Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan negatif kebanjiran pendatang asing ke negara kita.

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan negatif kebanjiran


pendatang asing ke negara kita. Panjang karangan anda hendaklah
melebihi 180 patah perkataan.

Kita menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu
pembangunan ekonomi negara ini, khususnya dalam sektor hartanah.
Mereka telah menjadi sebahagian daripada institusi sosial di negara kita.
Walaupun begitu kemasukan mereka ke negara kita telah mncetuskan
pelbagai polemik dalam kalangan rakyat di negara ini. Pelbagai kesan
negatif telah dirasakan oleh sebahagian besar penduduk dewasa ini.

Kejadian jenayah yang meningkat di negara kita kebelakangan ini
dikatakan banyak berpunca daripada kebanjiran pendatang asing ke
negara kita. Hal ini demikian kerana sebahagian besar daripada mereka
datang ke negara ini dengan tujuan untuk mendapatkan kekayaan dengan
cepat. Justeru, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja pekerjaan
walaupun yang menyalahi undang-undang.Sebagai contoh mereka akan
melakukan rompakan, penculikan, dan sebagainya bagi mendapatkan
wang yang banyak.Sememangnya jenayah kerap berlaku di kawasan
yang didiami oleh mereka ini.

Selain itu, kehidupan para penduduk di sesuatu kawasan menjadi tidak
tenteram. Hal ini disebabkan sikap tidak menghormati budaya dan
agama masyarakat setempat. Dengan ini, mereka akan menyebabkan
berlakunya konflik dengan penduduk tempatan. Tamsilnya, pendatang-
pendatang asing terutamanya kaum lelaki akan menganggu anak-anak
gadis dan isteri-isteri orang yang lalu berhampiran dengan mereka.
Perbuatan mereka ini pastinya menimbulkan kemarahan penduduk yang
akhirnya mencetuskan pergaduhan dan sebagainya.

Di samping itu juga peluang pekerjaan penduduk tempatan akan
terjejas. Hal ini berlaku kerana kebanyakan majikan mahu mengupah
pekerja yang rendah gajinya. Justeru, para majikan akan mengurangkan
pengambilan pekerja tempatan tetapi dalam masa yang sama menambah
bilangan pekerja asing. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa kera di
hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.Sebagai contoh, mereka
akan memenuhi sektor pekerjaan dalam bidang perindustrian dan
perladangan. Gaji yang rendah kepada pekerja asing sememangnya
menjadi punca utama kepada permasalahan ini berlaku.

Konklusinya, kebanjiran pendatang asing ke negara kita telah
menimbulkan pelbagai masalah sosial yang kronik.Justeru,pihak yang
berwajib perlulah memastikan pendatang asing tersebut tidak akan
menimbukan masalah pada masa hadapan.Dengan ini nasib penduduk
tempatan lebih terjamin. Sememangnya tidak boleh dinafikan
kedatangan pendatang asing telah mendatangkan impak negatif kepada
kehidupan sosial masyarakat di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai