Anda di halaman 1dari 4

Pengertian konsep kendiri

H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974), berpendapat konsep
kendiri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai
yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
Menurut Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri
sendiri serta disokong dalam maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.
Manakala, Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai
tanggapan individu terhadap indentitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak di
peringkat bayi.
Popplestone dan McPherson (1988) berpendapat konsep kendiri ialah intehrasi
pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada individu
lain.
Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri,
penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai
persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah,
rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang
individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat
mencerminkan konsep kendirinya.

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,


peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik yang lahir daripada interaksinya

dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan
fikiran.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbezaan yang dapat
dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri. Perbezaan pembentukan
konsep kendiri kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor model. Model
ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti ibu bapa, rakan sebaya dan
orang dewasa daripada pelbagai aspek dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
mestilah mendapat bimbingan yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri
negatif dapat dibentuk dalam diri mereka. Jika model mereka bersifat negatif, maka kanakkanak tersebut juga akan mengikut segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model
mereka. Justeru, amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang betul dan sempurna
supaya konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri mereka.

Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi


masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam
pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam pembentukan
konsep kendiri kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat. Oleh itu,
sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di dalam diri kanak-kanak tersebut.
Budaya lain seperti hedonisme juga merupakan faktor yang membentuk konsep kendiri
kanak-kanak tersebut. Media massa juga memainkan peranan yang penting. Pada peringkat
ini, media massa merupakan satu agen penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak
menonton televisyen. Justeru, media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan
konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluransaluran yang berfaedah dan dapat menjana perkambangan minda kanak-kanak.

Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap diri sendiri juga
merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka yang diwarisi oleh ibu bapa akan

membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu, bukan sahaja rupa paras sahaja
yang akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga
akan mempengaruhi oleh kanak-kanak. Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa
untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik
terutamanya ibu ketika mangandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah laku
ibu akan turun kepada janin di dalam kandungannya. Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga
segala perbuatan mereka supaya zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh menjadi
seorang yang berguna.

Akhir sekali, kepercayaan kepada nilai-nilai keperluan seperti keselamatan, kasih sayang dan
penghormatan diri adalah faktor pembentukan konsep kendiri. Nilai kasih sayang sayang
amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri dalam
dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan sekucukupnya, kanak-kanak tersebut akan
membesar di dalam suasana yang serba kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanakkanak kerana mereka masih kecil dan tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya
dan tidak bahaya. Oleh itu, amat penting sekali bagi ibu bapa serta guru untuk menjaga
keselamatan kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep kendiri yang
positif.

Konsep kendiri positif

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)

Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.


Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.
Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.
Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.
Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.
Berasa bangga diri sendiri dan berani mencuba.
Mudah bersosialisasi dengan orang lain.
Mudah diterima oleh orang lain.
Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain.
Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri.
Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi.
Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada
keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai