Anda di halaman 1dari 11

ISL 11

KEMAHIRAN MENULIS DAN PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


11.1 MATLAMAT DAN PERINGKAT
11.1.1 MATLAMAT
Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanakkanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk
membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan
meluaskan

pengetahuan,

perhubungan

serta

matlamat

hidup.

Keempat,

untuk

menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak


sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira
adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa

kini.

Kelima,

untuk

menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk
puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan
sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran
tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah
kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara
mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan
yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai
setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran
banyak melibatkan mental.

11.1.2 PERINGKAT PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis
(persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran.
Peringkat

pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti

menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.
tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta

Dalam

koordinasi tangan dan mata

diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan

pramenulis, mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk
dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan.
Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada
peringkat menulis untuk pelahiran.
Peringkat Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas

permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan
bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
i.

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-

ii.

lain.
Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

iii.

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.


Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke

iv.

bawah dan lain-lain.


Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Peringkat Tulisan Mekanis


Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan
boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran
bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan
dapat :

i.
ii.
iii.

Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Peringkat Tulisan Kreatif


Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Membina ayat.
Mengarang cerita.
Mengarang pantun, sajak, teka-teki
Menulis surat kiriman.
Lain-lain yang berkaitan.

11.2 TUJUAN PENULISAN


Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina
kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan
yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas dan berkesan.
Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik
mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka
juga berupaya mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis
pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi kemahiran
menulis yang perlu dicapai ialah :
i.

Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak

ii.

menulis dengan baik, cekap dan pantas.


Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan

iii.

menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.


Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara

dengan

pantas

dan

membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku


iv.

tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.


Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran

v.
vi.

dengan sempurna dalam bentuk tulisan.


Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .
Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan

vii.

bahasa dan tulisan.


Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

dan

perasaan

viii.

Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan


dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri
komunkasi, iaitu :
Ekspresif - Penulis menulis

untuk

tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan

sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana
ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil
penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.
Pemujukan - Menulis untuk

tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk

memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh
ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi
pembaca.
Informatif - Menulis untuk tujuan informatif

merujuk kepada penulisan yang bersifat

eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca.


Kesusasteraan - Menulis untuk
gayabahasa

penulisan.

Ia

tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu

menunjukkan

cara

elemen-elemen

bahasa

digunakan,

termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai
contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan.
Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai
contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca,
menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif. Tujuan menulis atau
mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman
murid

mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan

keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea
murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid.
Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia
juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.
11.3 JENIS PENULISAN KARANGAN
JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

Separa
terkawal

Terkawal

Berpand
u

Separa
berpandu

Bebas

Terkawal
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Karangan peringkat asas.


Isi dan bahasa dikawal oleh guru
Susunan dikawal ketat
Hampir menyerupai peringkat menyalin
Tujuan untuk kurangkan kesilapan
Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting
Peringkat meniru dan menyalin
Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan
Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin
dengan betul.
Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat
Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur
Contoh latihan peringkat ini
a. menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa
b. meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil
c. menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang
format

Separa Terkawal
i.
ii.
iii.

Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya
Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.
Terdapat 2 peringkat iaitu :
a. Peringkat mengingat kembali
menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang

ditulis, didengar dan dilihat.


Contoh latihan
Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis
semula.
Guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula

Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang


dilihat

b. Peringkat menggabung
Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan

tetapi juga pemikiran


Contoh latihan
Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca
cerita. Kad ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun
semula kad kemudian menulis mengikut urutan.
Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan
jawapan
Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu
menyusun semula menjadi sebuah cerita lengkap
Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang
lengkap.

Berpandu
Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis.
Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu
menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.
Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan,
rajah, jadual dan sebagainya. Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan
ransangan tersebut. Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat
dalam bahan tersebut.
Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.
Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid
menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan
tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran
untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema
atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil
daripada bahan ransangan. Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Muridmurid

boleh

membina

ayat-ayat

atau

menulis

karangan

berkaitan

Kesan-kesan

kemalangan atau Punca-punca kemalangan


Bebas
Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid
sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini muridmurid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian
kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis. Oleh kerana
murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang
mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang
dilakukan. Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan
puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu
merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Pada peringkat awal
mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea
untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan.

11.4 PENDEKATAN
Menurut Raimes (1983), berikut merupakan beberapa pendekatan pengajaran penulisan

Pendekatan Terkawal
Pendekatan Bebas
Pendekatan Pola- Perengganan
Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Proses

11.4.1 PENDEKATAN TERKAWAL


i.

Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audiolingual yang mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan

ii.

ketepatan murid-murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.


Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal
supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat

iii.
iv.

seterusnya.
Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur
ayat sendiri. Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.
Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:
a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.
b. Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Muridmurid mengarang berpandukan bahan ini.

11.4.2 PENDEKATAN BEBAS


i.
ii.

Guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.


Murid-murid diberi kebebasan untuk menulis tentang sesuatu tajuk dan guru hanya

iii.

melakukan sedikit pembetulan.


Murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian pada isi dan

iv.

kelancaran penulisan tanpa memikirkan bentuk.


Apabila murid-murid dapat mencatat idea maka ketepatan bahasa dan penyusunan

v.

idea dapat dikuasai bersama.


Memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara

vi.

bersendirian.
Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah

vii.

contohnya makalah daripada akhbar.


Guru perlu menyimpul secara ringkas perkar-perkara yang perlu dimasukkan oleh
murid-murid dalam karangan mereka.

11.4.3 PENDEKATAN POLA-PERENGGANAN


i.
ii.

Memberi keutamaan kepada pembentukan perengganan yang baik dalam karangan.


Prinsip asas ialah anggapan setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan

iii.

mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza dengan masyarakat lain.


Maka murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan

iv.

yang kemas.
Antara latihannya ialah:
a. Latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik.
b. Latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu
perenggan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang
saling berhubung dan melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.

11.4.4 PENDEKATAN TATABAHASA-SINTAKSIS-ORGANISASI


i.

Guru menganggap bahawa murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil


secara sekaligus terlebih dahulu sebelum mereka dapat menulis sesuatu bentuk

ii.

penulisan.
Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian

iii.

terhadap tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.
Murid-murid perlu menguasai struktur ayat yang sesuai dengan gaya penulisan
tersebut contohnya ayat perintah, unsur bahasa seperti kata hubung dan kata tunjuk

iv.

jika diberi karangan jenis panduan atau petuaan.


Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu

v.

kesatuan.
Pendekatan ini menunjukan perhubungan antara tujuan menulis sesuatu bentuk
penulisan dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan
tersebut.

11.4.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF


i.

Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang

ii.

membaca penulisan tersebut.


Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang

iii.

terdapat dalam kehidupan seharian.


Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Raja Alang pagi
ini antara sebuah lori dengan sebuah kereta. Dalam kemalngan itu, empat orang
penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya
cedera parah. Ketua pengarah sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja
mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian tersebut dan meminta anda menulis
satu laporan untuk disiarkan esoknya.

11.4.5 PENDEKATAN PROSES


i.

Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi

ii.

menghasilkan penulisan yang sempurna.


Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum

iii.

balas terhadap bahan penulisan tersebut.


Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan

iv.

awal juga boleh dilakukan oleh rakan mereka selain guru.


Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji

sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan,


v.

sumbang saran dan perbahasan.


Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan
awal pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea
kemudian murid-murid menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap

vi.

idea-idea baru yang diberi oleh rakan.


Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea
yang dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan.

11.4.6 PENDEKATAN

PENGALAMAN

BAHASA

LANGUAGE

EXPERIENTAL

APPROACH (LEA)
Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia
ada murid dalam membaca. Murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan
dalam tulisan sekiranya mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras
yang sama.Terdapat tiga peringkat pemahaman dalam proses membaca iaitu:
i.

Lateral
a. Murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada tentang ilmu
kebahasaan, iaitu istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan

ii.

bahasa dan sebagainya untuk mengecamkan tulisan yang dibacanya.


Interpretasi dan inferens
a. Pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk
mentafsir makna, iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.
b. Murid-murid lebih mudah mentafsirkan makna jika bahan yang dibaca

iii.

berkaitan dengan bidang yang diketahuinya.


Penilaian makna
Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan

sedia ada bagi memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat itu. Sebagai contoh,
pada peringkat lateral, murid-murid harus mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai
ilmu kebahasaan (tatabahasa, istilah,keindahan bahasa, ragam,laras bahasa dan lain-lain
lagi) untuk mengetahui tulisan dibacanya.

Pendekatan LEA akan lebih berkesan sekiranya guru mengambil tindakan berikut:
i.

Memberikan sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid.

ii.

Bahan bacaan yang dipilih perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.

iii.

Sediakan bahan-bahan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya
untuk membantu murid menguasai konsep.

iv.

Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan
sebelum aktiviti membaca.

v.

Guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras bahan bacaan dalam PdP membaca.

Anda mungkin juga menyukai