Anda di halaman 1dari 7

ISL MINGGU 5 MENGUMPUL BAHAN-BAHAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER TENTANG PERKEMBANGAN MODENISASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

MALAYSIA DAN LUAR NEGARA.

Konsep Modenisasi Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Sasaran pembangunan ekonomi : masyarakat industri. Kaedah pembangunan ekonomi ; Pembangunan teknologi. Pembangunan pertanian. Industrialisasi. Urbanisasi.

Modenisasi di Malaysia Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian. Komponen Ekonomi Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Komponen Politik Isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting lantaran kepelbagaian yang wujud

Modenisasi Luar Negara Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar : Revolusi Perancis (politik feudal) Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut : Sudut falsafah : Kemajuan / Teori Evolusi

Sudut praktikal : Kemajuan Eropah Barat Revolusi Industri

Matlamat modenisasi di Eropah Barat Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat. Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan. Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan. Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai ketinggalan. Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden. Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat. Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau

mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai underdevelopment.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan ekonomi dan politik di negaranegara membangun.

Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama: Pemodenan; berencana. Pembaratan; tidak berencana.

Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

Ada dua aspek utama yang ditiru : Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. Peranan PBB

Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.

Peranan MNC, World Bank & IMF Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk: mengembangkan kepercayaan masyarakat, dalam pola-pola sosial mereka, dalam erti material. boleh difahami sebagai perubahan sosial dan

Pembangunan

pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki zaman peradaban global.

Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama: Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal. Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. Pengaliran modal yang besar.

Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi global adalah golongan kapitalis.

Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran

kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh. Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa. Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia.

Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau transnational corporations.

Pengalaman di negara-negara membangun memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan keadaan di dalam negara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai