Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KES MURID PENDIDIKAN KHAS AUTISME

PENGENALAN
Kajian kes yang saya buat ini adalah berkenaan seorang murid dari Sekolah Pendidikan Khas.
Murid tersebut telah dikategorikan sebagai murid Autisme. Di sini saya huraikan sedikit fakta
mengenai Autisme.
DEFINISI AUTISME
Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut
Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara
normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa
30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan
mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah
tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali
mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal
ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain.
Istilah autisme juga digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada
kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik
hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak
mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau
bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan
mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.
Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan
ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada
perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak

dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada
ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan
menghabiskan masa bermain seorang diri. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat
perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak
berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka
akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari.
Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik
menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada
jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang
mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri
sendiri.
Tanda-tanda

Tidak suka bersosial.

Pendengaran tidak normal.

Mengelak daripada bertentang mata.

Gangguan pertuturan.

Corak kelakuan yang berulang / gemar memutarkan objek

Tidak mengendahkan rasa sakit.

Terlalu aktif / pasif


Tidak suka dipeluk
Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan

OBJEKTIF KAJIAN INI DILAKUKAN

Kajian kes ini dilakukan bukannya untuk mencari kelemahan dan kekurangan murid ini,
sebaliknya kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti ciri kanak-kanak murid
berkeperluan khas ini, mengetahui sejauh mana perkembangan kognitif ( IQ ), tingkahlaku, cara
berkomunikasi, perkembangan emosi, sosial, keperluan pembelajaran, keistimewaan kanakkanak ini dan cara pembelajarannya samada di rumah atau di sekolah.

Kaedah Kajian Kes dilakukan melalui :


1 ) Responden dari sekolah Pendidikan Khas.
2 ) Temuramah ( ibubapa murid, guru, rakan )
3 ) Soal selidik
1) Mendapat kebenaran daripada ibubapa. ( surat kebenaran dari penjaganya di bahagian
lampiran)
2) Mendapat kebenaran daripada guru kelas.
3) Membuat temuramah bersama murid sendiri, ibubapanya, guru kelas ( soalan temuramah
di bahagian lampiran ) soal selidik daripada rakannya dan pemerhatian saya sendiri.
Analisa Dapatan:
Keseluruhan proses yang dilakukan untuk menghasilkan kajian kes ini berjalan dengan baik,
walaupun terdapat sedikit masalah, contohnya kekangan masa, berjumpa guru kelas, melihat
pembelajaran murid di kelas dan sebagainya, tetapi akhirnya penulisan kajian kes ini dapat
dilakukan dan disiapkan.

Anda mungkin juga menyukai