Anda di halaman 1dari 14

KARANGAN: PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL

Gejala sosial merupakan masalah yang penting untuk ditangani. Hal ini dikatakan
demikian kerana gejala sosial akan menyumbang kepada perlakuan jenayah. Pelbagai
pihak termasuk pihak polis telah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membendung
salah laku ini daripada berleluasa. Sebagai persoalannya apakah punca-punca yang
mencetuskan masalah gejala sosial?
Punca utama berlakunya gejala sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Remaja ini
akan melakukan atau membuat apa-apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya.
Sebagai contohnya remaja terjebak dengan aktiviti menonton video pornografi ataupun
vandalisme kerana ajakan rakan sebaya. Sudah terang lagi bersuluh faktor utama gejala
sosial ialah pengaruh rakan sebaya.
Punca kedua yang dikenal pasti ialah masalah keluarga yang dialami oleh setengah
remaja. Hal ini tercetus apabila remaja tersebut berasa tertekan atau tidak dipedulikan
oleh ibu bapa mereka. Sebagai contohnya ibu bapa yang sering bertengkar menyebabkan
anak-anak remaja tidak selesa untuk berasa di rumah. Jelaslah bahawa gejala sosial
berpunca daripada masalah institusi kekeluargaan yang rapuh.
Garapan idea di atas jelas menunjukkan bahawa gejala sosial harus ditangani
dengan bijak. Oleh itu, semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing bagi
membendung gejala ini daripada merebak. Harapan kita agar generasi kini akan bersiap
siaga demi kecemerlangan masa depan. Ingatlah peribahasa pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.
LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN MUTU SUKAN TANAH AIR
Sukan merupakan aktiviti fizikal yang tertua dalam sejarah dunia. Permulaannya
dianggarkan sejak 3000 tahun dahulu apabila sukan Olimpik pertama pernah dilangsungkan oleh
kerajaan Greek purba dalam tahun 776 SM. Pada peringkat permulaan aktiviti sukan diadakan
sebagai latihan untuk memilih jagoan-jagoan perang atau menjadi pemburu handalan. Sejajar
dengan tamadun manusia, revolusi sukan turut berkembang menjadi aktiviti riadah, hubungan
sosial dan terkini menjadi industri. Sukan telah mengangkat dan memartabatkan tokoh-tokoh
ternama seperti Muhammad Ali, Pele, Tiger Wood dan ribuan lagi personaliti sukan yang berjaya
mencipta nama. Oleh hal yang demikian, pelbagai inisiatif hendaklah digemblengkan untuk
mengangkat wira-wira sukan tanah air agar setanding dan tersohor di persada antarabangsa.
Inisiatif perdana hendaklah digemblengkan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian
Belia dan Sukan (KBS). Sehubungan dengan itu, KBS hendaklah melaksanakan pelan taktikal dan
pelan induk dalam usaha melahirkan jaguh-jaguh sukan tanah air. Usaha hendaklah meliputi
program menggilap bakat dan memajukan sukan. Sebagai sebuah badan induk, KBS tidak boleh
terikat dengan satu atau dua acara sukan sahaja. Beberapa usaha yang boleh dilaksanakan,
antaranya mewujudkan institusi sukan, kemudahan prasarana, pencarian bakat baharu dan
program kejurulatihan dan pertandingan di peringkat antarabangsa.
Ibu bapa mahupun keluarga merupakan institusi yang paling hampir untuk mengangkat
imej seseorang atlet. Ibu bapa amat mengenali kecenderungan anak-anak mereka. Lebih-lebih
lagi dalam keluarga sukan bakat daripada genetik sudah pasti akan dilahirkan kerana ke manakah
tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mendedahkan
kecenderungan bersukan kepada mana-mana anak mereka yang berminat. Inisiatif awal seperti
menghantar anak-anak ke akademi sukan, menyediakan peralatan sukan dan yang terpenting
sentiasa memotivasikan anak-anak agar lebih berdisiplin sama ada dalam latihan mahupun gaya
hidup.
Dalam urusan mencipta nama dalam sebarang jurusan, individu juga amat penting
menentukan hala tuju pencapaiannya. Memandangkan kecemerlangan dalam sukan amat
bergantung kepada kemampuan individu seperti dalam aspek kesihatan, tenaga, kepakaran dan
minat, justeru perancangan masa depan perlulah diputuskan oleh individu itu sendiri. Mengambil
contoh beberapa personaliti sukan tanah air seperti Dato Lee Chong Wei, Shalin Zulkifli, Dato Nicol
David, Azizul Hasni, Safawi Rasid dan Lukman Hakim membuktikan kekuatan disiplin dan
ketahanan jiwa raga hendaklah bermula dengan individu itu sendiri.
Kemasyhuran yang dicipta oleh setiap jagoan sukan tidak akan berkembang jauh tanpa
sokongan dan dukungan masyarakat. Sama ada peminat, penyokong dan seluruh masyarakat
hendaklah memberikan sokongan moral dan material untuk mengangkat imej sukan negara. Pihak
swasta dan syarikat korporat serta Konglomerat seperti MILO dan pengeluar barangan sukan yang
telah memberikan komitmen yang begitu besar dalam menjayakan program sukan negara wajarlah
dipuji. Sementara itu, penyiar media elektronik, media cetak dan media sosial hendaklah turut
berganding bahu untuk mengangkat dan menjulang nama-nama hebat anak-anak Malaysia di
persada sukan.
Kesimpulannya, slogan “Majulah Sukan Untuk Negara” usah dibiarkan suram dan tidak
bermaya. Seiring dengan agenda yang lain, sukan juga menjadi wadah untuk mengangkat imej
negara di atas peta dunia. Oleh itu, gandingan padu seluruh rakyat Malaysia akan membawa imej
negara ke suatu era cemerlang sukan pada suatu hari nanti. Ingatlah pada slogan, ‘Malaysia
Boleh’ dan ‘Standing in the eyes of the wold’ dendangan Ella.
KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI
Aktiviti rekreasi merupakan elemen yang penting dalam kehidupan manusia.
Namun begitu, masyarakat beranggapan bahawa aktiviti rekreasi seperti berkayak dan
berjoging hanya membuang masa dan tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Oleh
itu, persepsi sebegini seharusnya ditangkis daripada bersarang dalam minda masyarakat
kerana aktiviti rekreasi banyak kepentingan kepada masyarakat. 

Salah satu kepentingan aktiviti rekreasi termasuklah murid dapat mengembangkan


kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang
berbilang kaum. Misalnya, ketika aktiviti mendaki gunung, mereka bekerjasana dengan
rakan yang berlainan bangsa sehingga membawa kepada semangat kekitaan. Jadi aktiviti
rekreasi mampu memupuk semangat yang bersatu padu ibarat pepatah Melayu, bersatu
teguh, bercerai roboh.

Selain itu, aktiviti rekreasi dapat melapangkan minda dan fikiran masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam mengharungi kesibukan serta tekanan belajar, aktiviti
rekreasi seperti berkayak dan berkhemah dilihat sebagai satu penyelesaian kepada kita
untuk melapangkan minda sebentar dari ruang lingkup kerja. Oleh itu, masyarakat
seharusnya berpegang teguh pada prinsip badan sihat otak cerdas.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi mempunyai banyak kelebihannya. Oleh itu,


masyarakat seharusnya berusaha untuk melakukan aktiviti rekreasi ibarat peribahasa
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Semua pihak seharusnya menGgembleng
tenaga untuk mengambil modus operandi yang drastik bagi menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan aktiviti rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN PADA ERA REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Revolusi perindustrian berkembang sejak abad ke-18 sehingga kini dengan begitu pesat.
Perkembangan perindustrian pada masa in sudah mencapat tahap Revolusi Perindustrian 4.0.
Walaupun kebanyakan negara telah begitu maju dalam sektor perindustrian, namun demikian
terdapat juga negara yang masih ketinggalan dalam perkembangan sektor ini. Persoalannya
apakah kemahiran yang diperlukan dalam revolusi perindustrian?
Secara umumnya seseorang individu perlu memiliki kemahiran untuk berfikir secara kreatif
pada era Revolusi Perindustrian 4.0. Hal ini dikatakan demikian kerana pemikiran yang kreatif
dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan berinovatif. Sebagai contoh, tenaga kerja mahir
dalam bidang ini perlu berfikir secara kreatif untuk menghasilkan produk yang mampu
mengurangkan kos dan meingkatkan daya pengeluaran dan keuntungan. Jelaslah bahawa
kemahiran berfikir secara kreatif penting pada era Revolusi Perindustrian 4.0.
Umum mengetahui bahawa generasi yang ingin maju dan mahir dalam bidang perindusrian
perlulah mempunyai nilai fleksibeliti kognitif. Sebagai contohnya mereka berupaya menyatukan
mesin kepada komputer atau sistem dengan mudah melalui pelbagai cara. Natijahnya golongan
yang terlibat dalam bidang ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara hasil daripada
fleksibeliti dalam berfikir. Sudah terang lagi bersuluh, generasi moden kini perlulah memiliki nilai
fleksibeliti kognitif.

Garapan idea di atas jelas menunjukkan bahawa revolusi perindustian amat penting demi
kemajuan sesebuah negara. Oleh hal yang demikian semua pihak haruslah bersinergi bagai aur
dengan tebing bagi memastikan semua rakyat mendapat manfaat hasil daripada perkembangan
revolusi tersebut. Harapan saya agar generasi akan datang tidak ketinggalan merebut peluang
menuntut ilmu dan mengelakkan diri daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Cara-cara untuk mengurangkan tabiat rokok dalam kalangan rakyat Malaysia

Kempen antimerokok adalah sinonim dengan kempen cara hidup sihat yang diperkenalkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Di Malaysia, antara sepuluh peratus sehingga dua belas peratus
daripada punca kematian adalah disebabkan oleh amalan merokok. Ia adalah membimbangkan bahawa
budaya merokok kian berkembang di negara kita. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengurangkan
tabiat rokok dalam kalangan rakyat Malaysia?

   Kerajaan hendaklah menguatkuasakan akta dan undang-undang secara efektif. Undang-undang yang


tegas dan saksama dapat menakutkan perokok supaya tidak lagi merokok. Sebagai contoh,  negara Brunei
Darussalam telah memperkenalkan undang-undang yang mendendakan sesiapa sahaja yang merokok di
kawasan-kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, hospital, sekolah dan kawasan-kawasan awam
yang lain. Penjual rokok di kedai juga diharamkan menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah
lapan belas tahun.

   Selain itu, ibu bapa sendiri tidak haruslah merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan suri
teladan kepada anak-anak mereka. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang harus
mencorakkannya. Ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat terhadap kegiatan remaja masa ini yang
semakin terdedah kepada ketandusan nilai-nilai kemanusiaan. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang
atau perhatian daripada ibu bapa akan melakukan gejala sosial seperti merokok untuk mendapatkan
perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu, walaupun ibu bapa amat sibuk dengan tugas masing-
masing mereka hendaklah meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa mesti
bersikap hikmah dan bijaksana dalam menarik minat anak ke arah kebaikan bertepatan dengan peribahasa,
ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Sekiranya ibu bapa berjaya
menjadi suri teladan cemerlang dalam pencegahan gejala merokok, maka remaja Malaysia mampu
menjadi rakyat yang boleh dibanggakan.

   Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini juga merupakan satu langkah
yang berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat kita. Kerajaan haruslah banyak
menjalankan kempen kesedaran tentang keburukan merokok. Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh
kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!”  ini sangat sesuai
untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat
merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok dan meningkatkan kesedaran
tentang keburukan merokok dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, masyarakat akan sentiasa
mengingatkan tentang keburukan merokok dan mengelakkan diri dan keluarga sendiri terjebak dalam
amalan merokok.

   Seterusnya, individu tersebut mestilah menanam keazaman yang kuat dan harus yakin pada diri sendiri.
Mereka perlu memikirkan kepentingan menjamin satu masa depan yang sihat dan menjauhi diri
daripada penyakit berbahaya. Ajaran agama aalah penting dalam aspek pencegahan tabiat merokok. Hal
ini demikian kerana ajaran agama akan sentiasa menunjukkan jalan yang betul kepada
seseorang dan membantu seseorang yang ketagih merokok menjauhi diri dengan tabiat rokok. Sebenarnya,
seseorang individu yang memegang kuat terhadap ajaran agama adalah tidak mudah terpengaruh dengan
perbuatan negatif seperti amalan merokok.

   Natijahnya, amalan ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan sendiri dan keluarga malahan
mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, amalan merokok ini haruslah diatasi dan dihentikan dengan segera.
Kita berharap generasi muda dapat menjauhkan tabiat buruk ini supaya dapat membina masyarakat yang
sihat dan alam sekitar kita akan menjadi lebih bersih dan tanpa dicemari.

KEPENTINGAN KOPERASI SEKOLAH

Koperasi sekolah ialah kedai yang ditubuhkan di sekolah dengan tujuan melatih murid-murid
berniaga. Koperasi sekolah tertakluk pada Akta Koperasi dan kaedah-kaedahnya. Walaupun
koperasi dibimbing dengan sepenuhnya Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa),
ada sesetengah koperasi yang belum mencapai tahap memuaskan. Persoalannya, apakah
kepentingan koperasi sekolah?
Secara umumnya, koperasi memainkan peranan ke arah membimbing murid-murid
sekolah menyiapkan diri menjadi usahawan berjaya setelah tamat persekolahan. Sebagai
contoh, murid diberi tugas untuk menjadi pengawas koperasi dan membantu guru mengira stok.
Impaknya, murid berkenaan akan lebih mahir dalam selok-belok sebagai koperator di samping
melibatkan diri dalam mesyuarat koperasi. Sudah terang lagi bersuluh koperasi memberikan
pengalaman berharga sebelum murid menjadi usahawan suatu hari nanti.
Selain itu, penglibatan sebagai pemimpin dan ahli koperasi dapat melatih minat
berniaga dalam kalangan murid. Hal ini penting supaya mereka tidak berharap untuk bekerja
makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian. Sebagai contoh, murid yang bertugas di
koperasi pada waktu rehat dapat menimba pengalaman berniaga dan menguruskan pelanggan.
Jelaslah bahawa kewujudan koperasi di sekolah penting demi merealisasikan harapan menjadikan
murid sebagai ahli perniagaan kelak.
Pada masa yang sama penubuhan koperasi sekolah turut memupuk sifat kepimpinan
dalam diri murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli lembaga koperasi memerlukan murid yang
mempunyai jati diri dan kewibawaan bagi menguruskan koperasi dengan baik. Sebagai contohnya,
Ketika mereka bertugas menguruskan barang-barang di koperasi, murid-murid yang menjadi ahli
lembaga koperasi perlu memastikan kesemua urusan dilaksanakan oleh murid lain dengan teratur
dan kemas. Terbuktilah bahawa koperasi sekolah turut melahirkan pemimpin yang berwibawa.
Garapan idea di atas jelas membuktikan koperasi penting di setiap sekolah dan institusi
pendidikan. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing bagi
memastikan koperasi diurus dengan baik dan melibatkan murid-murid secara aktif. Harapan kita
agar usaha pihak koperasi ini akan menjadi inspirasi kepada murid-murid.
KARANGAN : KEBAIKAN MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu buah-buahan tempatan sering menjadi topik
perbincangan masyarakat. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah rambutan, pisang,betik, dan
manggis. Buah-buahan tempatan lazat dan sangat sedap rasanya. Namun begitu buah-buahan
tempatan kurang diminati oleh rakyat Malaysia. Oleh itu saya akan membicarakan pelbagai
kebaikan makan buah-buahan tempatan.
Antara kebaikan makan buah-buahan tempatan ialah keselamatan buah-buahan lebih
terjamin (I). Hal ini dikatakan demikian kerana buah-buahan tempatan tidak disembur dengan
bahan kimia sebaliknya dibawa dalam keadaan yang segar dari ladang (S).Kesannya, kita dapat
menghindari penyakit berbahaya akibat penggunaan bahan kimia yang digunakan persis kata-kata
hikmat mencegah lebih baik daripada merawat(K) . Contohnya, buah rambutan, durian dan langsat
dijual terus setelah dipetik dari dusun atau ladang(C). Jelaslah bahawa, keselamatan buah-buahan
tempatan lebih terjamin merupakan kebaikan makan buah-buahan tempatan (T).
Selain itu, banyak mengandungi vitamin dan zat juga merupakan kebaikan buah-buahan
tempatan.(I) Hal ini bermaksud banyak mengandungi zat dan vitamin mampu membantu kesihatan
badan kita untuk meningkatkan tenaga.(S) Impikasinya, kesihatan juga terjaga dan kita dapat
menghindari diri daripada penyakit apabila makan buah-buahan.(K) Tamsilnya, buah jambu
dapat membantu meningkatkan antibodi badan dan pisang membantu proses pencernaan.(C)
Tegasnya, kebaikan buah-buahan tempatan ialah banyak mengandungi zat dan vitamin yang
penting untuk kesihatan.(T)
Pada masa yang sama, buah-buahan tempatan lebih murah berbanding buah-buahan
import. Sebagai contohnya, buah jamu air lebih murah dan manis rasanya berbanding buah anggur
yang sangat mahal. Banyak pokok buah jambu ditanam di serata kampung. Pada musim tertentu,
buah-buahan tempatan akan berlambak di pasaran dan harganya akan jatuh. Pada masa inilah
rakyat Malaysia berpeluang membeli buah pada harga yang sangat murah.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh terdapat pelbagai kebaikan buah-buahan tempatan
(K). Oleh hal yang demikian masyarakat hendaklah mengutamakan buah-buahan tempatan dalam
kehidupan agar kesihatan terjamin kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.
Malaysia ialah negara yang kaya dengan kebudayaan nasional, salah satu daripadanya
ialah permainan tradisional. Walaupun begitu, permainan tradisional semakin terpinggir
disebabkan kewujudan pelbagai alat telekomunikasi yang menyajikan permainan video kerana
dianggap lebih menyeronokkan. Tambahan pula, tanggapan bahawa bermainan permainan
tradisional sebagai ketinggalan zaman dan kolot menjadikan warisan ini dipandang sepi.
Contohnya, generasi muda tidak tahu tentang permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah
panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-kondi, apatah lagi untuk bermain
permainan berkenaan. Impaknya, warisan berharga ini akan menjadi lenyap jika tidak
dipertahankan dan dipopularkan kembali. Sesungguhnya, terdapat pelbagai kepentingan
permainan tradisional.
Permainan tradisional dapat menjadi identiti bangsa . Hal ini dikatakan demikian kerana
permainan ini diwarisi oleh nenek moyang kepada generasi berikutnya untuk dipertahankan.
Sebagai contohnya, permainan gasing dan wau dikatakan amat dekat dengan rakyat Kelantan,
Kedah dan Terengganu. Kesannya, generasi muda akan berbangga dengan warisan budaya yang
ditinggalkan dan dapat diwarisi secara turun temurun untuk tatapan generasi akan datang
Pada masa yang smaa, permainan tradisional dapat menjadi produk pelancongan Hal Ini
dikatakan demikian kerana pelancong yang bertandang ke negara kita ingin melihat keunikan
budaya masyarakat kita . Sebagai contohnya, pelancong atau orang dari luar negara khususnya
kini mula berminat dengan permainan layang-layang atau wau yang dibuktikan melalui penyertaan
mereka pada Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang. Oleh itu, pengaliran mata wang asing
berlaku apabila pelancong asing makan angin ke Malaysia lantas menjadikan ekonomi negara
menjadi stabil.
Selain itu, permainan tradisional dapat menjadi hiburan yang mengisi masa lapang Hal ini
terjadi demikian kerana masyarakat moden khususnya remaja lebih gemar menonton televisyen,
melayari Internet atau bermain permainan video berbanding dengan bermain permainan tradisional
Sebagai contohnya, pada waktu petang atau cuti sekolah, penganjuran pertandingan sukan rakyat
seperti terompah gergasi, tarik tali atau permainan guli boleh diadakan dengan melibatkan remaja.
Hasilnya, remaja dapat mengelakkan waktu yang ibarat emas terbuang dengan aktiviti yang tidak
berfaedah dan mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial yang semakin membimbangkan.
Kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan permainan tradisional jika dilestarikan
daripada ambang kemusnahan. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu ibarat ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memelihara permainan tradisional daripada kepupusan.
Maka, pendedahan awal tentang permainan tradisional hendaklah diberikan sama ada oleh ibu
bapa atau pihak sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, kerajaan
hendaklah menganjurkan pameran, karnival mahupun pertandingan permainan tradisional secara
kerap kerana tindakan ini dapat menggalakkan penyertaan masyarakat. Moga-moga dengan
usaha yang bukannya ibarat melepaskan batuk di tangga ini permainan tradisional terus hidup
dalam arus kemodenan.

KARANGAN KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Pembelajaran merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan. Murid haruslah belajar
melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, kecenderungan dan minat murid itu sendiri. Murid
perlu aktif belajar dan guru berperanan sebagai pembimbing pembelajaran. Sebelum pelaksanaan
pembelajaran, guru perlu mengenali tahap kecerdasan, kematangan dan gaya pembelajaran
murid. Persoalannya apakah kepentingan pembelajaran sepanjang hayat?
Selain itu, seseorang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.
Umum mengetahui bahawa kebanyakan orang tidak suka membaca walaupun tahu membaca
jambatan ilmu. Sebagai contoh, guru digalakkan untuk membaca buku atau mencari maklumat
sesuatu topik pelajaran melalui Internet. Impaknya, seseorang dapat meningkatkan keyakinan diri
untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain
Di samping itu, seseorang boleh memotivasikan diri untuk menjadi orang yang berjaya. Hal
ini dikatakan demikian kerana tidak semua orang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran selepas
SPM. Misalnya, seseorang yang hanya ada sijil SPM boleh menyambung pelajaran ketika bekerja.
Implikasinya, seseorang dapat mengubah pandangan negatif orang lain terhadap diri seseorang.
Garapan idea di atas jelas membuktikan bahawa pembelajaran merupakan suatu aspek
penting dalam kehidupan dan perlu berlangsung sepanjang hayat. Oleh itu, semua pihak harus
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan pembelajaran tersebut dapat membantu
menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sejahtera. Harapan kita agar tidak ada rakyat Malaysia
yang akan ketinggalan dalam dunia Pendidikan. Ingatlah cogan kata yang menyatakan bahawa
bahawa ilmu itu penyuluh hidup.
KARANGAN : LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI MAKANAN YANG DIPROSES

Perusahaan makanan diproses semakin berkembang pesat . Hal ini diibaratkan bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara ini dikatakan demikian kerana permintaan yang tinggi
disebabkan kekangan masa. Pada masa yang sama, masyarakat menggemarinya kerana banyak
pilihan. Sebagai contohnya Ramly Burger mengeluarkan produk seperti bebola, nuget, daging
burger,dan ayam burger. Persoalannya, apakah usaha-usaha memajukan perusahaan makanan
diproses?
Usaha paling efektif bagi memajukan perusahaan makanan diproses adalah dengan
menyediakan dana khas. Usaha ini penting bagi mengurangkan beban kewangan pengusaha yang
menantikannya seperti peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal. Sebaai contohnya,
kerajaaan menyediakan Geran Khas Prihatin . Kerajaan turut menyediakan Skim Lestari Bumi
sebanyak RM300 juta Kesannya, inisiatif ini dapat mengurangkan beban hutang. Jelaslah bahawa
dengan menyediakan dana khas ini dapat membantu memajukan perusahaan tersebut.
Pada masa yang sama, pengusaha industri juga harus turut menyertai bengkel penyediaan
makanan sejuk beku . Hal ini penting kerana bengkel tersebut dapat memberikan ilmu
pengetahuan . Perkara ini bertepatan dengan peribahasa ilmu itu pelita hati . Sebagai contohnya,
FAMA mengadakan bengkel penyediaan makanan sejuk beku kepada bakal usahawan muda.
Kesannya, car aini dapat meningkatkan pendapatan para pengusaha. Terbuktilah bahawa
pengusaha industri juga harus turut menyertai bengkel penyediaan makanan sejuk beku bagi
memajukan perusahaan makanan diproses.
Kerajaan juga harus menganjurkan ekspo bagi memajukan perusahaan makanan
diproses. Oleh itu, mereka dapat memperkenalkan produk usahawan tempatan kerana tak kenal
maka tak cinta. Sebagai contoh, kerajaan telah mengadakan Ekspo Halfest untuk
memperkenalkan produk makanan halal, termasuk diproses. Natijahnya, pengusaha dapat
melebarkan sayap perniagaan mereka dengan lebih meluas. Sudah terang lagi bersuluh, bagi
memajukan perusahaan makanan diproses kerajaan harus menganjurkan ekspo berkenaan.
Kesimpulannya usaha memajukan perusahaan makanan diproses memajukan perusahaan
makanan diproses . Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah menyokong produk makanan
diproses . Harapan saya agar pengusaha mempromosikan produk mereka lebih agresif supaya
dikenali. Janganlah kita lakukan usaha dengan tidak bersungguh-sungguh seperti peribahasa
hangat-hangat tahi ayam kerana akhirnya kita sendiri yang akan rugi.

KARANGAN : SEKOLAHKU SEJAHTERA

Mutakhir, kita dapat menyaksikan pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM) untuk meningkatkan kualiti murid-murid lepasan sekolah di Malaysia dari pelbagai aspek. Konsep
Sekolahku Sejahtera yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Doktor Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022
merupakan salah satu langkah yang sedang dilaksakan di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk mewujudkan suasana
sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat di samping kita dapat menerapkan nilai-nilai murni secara semula jadi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan membuahkan hasil yang manis sekiranya masyarakat kita
bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan tidak mengambil peranan dalam
menjayakan usul-usul yang dilaksanakan oleh pihak. Oleh itu, apakah peranan pelbagai pihak dalam menjayakan
konsep Sekolahku Sejahtera?

Antara golongan masyarakat yang berperanan besar dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA
termasuklah murid-murid sekolah. Mereka merupakan tunjang dalam menjayakan program-program khas yang
diadakan di sekolah. Tanpa mereka, usaha-usaha kita ibarat mencurah garam ke laut kerana bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Murid-murid boleh mengambil peranan dengan menjiwai konsep Sekolahku Sejahtera yang
diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Perkara ini sedikit
sebanyak dapat melahirkan nilai-nilai murni dalam diri murid dan seterusnya kita dapat melahirkan insan bertaraf
dunia dengan keperibadian yang unggul dan berdaya saing. Sudah terang lagi bersuluh bahawa murid-murid di sekolah
berperanan besar dalam menjayakan konsep Sekolahku Sejahtera.

Guru-guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan konsep Sekolahku Sejahtera
diamalkan oleh seluruh warga sekolah dengan seribu satu cara. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru lah yang
menjadi ibu bapa kedua bagi semua murid ketika berada di kawasan sekolah. Tanggungjawab yang digalas di pundak
mereka amatlah besar kerana segala tindak-tanduk yang ditunjukkan oleh guru-guru akan menjadi contoh kepada
murid-murid di sekolah. Oleh itu guru-guru tidak boleh tersilap langkah kerana ada peribahasa yang berbunyi guru
kencing berdiri, murid kencing berlari. Antara usaha yang boleh guru-guru lakukan termasuklah mereka perlu
memerah otak untuk memastikan konsep Sekolahku SEJAHTERA mendapat sambutan yang hangat oleh murid-murid di
sekolah, misalnya guru-guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah yang
berkaitan dengan konsep ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Kesannya, murid akan lebih bersemangat
untuk mendalami atau menjiwai konsep Sekolahku Sejahtera. Jelaslah bahawa penerapan konsep ini dalam kalangan
warga sekolah akan menjadi lebih efektif sekiranya guru-guru menggalas tanggungjawabnya dengan intensif.

Kita juga tidak boleh terlepas pandang akan kepentingan peranan ibu bapa dalam menjayakan konsep
Sekolahku Sejahtera di rumah masing-masing. Perkara ini dikatakan demikian kerana ibu bapalah yang menjadi tulang
belakang anak-anaknya. Bukan itu sahaja, ibu bapa jugalah yang bertanggungjawab dalam mencorak anak-anak
mereka. Anak-anak perlulah dididik tentang nilai-nilai sivik ketika mereka berada di rumah bermula ketika anak-anak
masih kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Bervariasi cara yang boleh ibu bapa
lakukan, tamsilnya ibu bapa perlulah memberikan komitmen kepada pihak sekolah dengan menggalakkan anak-anak
mereka menyertai acara-acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga boleh menyumbang dana kepada
pihak sekolah untuk menjayakan lagi usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Implikasinya, usaha untuk
menerapkan konsep ini menjadi lebih mulus dengan adanya kerjasama dari pelbagai pihak kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tegaslah bahawa ibu bapa berperanan penting dalam menjayakan
konsep Sekolahku SEJAHTERA dalam diri murid-murid dari rumah.

Akhirulkalam, semua pihak perlu menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi memastikan adanya peningkatan statistik pendidikan di Malaysia yang
berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kita tidak mahu akibat perbuatan kita yang pentingkan diri bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, akan menjejaskan kehidupan generasi yang bakal memimpin
negara kita suatu hari nanti. Anak-anak inilah yang akan membawa perubahan kepada dunia kita suatu hari nanti. Jika
kita tidak mula menggalas tanggungjawab, bila lagi kita dapat melakukannya? Harapannya, semoga semua usaha yang
diajalankan dapat memperbaiki kesilapan yang kita lakukan di masa lalu.

KARANGAN “SEIKAT BAGAI SIRIH, SERUMPUN BAGAI SERAI”

Peribahasa “seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” merujuk kepada sikap bersatu-padu
dalam segala hal. Negara kita, Malaysia, sangat sesuai dikaitkan dengan peribahasa tersebut.
Walaupun masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama yang berbeza,
negara Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur.. Meskipun Islam merupakan agama
rasmi, rakyat Malaysia masih bebas mengamalkan agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu.
Hal ini dapat membuktikan rakyat Malaysia mempunyai sikap seperti tema kita iaitu “seikat bagai
sirih,serumpun bagai serai”. Persoalannya, apakah hasil bersikap “seikat bagai siri,serumpun bagai
serai” dan langkah yang perlu diambil bagi memastikan sikap ini tersemat di dalam diri setiap
individu?
Langkah-langkah yang perlu diikhtiarkan bagi memastikan rakyat Malaysia bersikap
bersatu-padu dalam segala hal termasuklah saling menghormati sesama sendiri tanpa mengira
asal usul seseorang. Sikap saling hormat-menghormati perlu diterapkan dalam kehidupan seharian
seperti baginda Rasullah SAW yang sentiasa memberi salam dan bersapa dengan orang yang
ditemui. Budi pekerti yang sopan dan hormat-menghormati ini akan menyebabkan kita mudah
disenangi oleh orang ramai termasuklah bagi mereka yang bukan Islam. Selain mencontohi sikap
baginda, Sekiranya sikap ini berjaya diterapkan, masyarakat lebih selesa dan saling mempercayai.
Izharnya, sebagai umat Islam, kita wajib mencontohi sikap baginda bagi menunjukkan rasa kasih
kepada baginda dan melaksanakan perkara yang dituntut oleh Allah SWT.
Seterusnya, dengan adanya sambutan hari perayaan setiap agama dan kaum boleh
dijadikan sebagai platform untuk mengenali dan menerima pendedahan tentang budaya dan adat
resam sesuatu perayaan. Kewujudan media sosial merupakan platform yang berguna untuk
berkongsi tentang adat resam dan budaya dengan mudah. Sebagai contoh, pada Hari Raya
Aidilfitri, terdapat banyak rakaman video masakan seperti memasak rendang,lemang dan ketupat
dimuat naik. Kesan kejayaan langkah ini, rakyat dapat bertolenrasi dan sekaligus
memperkukuhkan kefahaman terhadap perayaan yang disambut oleh setiap kaum dan agama.
Jelaslah hal ini amat penting kerana perayaan dapat memperkenalkan budaya dan adat resam
yang tersendiri bagi setiap perayaan.
Selain itu, rakyat Malaysia yang bersikap “seikat bagai sirih,serumpun bagai serai” pasti
menjadi punca jurang perbezaan yang terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan
lahirnya perpaduan ekonomi. Ketika penjajahan British berlaku, sektor ekonomi dibahagikan
mengikut kaum, seperti kaum Cina yang bekerja di kawasan perlombongan, kaum India di ladang
getah atau estet manakala kaum Melayu yang kebanyakannya hanya bertani di perkampungan
mereka sendiri. Hal ini dapat diubah lantaran rakyat Malaysia yang bersatu-padu menerima
pelancaran Dasar Ekonomi Baru oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 yang dapat membantu
menyelaraskan sosio-ekonomi negara. Ternyata bersatu-padu dapat membantu masyarakat
secara tidak langsung, walaupun tindakan yang nampak kecil tetapi bak kata pepatah “bulat air
kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat”.
Tuntasnya, sikap “seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” ini memainkan peranan yang
sangat besar dalam memastikan negara dan rakyatnya berada dalam keadaan yang aman dan
sejahtera senantiasa. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan tidak mementingkan diri, sikap ini
wajiblah di tanam dan menjadi asas dalam menjadi individu yang dapat memberikan manfaat
kepada masyarakat. Saya berharap penulisan saya ini dapat membuka mata masyarakat supaya
sikap ini tidak dipandang remeh dan perlu dititikberatkan.

KARANGAN : COVID-19 MENJEJASKAN SOSIOEKONOMI NEGARA. BINCANGKAN.

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona iaitu COVID-19
yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia. Keghairahan menerjah ambang
2020 menjadi suram apabila pada 19 Disember 2019, virus ini mula dikesan telah menyebabkan
kematian yang berlaku di wilayah Wuhan, China. Penularan virus ini yang begitu cepat ke serata
dunia telah mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada sesebuah negara amnya dan kepada
dunia khususnya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang turut tempias dek virus
ini yang mudah disebarkan tanpa kita sedari. Hakikatnya, kemunculan COVID-19 sudah pasti
menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara di samping menggugat kesejahteraan rakyat jelata.
Persoalannya, bagaimanakah COVID-19 dikatakan menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara?
Kemunculan virus COVID-19 telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara kerana
boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk sesebuah negara. Virus ini yang dikatakan berpunca
daripada pengambilan makanan hidupan liar seperti ular, kelawar dan biawak telah menyebabkan
seseorang itu mengalami simptom seperti batuk, selesema dan yang berterusan melebihi 14
hingga 21 hari dan boleh membawa maut. Di Malaysia, kesiapsiagaan pihak yang berwajib dalam
menangani isu ini berada pada tahap yang tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan
peningkatan kes yang mendadak. Implikasinya, sosioekonomi negara akan mengalami defisit
disebabkan tenaga kerja yang tidak sihat dan terpaksa menjalani rawatan untuk pemulihan. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa kemunculan virus COVID-19 ini telah menjejaskan sosioekonomi
sesebuah negara dan menggugat kesejahteraan rakyat sesebuah negara.
Dalam pada itu, penularan virus COVID-19 juga dikatakan menjejaskan sosioekonomi
negara disebabkan telah menggugat ketenteraman sesebuah negara dan mewujudkan suasana
panik kepada rakyat di seluruh dunia. Secara umum, pandemik bermaksud penyakit yang tersebar
dengan begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia. Penularan virus ini
menjejaskan sosioekonomi negara kerana telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan
masyarakat di sesebuah negara mahupun dunia yang diketahui umum boleh membawa kepada
kematian seseorang, justeru, pihak yang berwajib telah berusaha sedaya upaya dengan
melaksanakan seribu satu prakarsa dalam memastikan masalah ini dapat dibendung kerana
pepatah Melayu ada menyebut berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak dapat dinafikan
bahawa ketenteraman dan kestabilan sesebuah negara pastinya terjejas angkara virus COVID-19
ini.
Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, penularan COVID-19 juga mampu menjejaskan
ekonomi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila rakyat di sesebuah negara
dikenal pasti dijangkiti virus ini akan menyebabkan pihak kerajaan terpaksa memberikan bantuan
yang optimum dalam membendung permasalahan ini. Pastinya, aliran ekonomi sesebuah negara
akan tergugat dan merudum yang berpunca daripada kurangnya keyakinan para pelabur mahupun
pelancongan terhadap negara yang diancam virus ini. Malahan, syarikat penerbangan tambang
murah seperti Air Asia terpaksa menanggung kerugian atas pembatalan penerbangan percutian ke
negara-negara berisiko COVID-19.. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan COVID-19
telah memberikan implikasi yang negatif terhadap ekonomi sesebuah negara.
Konklusinya, kemunculan virus COVID-19 telah menyedarkan kita secara amnya dan
dunia khusunya betapa peri pentingnya penjagaan kebersihan dalam amalan hidup seharian yang
ditekankan dalam setiap agama. Pertentangan dalam amalan seharian yang melanggar segala
larangan agama seperti memakan hidupan liar yang ditegah agama wajar dijadikan sandaran agar
kita tidak menjadikannya satu kesilapan. Sesungguhnya, sebagai makhluk yang menumpang
sementara di atas muka bumi ini, kita sewajarnya mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan
oleh-Nya kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai