Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL/KERTAS CADANGAN

Tema: SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN

TAJUK:

PERKEMBANGAN PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT CINA DI

JOHOR PADA TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2020

PENGENALAN:

Kajian ini dijalankan di kawasan Johor dengan mengkaji perkembangan pantang larang

masyarakat cina dalam masyarakat cina. Etnik Cina di Malaysia mempunyai beberapa

suku dialek. Enam suku dialek yang terdiri daripada

Hokkian ,Hakka ,Kantonis ,Teochew ,Hainan, dan Fuzhou. Pelbagai suku dialek akan

mempunyai pantang larang yang berbeza atau sama. Pantang larang merupakan amalan

untuk melarang diri dalam sesuatu perbuatan. Pantang larang ialah perbuatan yang

terlarang dilakukan dalam menurut adat atau kepercayaan. Latar belakang dan sejarah

kewujudan amalan pantang larang adalah bahasa pantang larang merupakan salah satu

warisan budaya masyarakat Cina tradisional yang amat tinggi nilainya. Sebagai contoh,

jika pantang larang tersebut dilanggar, seseorang individu akan mengkhuatiri akan

ditimpa perkara yang buruk. Sebahagian pantang larang dalam masyarakat cina dapat

dijaga oleh dengan baik sehingga kini. Terdapat pelbagai pantang larang yang perlu

dipatuhi oleh masyarakat cina dalam pelbagai adat.


Objektif :

Kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji:

i. Objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji fungsi

atau peranan pantang larang dari pelbagai aspek.

ii. Seterusnya,kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pantang

larang dalam masyarakat cina di Johor dari pelbagai aspek.

iii. Selain itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengetahui kepentingan

pantang larang terhadap masyarakat cina.

Permasalahan Kajian:

Sebagai generasi muda ini, pengkaji ingin mengkaji fungsi atau peranan

pantang larang dalam masyarakat cina dari pelbagai aspek dari tahun 2010 hingga tahun

2020? Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui aspek-aspek pantang larang dalam

masyarakat cina di Johor? Akhirnya, pengkaji akan mengenal pastikan apakah

perubahan pantang larang yang dihadapi oleh masyarakat cina dalam menjaga pantang

larang?

Skop Kajian:

Kajian ini memfokuskan 3 aspek, iaitu fungsi atau peranan, aspek-aspek pantang larang

dalam masyarakat cina di Johor? Akhirnya, pengkaji akan mengenal pastikan apakah

perubahan pantang larang yang dihadapi oleh masyarakat cina dalam menjaga pantang

larang?
Aspek lain pula adalah dari segi ruang kawasan. Kajian ini hanya akan

difokuskan di negeri Johor, sebuah negeri yang kelima besar di Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan Johor Bahru ialah ibu negeri

kepadanya.

Akhirnya, dari segi tempoh kajian, pengkaji telah menetapkan kajian ini akan

dikaji dari tahun 2010 sehingga tahun 2020. Hal ini kerana tempoh kajian ini

mempunyai significan yang jelas. Terdapat pelbagai perubahan yang berlaku.

Sorotan Kajian Lepas:

Secara amalnya, terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan

pantang larang masyarakat cina. Antaranya penulisan Dr Zahir Zainudin melalui laman

web (http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/12/adat-dan-pantang-larang-masyarakat-

cina.html) pada 22 Disember 2015 yang bertajuk “Adat dan Pantang Larang

Masyarakat Cina di Malaysia”. Beliau telah menjelaskan bahawa cara hidup

masyarakat cina dengan pelbagai adat dan pantang larang. Selain itu, beliau juga telah

memerhatikan perubahan masyarakat cina dalam pelaksanaan adat dan pantang larang.

Dalam buku yang bertajuk “Adat & Pantang Larang Orang Cina” (2012) karya

Nur Hafizah, di bawah penerbitan Noris Edu Enterprise. Penulis telah mengkaji segala

adat dan juga pantang larang setiap adat dalam masyarakat Cina. Adat yang dikaji

adalah adat kelahiran, adat perkahwinan, menentukan keturunan dan adat kematian.

Buku ini telah dijadikan sorotan kajian lepas kerana ia telah merekodkan adat dan

pantang larang masyarakat cina dari zaman dahulu.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli dalam buku yang berjudul

“Masyarakat Cina” (1997) di bawah penerbitan Associated Educational Distributors (M)


Sdn. Bhd.. Penulisan ini menyatakan tentang asal-usul dan adat resam masyarakat Cina.

Antaranya adalah perubahan sosial, perubatan, kuih, tarian, pakaian, perayaan dan adat

kematian. Kita telah mendapat ilmu tentang pantang larang masyarakat cina yang amat

penting untuk generasi muda hari ini.

Kaedah Kajian:

Pertama sekali, kajian ini akan dilakukan dengan kaedah penyelidikan

perpustakaan, iaitu pengkaji akan mencari bahan bacaan untuk membuat penyelidikan

di dalam buku-buku, akhbar, dan gambar yang berkaitan.

Kaedah seterusnya ialah mempunyai kajian lapangan. Dalam kaedah ini,

pengkaji akan menjalankan aktiviti temu bual dengan orang sumber yang dicari. Di

samping itu, pengkaji juga akan mengaplikasikan kaedah melayari Internet untuk

mencari bahan yang dapat sokong penyataan pengkaji.

Pembahagian Struktur Esei:

Penulisan esei ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi, dan kesimpulan.

Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan pantang larang dalam

masyarakat cina secara umum.

Dalam bahagian isi pula, pengkaji akan fokus mengkaji fungsi atau peranan pantang

larang dalam masyarakat cina. Selain itu, pengkaji akan menganalisis impak bagi

pantang larang kepada masyarakat cina di Johor. Seterusnya, pengkaji akan

mengenalpasti perubahan terhadap pantang larang dalam masyarakat cina.


Daripada bahagian penutup, pengkaji akan menyatakan kesan dan cabaran daripada

kejadian-kejadian lampau dan harapan serta pencapaian dalam bidang sosiobudaya di

negeri Johor. Di dalam bahagian ini, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan.

Penutup :

Pada keseluruhannya, kajian yang dijadikan terhadap pantang larang dalam masyarakat

cina telah merujukkan fungsi ataupun peranan, impak dan perubahan pantang larang

dalam masyarakat cina pada tahun 2010 hingga tahun 2020. Maklumat tentang pantang

larang dalam masyarakat cina dapat dihargai dan disampaikan kepada golongan yang

ingin mengetahui. Selain itu, maklumat tentang adat masyarakat cina juga dapat

diketahui oleh kaum lain untuk mengetahui seni dan kebudayaan Cina. Generasi kini

akan meneruskan pandang larang dengan bersyukur.

Bibliografi:

Sumber Primer

1. Eva, interview by Sim Qiao Wei. 2022. ketua Blissful Kin (3 Julai ).

2. Hwa, Tan Feng, interview by Sim Qiao Wei. 2022. seorang Dai Kam Jie iaitu

“Wedding Chaperone” (11 Julai ).

3. Lee, Ng Lee, interview by Sim Qiao Wei. 2022. seorang suri rumah yang

mempunyai pengalaman dalam upacara kematian masyarakat Cina (1 August).


Sumber Sekunder

Buku

1. Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. Selangor:. Masyarakat Cina. Associated

Educational Distributors(M)Sdn. Bhd. 1997.

2. Mazlan, Siti Nur Ain. 2017. Petua ,Adat & Pantang Larang Dalam

Perkahwinan. Terengganu: Pena Intelek Enterprise.

3. Mazlan, Siti Nur An. 2017. Petua Adat & Pantang Larang Dalam Kematian.

Terengganu: Pena Intelek Enterprise.

4. .Zakaria, Nur Hafizah. 2012. Adat Dan Pantang Larang Orang Cina. Selangor:

Noris Edu Enterprise.

Laman Web

1. MARYN LILES. n.d. 25 New Year's Superstitions to Try. Accessed Dec 31,

2021 (https://parade.com/1133128/marynliles/new-year-superstitions/.).

2. Lin, Tan Su. 2002. Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina. July 25.

Accessed Januari 31, 2014. (https://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-

resam-dan-pantang-larang-tahun-baru-cina-29179.)

3. Sidek, Namri. n.d. 5 Pantang Larang (Taboo) Masyarakat Cina Yang Jarang

Kita Ketahui. Accessed Mar 03, 2019. .( https://iluminasi.com/bm/5-taboo-

masyarakat-cina-yang-jarang-kita-ketahui.html.)

4. Celine W.. n.d. Pantang larang mengandung dan kahwin sangat berbeza!

Jangan buat 7 perkara ini! Sama-sama kita ketahui~ . Accessed July 18, 2017.

(https://rojaklah.com/2017/07/18/pregnantweddingjs180717/.)
5. Zakaria, Nurul Kasmadillawati. n.d. 7 Pantang Larang Kaum Cina Yang Unik.

Accessed January 17, 2019.( https://ilabur.com/pantang-larang-kaum-cina/.)

Anda mungkin juga menyukai