Anda di halaman 1dari 16

Ajaran sesat banyak diamalkan oleh golongan yang cetek

pengetahuan agamanya. Mereka mudah terpengaruhi ajaran sesat


yang kononnya alim dan warak.

Kesan Ajaran Sesat terhadap diri keluarga dan masyarakat

1. Tentangan agama

Apabila terpengaruhi dengan ajaran sesat. seseorang itu akan terdedah


dengan aktiviti -aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Hal ini termasuk melakukan perbuatan -perbuatan syirik dan khurafat.

Sebagai comtohnya, percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja


roh roh adalah perbuatan khurafat.

2. Minda terkongkong

Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran sesat, akan
menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya
perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sikap tetaksuban
mereka.

3. Perpaduan masyarakat tergugat

Perpaduan dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran kegiatan


ajaran sesat ini. Hal ini demikian boleh terjadi kerana berlakunya
keganasan dan tindasan sesama sendiri kerana masing-masing ingin
menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.

4. Kedamaian negara terjejas

Boleh berlakunya pertelingkahan dan perbezaan pendapat yang


ekstrem sekiranya ajaran sesat tidak dibendung. Oleh hal yang
demikian, rakyat hidup dalam ketakutan kerana kestabilan dan
keamanan negara terancam.

5. Lupa tanggungjawab terhadap keluarga

Mengikut kumpulan ajaran sesat ini juga boleh menyebabkan seseorang


itu lupa akan tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai
sifat taksub dan melampau dalam beragama.

Lebih serius lagi akan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan


itu sendiri.

Penutup

Kesimpulannya, umat Islam disarankan agar menjauhi golongan


-golongan pelampau agama iaitu mereka yang bertindak keterlaluan
dalam beragama.
( Prasarana) Pengangkutan awam sangat diperlukan oleh
sesebuah negara. Kelemahan dalam mengendalikannya akan
menggangu perkembangan pembangunan negara tersebut.

Pengangkutan awam

Sumbangan pengangkutan awam

1. Mengelakkan kesesakan lalu lintas

Penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan

Memberikan keselesaan kepasa orang ramai berurusan di bandar

2. Menjimatkan kos dan masa pengguna

Mengurangkan masa perjalanan dan masa berurusan dapat


dipercepatkan

Tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding penggunaan


kenderaan persendirian

3. Membantu pembangunan ekonomi

Jaringan sistem pengangkutan yang cekap dapat memudahkan


urusan dan perkhidmatan

Pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri kerana keyakinan


pelabur asing untuk membuat pelaburan

Dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah


negara maju berpendapatan tinggi.

4. Mengurangkan kesan ke atas alam sekitar

Mengurangkan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas


beracun seperti karbon

Sebagai contoh, monoksida dan sulphur dioksida

Mewujudkan persekitaran yang mesra alam, tiada pencemaran udara,


dan bunyi

Masalah yang dihadapi

1. Kekurangan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam

Jumlah pengangkutan awam yang tidak mencukupi terutama bas

Kekurangan kemudahan di stesen / terminal, hentian bas

Kemudahan tidak diselenggara dengan baik

Ketidakselesaan kepada pengguna

Ketidakcukupan pengangkutan awam sedia ada.

2. Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap


Tidak menepati jadual

Kekerapan perjalan tidak menentu menyebabkan masyarakat sukar


untuk merancang perjalanan mereka.

Seringkali tergendala akibat kecuaian pengurusan

3. Kepercayaan pengguna kepada pengangkutan awam

Kenderaan awam tidak mementingkan aspek keselesaan dan


keselamatan

Sikap pemgurusan yang mengutamakan keuntungan daripada


kebajikan pengguna

Kesimpulan

Pengangkutan awam amat perlu kepada rakyat jelata


terutamanya earga kota. Kegagalan pihak kerajaan menangani masalah
pengangkutan awam akan menyebabkan kepercayaan kepada kerajaan
semakin terhakis.

Isu Prasarana Pengangkutan awam

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca


pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang
asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi
tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan
Asia Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan
laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini.
Buktinya, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata
kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan di Malaysia.

Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang


mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana,
kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada
pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama
dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan
seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan
efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan
hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat
pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong
untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka
berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh
ditunjukkan kepada pelancong.

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga


untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar
negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia
yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh
menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau
Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat
Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri
pelancongan.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan,


peraturan imigresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat
perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong
asing dapat membeli belah di Malaysia dengan perbelanjaan yang
sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas
cukai yang menjadi destinasi pelbagai pelancong dari dalam mahupun
luar negara. Di sana, mereka dapat membeli cenderahati, pinggan
mangkuk, kraf tangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu,
pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat
meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Kesimpulan 1

Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan


industri pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, seperti kata
pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi
negara yang maju dalam industri pelancongan memerlukan usaha yang
berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Skop Penyelidikan ( teknologi makanan )

MARDI menjalankan P&P untuk membantu membangunkan industri


pemprosesan makanan dan sub-sektor sokongan yang berkaitan
(pembungkusan,mekanisasi dan lain-lain)

Teras utama dalam bidang penyelidikan ini adalah seperti berikut:

a) Sains Makanan dan Keselamatan Makanan

Penyelidikan dalam bidang sains makanan dan keselamatan makanan


melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan teknologi dan
pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan yang
mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna, serta hubungan
antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui aplikasi teknologi yang
sesuai untuk keselamatan
makanan.

Penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang seperti pembangunan


bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan produk herba,
pembangunan produk nutraseutikal dan makanan berfungsi, keselamatan
makanan, pembangunan kaedah analisis makanan, penilaian rasa
makanan,nutrisi dan mikrobiologi makanan

b) Pemprosesan dan Pembangunan Produk


Penyelidikan dalam bidang pemprosesan makanan tertumpu kepada
pembangunan produk baru dari segi foumulasi, mekanisasi dan automasi.
Pembangunan produk baru adalah berasaskan kepada permintaan industri
dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-
produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk
yang sedia ada ataupun meningkatkan lagi proses pembuatan. Sebagai
tambahan, makanan haruslah diformulasi supaya kekal semula jadi,
berkhasiat dan sihat.

Kebanyakan teknik-teknik pemprosesan makanan di Pusat Penyelidikan


Teknologi Makanan telahpun diadaptasikan dalam industri makanan seperti
teknik pengeringan secara semburan dan pembekuan, teknik pengetinan
dan pembekuan kriogenik. Kini, program Pemprosessan Makanan dan
Pembangunan Produk bersedia untuk menjalankan penyelidikan dalam
bidang-bidang baru seperti nanoteknologi, reologi dan sebagainya.

c) Pembungkusan dan Pengendalian Makanan

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat


dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik
banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari
pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah
melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan. Masyarakat
moden kini maklum dengan perubahan dan kesediaan dalam penggunaan
teknologi pembungukusan moden. Pembungkusan teknologi moden ini
menggunakan pelbagai bahan alternatif, alatan berteknologi tinggi dan
operasi pintar. Oleh itu sasaran kepada penghasilan pembungkusan ini dapat
menepati kehendak semasa yang memerlukan kepada keselamatan
makanan, kos penyimpanan dan pengagihan yang rendah, dapat menarik
perhatian dari sudut keunikan pembungkus dan grafiknya, selesa untuk
diguna pakai oleh pengguna dan mesra alam. Pelbagai aktiviti dalam
program pembungkusan dan pengendalian makanan antaranya adalah
teknik pembungkusan, pembangunan pembungkus, ujian pembungkus,
kajian jangka hayat, penglebalan dan grafik. Pengendalian makanan yang
dibungkus juga merupakan antara fokus dalam program ini.

Kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan


perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh
raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan
juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai
angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak
punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu


itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang
memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan
diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu
kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya.
Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu
kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi,
kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang
tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan
turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu
sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga
dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang
menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah
berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah
supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan


kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan
tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan
kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda
juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya
dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk
memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang
baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah


kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan
kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan
kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk
sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak
kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu


menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan
oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita
harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu
cermat jika selamat.

Isu bekalan air

Air telah merangkumi 70 peratus permukaan bumi sama ada dalam


bentuk lautan, sungai dan tasik. Sebenarnya, air telah memainkan
peranan penting dalam aktiviti harian flora dan fauna. Namun, bekalan
air yang bersih semakin berkurangan di seluruh dunia. Hal ini
sayugianya dipandang dengan serius kerana keadaan ini bukan sahaja
akan menimbulkan masalah dan penyakit kepada manusia mahupun
alam sekitar.

Isi 2

Antara masalah yang tertimbul adalah berlakunya jangkitan penyakit


kepada orang ramai. Seperti yang kita tahui, penyakit cacing, taun,
cirit-birit dan pneumonia mudah merbak di kawasan yang wujudnya
pencemaran air. Bagi penduduk yang tinggal di kampung, pembuangan
najlis seharusnya dilaksanakan secara bersistem walaupun mereka
tidak mempunyai tandas yang moden. Sekiranya, najlis dibuang di
merata-rata tempat, ia akan mencemarkan air dan menyebabkan
parisit memasuki tubuh badan apabila bekalan air yang kotor telah
diminum. Kepentingan umum serta bahaya sepatutnya diambilkira
supaya tidak manusia mudah dijangkiti penyakit.

Antara masalah yang ditimbul adalah berlakunya wabak penyakit.


Bekalan air bersih didapati semakin berkurangan yang disebabkan oleh
pembuangan sampah-sarap merata-rata ke dalam sungai, bangkai
haiwan dan najis telah mengalakkan pembiakan bakteria. Jadi, keadaan
ini telah menimbulkan wabak penyakit kepada manusia seperti cirit-birit
dan muntah disebabkan oleh kekotoran air yang mangandungi banyak
bakteria. Di samping itu, penyakit kulit juga merupakan salah satu
wabak penyakit. Ini adalah kerana air yang digunakan untuk memandi
dan membasuh adalah sangat kotor. Lama-lamanya, mereka akan
dijangkit penyakit ini.

ISI 4

Selain daripada itu,hidupan akuatik juga akan terjejas.Ini adalah kerana


kebanyakan sungai atau laut telah dicemari oleh manusia seperti
tumpahan minyak dari kegiatan perindustrian.Tumpahan minyak akan
menyebabkan hidupan akuatik tidak dapat bernafas kerana minyak
akan menutup permukaan air dan udara tidak dapat menembusi ke
dalam air,jadi kehidupan akuatik akan mati.Sisa bahan buangan dari
kegiatan perindustrian juga akan menjejaskan hidupan akuatik kerana
sisa bahan buangan mengandungi bahan toksik.Jadi bahan buangan
dari kegiatan perindustrian akan menjejaskan hidupan akuatik.

ISI 5

Bekalan air yang tidak bersih juga akan menwujudkan masalah


ketidakseimbangan ekosistem di sekiter sumber air tersebut. Serupa
dengan manusia, hidupan-hidupan liar juga perlu meminum air untuk
meneruskan hidup mereka. Dengan meminum bekalan air yang
tercemar, kehidupan hidupan liar turut akan terjejas. Jika tidak
dipedulikan,hidupan liar akan mati dan secara tidak langsung
menjejaskan keseimbangan ekosistem.

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya

Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran
ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau).
Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara.
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti


karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang
dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh
mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter


dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah
dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-
undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti


bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang
lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap
yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan
udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun


dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk
mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta
api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya
mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak
mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma.


Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang
batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa
berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah
kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan
Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam


seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah
menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di
Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi


menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah
musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di
kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan
Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan


sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras
di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh


pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan
hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu
yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti


dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan
penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini


tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan
pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan
hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di
kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan


perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara
semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan
gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam,
menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu
bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah


membentuk awan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan
Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan
kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.

BANJIR KILAT : PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH

Pada hari ini dapat kita perhatikan bahawa pembangunan yang rencam
kian mendominasi segenap bumi Malaysia. Namun, tanpa kita sedari di
sebalik kemajuan dan kecanggihan mekanisme yang dicapai telah
mengundang bencana khususnya berkaitan pelestarian alam sekitar.
Salah satu daripada bencana alam tersebut ialah banjir kilat yang kini
kian menjadi isu nasional dan sering diperdebatkan dalam kalangan ahli
politik malah rakyat negara ini. Justeru, terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada permasalahan ini dan langkah-langkah yang
drastik dan komrehensif perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut
ini menjadi bertambah kronik.

Punca dominan berlakunya banjir kilat ialah sikap segelintir


manusia yang lebih mengutamakan kemajuan modenisasi berbanding
pengekalan kualit alam sekitar yang bertindak sebagai nadi
kelangsungan hidup. Kejadian penebangan kawasan hutan untuk
pembangunan dan residensi sehingga tidak terkawal hampir
memusnahkan Taman Pertanian Bukit Cerakah baru-baru ini
menunjukkan kejahilan dan begitu halobanya manusia membangunkan
alam sekitar. Aktiviti penggondolan hutan dara ini bukan sahaja
mengakibatkan banjir kilat malah memusnahkan kawasan tadahan
hujan di Malaysia.

Selain itu, kaedah pertanian yang tidak sistematik dan


pelaksanaan projek pembangunan di kawasan bukit berpotensi sebagai
punca berlakunya kejadian banjir kilat. Bukit bukau yang diratakan
menyebabkan tiada pokok yang dapat mencengkam tanah seterusnya
menyumbang kepada masalah lain seperti kejadian tanah runtuh
sebagaimana yang berlaku di Tanah Tinggi Cameron baru-baru ini. Hal
ini secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang awam
malah ekosistem di bumi turut terancam. Justeru, janganlah seperti
sudah terhantuk baru nak terngadah, sebelum masalah ini menjadi
bertambah kritikal.
Pepatah Melayu, ombak yang kecil jangan disangka anak, jelas
menunjukkan sikap segelintir masyarakat pada hari ini yang
memandang enteng terhadap isu pembuangan sampah sarap yang
tidak terkawal. Mereka mengambil jalan mudah dengan membuang
sampah sarap tersebut ke dalam sungai dan berpendapat arus sungai
akan membawa sampah-sampah tersebut ke tempat yang lebih jauh.
Sikap sebeginilah yang menyebabkan pengaliran air sungai tidak
berjalan lancar dan apabila hujan lebat, sudah tentu sungai tidak dapat
menampung isi padu air yang berlebihan seterusnya akan melimpahi
dan membanjiri kawasan berhampiran. Situasi ini bertepatan dengan
peribahasa, lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang.

Punca seterusnya ialah sistem pengaliran air yang tidak


berfungsi dengan baik turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat.
Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat khususnya mereka yang
tingal di kawasan perumahan menyebabkan sistem perparitan
tersumbat dan gagal berfungsi. Namun begitu, sikap manusia yang
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, tidak
cuba mengambil inisiatif untuk membersihkan longkang tersebut dan
hanya mengharapkan pihak majlis perbandaran untuk bertindak
membersihkannya.

Ekoran daripada masalah banjir kilat ini, langkah-langkah yang


efisien perlu digarap dan diaplikasikan bagi mengatasi kesulitan ini
ibarat kata pepatah, kusut di hujung balik ke pangkal. Dalam hal ini,
kesedaran semua pihak merupakan indikator utama penentu
kelestarian alam sekitar. Masyarakat perlu berfikiran terbuka dan bijak
menilai dengan rasional betapa pentingnyabmenjaga alam sekitar.
Anak-anak perlu dididik sedari kecil lagi dengan nilai-nilai murni bagi
meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini, bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bertepatan dengan
ungkapan hikmat Betrend Russel, manusia yang bahagia ialah
manusia yang hidupnya untuk alam bukan untuk diri sendiri.

Selain itu, kerja-kerja pendalaman sungai perlu dilakukan di


samping pembersihan sistem pengaliran air agar dapat berfungsi
dengan baik dan berkesan. Namun begitu, masyarakat juga perlu
mengubah perspektif negatif mereka dengan tidak membuang sampah-
sarap ke dalam sungai sebaliknya membuang sampah-sarap tersebut di
tempat yang telah disediakan. Hal ini secara tidak langsung dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari mereka seterusnya
membuktikan kejayaan kempen yang dianjurkan kerajaan seperti
kempen cintai sungai kita.

Bagi mengatasi masalah penyahhutanan seperti pembalakan,


kerajaannperlu mengehadkan kawasan hutan yang digunakan bagi
tujuan pembalakan di samping mengurangkan pemberian lesen
pembalakan kepada syarikat pembalakan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan hutan yang bertindak sebagai pelengkap ekosistem di
bumi tidak dieksploitasi secara haram. Sehubungan dengan itu,
pengekalan hutan ini juga membantu menyerap air khususnya ketika
hujan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat. Selain itu, denda yang
setimpal serta menarik balik lesen syarikat pembalakan haram wajar
dilaksanakan untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Tambahan lagi,
pokok-pokok yang telah ditebang wajar ditanam dengan pokok-pokok
yang baru bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku.

Langkah seterusnya ialah mengamalkan kaedah pertanian yang


sistematik dan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Antara amalan
pertanian yang berkesan mengurangkan resiko banjir kilat ialah
tanaman bergilir, tanaman berteres, tanaman berjalur dan membajak
kontur. Hal ini, terbukti apabila Indonesia mengamalkan tanaman
berteres menerusi penanaman padi di Bali.

Jelas di sini bahawa, implikasi daripada kejadian banjir kilat


sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang besar.
Tuntasnya, kerjasama semua pihak perlu bagi menjamin kualiti hidup
seterusnya menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar ibarat
kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu


dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya
terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya
dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam
13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan


perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk
bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti
ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai
dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti
gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan
kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan
serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama
di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan


meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-
sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat
mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada
pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan
perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan
sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati
terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini
dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka
antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan
nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa
sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa,
ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh


mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang
dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan
pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu
diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan
permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian
bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap
pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya,
mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja
dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola
sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan
bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta
seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa,
akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu
dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej
negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957


merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari
Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha
memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum
akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui
pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah
dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di
samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya
Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia
perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu
dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di
negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar
perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara
mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan


menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali
kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum,
nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini,
kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat
majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran,
tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan
strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti
keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Langkah-Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan


Remaja

Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja


begitu membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial
ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja
marcapada in. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja
bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan
kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana
golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus
dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu
diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada
terus menular.

Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama


bagi mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang
dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri.
Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan
melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah kajian
menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu,
kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa.
Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan
seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan
pembangunan negara

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang


masalah gejala sosial ini. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa
mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak.
Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah
sedikit. Sebaliknya, ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi rakan
anak-anak. Sebagai contoh, kemahiran mendengar dan berbincang
dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping itu, ibu bapa juga harus
peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat
ledakan intelektual. Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya
mereka mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu,
institusi kelurga penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal
agama. Ibu bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan
didikan agama yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini
bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga


menyemai benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran
media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik
remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai
contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal
mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak berbanding liputan
mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya dasawarsa ini,
remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi
negatif ini, malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar.
Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media massa untuk
diikut oleh mereka. Tuntasnya, media massa memang berperanan
untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja hingga ke peringkat akar umbinya.

Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar


juga tidak boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan
moral dalam kalangan remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah
dengan bersikap menutup sebelah mata apabila terserempak dengan
remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebaliknya,
masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini. Jika
sekiranya teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada
pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan bahawa
usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada
pihak kerajaan semata-mata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota
masyarakat perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing. Sikap
mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah
membanteras kemelut kebejatan akhlak ini berjaya.

Walhasil, pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang


daripada melibatkan diri dala kegiatan sosial yang negatif. Hal ini
dikatakan demikian kerana mereka merupakan orang yang bakal
mengambil alih bagi menerajui pucuk kepimpinan negara. Hal ini persis
peribahasa peribahasa pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.
Segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga demi
membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar umbi. Kemelut ini
nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga
daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bekerjasama seperti kata
perumpamaan ini bersatu kita teguh, bercerai kita roboh untuk
menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus menular.

Rukun Negara dijadikan ideologi Negara untuk melahirkan


rakyat yang bersatu padu. Namun kini, prisip Rukun Negara
makin terpinggir dan seolah-olah dilupakan. Huraikan
kepentingan penghayatan Rukun Negara dan langkah-langkah
ke arah memupuk kesedaran untuk menghayatinya.

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang


diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara
bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang
menjadi tonggak perpaduan antara rakyat supaya dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada
masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh
masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu,
kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang
efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati
prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

Pada hemat saya, kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat


melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-
undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip rukun
negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-
undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak
manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang
mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada
gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah,
pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan
undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah
ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar
peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa
penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada
agama dan patuh undang-undang.

Selain itu, rakyat dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui
penghayatan rukun negara. Individu yang patuh pada prisip rukun
negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam
menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri
daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme
seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas
tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa. Individu yang setia
kepada raja dan negara tidak akan belot dan menjadi pengkhianat
negara. Tuntasnya, penghayataan rukun negara dapat melahirkan
rakyat yang mempunyai jati diri.

Di samping itu, penghayatan rukun negara dapat mewujudkan warga


Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Melalui penghayatan rukun
negara kita dapat mendorong dan mengamalkan budaya serta tabiat
hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih sayang dan amanah
dalam kalangan masyarakat. Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga
yang harmoni di samping negara yang damai dan aman. Hal ini amat
bersesuaian dengan prisip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan
kesusilaan yang menggalakkan rakyat sentiasa bersikap baik dan
mempunyai nilai ketimuran yang murni. Hal tersebut dapat
menghindarkan sikap memburukkan orang lain, terutamanya individu
yang mempunyai agama berbeza. Jelaslah bahawa warga Malaysia
yang harmoni dan bersatu padu dapat dibentuk melalui penghayatan
rukun negara.

Satu daripada langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran dalam


kalangan rakyat untuk menghayati prinsip-prinsip rukun negara ialah
melalui sistem pendidikan. Pendidikan awal hendaklah bermula di
rumah. Ibu bapa perlu menjadi role model dan teladan kepada anak-
anak mereka terutama dalam aspek kesopanan dan keagamaan. Di
samping itu, pendidikan dapat diteruskan dengan lancar di sekolah
terutamanya pelajar dididik oleh guru-guru untuk menghayati prinsip
rukun negara melalui mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan
sivik dan kewarganegaraan. Kelima-lima prinsip rukun negara sentiasa
dilaung-laungkan melalui pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah.
Kelima-lima prinsip tersebut juga perlu dipaparkan pada papan
kenyataan dan dinding bangunan sekolah. Jelaslah bahawa pendidikan
merupakan strategi terbaik untuk menyemai sikap menghayati dan
mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Tambahan pula, peranan kerajaan turut berperanan penting dalam


mendorong dan memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip rukun
negara. Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada
rakyat agar menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya.
Kempen kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor
swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak yang berkenaan
boleh menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman
web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada
semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa. Dengan ini, tahap
kesedaran rakyat tentang peri pentingnya rukun negara dalam
kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka.

Langkah yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan dari


semasa ke semasa. Pertandingan seperti forum, melukis postar, kuiz
dan menulis esei secara tidak langsung dapat menggalakkan orang
ramai mengamalkan prinsip rukun negara. Bagi pertandingan tersebut.
kita dapat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat,
terutamanya para pelajar untuk mengambil bahagian. Dengan itu,
mereka dapat meluahkan pandangan dan pendapat melalui
pertandingan-pertandingan tersebut. Mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan dengan kenegaraan
dan sejarah awal penubuhan negara Malaysia yang tercinta ini.

Konklusinya, penghayatan prinsip rukun negara sangat penting dalam


negara kita kerana dapat memberi manfaat bagi mengeratkan
hubungan antara kaum tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.
Dengan ini, pembangunan negara dapat dijalankan dengan pesat pada
masa depan. Oleh itu, pihak kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan(NGO) harus bertindak seia sekata, sehati sejiwa bagai
aur dengan tebing untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
menghayati prinsip rukun negara. Mudah-mudahan, kita dapat
mewujudkan sebuah negara yang sentiasa dipayungi keharmonian dan
kesejahteraan.

Anda mungkin juga menyukai