Anda di halaman 1dari 11

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan

yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global (KPM, 2000). KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi

menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid di didik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu

memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Para murid pada hari ini, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana ataupun kehidupan yang harmoni dan aman di Malaysia. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada ajaran agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam prinsip agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang tidak berpecah belah. Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap positif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin dan mengambil berat terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.

Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilainilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang harus dan mesti wujud dalam diri kita seperti nilai hormatmenghormati antara satu sama lain. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti. Anda dikehendaki menulis sebuah esei tentang sejauh mana pendekatan dan perancangan yang baik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral (pedagogi) akan menarik dan memberi kesan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Pendekatan di sini kita boleh lihat dari segi pendekatan-pendekatan yang terdapat di dalam pendidikan moral seperti pendekatan pemupukan nilai, Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif, Pendekatan Analisis Nilai dan sebagainya. Perancangan pula kita boleh lhat dari segi rancangan pembelajaran harian (RPH) atau dalam inggerisnya lesson planning. Bagi mendapatkan atau mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran (PnP), kedua-dua perkara yang disebut tadi perlulah dibuat dan disusun kearah objektif yang ingin dicapai. Sehubungan dengan itu, pengajaran yang digunakan perlulah selari dengan pendekatan yang digunakan. Baru ia akan menarik dan memberi kesan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Berikut merupakan beberapa pendekatan yang boleh digunakan di dalam kelas pendidikan moral dan sejauh mana ia boleh menarik minat pelajar. Pendekatan Pemupukan Nilai Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu sebagai jaminan kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Dalam erti kata lain, individu menyemai nilai-nilai budaya masyarakat yang baik agar budaya tersebut terus kekal sepanjang zaman. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Contoh set budaya masyarakat yang baik adalah budaya kunjung mengunjungi. Tidak kira agama atau bangsa, budaya seperti ini adalah budaya yang amat baik dan patut diikuti oleh semua rakyat Malaysia. Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui Cara yang berikut:

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri. Contohnya, pahlawan-pahlawan melayu dahulu kala seperti hang tuah dan rakan-rakannya yang amat mementingkan tanah airnya daripada nyawanya sendiri. (b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif. (c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki. KEBERKESANAN Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Dalam erti kata lain, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tertumpu kepada guru itu sahaja ataupun di dalam istilah inggerisnya teacher-centered. Guru mengeluarkan segala buah fikiran, tidak mementingkan pembangunan minda pelajar dengan hanya memberikan segala input kepada mereka, tanpa memberi peluang kepda para pelajar untuk berfikir secara sendirian bagi bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang untuk mengembang pertimbangan moral secara berperingkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti (murid patuh kepada guru jika di dalam sekolah) sehinggalah peringkat berautonomi di mana keputusan moral dibuat berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan

nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut. Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut: (a) Memberi satu dilemma (situasi) moral dan soalan probe (siasatan) untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut. (b) Membuat pilihan berasaskan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut. (c) Berdasarkan kepada sebab atau alasan yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral (d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid yang sedia ada. KEBERKESANAN Dalam menggunakan pendekatan ini, Guru tidak boleh berfikiran sempit dan kolot kerana ini akan melanggar konsep pendekatan moral kognitif. Sekiranya seorang guru menolak idea seorang murid, itu bermakna guru tersebut membantut pembangunan kognitif murid tersebut. Setelah itu, murid lain pun takut untuk memberi pendapat mereka kerana takut ditolak oleh guru tersebut. Seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran yang terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan (akal) moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan, bagaimana pelajar menjalani proses untuk berfikir. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif (pemikiran) moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara. Pendekatan Analisis Nilai Pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipilih dan menimbangkan fakta-fakta yang releven dengan tugasan sebelum membuat sesuatu keputusan. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai (memilih soalan dan jelaskan ia) (b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai (pengumpulan fakta) (c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentative (d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat. KEBERKESANAN Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Ini kerana, sekiranya seorang guru ingin benar-benar meanrik perhatian murid kepada pelajaran, maka pendekatan ini sendiri tidak cukup dan ia perlu digabungkan dengan pendekatan lain, contohnya, pendekatan pembelajaran secara kooperatif. Pendekatan Penjelasan Nilai Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan megenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi sendiri dan orang lain serta berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu nilai peribadinya. Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut: Proses memilih; memilih secara bebas, dari pelbagai pilihan yang sedia ada, menimbankan kesan-kesan ke atas pilihan. Proses menghargai; menghargai setiap keputusan yang diambil, menyatakan secara terbuka Proses bertindak; bertindak keatas keputusan yang diambil, mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupan. KEBERKESANAN

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara. Pendekatan Penyayang (Caring) Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan amalan saying-menyayang di dalam diri sendiri dan individu yang mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman. Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui 4 aspek yang berikut. (a) Modeling - tumpuan harus diberikan kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang menyayangi dan disayangi. Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti. (b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for). (c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti. Contoh terbaik, gotong royong di kampong atau kawasan perumahan. (d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan the best in others dalam perhubungan antara individu. KEBERKESANAN

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif Pendekatan pembelajaran secara koperatif mewujudkan suasana pembelajaran yang saling bergantung antara satu sama lain secara positif di mana pelajar akan duduk dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai bersama. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada pembelajaran berkumpulan secara tradisional di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti. Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan

pembelajaran berkumpulan yang tradisional Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional

Saling pengantungan positif

Tidak ada saling pengantungan positif

Akauntabiliti individu

Tidak ada akauntabiliti individu

Kumpulan yang heterogenous

Kumpulan yang homogenoues

Bersama-sama memimpin

Seorang pemimpin sahaja yang dilantik

Bersama-sama bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap diri sahaja

Penekanan kepada tugas dan proses

Penekanan kepada tugas

Kemahiran sosial diajar secara langsung

Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan

Guru memerhati dan membimbing

Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan

Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

Tidak ada proses berkumpulan

(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999. Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon) Setelah itu, Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang berikut: Main peranan Main peranan pula adalh role play di dalam bahasa inggerisnya. Di sini, disebabkan ia dikaitkan dengan pendekatan pembelajaran secara kooperatif, oleh itu, ini merupakan main peranan dalam kumpulan. Juga boleh dimaksudkan bahawa setiap kumpulan akan main peranan kepada seusuatu situasi. Main pernana boleh dikaitkan dengan lakonan, ataupun kaedah simulasi. Disini juga mereka akan bergabung sebagai satu kempulan dan akan berkerjasama untuk mencipta semula sesuatu situasi tersebut. Ahli kumpulan akan berkerjasama untuk bermain peranan masing bagi mencapai sesuatu matlamat. Permainan Permainan juga penting dan bersuaian dengan konsep pendekatan pembelajaran secara kooperatif. Ini kerana pelajar akan berada di dalam kumpulan. Setelah itu, di dalam kumpulan, bagi memenangi sesebuah permainan atau pertandingan, mereka akan berfikri dan berbincang bersama bagi menghasilkan sesuatu strategi yang membolehkan kumpulan mereka Berjaya dan seterusnya memenangi Sesuatu permainan. Berfikir-berpasangan-berkongsi Cara ini antara cara yang amat berkesan dalam perbincangan. Ini kerana, para pelajar akan berpasangan dan berfikir (brainstorming) idea bersama dan berkongsi idea masingmasing bagi mendapatkan idea yang dipersetujui bersama. Jigsaw

Jigsaw ini juga sesuai untuk pendekatan pembelajaran secara kooperatif kerana ia memerlukan ramai orang untuk duduk bersama dan bekerjasama unutk menyiapkan jigsaw yang diberikan. Jigsaw adalah satu permainan yang memerlukan seseorang itu atau kumpulan untuk mencantumkan cebisan-cebisan gambar yang terpisah untuk menjadikan satu gambar yang sempurna. Projek Kerjasama di antara satu sama lain dapat kita lihat secara langsung apabila mereka diberikan tugasan projek. Tugasan projek ini juga boleh melibatkan satu kelas. Oleh itu, kerjasama di antara rakan sekelas dapat dilihat dan bagaimana mereka akan dapat menyiapkan projek tersebut dengan jayanya. Contoh projek, seperti projek lestari yang melibatkan semua orang di dalam kelas untuk menghasilkan dan menyiapkan projek tersebut dalam masa yang detetapkan. KEBERKESANAN Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan dan kesedaran terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain bagi memastikan kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Keharmonian haruslah wujud dalam kumpulan itu sendiri tanpa ada persengketaan dalaman kerana jika ia berlaku, ia akan menganggu proses pencapaian sesuatu matlamaat dan seterusnya, konsep pendekatan pembelajaran secara kooperatif akan gagal sama sekali. Segala konflik dan masalah yang timbul serta dihadapi oleh kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan Berjaya mencapai sesuatu objektif yang ingin dicapai bersama. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah bergantung sejauh mana seorang cikgu itu menggunakan pendekatan-pendekatan yang ada dan seterusnya bagaimana pendekatan itu dimasukkan dan disesuaikan ke dalam perancangan pembelajaran. Selain itu, seseorang guru juga perlu bersemangat dan tidak berputus asa untuk meningkatkan semangat para pelajara agar mereka tertarik terhadap pembelajaran guru tersebut

RUJUKAN Chang L., H. (no date). Pendekatan dalam pendidikan moral. Di ambil dari http://pendidikanmoral.um.edu.my/.. Gunter, M. A., Estes, T. H., & Schwab, J. (1999). Instruction: A models approach (3rd ed.). Needham Heights, MA: Allyn & Bacon. Kementerian pendidikan Malaysia (2000). Kurikulum bersepadu sekolah rendah Sukatan pelajaran pendidikan moral. Di ambil dari http://www.moe.gov.my Selvaraju B. (no date). Pendekatan dalam pendidikan moral. Di ambil dari http://www.slideshare.net/lichuen2885/pendekatan-moral-kssr

Anda mungkin juga menyukai