Anda di halaman 1dari 3

PENGAJARAN MAKRO

1. Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan dalam pengajaran makro guru mendapat tumpuan dan fokus
daripada murid. Dalam pengajaran makro kali ini, guru mengajar murid dari kelas pemulihan.
Dalam kelas muridnya memberi komitmen yang baik iaitu murid dapat melakukan apa yang
diarahkan oleh guru. Tetapi guru mesti menumpuan kepada semua murid. Pada pandangan
saya, suara dan intonasi yang guru gunakan adalah jelas dan murid dapat memahami dan selaras
dengan aras kebolehan murid. Oleh itu, kejelasan suara dalam memberikan arahan amat penting
dalam pengajaran.
Dalam pengajaran makro ini, terdapat banyak penggunaan BBMB yang menarik dan
pelbagai diberikan kepada murid. Begitu juga dengan lembaran kerja yang berlainan berdasarkan
aras kebolehan murid. Murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada kali ini.
Semasa perbincangan pula, murid memberi tumpuan dan murid seronok menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran makro ini. Saya rasa kawalan kelas semasa pengajaran makro
terkawal.
2. Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro
ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Semasa proses pengajaran mikro ini
dilaksanakan sebenarnya ia mengambil masa yang lebih berbanding dengan perancangan
pengajaran sebelum pengajaran dibuat.
Kalau kita lihat kepada bilangan murid yang agak sedikit, mungkin semua orang
mengatakan senang diajar. Bagi saya, murid pemulihan ini susah hendak diselami kerana guru
tidak mempunyai kekuatan untuk memantau dan memerhatikan dengan baik. Aktiviti yang perlu

diadakan oleh guru pun mesti berbeza mengikut tahap kebolehan murid. Walaupun kita dapat
lihat murid seronok belajar dan menunjukkan kefahamannya tetapi sebenarnya apabila sahaja
keluar dari kelas, sudah pasti apa yang dipelajari tadi dilupai.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah penggunaan slaid yang salah digunakan
contohnya guru menunjukkan tayangan dengan menggunakan tangan sepatutnya guru
menggunakan cahaya laser supaya tidak mengganggu tumpuan murid. Akhirnya, murid sendiri
lakukan kesalahan tersebut.
3. Langkah Mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam setiap pengajaran memerlukan
penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran ini saya akan perbaiki dalam pengajaran
makro nanti. Pertama tentang ketepatan penggunaan masa dalam menyampaikan isi pelajaran
serta penggunaan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa
seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran yang telah digubal. Ketetapan masa perlu
diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penyelenggaraan masa
amat penting dalam memastikan pencapaian target objektif yang telah dirancang.
Saya juga perlu bersedia sebelum melangkah kaki ke kelas. Guru perlu siapkan diri
dengan ilmu dan memahami isi pelajaran yang hendak diajar.
Dari segi penyediaan bahan bantu mengajar, saya akan menjadikan diri saya lebih kreatif
dan inovatif. Antaranya, memasukkan elemen teknologi komputer seperti slaid-slaid yang
menarik dan menggunakan bahan-bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Guru
yang mengajar kelas pemulihan perlukan masa untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang
berteraskan tahap pencapaian murid.

Anda mungkin juga menyukai