Anda di halaman 1dari 2

5.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR.

5.1 Faktor Baka


Ciri-ciri fizikal seperti saiz badan tinggi, rendah, gemuk, kurus dan sebagainya. Ada
pelajar yang merasa dirinya kurang sempurna kerana ciri-ciri fizikalnya. Oleh itu konsep
kendirinya menjadi rendah.
Kecerdasan yang pelbagai. Pelajar yang mempuyai kecerdasan yang tinggi akan
mengalami masalah penyesuaian sosial kerana adanya sifat sombong, manakala pelajar
mempunyai kecerdasan yang rendah lebih mempunyai sifat pemalu.
Penyakit yang diwarisi melalui baka seperti lelah dan kencing manis atau tahap kesihatan
pelajar. Oleh itu pelajar tersebut tidak dapat berinteraksi dengan rakan-rakannya.
Kestabilan emosi. Pelajar yang mempunyai emosi yang stabil mudah bergaul manakala
pelajar yang mempunyai emosi kurang stabil lebih suka menyendiri.

5.2 Faktor Persekitaran
Keluarga kasih sayang, layanan asuhan dan perhatian daripada ibubapa, cara
berkomunikasi yang mesra dan harmonis, suasana rumah yang tenteram dan kewangan
keluarga yang stabil amat diperlukan untuk perkembangan sahsiah pelajar.
Pengalaman awal kanak-kanak - samada yang bersifat positif atau negatif amat
mempengaruhi perkembangan sahsiah seorang pelajar. Ini boleh meningkatkan atau
menjejaskan konsep kendiri pelajar tersebut.
Kebudayaan - kebudayaan yang berbeza mempunyai nilai yang berbeza. Contohnya
jika keluarga menekankan kekayaan, anak akan bersifat materialistik. Jika menekankan
unsur keagamaan, anak akan menjadi seorang yang mempunyai sikap yang baik.
Pengaruh sekolah pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya kerana pelajar-pelajar
menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Budaya sekolah yang kondusif amat
diperlukan untuk meningkatkan perkembangan sahsiah yang positif. Guru-guru perlu
bersifat adil, tidak pilih kasih, tidak menghukum secara dera dan mewujudkan suasana
pengajaran pembelajaran yang sihat.
Pengaruh rakan sebaya - sangat penting dalam mempengaruhi pembangunan sahsiah
pelajar. Pelajar-pelajar akan terdedah kepada nilai-nilai yang positif dan negatif .
Pengaruh rakan sebaya perlu ditangani sebaik mungkin.
Media massa pendedahan kepada media massa yang sihat dan baik, bahan menarik
yang berguna, boleh menggalakan individu berfikir dan meningkatkan sahsiah
Masyarakat jika nilai-nilai adalah baik dan sihat, pelajar akan membesar dan mampu
menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, dedikasi, rajin, mampu bersaing
cekal, tabah dan sedia berkorban untuk membantu orang lain dalam apa jua keadaan.

Anda mungkin juga menyukai