Anda di halaman 1dari 5

PEDAGOGI 1. Jelaskan 2 perbezaan antara pendekatan induktif dan diduktif ?

Teori Pembelajaran Jerome Bruner ( Pendekatan Induktif ) Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing muridmurid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Aspek KONSEP PENDEKATAN Teori Pembelajaran David Ausubel ( Pendekatan Deduktif ) Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contohcontoh yang khusus. Kadangkala, pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Penyelesaian masalah. Membuat generalisasi baru. Membukti hipotesis Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji bendabenda dijatuhkan dari atas ke bawah. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu.. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif.

JENIS PENDEKATAN

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut : Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh yang sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di damping itu soalansoalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan , tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Selepas contohcontoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekali gus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu

PRINSIP PENDEKATAN

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. Proses menyelesaikan masalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

demi satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ajuk hafaz ? Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. 3. Jelaskan 3 objektif yang tersirat dalam permainan bahasa ? a) Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan. b) Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. c) Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.

4. Nyatakan dua kepentingan penutup ? a) Untuk membantu pelajar menyusun semula maklumat yag telah disampaikan oleh guru b) memberi peluang kepada guru membuat kesimpulan terhadap sesi P&P yang dlaksanakannya. ESEI 1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah linguistic. Berikan contohcontoh yang berkaitan untuk menyokong hujah anda ? Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui. 2. Nyatakan 5 tujuan simulasi dalam P&P Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran 3. Nyatakan 5 kepentingan pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran?

Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pengukuhan dijalankan bertujuan mencapai beberapa objektif, objektif tersebut termasuklah untuk memastikan murid dapat mengingat isi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui. Hal ini kerana didapati murid berkecenderungan untuk lupa isi pengajaran sebelum tamat sesi oleh itu guru perlulah memainkan peranan untuk memastikan pelajar sekurang kurangnya dapat mengingat 70% isi pengajaran dengan cara pelbagai pengukuhan. Pengukuhan penting untuk memastikan murid memberikan tumpuan sepenjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini akan terjadi kerana murid menyedari guru akan menyoal mereka selepas satu tempoh dalam sesi pembelajaran, kesedaran ini akan mendorong mereka fokus terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru, selain daripada itu pengukuhan juga memudahkan guru untuk menilai tahap pemahaman murid terhadap isi sesuatu pengajaran. Apabila guru memberikan aktiviti atau soalan, guru tersebut akan mengetahui bahawa murid tersebut telah faham, memahami hanya sebahagian isi atau langsung tidak faham terhadap tajuk yang sedang dipelajari. Lanjutan daripada kepentingan di atas selepas guru mengetahui tahap penguasaan pelajarnya melalui pengukuhan guru tersebut boleh memberikan latihan atau aktiviti seterusnya sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan menurut keperluan murid. Akhir sekali pengukuhan juga penting untuk murid menilai diri sendiri. Penilaian terhadap diri sendiri akan berlaku melalui pengukuhan apabila murid menjawap soalan atau menjalani sesuatu aktiviti. Apabila murid tersebut gagal menjawap atau kurang faham hal ini akan mendorongnya untuk berusaha memahami tajuk tersebut dengan bertanya kepada guru, membuat ulang kaji dan sebagainya. Berdasarkan lima kepentingan pengukuhan di atas maka jelaslah bahawa guru-guru tidak sepatutnya mengabaikan komponen ini dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan.

Anda mungkin juga menyukai