Anda di halaman 1dari 2

KESAN DETERGEN KEPADA ALAM SEKITAR

Sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya
berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di
setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara
penyimpanannya secara selamat. Di sampaing itu tidak ramai yang mengetahui tentang
kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan
terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya
disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut
akibat tertelan bahan beracun tersebut.
Detergen merupakan produk teknologi yang strategik, karena telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan seharian masyarakat moden dari rumah hinggalah perindustrian yang
besar.
Pada umumnya, detergen mengandung bahan-bahan berikut :

Surfaktan (surface active agent) yang berfungsi untuk menurunkan tegangan


permukaan air sehingga dapat melepaskan kotoran yang menempel pada
permukaan bahan. Surfaktan pada deterjen pencuci pakaian dikategorikan sebagai
anionik, umumnya tersusun dari alkyl benzene sulfonate rantai bercabang (ABS),
alkyl benzene sulfonate rantai lurus (LAS) dan Alpha Olefin Sulfonate (AOS).

Builder (pembentuk) yang berfungsi untuk meningkatkan efisiensi kerja surfaktan.


Salah satu builder yang banyak digunakan adalah fosfat.

Filler (pengisi) yang berfungsi untuk menambah kuantitas produk detergen.

Additives yang berfungsi untuk meningkatkan daya tarik produk seperti pewangi,
pemutih dan pewarna.

Detergen diperbuat melalui dua cara:


1. detergen semulajadi-minyak sayuran
2. detergen sintetik-pecahan petroleum.
Detergen merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan
tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair
dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang
membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti
pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses
pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan
sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan
sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian.
Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat
dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal
pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan
fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih
lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat
lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci
berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan
muntah-muntah.
Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi
permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah
pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini
pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.
Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel
sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya
mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahanbahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak
pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan
bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman
kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga
sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya
mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga
boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau
mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk
membentuk kanser.

Anda mungkin juga menyukai