Anda di halaman 1dari 20

KERJA KURSUS GEOGRAFI

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI LUNDANG, KOTA BHARU, KELANTAN.

NAMA PENULIS: HARITH MUSTAQIM BIN MUHAMMAD ZIN TINGKATAN: 1 YAKIN NAMA SEKOLAH: MAKTAB SULTAN ISMAIL NO KAD PENGENALAN:970421-11-5269 TAJUK KAJIAN: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA NAMA GURU: PUAN SAMANIAH BINTI MOHD ALI

KANDUNGAN
Bil Perkara 1 Penghargaan 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan kajian Kaedah Kajian Dapatan kajian Bahan Grafik Rumusan Lampiran Rujukan Halaman 1 2 3 4-5 6 7-12 13-14 15 16-17 18

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan iziNya dapat saya, Harith Mustaqim Bin Muhammad Zin selaku pelajar yang telah diamanahkan untuk menyiapkan kerja kursus geografi yang bertajuk bentuk muka bumi dan potensinya, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya atas dorongan dan sokongan mereka selama ini untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada kakak dan abang saya kerana sudi menyumbangkan idea yang kreatif dalam membantu saya menyiapkan folio ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang selama ini memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam membantu saya dalam pelajaran dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini serta penduduk setempat yang sudi untuk ditemubual yang telahpun memberikan banyak maklumat kepada saya.

PENDAHULUAN
Saya telah pun membuat kajian tentang bentuk muka bumi dan potensinya di Lundang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.Saya memilih tempat ini sebagai kajian untuk membuat kajian kerja kursus geografi kerana ianya mencukupi syarat-syarat yang dikehendaki iaitu keluasannya tidak melebihi daripada 5 kilometer persegi.Selain itu ianya juga berhampiran dengan tempat tinggal saya.Tempoh masa yang saya ambil untuk mambuat kajian ini ialah selama seminggu dan dengan izinNya saya dapat menghabiskan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk melihat bentuk muka bumi dan potensinya kepada manusia di kawasan Lundang.
-Bentuk muka buminya adalah tanah pamah dan bersaliran baik. -Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia adalah manusia dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan juga dapat membina kawasan petempatan yang tersusun.

-Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia adalah


manusia tidak dapat membina kawasan perikanan dan juga perlombongan. -Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar adalah terdapat banyak timbunan sampah yang dibuang di tepi-tepi jalan oleh peniaga-peniaga. -Langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar adalah Majlis Perbandaran Kota Bharu hendaklah menyediakan beberapa tong sampah besar di beberapa tempat pembuangan sampah.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah yang terdapat banyak kawasan petempatan.

Kawasan tanah pamah ini juga sesuai sebagai kawasan pengangkutan dan juga sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan. Terdapat juga beberapa blok pejabat yang didirikan di kawasan ini.

Kawasan ini terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar Kota Bharu dan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke pusat bandar.

Peta Daerah Kota Bharu.

KAEDAH KAJIAN

-Kaedah Pemerhatian
Saya telahpun membuat pemerhatian dan saya dapati bentuk muka bumi di sini adalah tanah pamah dan berpotensi sebagai kawasan petempatan. -Kaedah

Temubual

Saya telahpun menemubual 3 orang penduduk tempatan yang berlainan kaum tentang kegiatan harian penduduk disini yang telahpun menetap sekian lama.

-Kaedah Soal Selidik


Saya juga telah membuat soal selidik sebanyak 20 orang mengenai pekerjaan yang dilakukan di kawasan tanah pamah dan kegiatan ekonomi di kawasan-kawasan petempatan yang berbeza. Hasil temubual dan soal selidik yang dijalankan didapati mereka bekerja sebagai kakitangan kerajaan, bekerja dengan pihak swasta, berniaga, pemandu teksi dan petani.

-Rujukan
Saya telahpun menggunakan buku teks Geografi Tingkatan Satu dan juga dengan melayari kemudahan Internet.

Dapatan Kajian
8.1 Bentuk Muka Bumi dan Cirinya

-Tanah pamah
Tanah pamah yang rendah dan rata adalah sangat sesuai untuk petempatan, pertanian dan perindustrian.Kebanyakkan tanah pamah disekitar ini adalah subur.Tanah pamah ini juga terdapat satu batang anak sungai.

-Pinggir

Sungai

Terdapat juga kawasan pinggir sungai yang sesuai untuk dimajukan sebagai kawasan rekreasi ataupun sebagai kawasan memancing.

8.2 Potensi Bentuk Muka Bumi Kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Kajian

.-Tanah Pamah
Sesuai untuk dibina sebagai kawasan petempatan. Selain itu ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian seperti padi. Ia juga sesuai untuk dijalankan sebagai kawasan pengangkutan.

-Pinggir

sungai.

Sesuai untuk dimajukan sebagai kawasan rekreasi ataupun sebagai kawasan memacing. Ia juga dapat digunakan untuk dibina hidroletrik.

8.3 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia

-Tanah Pamah
Di kawasan tanah pamah ini sering menjadi banjir di sesetengah tempat pada musim tengkujuh. Ia menyebabkan ramai peniaga yang rugi akibat bencana alam ini.

-Pinggir

Sungai

Di kawasan pinggir sungai ini boleh menyebab hakisan tanah. Malah ia juga bertebing curam dan tidak sesuai untuk didirikan kawasan petempatan malah memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mendirikan rumah di sini.

8.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam sekitar

-Pencemaran Air
Pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga-peniaga kedai makan telahpun menyebabkan pencemaran air. Pencemaran air telahpun menyebabkan bekalan air di rumah menjadi kotor dan tidak selamat untuk digunakan.

-Pencemaran

Udara

Pengangkutan yang banyak digunakan ketika untuk ke tempat kerja telahpun menyebabkan pencemaran bunyi. Gas karbon dioside yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan untuk ke sesuatu tempat telahpun menyebabkan pencemaran udara yang dapat membawa penyakit yang berbahaya.

-Banjir Kejadian banjir telahpun melanda di beberapa buah tempat. Ia adalah yang di sebabkan oleh pembuangan sampah ke dalam sungai dan menyebabkan sungai itu menjadi cetek yang menyebabkan kejadian banjir.

10

8.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar.


-Menyediakan

satu tempat pembuangan sampah

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu(MBKB) hendaklah menyediakan satu tong sampah besar di beberapa buah tempat supaya penduduk dan juga para peniaga mempunyai tempat untuk membuang sampah.

-Mengurangkan

Penggunaan Kenderaan Bermotor

Para pekerja hendaklah mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor seperti berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja kerana dengan ini penggunaan gas karbon dioside dapat dikurangkan.

-Mengadakan

Kempen Cintailah Sungai

Pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen seperti kempen Cintailah Sungai Kita kerana dengan ini ia dapat memberikan kesedaran sivik kepada manusia tentang keburukan mencemarkan sungai.

11

8.6 Pekerjaan Penduduk di Kawasan Tanah Pamah

Pekerjaan penduduk di kawasan tanah pamah terdiri daripada kakitangan kerajaan(40%), bekerja dengan pihak swasta(30%), peniaga(15%), pemandu teksi dan petani.

12

Bahan Grafik
Peta Minda
Kawasan Peniagaan
Menbina Kawasan Petempatan

Potensi Bentuk Muka Bumi Tanah Pamah Terhadap Kegiatan Manusia

Kawasan Pengangkutan

Kawasan Pertanian

13

Rumusan
-Rumusan yang dapat saya buat di sini ialah bentuk muka bumi yang bertanah pamah dan berpotensi untuk dijalankan pelbagai aktiviti selain daripada bekerja dengan kerajaan dan swasta, ialah menjalankan aktiviti perniagaan, pekerjaan mahupun sebagai kawasan pengangkutan dan pertanian. Selain itu di kawasan sungai pula dapat dimajukan sebagai kawasan rekreasi ataupun sebagai tempat memancing. Ia juga sesuai untuk dibina kawasan hidroletrik. Manakala halangan bentuk muka buminya pula terhadap kegiatan manusia ialah sering berlakunya bencana alam seperti banjir yang akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada peniaga. Oleh itu pihak kerajaan negeri Kelantan hendaklah menguruskan sistem perparitan dengan teratur dan bijak untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku.Pada pendapat saya kawasan disini dapat dimajukan lagi sebagai kawasan pelancongan kerana bentuk muka buminya yang sesuai. Oleh itu masyarakat disini hendaklah tolong-menolong dan saling bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang persatu padu dan harmoni.

15

LAMPIRAN 1.

SURAT PENGENALAN DIRI.

-Nama: Harith Mustaqim Bin Muhammad Zin


-No Kad Pengenalan: 970421-11-5269 -Umur: 13 tahun -Sekolah: Maktab Sultan Ismail,Telipot,Kota Bharu,Kelantan. -Tempat Tinggal: No 9, Lorong Titian Dato, Lundang, 15100, Kota Bharu, Kelantan

16

LAMPIRAN 2

SURAT KEBENARAN IBU BAPA

Saya MUHAMMAD ZIN BIN JUNUS No Kad Pengenalan 540627-03-5125 memberi kebenaran kepada anak saya HARITH MUSTAQIM BIN MUHAMMAD ZIN No Kad Pengenalan 970421-11-5269 pelajar tingkatan 1Yakin Maktab Sultan Ismail untuk membuat kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1.

17

Rujukan
-Buku Teks Geografi Tingkatan 1 Terbitan Sasbadi
-Internet,

http://www.scribd.com/doc/15619718/Foliogeografi-2009-Bentuk-Muka-Bumi-dan-Potensinyaby-Hairul. -Artikel, surat khabar Harian Metro Edisi Timur, Isnin 4 Oktober 2010.

18

Graf Bar
Jadual 1Jenis Pekerjaan Penduduk Di Kawasan Bentuk Muka Bumi Tanah Pamah Jenis Pekerjaan Kakitangan Kerajaan Pekerja Swasta Peniaga Pemandu Teksi Petani Peratus(%) 40 30 15 10 5

Graf Bar Jenis Pekerjaan Penduduk Di Tanah Pamah

14

Anda mungkin juga menyukai