Anda di halaman 1dari 16

BAB 8 : PEMIKIRAN DAN GAYA PEMBELAJARAN A.

Rumusan isi pembentangan Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Terdapat pelbagai teori dan definisi berkaitan pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi terutamanya sejak kurun ke-20. Namun, berdasarkan kepada kesemua teori daripada ahli-ahli psikologi, pemikiran boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi, jasmani dan intelek. Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mana salah satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, dan mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
1

Jenis-jenis pemikiran yang akan diterangkan adalah pemikiran divergen dan konvergen, pemikiran induktif dan deduktif serta pemikiran kritis dan kreatif. Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai pemikiran kreatif. Hal ini kerana, pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Individu tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Oleh itu, pemikiran divergen ini pula sebagai pemikiran lateral atau mendatar, atau pemikiran bercapah. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Terdapat empat ciri-ciri pemikiran divergen ini iaitu kelikatan, kelenturan, keaslian dan terperinci. Pemikiran konvergen pula dimaksudkan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran konvergen juga dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami. Pemikiran jenis ini menjuruskan kepada satu penyelesaian sahaja, dan digunakan dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian anika jawapan. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalansoalan konvergen terdiri daripada solan-soalan yang dapat menganalisiskan satu sumber maklumat.

Pemikiran induktif ialah suatu pemikiran berkenaan sesuatu hujah atau perkara yang bermula dari sesuatu yang spesifik kepada sesuatu yang lebih umum. Ia juga dikenali sebagai penaakulan induktif.Ia berdasarkan membuat kesimpulan, iaitu pembentukan konsep-konsep tentang kesemua ahli dalam suatu kategori berdasarkan pemerhatian hanya kepada beberapa ahli. Strategi pengajaran yang melibatkan pendekatan induktif ini mempunyai lima peringkat iaitu perancangan, pendedahan, pembentukan konsep mentafsir ciri-ciri, pembentukan kesimpulan dan penutup. Pendekatan induktif ini sangat berguna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana menggunakan strategi berpusatkan pelajar menyebabkan mereka terlibat dengan aktif dalam proses P&P selain pelajar akan dibimbing untuk berfikir, menkaji, mengenali, dan menterjemah maklumat melalui contoh-contoh tertentu.

Pemikiran deduktif telah menarik minat ramai ahli psikologi, falsafah dan ahli logik semenjak zaman Aristotle lagi (Adams, 1984). Ia juga dikenali sebagai penaakulan deduktif di mana ia merupakan penaakulan daripada am kepada spesifik. Pemikiran deduktif bergantung kepada andaian-andaian dan penilaiannya dibuat dengan pemerhatian lanjut. Pada kebiasaannya pemikiran deduktif adalah betul kerana peraturan-peraturan awal dan asas telah digunakan maka kesimpulan diperoleh sebagai logik. Pendekatan deduktif ialah sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui. Pendekatan deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka
3

menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Pendekatan ini mempunyai lima langkah iaitu peringkat pendedahan, membuat generalisasi, menganalisis konsep, mencuba generalisasi dan membuat kesimpulan. Antara implikasi pendekatan ini di dalam P&P adalah boleh mengelakkan pembelajaran hafalan pengetahuan oleh pelajar dan guru membimbing pelajar untuk mengingati kesimpulan, prinsip atau teori dengan contoh untuk membolehkan murid-murid menangani sesuatu masalah. Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah gabungan dua komponen utama KBKK iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Ia mempunyai sembilan elemen iaitu mencirikan, membanding dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan. Kemahiran berfikir secara kreatif pula membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Sepuluh elemen yang terdapat di dalamnya adalah menjanakan idea, menghubung kaitkan, membuat inferens, meramalkan, membuat hipotesis, mensintesis, mengitlak, membuat gambaran mental, menganalogi dan mereka cipta.

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,
4

luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Soalan dan penyoalan, peta minda, pengurusan grafik dan Cort merupakan empat alat yang berkesan dan boleh digunakan bagi meningkatkan ketrampilan berfikir. Menurut Peterson (1971), gaya pembelajaran adalah cara belajar atau pendekatan yang digemari oleh seseorang untuk memperoleh ilmu pengetahuan, manakala Dunn dan Dunn (1978) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran adalah cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran. Kamarudin (2003) telah mengenal pasti tiga gaya pembelajaran yang terdapat di kalangan pelajar, iaitu pembelajaran visual, auditori dan kinestatik. Kebanyakan pelajar akan cenderung kepada satu gaya pembelajaran sahaja. Jika pelajar diajar menggunakan kaedah yang selari dengan kecenderungan pelajar itu, maka pelajar tersebut akan dapat menerima dan memproses sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efisyen. Pelajar yang cenderung dengan gaya pembelajaran visual banyak menggunakan deria mata di dalam memahami sesuatu maklumat. Pelajar ini dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-alat bantu mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pelajar-pelajar ini ditunjukkan berbagai visual di dalam proses pembelajaran mereka seperti gambar-gambar, penyusunan grafik, graf, carta dan sebagainya untuk ditampal di dalam bilik-bilik darjah. Guru juga perlu memperbanyakkan bahan pengajaran yang menggunakan simbol, warna dan berbagai corak dan bentuk untuk membantu pelajar-pelajar ini memahami pembelajaran mereka dan dapat belajar dengan lebih efektif. Pelajar yang cenderung dengan gaya pembelajaran auditori pula banyak menggunakan deria telinga dalam memahami sesuatu maklumat dan dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-alat bantu mengajar dalam bentuk audio untuk kegunaan mereka.
5

Pelajar-pelajar ini cenderung untuk bercakap kepada diri mereka sendiri, di mana dapat diperhatikan mulut mereka bergerak-gerak semasa membaca. Mereka lebih suka berbincang tentang sesuatu topik daripada membaca mengenai topik tersebut. Sebagai guru, kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan adalah aktiviti syarahan, perbincangan, perbahasan dan juga diberi peluang untuk bercakap. Seterusnya, bagi pelajar yang cenderung dengan gaya pembelajaran kinestatik akan banyak melibatkan aktiviti fizikal dalam memahami sesuatu maklumat. Mereka lebih mudah mengingati apa yang dilakukan daripada mengingati apa yang dilihat atau didengar. Oleh itu, kaedah paling sesuai ialah kaedah hands-on , di mana pelajar berpeluang membuat latihan secara amali dalam usaha untuk memahami apa yang dipelajari secara teori. Setiap proses pembelajaran juga seharusnya mempunyai aspek pergerakan. Pergerakan tersebut perlulah diulang beberapa kali sehingga ianya menjadi kekal di dalam memori. Guru juga perlu menyediakan model yang berpatutan supaya pelajar dapat pegang, sentuh dan mempraktikkan pembelajaran mereka. Menurut Watson (1919) yang melihat personaliti daripada sudut teori tingkah laku atau behaviorisme menyatakan personaliti seseorang adalah hasil daripada apa yang sudah dimulakan dan juga segala apa yang dialami dalam hidup kita. Personaliti adalah sekumpulan tindak balas yang bertindak sebagai keseluruhan tindak balas. Personaliti yang wujud dalam diri setiap individu adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Terdapat banyak ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti personaliti seseorang itu. Salah satu ujian personaliti yang paling popular dan kerap digunakan ialah Myer-Briggs Type Indicator(MBTI). MBTI pada asalnya telah diasaskan oleh Jung kemudian teori ini telah dibangunkan lagi oleh Myers dan Briggs. Dalam ujian personaliti ini terdapat sebanyak 16 jenis personaliti yang dapat mengelaskan individu itu sebagai ekstrovert atau introvert. Ini adalah berdasarkan kepada interaksi sosial di mana bagi individu yang
6

ekstrovert dapat menyesuaikan diri daripada segi sosial dan menunjukkan minat berinteraksi. Manakala bagi individu yang introvert pula mereka adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Selain itu, MBTI juga turut mengelaskan individu berdasarkan ciri-ciri seperti sensori atau gerak hati iaitu rujukan untuk mendapatkan maklumat, pemikiran atau emosi iaitu rujukan untuk membuat keputusan dan penilaian atau persepsi iaitu cara membuat keputusan. Setiap orang adalah berbeza-beza dari segi cara mereka mendapatkan maklumat, membuat keputusan dan juga di mana mereka biasa merujuk apabila membuat keputusan. Ujian personaliti MBTI ini dapat mengelaskan seseorang itu berdasarkan ciri-ciri tersebut. Bagi individu yang sensori dalam rujukan untuk mendapatkan sesuatu maklumat, mereka adalah bersifat praktikal dan akan fokus serta lebih teliti tetapi bagi individu yang mempunyai ciri gerak hati, mereka lebih gemar melihat kepada perkara yang besar. Sesetengah individu akan didorong oleh sesuatu dalam membuat keputusannya, sebagai contohnya, individu yang mempunyai ciri pemikiran, mereka gemar menggunakan alasan yang logik untuk membuat keputusan namun bagi individu yang mempunyai ciri emosi, keputusan yang dibuat adalah berdasarkan nilai emosi. Cara seseorang membuat sesuatu keputusan juga adalah melambangkan personaliti diri setiap individu.Terdapat dua jenis individu dalam membuat keputusan iaitu ciri penilaian, dimana mereka lebih teratur dalam membuat keputusan dan individu yang mempunyai ciri persepsi adalah jenis yang membuat keputusan secara spontan. Mengenalpasti personaliti adalah keperluan penting di kalangan guru dan ibu bapa. Hal ini disebabkan setiap pelajar adalah berbeza-beza dari segi reaksi emosi, keperibadian, sahsiah, dan perwatakan. Perbezaan ini ada kaitannya dengan personaliti individu dan boleh dikesan dengan ketara di dalam kelas terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sewajarnya para guru dapat mengetahui dan mengesan
7

personaliti pelajar bagi memudahkan mereka memahami kecenderungan dan gaya pembelajaran yang sesuai dengan personaliti setiap pelajar. Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mencapai objektif yang diharapkan.

B.

Kes Berkaitan Tajuk Guru dikehendaki mengajar matapelajaran Sains Komputer yang bertajuk Adobe

Photoshop: Introduction, Saving Files in Multiple Format di salah sebuah kelas Tingkatan 2. Berdasarkan pengajaran topik yang lepas, pelajar Tingkatan 2 Amanah cenderung kepada gaya pembelajaran secara kinestatik. Oleh itu, pada pembelajaran kali ini, guru sekali lagi ingin mengguna pakai kaedah pengajaran kinestatik, iaitu strategi pemusatan bahan, manakala kaedah yang digunakan ialah aktiviti di dalam kumpulan seramai 3-4 orang. Guru juga akan menggunakan kaedah demonstrasi (live demo) kepada pelajar, dan dengan berbantukan modul, pelajar dikehendaki membuat tugasan yang diberikan di dalam kumpulan masing-masing.

C.

Strategi Pengajaran RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


8

Nama sekolah/institusi: Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Kuantan. Subjek/Kursus: Tingkatan: Tempat: Umur: Tarikh: Masa: Bilangan pelajar: Tajuk: Hasil Pembelajaran: Objektif : Sains Komputer Tingkatan 2 Amanah Makmal Komputer 14 tahun 10 Januari 2012 8.50 10.10 pagi (80 Minit) 25 Orang Adobe Photoshop: Introduction, Saving Files in Multiple Format Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Di akhir sesi pengajaran, pelajar dapat: 1. Launch Adobe Photoshop dengan betul. 2. Memanipulasikan tools dengan berkesan. 3. Menggunakan customizable palettes dengan tepat. 4. Menyimpan (save) gambar dalam format fail .jpg atau format lain selain .psd dengan tepat.

1. Penggunaan asas komputer Pengetahuan sedia ada yang diperlukan: ABBM: 2. Software - Paint (siap dibina di dalam perisian Microsoft) 3. Melayari internet 1. Poster - Narnia.jpg, Abstrak.jpg 2. Komputer
9

3. Projektor LCD 4. Layar 5. Modul Photoshop 6. Koleksi gambar impose Nilai: 1. 2. 3. Keyakinan Bekerjasama Tekun dan sabar

Langkah langah Pengajaran dan Pembelajaran: Langkah Isi Kandungan / Kemahiran Set Induksi 5 minit (8:50 8:55) 1. Narnia: Memberi rangsangan grafik kepada pelajar a. Warna/ Intonasi b. Susunatur c. Imej d. Teks 1.1 Kemahiran Langkah 1 3 minit (8:56 8:59) menilai grafik 1. Launch Adobe Photoshop 1.1 Kemahiran membuka dan 1. Guru memaparkan sampel poster lengkap untuk menarik perhatian dan minat pelajar 2. Pelajar menilai poster yang dipaparkan guru 3. Pelajar memberi pendapat Abstrak.jpg Aktiviti Pembelajaran Bahan/ Catatan ABBM: Komputer Projektor LCD Layar Narnia.jpg

1.

Pelajar membuka perisian Adobe Photoshop dengan berpandukan arahan dan live
10

memulakan perisian Langkah 2 30 minit (9:00 9:30) 1.1 Kemahiran Eksplorasi 1. Mengenal tools asas dalam Adobe Photoshop

demo guru

1. Pelajar dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil dan diberi tugasan (Lampiran 1) oleh guru 2. Guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencari dan mencapai maklumat.

ABBM: Modul Photoshop Internet Nilai Murni: Bekerjasama Tekun Sabar

2. Mengenal paparan antaramuka Adobe Photoshop 2.1 Kemahiran Manipulasi

3. Pelajar melayari internet untuk mencari maklumat 4. Pelajar membaca modul untuk mendapatkan maklumat 5. Pelajar menggunakan perisian Adobe Photoshop berpandukan maklumat yang diperoleh dari internet dan

Langkah 3 20 minit (9:30 9:50)

1. Manipulate the customizable palettes. 1.1 Kemahiran Cuba jaya

modul. 1. Seorang wakil kumpulan menjelaskan semula hasil dapatan daripada tugasan. 2. Pelajar membandingkan hasil dapatan 3. Pelajar menambah baik hasil dapatan kumpulan lain 4. Pelajar menggunakan Adobe

Nilai Murni: Keyakinan

11

Photoshop berpandukan dapatan daripada internet dan modul dengan penerangan dan live demo oleh guru Langkah 4 15 minit (9:50 10:05) 1. save a .jpg file or save another format 5. Pelajar mencatat nota 1. Pelajar belajar fungsi save dengan berpandukan arahan dan live demo guru 2. Pelajar save poster Narnia dengan format .png Konklusi 5 minit (10:05 10:10) Students explaining the lesson learned. 1. Pelajar yang dipilih secara rawak oleh guru akan menyenarai dan menjelaskan semula secara ringkas fungsi bagi perkakas asas (tools) dan pallete di dalam Adobe Photoshop. 2. Pelajar melihat kemampuan Adobe Photoshop sebagai perisian mengedit gambar Lampiran 1 Tugasan pelajar: Cari dan dapatkan maklumat tentang perkakas asas (tools) dan palletes di dalam antaramuka Photoshop. Perkakas asas: Marquee Tools Slice tool
12

ABBM: Narnia.jpg

ABBM: Koleksi gambar impose

Nilai Murni: Keyakinan

Move tool Lasso tool Magic wand tool

Brush tool Paint Bucket tool Horizontal Text tool

Crop tool Palletes: Navigator Swatches Layers Path D. Penilaian dan Pelan Alternatif Color Style Channel

Guru akan melakukan penilaian berdasarkan penyenaraian dan penjelasan semula secara ringkas oleh pelajar tentang fungsi perkakas asas (tools) dan pallete di dalam Adobe Photoshop. Sekiranya pelajar dapat menyenaraikan dan menjelaskan dengan tepat, ini

bermakna objektif pembelajaran tercapai, melalui pendekatan secara demonstrasi (live demo) oleh guru. Sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai atau tidak menunjukkan kemajuan di tahap yang sepatutnya mengikut jangkaan guru, guru perlu mengambil inisiatif lain dengan menukar strategi pengajaran dan pembelajaran. Jika tadi guru menggunakan strategi

pemusatan bahan, guru boleh menukar strategi dengan mempraktikkan strategi pemusatan guru atau strategi pemusatan murid. Sebenarnya, strategi pemusatan yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kaedah-kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajar adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk sesi pembelajaran kali ini guru telah mengadakan aktiviti di dalam kumpulan, maka guru boleh menukar aktiviti kepada aktiviti individu atau berpasangan. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai kaedah pembelajaran yang disukainya. Guru perlu mendalami kecenderungan
13

kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajar. Dengan mempelbagaikan kaedah mengajar, maka guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajar, seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran. Antara contoh kaedah pengajaran lain ialah kaedah kooperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah dan perbincangan. Guru juga perlu merancang variasi penyampaian dengan baik. Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru perlu menggunakan semua pancainderanya seperti bertepuk tangan, fokus pandangan, gerak kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Sekiranya semasa sesi pengajaran kali ini guru bersikap terlalu serius, maka guru perlu menukarnukarkan intonasi suara dan menyelitkan unsur-unsur jenaka. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan,guru mampu menarik perhatian pelajar.

E.

Kesimpulan Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dirancang

berjaya mencapai objektif yang diharapkan, guru perlulah bijak memainkan peranan sebagai nakhoda dengan berkesan. Penggunaan kemahiran berfikir yang betul pada situasi yang tepat mampu menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian dengan aktif di sepanjang proses P&P berlangsung di samping memastikan agar dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru juga perlu sensitif dengan kepelbagaian gaya pembelajaran bagi setiap individu pelajar. Ini adalah penting supaya guru dapat memvariasikan teknik pengajaran dalam usaha untuk mengelakkan sesi pembelajaran menjadi pasif, pelajar mudah bosan serta penyampaian maklumat yang kurang berkesan.

14

RUJUKAN

1. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI

Psikologi. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2. Mook Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Sdn Bhd. 3. Mook Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus DiplomaPerguruan Semester 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Sdn Bhd. 4. Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan II .Selangor: Longman Malaysia. Sdn. Bhd. 5. Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Junoh. Psikologi Pendidikan dalam PTV. Johor : Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). 6. Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran. Psikologi Printing Sdn. Bhd. 7. Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (muka surat 135-176). pendidikan. (muka surat 101-114). Selangor: Nightingle

15

8. Lawson, A. E (1995), Science Teaching and the development of thinking . California: Wadsworth Publishing. 9. Dunn R. & Dunn K. (1978), Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, V. A: Reston Publishing Division of Prentice Hall.
10. Kamaruddin Hj. Husin (2003). Pedagogi Asas Untuk Pendidikan . Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman. 11. Watson, J.B. Psychology From the Standpoint of a Behaviorist. Philadelphia: Lippincott Company. 12. http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran (15 November 2012. 9.07pm) 13. http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/konsep-pemikiran-pemikirankonvergen.html (16 November 2012. 2.43am)
14. http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/10/konsep-induktif/

(11 November 2012; 03:03pm)


15. http://mabjip.blogspot.com/2009/10/pendekatan-dan-strategi-pengajaran.html

(12 November 2012; 10:36 am)

16

Anda mungkin juga menyukai