Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
sekolah ini. Anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan dapat membezakan
perkara yang baik dan buruk, mengawal tingkahlaku mereka dan mempunyai daya tahan yang
tinggi dalam menjalani kehidupan mereka.
dimana pelajar boleh mengalami kejayaan. Berikan mereka peluang, galakkan persaingan untuk
mereka menyertai pertandingan, sukan dan permainan.
Rasa kejayaan yang dialami akan meningkatkan lagi keyakinan diri pelajar. Kenal pasti kekuatan
dan kelemahan diri pelajar.
Perasaan marah mudah timbul dikalangan pelajar yang berada peringkat remaja ini
kerana berbagai konflik yang berlaku. Selain itu, guru juga perlu meluangkan masa untuk
mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajarpelajarnya. Maka guru akan dapat mengesan awal pelajar yang bermasalah, menunjukkan sifat
memahami, mengambil tindakan bersesuaian dengan merujuk kes-kes yang serius kepada guru
kaunseling di sekolah supaya pelajar yang bermasalah ini tidak dibiarkan bersendirian.
Ada pelajar yang kurang sabar dan sentiasa berpegang teguh pada prinsipnya. Pendapat
orang lain sukar diterima. Guru perlu memberi galakan dan nasihat bahawa bertukar-tukar fikiran
merupakan suatu perlakuan yang baik. Guru perlu mewujudkan kelucuan dan jenaka untuk
melegakan emosi pelajar yang tertekan. Tanda-tanda pemberontakan hendaklah dikendalikan
dengan baik. Jauhi paksaan dan sikap autotarian guru dalam kes-kes pemberontakan. Remaja
atau pelajar memerlukan pelbagai peluang untuk meluahkan perasaan atau emosi secara positif.
Guru hendaklah menyediakan peluang dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam bidang
kokurikulum berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Kendalikan kerja-kerja
projek yang boleh mencungkil bakat kreatif dan inovatif serta dapat memenuhi keperluan
penghargaan diri yang tinggi. Aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki bukit, perkhemahan, lawatan
dan gotong- royong boleh dikendalikan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan
remaja. Melalui aktiviti-aktiviti ini pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dapat mempelajari cara
berinteraksi yang sihat, bertukar-tukar pendapat atau kemahiran berkomunikasi.
jenayah. Pihak sekolah perlu menjalankan pemantauan terhadap pelajar-pelajar yang dianggap
bermasalah dan diberikan bimbingan dan kaunseling. Kementerian Pelajaran juga diharap dapat
membantu guru mengurangkan beban kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan dapat membimbing pelajar dengan lebih
baik lagi.
Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu pelajar mengatasi
masalah mereka. Kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman perlu dilantik
untuk memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kaunselor ynag
berpengalaman dan disenangi dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan dan konflik yang
dialami dan boleh berkongsi masalahnya. Secara tidak langsung ini akan mendekatkan dirinya
dengan pihak sekolah khususnya kaunselor. Melalui bimbingan dan kaunseling pelajar-pelajar
dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial dan
seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang tertinggi.
Pihak berkuasa tempatan perlu agresif menangani pusat-pusat hiburan, kafe siber, pusat
snooker yang beroperasi secara haram kerana inilah yang menjadi punca kepada isu ini.
Pengusaha-pengusaha pusat hiburan menyalahgunakan lesen hanya untuk mengaut keuntungan
cara mudah walaupun ia melanggar undang-undang. Pusat-pusat hiburan seperti ini sepatutnya
tidak dibenarkan beroperasi.
Badan-badan kerajaan dan swasta yang lain termasuk NGO diharap dapat merangka
program-program yang sesuai dan menyeluruh berkaitan isu ponteng ini, bukan sekadar memberi
faedah kepada segelintir pihak sahaja dan bersifat komersial.
Walaubagaimanapun, ketika ini terdapat pelbagai program seperti Sekolah Selamat,
Kelab Pencegahan Jenayah, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, Bulan Patriotisme,
Sisitem Salahlaku Disiplin Murid dan sebarang sebaran kepada masyarakat melalui media seperti
TV dan akhbar, namun semua ini masih belum cukup untuk mengatasi isu ponteng sekolah ini.
Langkah pihak polis Kuala Lumpur untuk manahan pelajar sekolah yang didapati ponteng
sekolah dan merayau-rayau di pusat-pusat membeli belah antara langkah untuk membendung
gejala ponteng. Tetapi sejauh mana kejayaannya?