Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341025184

Merungkai dan merangkai kurikulum sebagai proses perancangan pengajaran


dan pembelajaran: Kajian kes guru-guru Prinsip Perakaunan

Conference Paper · October 2019

CITATIONS READS

0 2,053

1 author:

Kalai Selvan Arumugham


Ministry of Education, Malaysia
26 PUBLICATIONS   3 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Kalai Selvan Arumugham on 29 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Merungkai dan merangkai kurikulum sebagai proses perancangan pengajaran dan
pembelajaran: Kajian kes guru-guru Prinsip Perakaunan

Kalai Selvan Arumugham


SMK Tunku Seri Indera Putera
Kalvan_80@yahoo.com

Abstrak
Perubahan kurikulum yang berlaku dalam system pendidikan kebangsaan
telah menyebabkan guru memainkan peranan yang lebih luas dalam
melaksanakan tugas harian mereka. Perkara ini juga telah menyebabkan guru
harus memiliki pelbagai kemahiran dalam membuat perancangan pengajaran.
Salah satu elemen yang diperkenalkan melalui Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) ialah proses merungkai dan merangkai kurikulum.
Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan proses ini sebagai salah
satu daripada aspek perancangan ketika menyediakan rancangan pengajaran.
Penyelidik telah melakukan temu bual separa struktur dan analisis terhadap
rancangan pengajaran tahunan (RPT) dan rancangan pengajaran harian
(RPH). Seramai lima orang guru telah dibimbing dan diselia oleh penyelidik
selama enam bulan. Bimbingan yang diberikan didapati telah meningkatkan
kemahiran guru-guru ini untuk melakukan proses merungkai dan merangkai
kurikulum. RPT dan RPH yang disediakan juga didapati menjadi lebih ringkas,
mudah dan padat melalui kemahiran ini. Guru-guru juga menyatakan melalui
kaedah ini, proses untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih mudah kerana mereka tidak perlu mengajar setiap standard kandungan
yang terkandung dalam Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP).
Penyelidikan lanjut dicadangkan agar setiap mata pelajaran yang terlibat
dengan pelaksanaan KSSM melakukan proses ini agar penyediaan RPT dan
RPH untuk setiap mata pelajaran menjadi lebih mantap dan sistematik.
.

Kata kunci: Merungkai dan merangkai kurikulum, Rancangan pengajaran tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian

PENDAHULUAN

Perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang sangat


penting kepada seseorang guru. Ini kerana, perancangan pengajaran
mencerminkan cara seseorang guru akan menyampaikan pengajarannya.
Perancangan pengajaran juga membantu seseorang guru untuk menterjemahkan
kurikulum yang disediakan oleh pihak penggubal dasar dengan menggunakan
kaedah yang betul dan bersesuaian dengan tahap pelajar (Koenig, Blomeke, Klein,
Suhl, Busse & Kaiser, 2014). Oleh itu, perancangan pengajaran amat diberi
penekanan memandangkan cara seseorang guru melaksanakan pengajarannya
bergantung kepada cara perancangan yang telah dilakukan. Perubahan kurikulum
yang berlaku di Malaysia juga dikatakan mempunyai pengaruh yang amat besar
terhadap proses perancangan pengajaran yang dilakukan oleh seseorang guru.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
Bermula tahun 2017 KSSM telah diperkenalkan dalam system pendidikan
kebangsaan. KSSM telah dirangka dan digubal berdasarkan keperluan pasaran
global. Pelajar-pelajar di Malaysia didapati mempunyai tahap pengetahuan yang
sangat tinggi namun mereka didapati tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pasaran kerja (Omar & Sinnasamy, 2017). Apabila dikaji punca
kepada berlakunya masalah ini adalah disebabkan kurikulum yang digunakan
selama ini lebih membantu pelajar untuk menimba ilmu namun tidak memberi
ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu tersebut. Menyedari hakikat ini,
maka Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Malaysia telah mengorak langkah
untuk melakukan satu anjakan terhadap kurikulum yang sedang diguna pakai agar
satu bentuk kurikulum yang baharu yang besesuaian dengan keperluan semasa
direka bentuk.

Beberapa aspek dalam elemen kurikulum telah dilakukan perubahan yang


agak besar. Diantaranya, kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum dan
kaedah pentaksirann yang akan digunakan. Dari segi kandungan kurikulum, tajuk-
tajuk yang diperkenalkan melalui KSSM banyak mempunyai hubungan rapat
dengan pasaran kerja semasa. Beberapa mata pelajaran juga telah dijenamakan
semula dengan menggunakan nama yang bersesuaian, contohnya mata pelajaran
Kemahiran Hidup telah dijenamakan semula sebagai Reka Bentuk Teknologi,
Teknologi Maklumat sebagai Sains Komputer, Sains Pertanian sebagai Pertanian
dan beberapa mata pelajaran lagi. Selain aspek kandungan kurikulum perubahan
juga dilakukan terhadap aspek pelaksanaan kurikulum. KSSM telah memberi
penekanan terhadap aspek pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, guru-guru
perlu memberi penekanan terhadap pedagogi pengajaran yang boleh memberi
ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran ( Yan
& Cheng, 2015). Elemen terakhir yang diberi penekanan dalam KSSM ialah
pentaksiran. Pentaksiran bilik darjah telah diperkenalkan supaya guru dapat
mengukur perkembangan pembelajaran seseorang pelajar semasa pengajaran
dilaksanakan (Jacob & Parkinson, 2015). Perubahan yang berlaku terhadap
beberapa elemen ini memerlukan guru melakukan perancangan yang lebih
sistematik agar matlamat KSSM diperkenalkan dapat dicapai sepenuhnya.

Salah satu kemahiran perancangan yang diperkenalkan melalui KSSM ialah


merungkai dan merangkai kurikulum. Kemahiran ini diperkenalkan untuk
membantu guru-guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bersifat kreatif agar pelajar mudah untuk memahami kandungan
pembelajaran.Semua mata pelajaran yang diperkenalkan melalui KSSM
mempunyai ciri untuk merungkai dan merangkai kurikulum. Namun untuk
mendapatkan pemahaman yang terperinci, maka penyelidik telah memilih untuk
melaksanakan penyelidikan ini khusus untuk mata pelajaran Prinsip Perakaunan
memandangkan penyelidik mempunyai kefahamn yang mendalam tentang mata
pelajaran ini.

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


merupakan satu keperluan kepada semua guru yang memainkan peranan sebagai
agen pelaksana kurikulum ((Kapambwe, 2010). Proses ini akan bermula dari
seseorang guru membuat perancangan melalui penyediaan RPT dan RPH
sehingga guru itu melaksanakan perancangan tersebut. Kemahiran merancang ini

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru
memandangkan perkara yang dirancang akan diterjemahkan ke dalam bentuk
pengajaran dan pembelajaran.Walau bagaimanapun (Yan & Cheng, 2015)
melaporkan guru-guru kurang melakukan perancangan sebelum melaksanakan
pengajaran kerana mereka lebih gemar untuk meluangkan masa mereka terhadap
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Marcenaro-Gutierrez &
Vignoles (2015) juga melaporkan dapatan yang hampir sama namun
memerincikannya kepada guru-guru yang telah mengajar lebih dari sepuluh
tahun.Dapatan-dapatan ini mencerminkan guru kurang melakukan perancangan
sebelum melaksanakan pengajaran sebaliknya memberi lebih tumpuan terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Lane, Oakes, Powers,Diebold, Germer, Common,& Brunsting (2015)


menyatakan faktor yang menyebabkan seseorang guru kurang merancang adalah
disebabkan pengalaman yang terlalu luas dalam bidang tersebut, guru
menganggap fasa perancangan kurang penting dan guru-guru tidak diberi
pendedahan atau bimbingan untuk melakukan perancangan. Ketiga-tiga faktor
yang dinyatakan telah menimbulkan persoalan kepada penyelidik tentang keadaan
yang sedang dialami oleh guru-guru di Malaysia yang sedang mengalami satu fasa
perubahan kurikulum yang agak besar. Penyelidik yang juga menjawat jawatan
sebagai seorang guru kanan teknik dan vokasional di sebuah sekolah telah
meneliti RPT dan RPH yang telah disediakan oleh guru-guru dibawah bidang
pengurusannya. Hasil semakan daripada RPT dan RPH didapati guru-guru
melakukan perancangan seperti yang telah dilakukan semasa pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dengan mengetepikan beberapa
elemen yang telah disarankan dalam pelaksanaan KSSM seperti elemen merentas
kurikulum dan kemahiran merungkai kurikulum.

Penyelidik juga telah berpeluang untuk berjumpa dengan tiga orang guru yang
terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSM. Dalam sesi perjumpaan
tersebut beberapa maklumat dikumpulkan secara perbincangan kumpulan. Hasil
daripada maklumat yang dikumpulkan itu, didapati guru-guru mempunyai
pendedahan tentang elemen merentas kurikulum namun kurang
mempraktikkannya dalam penyediaan RPT dan RPH. Walau bagaimanapun
mereka langsung tidak mempunyai pendedahan tentang kemahiran untuk
merungkai dan merangkai kurikulum. Hasil perbincangan kumpulan juga
mendapati guru-guru ini tidak didedahkan atau diberi penerangan tentang cara
untuk merungkai dan merangkai kurikulum. Latihan dan bimbingan yang
berterusan akan dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran seseoran guru
dalam melaksanakan sesuatu perubahan (Arumugham, K.S, 2018). Penyelidik
melihat kurangnya latihan dan bimbingan terhadap kemahiran untuk merungkai
dan merangkai kurikulum merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
kemahiran ini tidak diterapkan semasa guru-guru merancang RPT dan RPH. Oleh
itu, penyelidik telah mengadaptasikan modul bimbingan guru yang telah
diperkenalkan oleh Darling-Hammond (2010) untuk membimbing seramai lima
orang guru Prinsip Perakaunan di sebuah daerah di utara Malaysia dan melihat
kesan bimbingan terhadap kemahiran untuk merungkai dan merangkai kurikulum.
Ini kerana, mata pelajaran Prinsip Perakaunan mempunyai beberapa standard
kandungan yang dapat dirungkai dan dirangkai. Standard kandungan ini telah
dikenalpasti lebih awal oleh penyelidik memandangkan penyelidik mempunyai
pengalaman dalam kurikulum mata pelajaran ini serta telah menghadiri beberapa
siri latihan berkaitan dengan pembinaan dan pembangunan kurikulum mata
pelajaran Prinsip Perakaunan. Oleh itu, penyelidikan ini hanya memfokuskan
kepada mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan cara lima orang guru Prinsip
Perakaunan dari sekolah yang berbeza diberi bimbingan untuk meningkatkan
kemahiran mereka tentang cara merungkai dan merangkai kurikulum mata
pelajaran Prinsip Perakaunan serta keberkesanannya terhadap pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:

1. Apakah pemahaman guru-guru Prinsip Perakaunan tentang kemahiran


merungkai dan merangkai kurikulum?
2. Sejauhmanakah proses bimbingan meningkatkan pemahaman guru tentang
cara untuk merungkai dan merangkai kurikulum Prinsip Perakaunan?
3. Sejauhmanakah keberkesanan kemahiran merungkai dan merangkai terhadap
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif Kajian


Kes. Ini adalah kerana berdasarkan objektif penyelidikan yang telah dinyatakan
tadi, matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk menerangkan cara guru-guru
Prinsip Perakaunan diberi bimbingan khusus untuk kemahiran merungkai dan
merangkai kurikulum. Untuk memahami sesuatu proses penyelidik harus
menggunakan kaedah-kaedah yang disarankan melalui penyelidikan kualitatif
kerana proses untuk memahami cara memerlukan penglibatan penyelidik secara
langsung dalam sesuatu penyelidikan yang sedang dilakukan (Braun & Clark,
2013). Disamping itu, untuk melihat keberkesanan bimbingan yang dijalankan
penyelidik juga perlu untuk berinteraksi bersama guru-guru yang terlibat dengan
penyelidikan ini. Berdasarkan rasional serta matlamat yang dijelaskan penyelidik
memilih untuk menjalankan penyelidikan ini dengan menggunakan kaedah
kualitatif.

Peserta Kajian

Peserta penyelidikan ini terdiri daripada lima orang guru Prinsip Perakaunan
yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSM. Kesemua guru yang
terlibat juga mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran ini melebihi sepuluh
tahun.Selain itu, guru-guru yang dipilih juga merupakan Ketua Panitia Prinsip
Perakaunan di sekolah masing-masing. Ketua panitia akan memainkan peranan
utama mereka dalam melakukan perancangan terhadap perjalanan panitia
sepanjang tahun termasuk menyediakan RPT untuk guru-guru lain. Diatas rasional
ini maka penyelidik telah memilih guru-guru ini sebagai peserta penyelidikan ini.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidikan ini telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data


penyelidikan kualitatif seperti yang telah disarankan oleh Delamont (2016) iaitu
temu bual dan analisis dokumen. Temu bual merupakan kaedah yang disarankan
untuk mendapatkan maklum balas secara langsung manakala dokumen analisis
merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan kesahan terhadap
maklumat yang sedang diteroka (Braun & Clark, 2013). Penyelidik telah melakukan
temu bual secara dua fasa. Pada fasa pertama, penyelidik ingin melihat
pemahaman guru-guru tentang kemahiran merungkai dan merangkai manakala
dalam fasa dua penyelidik melakukan temu bual untuk meneroka cara guru-guru
merungkai dan merangkai kurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Analisis
dokumen juga telah dilakukan sebanyak dua fasa.Pada fasa pertama penyelidik
telah menyemak RPT dan RPH yang disediakan oleh guru-guru. Dokumen yang
sama juga telah disemak setelah guru-guru tersebut diberi bimbingan.Data
dikumpulkan dalam dua fasa yang berbeza adalah disebabkan penyelidik ingin
membuat perbandingan keadaan sebelum dan selepas bimbingan diberikan
tentang cara merungkai dan merangkai kurikulum.

Prosedur Pengumpulan Data

Penyelidik telah membahagikan prosedur pengumpulan data kepada dua fasa.


Dalam fasa yang pertama, penyelidik telah mendapatkan maklumat tentang
keadaan semasa guru tentang cara gur-guru prinsip perakaunan melakukan
proses untuk merungkai dan merangkai kurikulum. Pada masa yang sama dengan
kebenaran guru-guru ini penyelidik menyemak dan menganalisis RPT dan RPH
untuk mengenalpasti cara guru-guru ini merungkai dan merangkai kurikulum.
Dalam fasa ini, penyelidik telah meyimpulkan guru-guru ini langsung tidak
memahami dan menggunakan kemahiran merungkai dan merangkai kurikulum
untuk melakukan perancangan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berdasarkan data yang diperoleh pada fasa pertama, penyelidik meneruskan


penyelidikan ini ke fasa yang kedua, iaitu untuk memberi bimbingan kepada guru-
guru ini tentang konsep merungkai dan merangkai kurikulum. Dalam fasa ini,
penyelidik telah melaksanakan sesi penerangan dan latihan secara bersemuka
kepada guru-guru ini. Penyelidik telah bertemu dengan guru-guru ini sebanyak 12
kali untuk memberi penerangan serta cara untuk merungkai dan merangkai
kurikulum untuk Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan. Guru-guru juga diberi peluang
untuk menyediakan RPH dengan bimbingan penyelidik.

Dalam fasa yang ketiga, penyelidik telah melakukan temubual dan analisis
RPH dan RPT yang disediakan oleh guru-guru ini. Dalam fasa tiga data yang
dikumpulkan dalam fasa 1 dan 2 dibanding bezakan. Tringulasi antara data temu
bual dan analisis dokumen juga dilakukan untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan penyelidikan ini.

DAPATAN KAJIAN

Fasa 1

Dapatan penyelidikan dilaporkan berdasarkan tiga fasa pengumpulan data yang


berbeza. Pada fasa yang pertama penyelidik telah mengumpulkan data berkenaan
pemahaman guru-guru Prinsip Perakaunan tentang cara mereka merungkai dan

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
merangkai kurikulum. Penyelidik telah menemubual guru-guru ini disamping
menganalisis RPT dan RPH. Hasil pengumpulan data pada fasa satu menunjukkan
guru-guru kurang faham tentang kemahiran merungkai dan merangkai kurikulum.

Saya tidak pernah didedahkan tentang konsep ini (Fiza/TM1)

Saya pernah dengar istilah ini, tapi tak pernah buat. Saya memang tak tahu apa tu
sebenarnya merungkai dan merangkai kurikulum (Shon/TM1)

Waktu saya hadir taklimat KSSM tak pernah pula diberitahu tentang kemahiran ini
(Hana/TM1)

Merungkai dan merangkai, macam pernah dengar, tapi tak pernah saya buat waktu
pengajaran (Japar/TM1)

Tak pernah pula siap-siapa bagitau tentang merungkai merangkai ni. Saya
memang tak pernah buat (Rifah/TM1)

Kelima-lima orang guru mengatakan mereka tidak pernah mendapat pendedahan


tentang kemahiran merungaki dan merangkai kurikulum. Kurangnya pendedahan
tentang kemahiran ini menyebabkan guru-guru tidak pernah amalkan kemahiran ini
semasa melakukan perancangan pengajaran. Kesemua guru ini pernah
menghadiri kursus semakan KSSM Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan namun
mereka tidak mendapat sebarang maklumat tentang cara untuk merungkai dan
merangkai kurikulum. Sebagai langkah semakan, penyelidik telah menganalisis
RPT dan RPH kelima-lima orang guru ini.

Hasil analisis yang dilakukan, didapati guru tidak menggunakan kemahiran


merungkai dan merangkai semasa menyediakan RPT dan RPH. RPT dan RPH
yang disediakan adalah seperti yang dicadangkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK). Guru-guru tidak melakukan sebarang perubahan berdasarkan
keperluan semasa atau berdasarkan tahap pembelajaran pelajar yang mempunyai
kebolehan yang berbeza. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan ini, penyelidik
telah membuat keputusan untuk membimbing guru-guru ini agar mereka dapat
menerapkan kemahiran merungkai dan merangkai kurikulum ketika melakukan
perancangan.

Fasa 2

Dalam fasa 2, penyelidik telah melaksanakan bimbingan untuk guru-guru ini.


Bimbingan ini dilaksanakan selama 12 kali perjumpaan bersama guru-guru ini.
Diantara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh penyelidik ialah penerangan tentang
konsep merungkai dan merangkai kurikulum dalam konteks KSSM, cara untuk
merungkai standard kandungan, mengenalpasti standard kandungan yang dapat
dirangkaikan, merangkaikan standard kandungan yang bersesuaian dan
menghasilkan RPT dan RPH dengan menggunakan kemahiran ini.

Langkah pertama yang telah dilakukan oleh penyelidik ialah memberi penerangan
yang mendalam tentang konsep merungkai dan merangkai kurikulum. Guru-guru
diberi penerangan tentang kepentingan kemahiran ini terutamanya untuk
merealisasikan KSSM. Penerangan yang diberikan ini dapat membantu guru-guru
untuk mendapatkan idea yang jelas tentang konsep ini.

Setelah penerangan diberikan penyelidik menerangkan cara untuk merungkai


standard kandungan. Penyelidik telah menggunakan DSKP mata pelajaran Prinsip
Perakaunan untuk menunjukkan cara untuk merungkai standard kandungan.
Secara terperinci penyelidik menunjukkan standard kandungan-standard
kandungan yang perlu dirungkaikan. Semasa langkah ini, guru juga telah diberi

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
latihan secara praktikal untuk merungkaikan standard kandungan berdasarkan
tahap pembelajaran pelajar yang berbeza. Penyelidik telah menggunakan DSKP
yang dibekalkan untuk membantu guru-guru memahami cara untuk merungkai
dalam konteks yang sebenar.

Setelah diberi pendedahan tentang proses merungkai standard kandungan,


penyelidik telah menjelaskan cara untuk merangkai kurikulum. Semasa sesi ini,
penyelidik telah merungkaikan DSKP mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan
memberi latihan kepada guru-guru untuk merangkaikan semula standard
kandungan yang bersesuaian. Semasa proses ini, penyelidik juga telah memberi
ruang kepada guru-guru ini untuk merangkaikan standard kandungan yang
bersesuaian. Proses ini diulang beberapa kali sehingga guru dapat merangkaikan
standard kandungan yang betul dan bersesuaian dengan perancangan pengajaran
dan pembelajaran. Proses ini juga diterjemahkan ke dalam RPT dan RPH. Dalam
langkah ini, guru-guru mampu untuk menyediakan RPT dan RPH yang
bersesuaian dengan menggunakan kemahiran merungkai dan merangkai
kurikulum. Sepanjang 12 kali perjumpaan penyelidik telah membimbing dan
melatih guru-guru ini sehingga mereka mampu untuk menghasilkan RPH yang
banyak menggunakan kemahiran merungkai dan merangkai kurikulum. Guru-guru
ini juga diberi runang masa selama 6 minggu untuk mereka membiasakan diri
untuk menggunakan kemahiran ini. Penyelidik memberi peluang kepada guru-guru
untuk memikirkan standard kandungan yang bersesuaian untuk dirangkaikan.
Setelah 6 minggu, penyelidik menemubual semula guru-guru ini untuk
mendapatkan maklum balas terhadap kesan bimbingan yang telah diberikan.

Fasa 3

Dalam fasa ini, penyelidik sekali lagi telah melakukan temubual bersama guru-guru
ini. Disamping itu, penyelidik juga telah menganalisis RPT dan RPH yang
disediakan oleh guru-guru.

Mudahnya nak membuat perancangan pengajaran dengan adanya kemahiran ini


(Shon/TM2)

Dengan ada kemahiran ini, saya dapat menggabungkan beberapa standard


kandungan. Ini memudahkan dan menjimatkan masa mengajar saya (Rifah/TM2)

Senang dengan kemahiran ini. Banyak standard kandungan yang saya dapat
gabung dan ajar sekaligus. Rupanya saya boleh susun semula DSKP yang
diberikan (Japar/TM2)

Baru saya tahu kata DSKP boleh diubahsuai berdasarkan keperluan kita. Dengan
cara ini nampak macam saya mudah nak mengajar (Hana/TM2)

Kemahiran ini sangat berguna, terutamanya untuk merancang pengajaran


berdasarkan kebolehan pelajar yang berbeza (Fiza/TM2)

Berdasarkan temu bual yang dilakukan setelah bimbingan diberikan kepada guru,
didapati guru-guru mampu untuk meningkatkan kemahiran merungkai dan
merangkai kurikulum. Ini juga dapat dilhat apabila guru-guru mengaplikasikan
kemahiran ini semasa menyediakan RPH. Memandangkan penyelidikan ini
dijalakan pada pertengahan tahun, tidak ada banyak perubahan yang dilakukan
terhadap RPT, namun guru-guru telah banyak melakukan perubahan terhadap
RPH yang disediakan.

Analisis yang dilakukan terhadap RPH guru-guru ini didapati guru-guru telah
merangkaikan standard kandungan yang berkaitan penyata kewangan. Ini kerana
terdapat lima modul yang berkaitan dengan penyata kewangan. Setelah kemahiran

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
ini didedahkan kepada guru-guru ini, mereka mampu untuk merangkaikan tajuk-
tajuk yang dapat dikelompokkan dibawah satu rancangan pengajaran.

PERBINCANGAN

Dapatan penyelidikan ini menunjukkan guru-guru Prinsip Perakaunan tidak


mempunyai pendedahan tentang kemahiran merungkai dan merangkai
kurikulum. Mereka sedar akan perubahan-perubahan yang berlaku dalam KSSM
namun tidak memahami kepentingan kemahiran ini untuk mereka terutamanya
untuk melakukan perancangan perancangan pengajaran.

Hasil bimbingan yang diberikan guru-guru mampu untuk melakukan


perubahan dalam melaksanakan perancangan. Guru-guru mampu untuk
merangkaikan standard kandungan yang boleh digabungkan dan diajar secara
serentak tanpa pengulangan. Ini membantu guru untuk melaksanakan
pengajarannya secara terancang dan menjimatkan masa. Tambahan pula,
proses ini membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza. Perancangan pembelajaran
yang baik harus mengambil kira tahap pembelajaran pelajar yang mempunyai
kebolehan yang berbeza (Follmer & Stefanou, 2014).

Selain itu juga didapati, bimbingan yang berterusan dan secara bersemuka
amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman guru tentang
sesuatu perubahan yang berlaku. Jacob dan Parkinson (2015) juga telah
mencadangkan agar latihan dalam perkhidmatan perlu dilakukan secara
berterusan sehingga ke satu peringkat. Ini adalah untuk membantu guru-guru
terutamanya apabila berlaku sebarang perubahan dalam sistem sedia ada.
Bimbingan yang diberikan akan membantu guru-guru meningkatkan kefahaman
serta memberi ruang untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada masa itu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya penyelidikan ini mampu untuk mengetengahkan dua aspek


penting, iaitu pemahaman guru Prinsip Perakaunan tentang kemahiran
merungkai dan merangkai kurikulum serta kesan bimbingan semuka yang
diberikan untuk membantu guru meningkatkan kemahiran merungkai dan
merangkai kurikulum. Melalui penyelidikan ini,didapati bimbingan yang diberikan
terhadap guru-guru ini mampu untuk meningkatkan pemahaman mereka serta
mampu untuk memberi ruang kepada mereka untuk mengamalkan kemahiran ini
dalam melakukan perancangan pengajaran.

RUJUKAN

Braun, V., & Clarke, V. (2013). Successful qualitative research: A practical guide for beginners.
sage.

Delamont, S. (2016). Fieldwork in educational settings: Methods, pitfalls and perspectives.


Routledge.

Follmer, D. J., & Stefanou, C. R. (2014). Examining the correspondence between a direct and an
indirect measure of executive functions: Implications for school-based assessment. The
School Psychologist, 68(3), 12-18.
Hammond, L. D. (2018). Rethinking the Achievement Gap.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
Jacob, R., & Parkinson, J. (2015). The potential for school-based interventions that target
executive function to improve academic achievement: A review. Review of Educational
Research, 85(4), 512-552.

Kapambwe, W. M. (2010). The implementation of school based continuous assessment (CA) in


Zambia. Educational Research and Reviews, 5(3), 099-107.

Koenig, J., Blömeke, S., Klein, P., Suhl, U., Busse, A., & Kaiser, G. (2014). Is teachers' general
pedagogical knowledge a premise for noticing and interpreting classroom situations? A
video-based assessment approach. Teaching and Teacher Education, 38, 76-88.
Lane, K. L., Oakes, W. P., Powers, L., Diebold, T., Germer, K., Common, E. A., & Brunsting, N.
(2015). Improving teachers' knowledge of functional assessment-based interventions:
Outcomes of a professional development series. Education and Treatment of Children,
38(1), 93-120.
Marcenaro-Gutierrez, O., & Vignoles, A. (2015). A comparison of teacher and test-based
assessment for Spanish primary and secondary students. Educational Research, 57(1),
1-21.
Omar, H. M., & Sinnasamy, P. (2017). Between the ideal and reality: teachers’perception of the
implementation of school-based oral english assessment. The English Teacher, 17.

Yan, Z., & Cheng, E. C. K. (2015). Primary teachers' attitudes, intentions and practices
regarding formative assessment. Teaching and Teacher Education, 45, 128-136.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai