASRAMA SMK
MACHANG, TAHUN 2022.
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Menadah Tangan Tanda Kerendahan,


Lafaz Bismillah Memperkukuh Tautan
Doa Dipohon Penuh Pengharapan
Agar Majlis Mendapat Keberkatan

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan saudara Raja Mohamad Hakim Bin Raja Rosdi
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
BACAAN DOA

……..( selesai bacaan doa )

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada


saudara Raja Mohamad Hakim Bin Raja Rosdi atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Para hadirin  yang dihormati sekalian,

Jambangan indah lagi berseri,


Menjadi hiasan di Hari Raya;
Sebagai Tanda ingatan tak lupa dihati.
Terselit Coretan Ucapan Kata,

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang


berusaha Cikgu Tn. Haji Azman Bin Ahmad ,
UCAPAN ALUAN
PK HEM SMK Machang
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
PK HEM
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

 ……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Cikgu


Tn. Haji Azman Bin Ahmad , PK HEM SMK Machang atas ucapan
alu-aluan sebentar tadi
Takbir Raya Sudah Bergema,
Gemersik Takbir Mengundang Hiba,
Bingkisan Kata Bingkisan Raya
Tuan Pengetua Bermadah Kata

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan


Yang Berusaha, Tn. Haji Haris Bin Muhammad,
UCAPAN Pengetua SMK Machang,
untuk menyampaikan ucapannya.
PENGETUA Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang


berusaha Tuan Pengetua SMK Machang, Tn. Haji Haris Bin
Muhammad. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas ucapan tuan pengetua sebentar tadi.

Dalam diam tak diam, kita telahpun berada di penghujung acara,

Hadirin sekalian,

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,


Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama


membaca Surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.
PENUTUP .....(bacaan surah seketika)

& Kambing Bakar Telah Disedia


Ayam Bakar Juga Tidak Dilupa
Kek Dan Biskut Tersedia Di Meja
JAMUAN Tunggu Apa Lagi Jom Kita Jamu Selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk


menikmati juadah raya yang telah sedia dihidangkan.

Dengan itu, Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai