Anda di halaman 1dari 2

TEKS SYARAHAN

KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH SEJATI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana,penjaga masa yang setia dengan tugasnya,barisan guru serta rakan-rakan pelajar yang saya
kasihi sekalian.

“Keluarga Muslim Asas Pembinaan Ummah Sejati “.Begitulah indahnya tajuk syarahan saya pada
pagi yangberbahagia ini.Sebelum kaki mengorak langkah,sebelum lidah mengatur bicara,izinkan saya
mengupas tajuk syarahan saya terlebih dahulu.

Menurut kamus dewan edisi keempat,keluarga merujuk kepada seisi rumah tangga yang terdiri
daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak.Frasa ‘keluarga muslim ‘merujuk kepada ikatan
kekeluargaan berdasarkan perkahwinan yang merealisasikan syariat Islam dalam kehidupan
mereka.Asas pula ialah sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada yang
lain.Pembinaan membawa maksud kegiatan dan usaha untuk membangunkan sesuatu.Manakala
frasa ‘Ummah Sejati’ pual bermaksud umat yang asli dan tulen.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Kegemilangan dan kesejahteraan sesuatu ummah bergantung kepada kesejahteraan dan kekuatan
unit-unit keluarga yang membentuk umat tersebut.Oleh itu,Islam mementingkan kehidupan
berkeluarga yang cemerlang dalam aspek akidah,ibadah,akhlak dan lain-lain.

Wacana fikrah saya yang pertama : Keluarga Muslim yang Penyayang Tonggak Ummah Sejati yang
Terbilang.

Rasulullah SAW merupakan tauladan terbaik dalam pembentukan keluarga penyayang,Biah


solehah yang diwujudkan dalam keluarga ternyata membuahkan keluarga yang
bahagia.Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :

Maksudnya : Berkasih-sayanglah kamu,maka kamu akan disayangi.

Banyaknya berlaku kes perceraian sebagai contoh disebabkan mereka gagal menghayati tatacara
kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.Statistik Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM ) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian setiap 15 minit dalam kalangan umat
Islam.Ini kerana kurangnya kasih-sayang dan persefahaman dalam rumah tangga.

Wacana Fikrah Saya yang Kedua : Keluarga Muslim yang Berakhlak Mulia dan Berperibadi Tinggi
Teras Ummah Sejati yang Gemilang.

Pembentukan dan penekanan akhlak mulia dalam keluarga akan menjauhkan masyarakat daripada
keruntuhan moral dan masalah sosial.Ini bersesuaian dengan tujuan pengutusan Rasulullah ke muka
bumi.Sabda baginda ;

Maksudnya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.


Kepincangan institusi akhlak dalam keluarga menyebabkan masalah sosial seperti budaya punk
semakin parah dan membimbangkan.Jelaslah ,keluarga yang berakhlak mulia mampu
memartabatkan ummah.

Warga dewan yang dimuliakan,

Wacana Fikrah Saya yang Ketiga : Keluarga Muslim yang Berpendidika Tonggak Ummah Sejati yang
Dihormati

Sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia lahir daripada institusi yang menekankan pendidikan
dan sikap cinta akan ilmu pengetahuan.Kisah Puan Hajjah Awiah Awi,Tokoh Ibu Mithali Peringkat
Kebangsaan 2010 sebagai bukti bahawa kemiskinan bukanlah penghalang dalam merealisasikan
kecemerlangan anaknya.Firman Allah SWT mafhumnya :

“Berlumba-lumbalah kamu kearah kebaikan “

Lihatlah ketokohan puteri Rasulullah SAW,Saidatina Fatimah Az- Zahrah yang berjaya mendidik
anak-anaknya sehingga menjadi ilmuwan yang disegani.Hassan dan Hussin dipilih Allah menjadi
ketua pemuda ahli syurga manakala Zainab menjadi sasterawan ternama pada zamannya.

Kesimpulannnya,keluarga muslim merupakan asas penting dalam kemajuan dan kejayaan


sesebuah ummah yang sejati .Saya sudahi syarahan saya pada kali ini dengan lafaz yang
mulia,”Wabilllahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh “.

Anda mungkin juga menyukai