Anda di halaman 1dari 23

KULIAH 7 PERKEMBANGAN KENDIRI

TAJUK : PERSONALITI

1. TAKRIF PERSONALITI
Berasal dari perkataan Latin iaitu persona atau topeng
2

yang dipakai oleh sorg pelakon pentas. Pelakon hero akan berwatak baik dan bertopeng jahat akan beraksi sebaliknya. Personaliti mempunyai kaitan dgn pemikiran, emosi dan perasaan. Menggambarkan sifat keperibadian seseorg. Dan dikaitkan dengan perwatakan. Dapat dilihat melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Dapat ketahui personaliti setelah mengenali seseorg.

Beberapa cara untuk mengukur personaliti iaitu ;

Pemerhatian dan temu bual Majikan akan melaksanakan temuduga bagi memilih pekerjanya. b. Menggunakan ujian atau inventori personaliti. - Pelbagai jenis ujian iaitu MMPI (Minnesota Miltiphasic Personality).
a.

A. -

Baka Berkaitan dengan saiz badan, kecerdasan, potensi dan sesetengah penyakit seseorg individu. Saiz Badan Saiz badan menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Kebolehan menjalankan sst aktiviti boleh membawa nilai prestij kepada dirinya. Cth kanak-kanak yang gemuk atau kurus boleh melakukan sst yang berbeza. Kanak-kanak yang terlalu kurus, gemuk, pendek akan selalu diejek oleh kanak-kanak lain.

i.
-

Ini menyebabkan ia berasa dirinya kurang sempurna

dan menyebabkan konsep kendirinya menjadi rendah. ii. Penyakit - Sesetgh penyakit disebabkan kebakaan spt kencing manis, lelah dlln. - Lantaran terlalu kerap sakit menyebabkannya tidak dapat aktif dan perkembangan sosialnya menjadi lambat. - Individu yang kurang sihat/ kurang bertenaga akan berasa malu, pendiam, mudah marah dan pasif. - Kesannya personaliti menjadi tidak sihat dan emosinya terjejas.
5

iii. Kecerdasan - Kecerdasan membantu individu menyelesaikan masalah sehari-hari dan akademik. - Kecerdasan yang tinggi memang akan menjadikan seseorg lebih cekap menjawab soalan dlm peperiksaan dan dalam bilik darjah. - Terdapat Pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. - Pelajar yang rendah kecerdasannya mengalami kegagalan dalam tugasan akademik. - Kesannya menjadi pemalu dan suka menyendiri.

B. Persekitaran i. Keluarga

Suasana Rumah: Suasana di rumah yang harmoni, mesra dan bahagia akan menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Keluarga yang bermasalah akan wujudkan suasana yang dingin dan mengancam perkembangan kanakkanak dpd aspek sosial dan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan dan perhatian yang diberi akan membantu perkembangan personalti yang positif.
7

ii. Pemakanan:
Makanan yang seimbang penting untuk perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh. Kekurangan makanan berkhasiat menyebabkan kanak-kanak cepat penat letih dan mudah terkena penyakit. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya bermain, aktif berpersatuan, intelek dan rohani terjejas.

iii. Taraf Sosioekonomi


- Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan

menentukan jenis-jenis kemudahan untuk anak-anak. - Penyediaan makanan yang berkhasiat membantu pembelajaran anak-anak. - Pelajar dari keluarga miskin akan mengalami pelbagai masalah spt ketiadaan tempat khas untuk belajar dan buku rujukan di rumah.

C. Kebudayaan
Kebudayaan berbeza menyebabkan nilai dan norma

yang berlainan. Penekanan terhhadap sstnilai akan mempengaruhi perkembangan personalti kanak-kanak. Cth keluarga yang kuat beragama akan membentuk anak-anak yang alim. Individu yang dibesarkan dalam nilai/ budaya yang positif akan melahirkan individu yang bersopan dan personaliti yang seimbang.

1 0

D. Pengaruh Sekolah Jenis kepimpinan dan suasana sekolah sangat pengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Cth, pengetua yang terlalu tegas di sekolah, akan menjamin disiplin yang baik. Keputusan markah dan gred di sekolah juga mempengaruhi personaliti pelajar. Gred yang baik akan meningkatkan harga dirinya dan akan terus berusaha dgn lebih tekun. Gred yang kurang baik akan menjatuhkan harga dirinya lalu menyebabkan konsep dirinya rendah. Sikap guru yang tidak adil, pilih kasih, tegas dlln akan wujudkan suasana pembelajaran kurang baik. Akan mengurangkan minat murid-murid untuk belajar.
1 1

Guru yang adil, penyayang dan bertimbang rasa akan

membentuk emosi yang stabil. Ini menjamin kepada pembentukan personaliti yang sihat.

E. Rakan Sebaya Merupakan faktor penting mempengaruhi pembentukan personaliti murid. Rakan-rakan mempunyai nilai yang tersendiri. Jika berkawan dgn rakan yang memiliki nilai positif, akan mempengaruhi personalitinya menjadi positif. Sikap rakan yang positif atau negatif akan mempengaruhi personalitinya sama ada terhadap pendidikan, guru dan sekolahnya.

1 2

E. Media Massa - Pendedahan terhadap media massa yang positif akan menjamin perkembangan personaliti yang positif. - Media massa yang kerap dirapati ialah televisyen, internet, radio, majalah, akhbar dlln. F. Pengalaman Awal - Pengalaman awal mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. - Kanak-kanak tidak akan mengulang perkara yang akan dimarahi, dihukum dan didenda. - Kanak-kanak yang tidak didedahkan kepada suasana pra sekolah akan berasa rendah diri apabila memasuki alam sekolah.
1 3

Situasi ini akan menjejaskan harga diri serta konsep

kendiri positif dalam diri kanak-kanak. G. Masyarakat Aspirasi, harapan dan nilai serta pegangan sst masyarakat boleh pengaruhi pembentukan personaliti ssorg. individu. Masyarakat yang bersifat materialistik, menyebabkan kanak-kanak membesar menjadi terlalu mengejar kemewahan dan kebendaan. Nilai-nilai murni dalam diri dipengaruhi oleh anggotaanggota masyarakatnya.

1 4

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERSONALITI


a.

Memahami Tingkah Laku Murid Guru perlu menggunakan segala ilmu dan kemahiran dalam psikologi pendidikan yang telah dipelajari bagi memahami tingkah laku murid. Guru boleh meramal tingkah laku negatif murid dalam bilik darjah. Juga membantu untuk kenal pasti semua keperluan murid-murid dalam bilik darjah dapat dipenuhi. Dgn itu guru dapat membantu membentuk perkembangan personaliti dalam diri murid.
1 5

b. Sensitif Dengan Potensi Murid


Setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Ini

bermakna setiap org berpotensi untuk berjaya. Guru bertanggungjawab untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid-murid dalam menggilap potensinya yang ada dalam diri mereka. Oleh itu murid-murid akan berusaha ke arah kecermerlangan diri, sekolah, masyarakat, aga,a dan negara.

1 6

iii. Menerima Hakikat Bahawa Setiap Individu Berbeza dan Unik


- Guru perlu sedar setiap murid mempunyai keunikan

yang tersendiri dpd kognitif, emosi, fizikal dan personaliti. - Ini mengelak guru melabel kanak-kanak yang lemah, bodoh dan tidak berjaya pada masa hadapannya. - Pelajar yang sering dicaci/ dicemuh kerana kekurangan diri akan memberi kesan kepada personalitinya. - Bimbingan yang betul akan membantu individu menjadi lebih berkeyakinan dan mampu hadapi cabaran dalam hidupnya.
1 7

iv. Memahami Keperluan Murid Mengikut Peringkat Umur:


Usia murid mempengaruhi kaitan dengan emosi dan

psikologinya. Guru perlu peka dengan teori-teori psikologi bagi memahami keperluan kanak-kanak mengikut tahap umur. Misalnya, guru memahami hireraki keperluan Maslow, akan faham tentang keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi oleh kanak-kanak dalam hidupnya sebelum menuju ke arah kesempurnaan hidupnya.

1 8

v. Membina Imej Kendiri yang Negatif


Guru perlu membantu murid dalam membina konsep

kendiri yang positif, seterusnya membina satu identiti kendiri yang positif. Ini menjadikan mereka lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi dalam melibatlkan diri dalam menjalani kehidupan yang mencabar.

1 9

KESIMPULAN Personaliti ialah corak keseluruhan seseorg individu yang merangkumi cara berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitar. Jenis-jenis personaliti ialah : a. Ekstrovert b. Introvert c. Ambivert - Faktor-faktor mempengaruhi personaliti ialah; i. Baka: Saiz badan Kecerdasan Temperamen

2 0

ii. Persekitaran iii. Kebudayaan iv. Pengaruh Sekolah v. Pengaruh Rakan Sebaya vi. Media Massa vii. Pengalaman Awal viii. Masyarakat

2 1

Bacaan Tambahan 1. Ee Ah Meng. 1997. Pemantapan Proses Pendidikan: Asas Pendidikan 4. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi. 2008. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Rendah Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Mohd. Salleh Lebar. 1994. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala LumpuR Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Tan Chee Yee. 1995. Asas Pendidikan 4: Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2 2

Sekian dan terima kasih. Selamat Belajar.

Dpd, En. Fauzi Haji Hasan

2 3

Anda mungkin juga menyukai