Anda di halaman 1dari 4

Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan

Guru dan Matlamat Pendidikan. Mok Soon Sang (2008: 189) dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ada menerangkan mengenai Model Konseptual Pendidikan Guru ini. Menurut beliau, model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama yang saling berkaitan. Rajah di bawah menggambarkan unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru yang diharap-harapkan.

KETUHANAN guf

Rohani Pengeta huan Kemahira Intelek Kendiri KENDIRI Jasmani Jasmani Emosi Kemasyarakatan KEMASYARAKATAN
N

Nilai

Rajah .. Model Konseptual Pendidikan Guru Merujuk kepada rajah di atas, model ini jelas merangkumi akauntabiliti guru yang berlandaskan kepada tiga dimensi utama, iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Dalam dimensi aj ketuhanan, aspek ini menekankan kepentingan kepeningkatan ilmu dalam diri seorang guru, penghayatan dan amalan individu yang

berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Selain itu, dalam aspek kemasyarakatan pula, penekanan terhadap peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan diberikan perhatian. Aspek seterusnya ialah kendiri yang menekankan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murid dan bepekerti mulia.

Di samping itu, di bawah tiga dimensi ini juga, Model Konseptual Pendidikan Guru turut menekankan tiga aspek asas yang lain, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dari aspek pengetahuan, kepentingan terhadap perkembangan pendidikan

dalam kehidupan menjadi agenda utama dalam komponen ini. Kemahiran juga merupakan ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Manakala aspek nilai pula merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Menyenangkan setiap individu untuk menjalankan segala aktiviti samada semasa berada di bangku sekolah atau di luar daripada pengajian sekolah. Menyenangkan pihak guru dan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada terdedah kepada tingkah laku buruk atau perbuatan yang merugikan. Melahirkan insan atau generasi baru yang lebih bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara yang dicintai iaitu berdasarkan kepada amalan prinsip rukunegara dan sistem demokrasi.

Mewujudkan masyarakat baru yang berkemahiran, maju dan sedia berkorban untuk memajukan negara, iaitu mengikut kemampuan masing-masing. Membolehkan setiap individu menikmati pelbagai kemudahan asas melalui perlaksanaan dalam amalan pendemokrasian pendidikan. Mewujudkan perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan yang sama. Membolehkan setiap individu mendapatkan peluang-peluang yang lebih luas

MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Secara holistiknya, matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warganegara Malaysia menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Selain itu, FPK juga bermatlamat dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, iaitu dari segi fizikal dan mental. Melalui proses pendidikan juga, negara dapat menghasilkan rakyat yang taat setia, progresif, mahir serta cekap dalam membangunkan produktiviti dalam melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna. Hal ini secara tidak lansung dapat menjamin kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Di samping itu, matlamat FPK optimis dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami, menghayati dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan. Penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukunnegara misalnya dapat melahirkan warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang taat setia, bersikap toleransi dan bermoral baik demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Di samping itu, di bawah tiga dimensi ini juga, Model Konseptual Pendidikan Guru turut menekankan tiga aspek asas yang lain, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dari aspek pengetahuan, kepentingan terhadap perkembangan pendidikan dalam kehidupan menjadi agenda utama dalam komponen ini. Kemahiran juga merupakan ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Manakala aspek nilai pula merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Matlamat ini dapat dicapai sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan prinsipprinsip Rukunnegara sebagai amalan hidup. Lima prinsip dalam Rukunnegara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan jelas mempengaruhi pemikiran dan corak hidup masyarakat yang beretika dan harmonis. Selain itu, individu yang seimbang dari elemen ini juga mampu memupuk nilai-nilai persefahaman yang baik dalam sesebuah institusi keluarga.

Saya sedar tanggungjawabnya pasti sukar dan mencabar dan menuntut kesabaran yang amat tinggi untuk mendidik golongan yang kurang berupaya ini.

Anda mungkin juga menyukai