Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnianya, kami dapat menyiapkan kerja kursus ctu265 yang bertajuk “ Langkah-langkah Islamisasi
Dalam Perlancongan” ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hafiz selaku pensyarah Ctu265, yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami
menyiapkan kerja kursus ini

.Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IUItM Penang
Pendidikan atas kemudahan yang telah disediakan kepada mahasiswa seperti kemudahan pusat
sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi
memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dangan kerja kursus ini.

Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan ahli-
ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta berkongsi maklumat
dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.
Kesan-kesan Pelancongan Dalam Islam

1) Antara kesan yand dapat kita lihat dengan jelas pada masa kini ialah pelancongan
membantu memupuk persefahaman sejagat.

Kemasukan pelancong asing membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi


dengan masyarakat mahupun secara langsung atau tidak langsung.

Melalui interaksi dan komunikasi dengan mereka ini, masyarakat dapat bertukar-tukar
fikiran dan pendapat tentang pelbagai perkara dan aspek. Sekaligus, kita juga dapat
mengetahui keadaan politik dan ekonomi mereka serta adat resam yang diamalkan mereka
dengan lebih mendalam.

Seterusnya, mereka pula akan mengetahui keadaan negara kita yang sebenarnya melalui
interaksi dan komunikasi dengan kita.

2) Di samping itu, islam dalam pelancongan juga mampu memperkenalkan produk


pelancongan islamik seperti menonjolkan aspek-aspek kebudayaan dan kesenian Melayu ,
menganjurkan pertunjukan, pameran, ataupun seminar yang berteraskan ilmu serta
ketamadunan Islam yang diketengahkan. Tambahan pula negara kita sendiri, Malaysia
mempunyai hari-hari kebesaran Islam yang sentiasa diraikan.

Kebanyakan pelancong asing terdiri daripada manusia yang bersifat ingin tahu. Kecintaan
mereka terhadap sesuatu bentuk budaya amat tinggi. Keadaan ini, memberi kita peluang
untuk memperkenalkan lagi pelbagai produk pelancongan yang berteraskan islam.

3), Selain itu, sektor pelancongan Islam pada masa kini bukan sahaja penting untuk
pembangunan sosioekonomi sesebuah negara sahaja, malahan turut berpotensi untuk
merangsang aktiviti dari sektor-sektor ekonomi lain seperti pertanian, ekonomi yang
berteraskan produk halal dan juga perkhidmatan.

Oleh itu, ia dapat mendorong kepada langkah untuk mempelbagaikan produk pelancongan
sebagai keutamaan di dalam persaingan untuk faedah ekonomi sesebuah negara.
Langkah-langah islamisasi dalam pelancongan

1) Antara langkah yang perlu diambil oleh individu yang bertanggungjawab adalah menjalankan
hukum hudud dalam industri pelancongan. Ramai yang tidak jelas atau kurang faham
tentang hukum hudud dan ramai juga beranggapan hukum hudud akn menjejaskan industri
pelancongan dalam negara kita.

Sebenarnya, hudud tidak akan menjejaskan industri pelancongan sekiranya pelancong yang datang
bercuti itu bertujuan untuk mencari ketenangan, melawat untuk menikmati keindahan alam dan
bermesra dengan penduduk atau masyarakat. Kecuali pelancong itu datang bertujuan melakukan
maksiat dan mungkar yang boleh merosakkan dirinya serta menularkan budaya tidak bermoral itu
dalam negara ini serta mendorong ke arah diri, negara dan masyarakat kea rah perkara negatif.

2) Selain itu itu, langkah seperti menyediakan kemudahan surau untuk umat islam beribadat
juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh kemudahan surau di tempat awam seperti pusat
membeli belah seharusnya diperbanyakkan lagi bagi keselesaan masyarakat yang datang
untuk beribadat.

Ini sekaligus dapat memberikan imej serta pandangan yang positif kepada umat islam yang
datang dari dalam mahupun luar negara.
3) Selanjutnya, Malaysia perlu menghasilkan pelbagai jenis yang makanan serta minuman yang
dapat menarik pelancong asing datang ke negara kita . Dengan cara ini, masyarakat
tempatan dapat memperkenalkan makanan halal kepada pelancong yang datang. Hasil
daripada ini, ekonomi negara juga akan lebih di beri tumpuan dari segi industi makanan.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat pelancong yang berminat memberikan peluang kepada
kita untuk memasarkan atau mempromosikan produk negara tempatan ke luar negara.

4) Bukan itu sahaja, langkah-langkah keselamatan di negara kita juga harus dipertingkatkan
bagi menjamin kepuasan serta kesejahteraan masyarakat dan juga pelancong luar. Ini
kerana, segelintir masyarakat sering mengambil kesempatan ke atas pelancong. Contohnya
menaikkan harga barang sesuka hati, peras ugut dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja
memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan negara malah kepada diri
sendiri. Oleh itu sebagai langkah mewujudkan islam dalam industri pelancongan kita
perlulah menunjukkan sifat mahmuddah dalam menjalankan apa sahaja jenis pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai