Anda di halaman 1dari 3

1.

1 Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani


Proses pembelajaran menyeluruh melibatkan semua aspek domain psikomotor,
kognitif, afektif, sosial & emosi. Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Alat untuk
mendorong kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir & penyelesaian
masalah.

Pendidikan Jasmani terbentuk daripada 3 domain :

i. Domain Kognitif (aspek kognitif)


Pengumpulan pengetahuan & keupayaan berfikir serta mengintepretasi. Amalan
berfikir, proses penerokaan, inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, sikap ingin
tahu, proses imaginasi dan pemikiran kreatif.

ii. Domain Afektif (aspek afektif)


Perkembangan individu dan kemahiran sosial. Konsep kendiri, pemahaman
kendiri, penghargaan kendiri, kawalan kendiri, emosi, nilai dan sahsiah.

iii. Domain Psikomotor (aspek psikomotor)


Perihal kuantiti pergerakan.Kecergasan, kekuatan otot, daya tahan
otot, pengamatan motor, kelenturan, ketangkasan, kelajuan dan kardiovaskular.

1.1.1 Falsafah, Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani

Falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberi
kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.

Falsafah sebagai petunjuk arah untuk guru menentukan matlamat.

Matlamat dan objektif PJ

PJ adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran


aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Mempertingkatkan & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan


diri.

Melakukan senaman & aktiviti fizikal sebagai rutin.

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan dalam kegiatan


fizikal.

Membentuk disiplin dan sahsiah diri.

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

1.1.2 Kepentingan Pendidikan Jasmani

1. Kecergasan Fizikal
Membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat
dan keperluan.
2. Kemahiran motor
Menguruskan bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran
motor yang sesuai dan berguna. Mempertingkatkan dan mngekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
3. Kecekapan dalam Menguruskan Badan

Melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara
berterusan.Penjagaan postur yang betul. Kawalan & imbangan dalam sesuatu
situasi. Pengaruh ritma dalam pengendalian pergerakan badan. Koordinasi
pergerakan yang cekap. Pergerakan merentasi ruang.
4. Aspek Kemahiran dan Pergerakkan Asas
1. PJ membantu pengamal menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri.
2. Kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat.
3. Kemahiran lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan
membina bentuk-bentuk.
4. Kemahiran manipulatif seperti menangkap, menendang, menggelecek dan melontar.
5. Konsep Kendiri : Membina konsep kendiri yang realistik dan konsep kendiri yang
diingini menerusi aktviti yang terancang.

6. Langkah-langkah Keselamatan : Sikap mengutamakan keselamatan terhadap diri


dan orang lain.

7. Nilai dan Peribadi : Pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan
norma-norma masyarakat.

8. Membentuk Kognitif :Pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai