Anda di halaman 1dari 3

6.

0 CADANGAN MASALAH

Pengkaji telah mengkaji tentang Hutang dalam Negeri Kerajaan Persetukuan


dengan Perbelanjaan Pembangunan dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Hutang dalam
Negeri Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh 5 tahun
manakala Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan pula menunjukkan
perubahan tidak konsisten. Hal ini membimbangkan kerajaan kerana akan mewujudkan
kesan negatif kepada ekonomi negara masyarakat pada masa akan datang. Oleh sebab
itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan berkesan bagi menangani masalah
ini.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah meningkatkan sektor eksport
negara. Sektor eksport negara perlu dirancakkan kerana melalui aktiviti eksport, negara
boleh memperolehi pertukaran mata wang asing yang mampu menjadi hasil pendapatan
kepada negara untuk membayar hutang. Sebagai contoh, menjalinkan dan mengukuhkan
hubungan dua hala dengan negara lain bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur
di Malaysia. Para pelabur dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China dan
Jepun berpotensi tinggi untuk meningkatkan aktiviti pelaburan dalam negara.

Kerajaan turut mewujudkan Pejabat Pengurusan Hutang (PPH) yang


bertanggungjawab untuk menyemak dan menguruskan hutang dan liabiliti kerajaan. PPH
akan membantu memantau penerbitan hutang dan mencadangakn penstrukturan oleh
Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) secara holistik..
Sebagai contoh, PPH akan merancang strategi-strategi untuk mengurangkan beban
hutang kerajaan pada masa akan datang. Penubuhan ini dijangkakan dapat mengawal
hutang kerajaaan agar tidak terus hilang kawalan dan juga untuk memastikan pinjaman
hutang secara suka hati tanpa sebab munasabah tidak berulang lagi.

Selain itu, bagi memastikan perbelanajaan pembangunan Kerajaan Persekutuan


berada pada paras yang terkawal, kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan
pembangunan kerajaan dengan melaksanakan penstrukturan dan kajian semula mengenai
projek-projek pembangunan yang memerlukan kos yang sangat tinggi sehingga
membebankan negara. Sebagai contoh, projek mega yang memperuntukkan kos tinggi
seperti MRT (Transit Aliran Massa) dan ECRL (Projek Laluan Rel Pantai Timur) yang
dikaji semula mengenai keutamaan projek dan keupayaan kerajaan membayar balik
pinjaman yang dilakukan. Hal ini terbukti dapat mengurangkan jumlah projek-projek
yang sedang dijalankan atau belum dijalankan untuk mengurangkan hutang kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai