Anda di halaman 1dari 11

Sejarah masyarakat cocos Di Sabah, masyarakat Melayu Cocos (Kokos) yang menjadi etnik minoriti menetap di beberapa kawasan

seperti Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan. Asalnya, etnik ini menetap di Kepulauan Cocos atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Keeling yang kini merupakan sebahagian daripada jajahan Australia. Kaum Cocos telah mendapat status bumiputera oleh kerajaan persekutuan dan mereka turut menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Mengikut sejarah, etnik ini sebenarnya berasal dari Kepulauan Cocos (kepulauan Cocos sebenar yang ditemui oleh pelayar Belanda) yang terdapat di Kepulauan Krismas, terletak antara Australia dan Sri Lanka. Pulau ini mula diduduki pada abad ke -19, ketika British membawa puluhan warga Indonesia (Jawa, Bugis, Madura, Ambon dan Bantan) untuk dijadikan pekerja ladang. Kedatangan mereka ke pulau ini telah menyebabkan berkembangnya penempatan di sini. Cocos berasal dari perkataan 'Coconut Island' yang membawa maksud Pulau Kelapa. Pulau tersebut dinamakan Cocos kerana kawasannya dipenuhi pokok-pokok kelapa. Apabila bilangan penduduk di pulau tersebut mulai meningkat, kerajaan British yang ketika itu berpusat di Singapura telah mengadakan program migrasi yang melibatkan perpindahan kira-kira 800 penduduk. Mereka yang terlibat telah dipindahkan ke beberapa kawasan di negeri Sabah seperti yang ada pada masa kini. John Clunies Ross yang berasal dari Scotland (1786-1854) merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap pembukaan Kepulauan Cocos dan beliaulah yang membawa orang-orang Indonesia bekerja di sini. Beliau yang dikenali sebagai Raja Cocos mempunyai tujuh anak yang mana enam daripadanya telah berkahwin dengan warga Eropah kecuali yang sulung, John George Clunies Ross (1823-1871). John George Clunies Ross berkahwin dengan wanita Bali dan telah membawa lebih ramai pekerja dari Kepulauan Jawa ke Cocos. Beliau juga yang bertanggung jawab membuat pemohonan perlindungan daripada kerajaan British, namun permintaannya tidak mendapat sebarang jawapan daripada ratu England. Warga Cocos memanggil John Clunies Ross sebagai Tuan Pandai. Diikuti George Clunies-Ross (1841-1910), anak kepada John George yang berkahwin dengan wanita tempatan digelar sebagai Tuan Tinggi. Beliau membuat banyak penemuan baru mengenai pertanian dan membantu warga tempatan. Pada waktu ini, kabel komunikasi antara pulau Cocos, Australia dan England sudah pun dihubungkan. John Sidney Clunies-Ross (1868-1944) merupakan waris Raja Cocos yang seterusnya. Sidney tidak berkahwin tetapi mempunyai tiga anak hasil hubungannya dengan wanita tempatan. Semasa pemerintahan beliau, negara British telah berperang dengan Jerman menyebabkan kedudukan dan keselamatan pulau ini goyah. Pada masa yang sama, tentera Jepun berjaya memusnahkan kabel komunikasi di pulau Cocos. Untuk menyelamatkan diri dan keluarga, mereka terus berundur ke England. Dalam tahun 1946, John Cecil Clunies-Ross (1928-) yang sudah berusia 17 tahun kembali ke pulau ini untuk menyambung pemerintahan nenek moyangnya. Pada waktu ini, kerajaan Britain bersetuju untuk memindahkan pusat pemerintahan pulau Cocos dari Singapura ke Australia. Apabila kerajaan Britain mulai menyerahkan kemerdekaan kepada negara-negara jajahannya (termasuklah Malaya dan Australia), secara automatiknya, pulau Cocos berada di bawah jajahan Australia sehinggalah ke hari ini. Waris keturunan ini yang masih ada pada hari ialah John George Clunies-Ross (1957-) yang kini berada di Pulau Krismas. Kesimpulannya, bangsa Cocos sebenarnya berasal dari Indonesia yang dibawa oleh Britain dan Scotland untuk melakukan aktiviti perladangan dan sebagainya. Warga

Cocos di Sabah juga asalnya penduduk Indonesia yang telah dipindahkan dari Kepulauan Cocos ke Kepulauan Borneo. Kini, masyarakat cocos tinggal di Kampung Kokos yang terletak di Daerah Lahad Datu. Keluasan kampung ini dianggarkan kira-kira 500 hektar. Majoriti penduduk yang menetap di kampung ini mempunyai sumber pendapatan yang hampir sama. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, bekerja dengan syarikat swasta, malah terdapat juga penduduk di sini yang berniaga secara kecilkecilan dan juga sebagai petani.

Pantang Larang & Kepercayaan


Majoriti daripada orang Cocos ialah Muslim. Sembahyang lima kali sehari. Setiap bulan dalam kalendar mempunyai fokusyang istimewa dan amalan tersendiri. Hari Pertama dalam bulan pertama sempena Hijrah Nabi Muhammad. Hari ke-12 bulan ketiga (kelahiran Nabi Muhammad). Hari ke-27 bulan ketujuh (keberangkatan Nabi Muhammad ke langit dari Jerusalem). Bulan kelapan (bulan arwah)- masa mengingat saudara-mara yang telah meninggal dunia. o Dilakukan dengan mengadakan perhimpunan setiap tiga atau empat hari di rumahrumah tertentu yang mewakili setiap keluarga di kampung. Bulan kesembilan ialah bulan puasa (Ramadhan). Hari pertama bulan kesepuluh ialah Hari Raya Puasa. Hari kesepuluh bulan ke-12 ialah Hari Raya Haji.

Sembahyang hendaklah dilakukan secara berjemaah di masjid atau di rumah. Oleh itu, seseorang perlu menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah kerana rumah juga sebagai tempat beribadah. Amat mengambil berat soal makanan dan minuman. Tidak makan babi dan hasil keluarannya. Menyembelih haiwan sebelum memakannya.

Hanya menggunakan tangan kanan untuk makan, memberi dan menerima. Tangan kiri untuk tujuan penyucian dan pembersihan. Anjing dihukum sebagai najis. Sesiapa yang dijilat oleh anjing mesti menyucikan diri tujuh kali dengan tanah dan air. Ketibaan di rumah seseorang dimaklumkan dengan ucapan Assalamualaikum dan dijawab oleh penghuni rumah dengan Waalaikum Salam. Berjalan di hadapan orang adalah tidak sopan jika anda boleh berjalan di belakangnya. Jika lalu di hadapan orang hendaklah membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

Jangan munuding ke arah orang sebaliknya isyaratkan dengan menggunakan kepala. Jika berada di kalangan orang dewasa harus diam sehingga mereka menegur.

Adat Kelahiran Kalimah pertama yang dibisikkan ke telinga bayi yang baru lahir ialah Allahu Akhbar (Allah Maha Besar). Dipercayai bayi yang baru lahir amat terdedah kepada pengaruh jahat.

Lampu minyak kelapa dinyalakan selama seminggu dari kelahiran bayi dan uri disimpan di bawah katilnya selama tiga hari. Uri diletakkan di dalam kulit kepah dicampurkan dengan garam, abu dan sebatang paku dan kemudian ditutup. Tanggungjawab si bapa menghanyutkan penjaga ini daripada jukung ( perahu layar) ke dalam bahagian lagun yang arusnya deras. Bapa melepaskannya perlahan-lahan dengan lembut ke dalam air dengan menggunakan tangan kanan (mengelakkan anaknya menjadi kidal yang agak ganjil dari segi agama).

Penyapu lidi diletakkan di sebelah bayi, si ibu akan meletakkan sikat, cermin dan gunting untuk menentang kemungkinan gangguan jahat. Upacara kesyukuran diadakan tujuh hari selepas kelahiran sebagai tanda kejayaan bayi melalui masa bahaya. Bergantung pada masa tanggalnya tali pusat bayi. Mengikut kepercayaan setempat, semakin lama masa tanggalnya pusat bayi, semakin nakallah bayi tersebut nanti. Hari ketujuh juga merupakan hari menamakan bayi.

Sebelum berakhirnya 40hari, bayi dan ibunya dilarang keluar daripada rumah. Setelah 40 hari, satu upacara diadakan (rambut bayi digunting atau dicukur, air mawar disapukan pada kening bayi dan jika bayi perempuan telinganya ditindik. Selama dua atau tiga bulan berikutnya si ibu akan sentiasa membawa sebatang lidi daripada penyapu lidi bayi tadi apabila keluar membawa anaknya keluar pada waktu malam. Buaian dibuat oleh bapa bayi daripada kayu digantung dari siling di bahagian rumah yang berangin. Di dalam buai, terdapat bantal pertama bayi dan penyapu lidi yang kecil yang diletakkan bersama bayi. Jika bayi cacat, dikaitkan dengan tingkah laku ibu bapa yang tidak sesuai semasa kandungan. Anak kembar dipisahkan antara satu sama lain dan dijadikan anak angkat orang lain.

Kanak-kanak yang selalu sakit berkemungkinan ditukarkan namanya sebagai usaha untuk menolak pengaruh jahat.

Adat Berkhatan Kanak-kanak lelaki yang berumur lima hingga enam tahun akan dikhatankan dan disambut dengan meriah. Kanak-kanak dipakaikan pakaian indah dan diarak keliling kampung seperti pengantin. Kenduri berkhatan kemudian diadakan diikuti dengan wayang kulit, drama tradisional atau persembahan tarian yang istimewa. Tarian istimewa dipersembahkan oleh orang lelaki yang berlutut dalam satu barisan . Tarian ini dinamakan Tarian Rodat. Upacara berkhatan ini dijalankan oleh seseorang yang dikenali sebagai bengkong dengan menggunakan pisau buluh pada kira-kira pukul 6 pagi. Semua kanak-kanak Melayu Cocos menuntut ilmu agama selepas berkhatan.

Adat Kematian Apabila berlaku sesuatu kematian, semua kerja diberhentikan dan orang akan mengambil langkah untuk mengatur upacara pengebumian. Mayat dimandikan, dikafankan dan diletakkan di dalam rumah beberapa untuk penghormatan terakhir. Doa dibacakan dan bunga-bunga ditaburkan di atas mayat. Mayat kemudian dikafankan dengan sembilan helai kain putih dan diletakkan di atas keranda yang diperbuat daripada buluh dengan kerangka yang melengkung daripada pelepah kelapa yang membentuk penutup papan keranda tersebut. Keseluruhan papan keranda ditutupi dengan kain sarung yang pelbagai warna. Orang ramai mengiringi keluarga si mati ke tanah perkuburan. Empat orang mengangkat keranda dan seorang memegang payung putih kecil yang diperbuat daripada batang buluh menaungi keranda. Mayat diturunkan perlahan-lahan ke dalam lubang kubur yang dalam mengarah utara-selatan. Mayat dibaringkan mengiring dan menghadap kiblat, ia disendal dengan kepalan pasir dan pintu lahad ditutup dengan papan. Liang kubur diisi dengan tanah dan papan atau konkrit berbentuk empat segi tepat diletakkan di atas.

Di bahagian kepala dan kaki diletakkan batu nisan. Bentuk nisan menjadi tanda yang mati itu lelaki atau perempuan. Nama si mati diukir dengan tulisan jawi pada batu nisan. Payung, keranda dan beberapa barang peribadi ditinggalkan di sisi kubur. Sedikit kain putih akan dikoyak-koyakkan menjadi cebisan untuk diikatkan pada pergelangan tangan kanan mereka yang berkabung. Mereka percaya kain tersebut akan beransur reput dan gugur, begitulah juga dengan kesedihan si pemakai. Upacara mengingati si mati berterusan selama tujuh hari di rumahnya selepas kematian. Seterusnya keluarga akan membuat kenduri selepas hari ke-40 dan ke-100. Upacara tahunan dijalankan setiap tahun selama dua tahun dan kenduri yang terakhir diadakan selepas 1000 hari.

Mencari Jodoh Tidak digalakkan sehingga umur mereka dianggap sudah cukup dewasa. Pada zaman dahulu, ketua kampung akan menghukum secara fizikal merekayang dianggap terlalu muda membuat hubungan dengan kaum yang berlainan jantina. Pemuda menunjukkan minat terhadap seorang gadis dengan memberikan hadiah seperti ikan, kelapa, buah-buahan dan jenis makanan yang lain. Pasangan kemudiannya dibenarkan bertemu di salah sebuah rumah ahli keluarga mereka. Mereka hendaklah ditemani dan pulang pada masa yang wajar. Setelah hubungan direstui, pasangan dibenarkan untuk keluar berdua ke tempat umum dan dikatakan sudah bertunang. Kawalan ketat bagi memastikan mereka tidak berkahwin dengan saudara-mara mereka sendiri.

Majlis dan Perayaan

Majlis Menghatam Al-Quran Diadakan ketika berumur 14 atau 15 tahun. Remaja lelaki atau perempuan akan membaca dengan kuat beberapa surah al-quran. Jika mereka dapat membaca dengan lancer tanpa sebarang kesilapan di hadapan guru, mereka akan diterima sebagai orang dewasa di dalam masjid.

Upacara Mengasah Gigi Pada umur remaja, upacara kecil diadakan bagi mengumpulkan beberapa orang anak muda untuk menjalani upacara mengasah gigi hadapan bahagian atas. Mencontohi Nabi Muhammad iaitu apabila baginda mengasah giginya selepas terkena batu yang dibaling ke dalam perigi di mana baginda sedang bersembunyi.

Perkahwinan Mengangkat taraf seseorang di dalam masyarakat dan status meningkat dengan lahirnya anak-anak. Tidak dibenarkan dalam bulan kedua calendar Islam (Safar), bulan ke sembilan (Ramadhan) atau pada awal bulan haji. Masa digalakkan pada pada bulan pertama (Muharram), bulan ketujuh (Rejab), dan bulan kesepuluh (Syawal). Majlis perkahwinan memakan masa selama tiga minggu. Sebelum Minggu pertama dan kedua adalah Majlis Perkahwinan Adat Melamar di rumah pengantin perempuan. Bapa pengantin lelaki akan melamar si gadis secara rasmi dengan menggunakan pantun. Kemudian, menyerahkan hantaran berupa barang kegunaan peribadi. Hantaran diteliti oleh imam dan dikira dihadapan semua yang hadir. Hantaran kebanyakannya adalah sarung, kain, barang kemas, minyak wangi dan wang. Barang melucukan seperti permainan kanak-kanak mungkin disembunyikan dalam bungkusan hantaran untuk mencuit hati mereka yang berkumpul dalam majlis tidak formal ini.

Seminggu sebelum majlis perkahwinan, orang lelaki berkumpul di rumah kedua-dua keluarga yang terlibat dan mendirikan tarup atau khemah. Pada minggu berikutnya, pengantin lelaki dan pengantin perempuan tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing dan muka, lengan serta kaki mereka kerap dilumur dengan bahan kuning yang dinamakan lulur untuk melembutkan dan mencerahkan kulit mereka dalam masa yang singkat. Pada malam Khamis pelamin dibina dan dihias di setiap rumah. Pasangan pengantin bertemu sekejap pada pagi Jumaat selepas imam menyiram mereka dan menziarahi kubur bersama-sama untuk member penghormatan kepada nenek moyang mereka. Semasa

Ikatan perkahwinan terjalin dari segi agama pada hari Jumaat setelah akad nikah diadakan di masjid. Manakala dari segi undang-undang pasangan berkenaan berkahwin pada pagi Sabtu apabila mereka sama-sama pergi ke Dewan Masyarakat dan menandatangani buku daftar. Majlis bersanding berlangsung pada tengahari tersebut. Pengantin diarak ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi bacaan selawat. Di tali pinggangnya disisipkan keris, simbol status orang Melayu lama yang dikatakan mempunyai kuasa mistik yang besar dalam majlis seperti ini. Setelah tiba rombongan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, salah seorang pengiringnya mendapatkan izin masuk. Di dalam rumah, pasangan itu dihubungkan dalam satu siri isyarat simbolik dan penuh emosi oleh ibu pengantin perempuan. Tidak lama kemudian, pasangan itu muncul dan berjalan bersama-sama dalam perarakan. Apabila mereka sampai dirumah, mereka diberikan penghormatan dengan persembahan silat pengantin dan seni mempertahankan diri secara simbolik. Dalam persembahan silat pengantin para pesilat akan berkelakuan seperti bersawai dan mereka menggunakan kuasa psikik yang mereka peroleh dengan menyentuh pasangan pengantin. Pasangan pengantin kemudian duduk bersanding di atas pelamin yang disediakan untuk mereka seperti raja dan permaisuri pada hari itu. Doa selamat dibacakan untuk pasangan pengantin dan hidangan pengantin kemudian diedarkan kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis tersebut. Selepas Majlis perkahwinan ini diikuti dengan persembahan tarian selama beberapa malam. Paling penting ialah tarian melenggok atau tarian selendang yang ditarikan oleh kaum lelaki. Diikuti dengan upacara yang lebih kecil dan penuh emosi setelah pasangan pengantin diterima masuk ke dalam keluarga-keluarga baru mereka. Sebarang perseteruan atau dendam antara keduadua keluarga didedahkan secara terbuka dan diselesaikan. Pasangan pengantin akan tinggal di salah satu keluarga mengikut kesesuaian pasangan tersebut. Setelah anak pertama dilahirkan, pasangan Melayu Cocos akan mendapat penghormatan dengan rujukan seperti Mak atau Pak diikuti dengan nama bayi yang dilahirkan. Adalah tidak hormat lagi jika mereka dipanggil dengan nama mereka seperti masa kanak-kanak dahulu.

Berpuasa Dilakukan pada bulan ke sembilan mengikut calendar Islam.

Sering kali imam dan ahli jawatankuasanya akan mula berpuasa sehari sebelum jemaah mereka supaya mereka sempat mengatur perayaan sambutan oleh seluruh masyarakat. Para penganut Islam percaya bahawa berpuasa membantu mereka mengawal nafsu dan kepentingan diri. Juga mewujudkan kesedaran akan kesusahan orang yang miskin dan perangsang untuk membuat kebajikan. Setiap malam akan diadakan majlis mangaji al- Quran di masjid sebelum sembahyang terawih. Sembahyang ini akan diulang sebanyak 23 kali. Pada malam ke-16 satu perayaan diadakan yang sebagai malam ketupat. Merupakan malam bulan penuh. Dua jenis ketupat dimasak untuk malam ini dan ketika dihidangkan akan dibelah dua untuk menandakan titik pertengahan dalam bulan berkenaan. Pada malam ke-21, malam pasung dirayakan. Makanan yang disediakan ialah kuih pasung yang hanya disediakan pada hari ini sahaja dalam setahun. Kuih pasung merupakan satu campuran manis dan berlekit yang dihidangkan dalam pembalut daun pisang berbentuk kon. Bentuk ini menandakan bulan yang semakin turun. Selepas malam ini, pelita akan dinyalakan di luar setiap rumah dan orang ramai akan ke rumah imam untuk membayar zakat fitrah. Pada hari ke-29 kumpulan imam akan menyempurnakan puasa mereka dan sibuk menyembelih ayam yang akan dimasak untuk perayaan pada hari esoknya. Hari terakhir berpuasa tiba dan upacara sedekah diadakan di setiap rumah tiga orang imam iaitu mengagihkan-agihkan beras yang disedekahkan kemudian imam dan pembantu akan pergi ke setiap rumah dan mengadakan satu upacara khas yang dikebali sebagai kondangan. Dalam upacara ini ketua setiap keluarga menyambut rombongan yang dating dan menyebut nama semua ahli keluarga yang ingin dimasukkan ke dalam doa selamat yang akan diadakan. Banyak makanan dimasak, dihidangkan dan dibacakan doa lalu disedekahkan kepada setiap rumah dan diadakan sepanjang waktu tengahari. Apabila malam tiba, kegembiraan jelas kelihatan apabila sambutan Hari Raya bermula. Malam pertama bulan pertama dikenali sebagai malam takbir. Juzuk terakhir al-Quran dibaca, ceramah diberikan, tahun itu dihisab, doa kesyukuran diadakan, sedekah diberikan kepada masjid dan puasa secara rasmi diumumkan tamat. Kemudian suasana diikuti dengan paluan beduk dan takbir yang diteruskan hingga subuh. Orang ramai berpakaian cantik, berjalan di sekeliling kampung menziarahi rumah rakan-rakan sepanjang malam. Hari Raya Puasa Sembahyang Subuh didirikan dan diikuti dengan suasana sedih apabila setiap ahli jemaah saling bermaafan.

Selepas Subuh, seluruh komuniti ke tanah perkuburan; mereka membersihkan kubur dan membaca doa untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Di kampung, makanan tengahari yang lumayan disediakan untuk tetamu. Mereka akan bertukartukar hadiah dan kanak-kanak berasa sangat gembira. Semua keluarga Cocos akan bercuti selama seminggu dan merayakan Hari Raya dengan pertandingan berlayar dan sukan. Hadiah yang disediakan sangat lumayan dan satu malam tarimenari yang meriah diadakan. Upacara Keluarga Upacara keluarga yang diadakan sepanjang tahun seperti upacara menamakan bayi, masuk rumah, menyambut, berpisah, melancarkan bot, kenduri arwah, berkhatan dan sambutan kekeluargaan yang lain untuk mendapatkan rahmat Tuhan. Apabila majlis doa selamat diadakan, semua perabot akan dikeluarkan dari ruang tamu rumah dan sehelai hamparan dihamparkan untuk menutup lantai. Imam dalam keluarga dan ahli jawatankuasa masjid akan sampai dengan berpakaian sembahyang dan duduk bersila disekeliling ruang tamu. Imam akan membaca doa sambil membakar kemenyan dan makanan akan dihidangkan di tengah ruang tamu kemudian diedarkan kepada semua yang hadir.

Bahasa dan Kebudayaan


Dialek Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu Cocos atau Basa Pulu Kokos merupakan bahasa lisan yang tidak canggih. Tidak ramai yang bersekolah pada zaman estet dulu, jadi hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang berpeluang membaca dan menulis bahasa ibunda mereka. Bahasa
ini merupakan campuran Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu dengan sebutan tempatan dan bahasa Inggeris bercampur-aduk. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa pentadbiran dan de facto.

Tiada rekod bagaimana bahasa itu mengalami perubahan sejak zaman awal penempatan. Pola intonasi bahasa Melayu Cocos agak berbeza daripada bahasa Indonesia. Huruf r tidak digetarkan dengan kuat dan banyak perkataan merupakan penyesuaian tempatan dengan perkataan Melayu dan Inggeris. Kadang-kadang sebutan berbeza sedikit antara penutur dan jarang dibetulkan. Dalam perbualan biasa, perkataan sering disebut secara ringkas dan ayat-ayat tergantung. Perkataan dan frasa yang penting dibalas semula kepada penutur oleh pendengar. Kebudayaan Kedatangan Masyarakat Melayu Cocos ke Sabah turut membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Melayu dalam tarian Dansa. Dansa amat popular di kalangan Masyarakat Cocos. Dansa berasal daripada perkataan dance (menari) dalam bahasa Inggeris. Sejarah timbulnya tarian dansa ini bermula sebaik sahaja orang-orang dari Kepualaun Jawa dan juga orang-orang serantau Asia yang telah dibawa ke Kepulauan Cocos telah diperkenalkan tarian-tarian orang Inggeris dan Scottish dan telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.

Suku kaum Kokos turut terkenal dengan keunikan kebudayaan tarian yang dipersembahkan semasa majlis keramaian seperti Tarian Selong, Melenggok dan Dansa. Berdasarkan faktor sejarah, kedatangan kaum Kokos ke Negeri Sabah telah membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Jawa di dalam tarian-tarian tersebut. Gandingan keunikan tarian-tarian tersebut masih kekal di kalangan suku kaum Kokos sehingga ke hari ini. Sejarah timbulnya tarian-tarian tersebut bermula ketika penduduk dari Kepulauan Jawa dan serantau Asia telah dibawa ke Kepulauan Kokos dan mereka diperkenalkan dengan tarian Inggeris dan Scottish. Seterusnya tarian tersebut telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. Tarian Dansa yang merupakan tarian popular di kalangan masyarakat Melayu Kokos turut dikenali dengan nama Nona Madsaya. Tarian ini dipersembahkan ketika majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan, di samping dapat merapatkan hubungan di antara masyarakat. Pakaian Orang Melayu Cocos mempunyai kod pakaian mereka sendiri. Baju kurung untuk wanita dan Baju Melayu untuk lelaki. 'Baju Kurung' terdiri daripada tunik longgar (dalam yang merujuk pada kerah baju panjang dengan kerah pendek yang ditempelkan bersama-sama dengan bros) dan dikenakan di atas skirt atau sarung. 'Baju Melayu' adalah baju longgar (baik dengan kerah dengan tiga atau lebih kancing atau kerah dengan garis leher). Kegiatan ekonomi Sebahagian besar mereka terlibat dengan pekerjaan kolar biru, dari mekanik hinggalah ke penyelam mutiara.

Frasa/ Daftar kata: Selamat pagi Selamat tengah hari Selamat sore - Selamat petang Selamat malam Apa Kabar? - Apa khabar? Baik Jumpa lagi Korsi- Kerusi Dostor- Doktor Ais boks - Peti sejuk Bok - Kotak

Epel- Epal Jukong- Jong Gua/Loh- Saya/awak (tini adalah slanga Indonesia berasal dari loghat Cina Hokkien, tetapi dianggapkan biasa dalam bahasa Melayu Cocos) Cimni- Cerobong Kot Hiju- Hijau Kalo- kalau Emak/Mak Pak/Ayah Paman/Man- Pak cik (digunakan untuk mengalamatkan tanpa anak) Nek/Nenek - Nenek (digunakan untuk mengalamatkan datuk atau nenek) Wak- istilah hormat untuk mengalamatkan wanita dengan kanak-kanak belasan tahun Allah Mak Gua!- Alamak!

Anda mungkin juga menyukai