Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Iklim Sekolah
Iklim sekolah memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah.
Iklim serta persekitaran sekolah yang baik akan menjadikan guru-guru berasa
selamat, yakin, dan puas hati serta tidak terancam untuk datang mengajar di
sekolah. Bersifat terbuka serta berkebolehan memberi kepimpinan di sekolah. Muridmurid akan mempunyai semangat setiakawan, selesa untuk menerima ilmu dan
sentiasa ingin hadir ke sekolah.
Semasa penanda aras, kami mendapati iklim Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Pamol (SJKT Pamol) sangat baik dan mesra berdasarkan kepada budaya dan
aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru-guru dan murid mempunyai hubungan yang
sangat erat. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga
menjadi guru di sekolah tersebut.
Salah satu iklim budaya sekolah ini boleh dijadikan contoh ialah sentiasa
bekerjasama dan saling membantu. Guru besar sekolah iaitu Puan Vasanthi
mempunyai sifat keterbukaan yang banyak di mana beliau mengambil semua idea
yang diutarakan oleh para guru dan murid. Guru besar juga sentiasa memberi
sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan
mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka.
Di samping itu, para guru dan murid sangat selesa ketika berada dalam
perkembangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang
sangat bersih dan teratur. SJKT Pamol juga telah mengadakan banyak aktiviti
seperti program kebersihan, gotong royong, keceriaan kelas dan sebagainya.
Selain daripada itu, SJKT Pamol juga menyediakan tempat untuk murid
membaca dan berehat. Sudut membaca yang disediakan amat berkesan di mana
kita dapat melihat murid mempunyai ruang yang selesa dan buku yang mencukupi.
Murid dan guru di sekolah tersebut amat berbangga dengan kemudahan yang
disediakan di sekolah tersebut. Kami sangat terharu dengan murid sekolah tersebut
di mana mereka turut serta dalam mengekalkan kebersihan dan kekemasan
sekolah.

Pelbagai program dan aktiviti bidang akademik dilaksanakan di SJKT Pamol.


Perancangan pengurusan kurikulum dari segi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran adalah melibatkan murid, penguasaan pembelajaran, hasil kerja
murid, persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan
sumber

pendidikan

penilaian

teknik

menyoal,

penguasaan

isi

kandungan,

pengurusan kelas serta amalan profesionalisme keguruan.


Selain itu, terdapat juga pelbagai kelas bimbingan dijalankan untuk membantu
para murid. Contohnya, kelas bimbingan untuk murid tahun 6. Kelas untuk murid
UPSR juga dijalankan pada waktu sekolah. Di samping itu, bengkel Teknik
Menjawab Kertas Soalan UPSR juga diadakan khas untuk murid tahun 6. Kelas
pemulihan dan bimbingan juga dijalankan untuk murid-murid yang memerlukan
bantuan dalam pelajaran.
Terdapat banyak program yang dijalankan di SJKT Pamol untuk semua murid
untuk menjadi murid cemerlang sama ada dari aspek kurikulum atau kokurikulum.
Pihak pentadbiran sekolah banyak menyediakan kemudahan-kemudahan untuk
murid selesa dan seronok belajar. Semua sekolah yang lain harus menjadikan SJKT
Pamol sebagai contoh dan sekolah lain juga boleh menjadi sebagai sekolah kluster
seperti SJKT Pamol. Lawatan penanda aras bagi program Bina Insan Guru Fasa 5
ini banyak memberikan kami pengalaman yang baik serta pendedahan yang sangat
baik untuk menjalani praktikum fasa pertama.

Anda mungkin juga menyukai