Anda di halaman 1dari 2

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN

DAN NEGARA


Dalam unit 1 ini menjelaskan berkaitan perkembangan pendidikan di negara ini yang
melibatkan pendidikan dalam era sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris
sebelum merdeka dan era lepas merdeka. Sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat
berlangsungsecara tradisional. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Semasa kedatangan Islam ke Tanah Melayu, jadi
pendidikan murid-murid Melayu pada ketika itu adalah berkaitan tentang ilmu agama.
Semasa penjajahan Inggeris, pendidikan yang diamalkan oleh penjajah adalah dasar
pecah dan perintah dengan budaya superior. Sekolah venakular banyak ditubuhkan berasaskan
etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Semasa
Tanah Melayu ditakluki oleh Jepun, beberapa buah sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun.
Beberapa tahun sebelum merdeka, satu jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan
bagi mengkaji sistem pendidikan sehingga tertubuhnya Penyata Tun Razak 1956 menumpukan
kepada penyatuan semua bangsa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Selepas itu, Sistem Akta Pendidikan diteruskan
pula dengan Penyata Rahman Talib 1960 selepas mengkaji dan membuat perubahan yang
bersesuaian mengikut zaman ketika itu.
Pendidikan dizaman melinium bercirikan global dan pada masa yang sama tanpa
meninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa tersebut supaya mampu melahirkan
warganegara Malaysia yang berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan
cabaran semasa yang akan dihadapi.
Falsafah Pendidikan kebangsaan antara lain bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
interlek, rohani, emosi dan jasmani.




2) 5 KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN PENJELASAN

Konsep Penjelasan
1. Pendidikan
tradisional
Perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan
2. Sekolah vernakular Sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan
bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing
3.

Jawatankuasa
Pelajaran 1956
Mengkaji keperluan sistem pendidikan
4.

Pendidikan
memperkembangkan
dimensi instrinsik
Pendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk akhlak, budi
pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia
5.

Fungsi pendidikan Melahirkan individu yang seimbang daripada aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani
Berkeupayaan memperkembangkan individu dari segi
fizikal dan mental untuk pembangunan negara
Melahirkan modal insan
Membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu
padu dan bertoleransi

Anda mungkin juga menyukai