Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN MEMIMPIN

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai


lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Menurut pelan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan, kementerian berhasrat
memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga
ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020. Dari segi kualiti, kementerian
berharap kedudukan sistem pendidikan negara diletakkan dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang menguji
bacaan, Matematik dan Sains dalam tempoh 15 tahun. Selain itu, jurang pencapaian antara
pelajarbandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50
peratus menjelang 2020 juga diharap dapat dirapatkan serta menjana suatu sistem pendidikan
yang memberi peluang kepada pelajarberkongsi pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik
bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Dari segi kecekapan, walaupun kerajaan terus
mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat untuk memaksimum keberhasilan
pelajarmengikut tahap peruntukan semasa. Selain keberhasilan sistem pendidikan, setiap
pelajarjuga perlu berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Oleh itu, sebanyak enam ciri
utama membabitkan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional perlu ada pada setiap pelajarsejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara yang ingin diketengahkan adalah kemahiran
memimpin yang dapat melengkapkan para pelajar bagi memenuhi keperluan pelajar dalam
bersaing dalam peringkat global yang lebih mencabar pada masa akan datang. Oleh demikian,
kerajaan berusaha dalam melengkapkan para pelajar agar dapat bersaing dengan dunia yang
berbeza pada masa akan datang.
MAKSUD EMPAT DIMENSI KEMAHIRAN MEMIMPIN

Kajian Rohanida Abd. Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002) dan Mohd. Hamidi
Abdul Hamid (2002) adalah tentang peranan ko-kurikulum dalam membangunkan kemahiran
kepimpinan individu. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti kokurikulum lebih banyak
menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari segi aspek kepimpinan, sahsiah dan
kemasyarakatan dalam kalangan pelajar. Zainudin et.al. (2005) dan Quek (2005), menyatakan
bahawa pembentukan sumber manusia yang bakal melangkah ke dunia pekerjaan perlu dibentuk
supaya mereka berkeupayaan menjadi lebih mutiskill dan fleksibel serta tidak terikat kepada
hanya satu kebolehan sahaja.

Melalui ilmu pengetahuan yang dibina oleh pelajar, kemahiran berfikir yang terjadi bakal
membantu kemahiran memimpin pelajar. Kemahiran ini harus dipupuk sejak awal usia lagi
supaya dewasanya pelajar dipupuk dengan nilai dan kualiti kepimpinan yang baik. Dalam
konteks sistem pendidikan kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya
tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Setiap dimensi
tersebut membawa maksud tertentu kepada para pelajar dalam mencapai kemahiran memimpin.
Maksud dimensi keusahawanan ialah mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan
membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada
sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan seperti contoh
pelajar tersebut bersedia dalam mengambil peluang yang disediakan dan berusaha sebaik
mungkin dengan usaha sendiri walaupun terpaksa menggunakan wang sendiri bagi mencapai
perkara yang diimpikan. Selain itu, maksud berdaya tahan adalah membina cara berfikir yang
konstruktif serta mampu menghadapi rintangan seperti contoh pelajar dapat membina ketahanan
mental dalam menyelesaikan masalah dalam rintangan yang mencabar pada masa akan datang.
Maksud bagi kecerdasan emosi pula adalah berupaya memahami dan bekerja secara berkesan
dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif dan terakhir adalah

Kemahiran komunikasi dengan berkesan bermaksud berupaya memberikan pendapat dan


hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas seperti contoh komunikasi adalah satu bentuk
perhubungan dan sebagainya yang melibatkan pertukaran idea, pendapat, maklumat,
perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan persembahan secara perseorangan
mahupun ramai melalui lisan atau bukan lisan yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi. Menurut Ee (1996), Hassan & Mohd. (2000), Idris et al (2008), dan Buntat & Hassan
(2010), komunikasi adalah penting dalam proses kehidupan manusia. Komunikasi lisan
melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu
kepada individu yang lain, manakala komunikasi bukan lisan pula merupakan komunikasi
melalui penyampaian mesej secara gerak isyarat atau bahasa badan. Modul Pembangunan
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPT Malaysia (2006) menyatakan bahawa kemahiran
berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dalam konteks berlainan. Maka, kemahiran berkomunikasi ini penting bagi membolehkan
seseorang individu berhubung dengan individu yang lain. Dalam konteks perpaduan juga dapat
mendatangkan pelbagai faedah dimana para pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar yang
berlainan agama, etnik dan budaya tanpa menimbulkan sebarang isu yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada masyarakat Malaysia pada masa hadapan.

ISU-ISU BERKAITAN KEMAHIRAN MEMIMPIN

Menurut Lange dan Technicon (2000), penguasaan kemahiran seperti kemahiran


berkomunikasi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, memiliki ciri-ciri kepimpinan,
bekerja dalam kumpulan dan memiliki lain-lain kemahiran insaniah adalah asas dalam
pertimbangan majikan untuk memilih pekerja atau kriteria penting yang digunakan oleh
pendaftar untuk menerima permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan sarjana
muda. Melalui kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa terdapat kemahiran tersebut terdapat
pada kemahiran memimpin dalam pemilihan kriteria penting yang digunakan dalam permohonan
melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan sarjana muda. Ini bermakna pengetahuan sahaja
tidak digunakan lagi dalam pemilihan masuk ke universiti tetapi kemahiran memimpin juga salah
satu kriteria yang penting. Kemahiran memimpin adalah penting kerana dapat membentuk para
pelajar membuat keputusan dan menguruskan kehidupan mereka pada masa akan datang. Ini
kerana kemahiran seperti kemahiran memimpin adalah kemahiran yang penting bagi memimpin
diri mereka dan orang lain dalam kehidupan seharian dan kemahiran yang penting dalam dunia
pekerjaan pada masa akan datang. Kemahiran insaniah boleh berkembang melalui proses semula
jadi seperti tumbesaran , kematangan dan penuaan (Megat Zakaria, 2007).

Selain itu, menurut Mohd Safarin et. al, (2005) punca yang dikenalpasti menyebabkan pelajar
lulusan sekolah dilihat gagal memimpin diri mereka ke arah keputusan hidup yang lebih baik
ialah tidak dapat menguasai multiskill ini. Kemahiran multiskill ini dibentuk melalui kurikulum
yang diajar kepada mereka di sekolah. Oleh kerana pendidikan di Malaysia terlalu menekankan
akademik, Mohktar et al (1999) ada menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum amat penting
dalam membentuk sahsiah, perkembangan bakat, minat dan rohani pelajar. Seterusnya, Ab. Alim
(1999) pula ada menyatakan juga bahawa kokurikulum adalah aktiviti dan juga pengalaman
pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum banyak dilaksanakan
secara tidak formal atau tidak langsung dan lebih menekankan perkara serta aspek yang
tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan dan kepimpinan.

Jaafar dan Yusof (2002) merumuskan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah perlu
memenuhi fungsi sebagai aktiviti yang memberi khidmat kepada pembangunan kemasyarakatan.
Semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain perlu disemai
bagi membentuk masyarakat yang harmonis. Manakala Ab. Manaf & Fauzee (2002) menyatakan
bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberi latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan
kemasyarakatan di kalangan murid. Di institusi pengajian tinggi terdapat beberapa badan
beruniform yang ditubuhkan untuk aktiviti kokurikulum, disamping melatih pelajar agar lebih
berdisiplin, mengikut peraturan, mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara. Kebanyakan
badan beruniform ini ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), antara yang
ditubuhkan adalah PALAPES, SUKSIS, SISPA, RELASIS, Pengakap Kelanasiswa dan lain-lain
lagi (Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, 2006). Oleh yang demikian, badan uniform
yang merupakan salah satu pecahan aktiviti kokurikulum ini banyak menyumbang ke arah
kebaikan dan kelebihan dalam penguasaan kemahiran insaniah sebagai suatu nilai tambah yang
amat penting dan amat diperlukan oleh setiap pelajar yang akan bergraduan dalam menghadapi
alam pekerjaan dan alam kedewasaan pada masa akan datang. Hal ini kerana, kemahiran
insaniah amat penting demi meningkatkan martabat negara di mata dunia.

PENERAPAN KEMAHIRAN MEMIMPIN DI SEKOLAH

Aktiviti kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan


perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam
kegiatan yang berfaedah. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), program atau
aktiviti yang berbentuk kokurikulum dan kurikulum tambahan merupakan program sokongan
berfokuskan bukan akademik. Objektif utama aktiviti atau program sokongan berfokuskan bukan
akademik ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
insaniah yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan hal akademik tetapi amat
membantu dalam membentuk sahsiah dan profesionalisme pelajar. Oleh yang demikian,
beberapa cara penerapan kemahiran memimpin telah dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Antaranya adalah dengan memberikan pelajar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi
memimpin diri dan menunjukkan contoh kepada rakan yang lain. Pelajar yang dianggap
bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai
pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua
kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Walaupun bukan kesemua
pelajar yang akan dilantik tetapi usaha memupuk kemahiran memimpin dapat diterapkan secara
tidak langsung kepada diri pelajar. Maka pelajar yang tidak menunjukkan sikap softskill seperti
kemahiran memimpin akan terpinggir untuk menjadi pemimpin dan kurang mendapat peluang
dalam mengembangkan kemahiran memimpin mereka. Ini kerana program untuk melahirkan
pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh
sebab itulah ibu bapa dan pelajar beranggapan bahawa program bukan akademik kurang
penting, maka sokongan dan sambutan pelajar terhadap program sedemikian kurang
menggalakkan.

RUMUSAN

Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan
pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid.
Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang
diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya.
Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan
ibu bapa untuk membimbing pelajar kearah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh
berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong,
memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri
murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa
aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan.
RUJUKAN

Ab. Manaf, R. dan Fauzee, M. S. O. (2002). Kepentingan Kokurikulum Dalam Sistem


Pendidikan. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof
(2002). “Kokurikulum Peranan Dan Implikasi.” Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

Ab.Alim, A. R. (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. 1-5

Ahmad Esa, Kamarudin Khalid dan Sarebah Warman. 2014. Penerapan dan Kesedaran
Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC). Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Abdul
Rahman 2010,

Jaafar, C. A. & Yusof, A. (2002). Perlunya Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan Sekolah.
Dalam: Omar fauzee, M. S., Yusof, A. & Yusof, B. Kokurikulum Peranan dan Implikasi.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pembangunan


Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang,
Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Lange, D.L dan Technicon, P.E. (2000). “The Identification of The Most Important Non-
technical Skills required by Entry Level Engineering Students When They Assume
Employment.” Journal of Cooperative Education. 35. 21-32.

Megat Zakaria, M. A. Z. (2007). Hubungan antara kemahiran generik dengan jantina,


pengkhususan dan pencapaian guru-guru pelatih UTM: Satu Tinjauan.

Mohktar, S., Mustafa, S. dan Muhamad, W. M. M. W. (1999). Kajian Mengenai Penglibatan


dalam Kokurikulum ke Atas Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar di Institut Teknologi
Tun Hussein Onn: Kajian Kes. Tesis. Kolej Universiti Tun Hussein Onn.

Mohd Safarin & Mohd Zolkifli.(2005). “Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan
Pelajar Kolej Komuniti.” Kertas Kerja Seminar Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Quek. 2005. “Learning For The Workplace: A Case Study In Graduate Employees‟ Generic
Competencies.” Journal of Workplace Learning. 17. 231-242.

Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar & Haslita Hassan. 2006. Pengapli-kasian
Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah
Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan. Universiti
Teknologi Malaysia. Johor.

Anda mungkin juga menyukai