Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN OLEH:

DR. BADRULZAMAN BIN ABDUL HAMID, PENGETUA KOLEJ RAHIM KAJAI,


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BAKTI SISWA SUKARELAWAN KAJAI KALI KE


10 (BASISKA 10)

BALAI RAYA KAMPUNG ALAI, TELOK MAS, MELAKA


9 APRIL 2019

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

[SALUTASI]

Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita berkumpul sekali lagi pada hari ini
bagi menyempurnakan Majlis Penutup Program Bakti Siswa Sukarelawan Kajai kali ke-
10 atau dikenali sebagai BASISKA X. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
atas kejayaan penganjuran majlis yang bermanfaat ini.

Selaku ayahanda kepada peserta-peserta BASISKA X, saya berasa amat bersyukur


dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana
yang bertekad dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat
signifikan dengan keperluan mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini. Saya percaya
ini juga sekaligus melahirkan siswa siswi yang mempunyai kemahiran insaniah atau
soft-skill yang tinggi. Oleh itu, saya mendoakan semoga kedatangan mereka ke sini
akan memberi kesan dan semestinya pengalaman yang berharga untuk kegunaan di
masa hadapan. Seperti sedia maklum, BASISKA merupakan aktiviti tahunan bagi Kolej
Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia dan tahun ini merupakan kali yang ke-10
BASISKA diadakan.

Hadirin sekalian,
Saya berharap melalui program ini kedua-dua belah pihak dapat memperoleh
kemaslahatan dari setiap segi. Saya mendoakan agar anak-anak Kolej Rahim kajai
dapat membawa pulang sesuatu untuk digunakan dan diaplikasikan di dunia luar.
Jadilah kamu seperti benih yang apabila dibuang ke laut menjadi pulau dan jikalau
ditebar ke langit menjadi kejora dan jika dicampak menjadi gunung.

Akhir kata, saya percaya program Bakti Siswa Sukarelawan Kajai Kali Ke 10 ini pasti
akan memberikan satu suntikan kepada mahasiswa Kolej Rahim Kajai untuk terus
bergiat aktif dalam melaksanakan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai