Anda di halaman 1dari 8

Pemilikan Tunggal (Enterprise)

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan


tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi
kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia
lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana


segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik
tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan
diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi
menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh
menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasul rumah,
kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang
dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

Perkongsian (Partnerships)
Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan
berbagai cara, antaranya :
Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individuPersetujuan
menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan
(peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas
bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.

Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan


perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modalTiada klausa dalam Akta
Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya
menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen
14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi
sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi
perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek,
keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.

Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan


dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang
dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian
keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari
perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan
tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut,
pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi
perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan
pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961.

Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat


perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi
& syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal
menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel
PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi
mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti
dalam Artikel Perkongsian.

Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)


Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak
dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual
harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah
dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.

Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta


Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
--Sendirian
--Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
--Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah
terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat
dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk
mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham
Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di
pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham
yang lain.
Tidak disenaraikan di BSKL.
Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn.
Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurangkurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini
dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965


sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang
manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau
mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang
tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya
bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya,
(perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang
meninggal dunia.

Kelebihan:

Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.


Kontuniti atau Syarikat terjamin iaitu Syarikat tidak akan dibubar
dengan kematian seseorang pemegang saham.
Kemudahan untuk mendapat modal.

Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.


Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
Potensi untuk perkembangan luas.
Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

Kekurangan:

Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
Cukai Pendapatan yang tinggi.
Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.

SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)


Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan.
Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut
peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam
Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan
membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari
sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat,
agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat
Sendirian Berhad.

Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965,
dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian
Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih
daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat
sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company)
Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurangkurang tujuh orang.

Penjualan Saham
Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya.
Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus)
hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan
diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai
kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-

rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan


syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan
Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala
butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. PengarahPengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan
boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi
butir-butir yang palsu.

Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang
diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan
oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli
melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat
ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu
Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham
tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.

Organisasi Syarikat
Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat
sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang
teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran
penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad
iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).

Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta


Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada
yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya
ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira
tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada
tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah
dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad
terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu
menambahkan modalnya

Kelebihan

Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.


Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.

Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi


Kewangan.

Kekurangan

Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.


Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan
baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara
pemegang saham dan pengurusan.
Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat
1965 yang lebih ketat.
Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang
beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.

KOPERASI
Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara
sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya. Terdapat 2 bentuk
koperasi iaitu :

Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan


latarbelakang seperti Koperasi Guru.
Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk
menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan

Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti


keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara
demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian
untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan
bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.

Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di


bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai,
dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan
usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial
anggota-anggotanya.

Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan


aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban
anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen ,
anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran
dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya,
bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang


dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan
selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang
Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir
koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi
terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada
kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggotaanggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk
mencari keuntungan semata-mata.
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya
manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi,
berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat
berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggotaanggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan
dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh
dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan
semula dan nilainya tidak menentu.
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat
tertakluk kepada Akta Syarikat.

BADAN BERKANUN
Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh kerajaan yang
bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga
kepentingan rakyat.

Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri.


Ditubuhkan secara perbadanan.
Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor
swasta.Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), LHDN,
Perbadanan Kemajuan Negeri dsb.

Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar


penswastaan dan pensyarikatan pada tahun 1980an seperti TNB dan
Syarikat Telekom Malaysia.Mengabungkan matlamat sosial dengan
keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai