Anda di halaman 1dari 2

1

IEEH1101PRINSIP EKONOMI* PENCIPTAAN KREDIT

1 Jelaskan bagaimana perubahan pengganda wang boleh mewujudkan kegawatan


ekonomi. Apakah yang perlu dilakukan oleh bank pusat untuk mengembalikan
pengganda wang ke nilai asal?

2 Apakah faktor yang mempengaruhi bank perdagangan untuk memegang lebihan


rizab? Apakah kesan daripada pemegangan lebihan rizab ini terhadap bank
tersebut?

3 Huraikan bagaimana faktor yang berikut mengehadkan proses penciptaan kredit.


(a) Keperluan cagaran

(b) Keinginan orang ramai memegang wang tunai

(c) Suasana pelaburan yang tidak baik

4 Apabila bank perdagangan memberikan pinjaman kepada orang ramai, maka ia


dapat mencipta wang. Adakah jumlah penawaran wang akan berkurangan apabila
pinjaman tersebut dibayar semula? Jelaskan.

5 Huraikan tiga (3) alat dasar kewangan yang boleh dilaksanakan oleh bank negara
untuk menambah kuantiti wang dalam edaran. Kenapakah antara langkah tersebut,
penurunan kadar diskaun dikatakan langkah yang kurang berkesan untuk
meningkatkan aktiviti ekonomi?

6 Ketakstabilan politik di negara T telah menyebabkan kebanyakan individu


mengeluarkan deposit mereka di bank perdagangan dalam negara T. Jelaskan
impak situasi ini terhadap pengganda wang, wang berkuasa tinggi dan penawaran
wang.
7 Andaikan bahawa Bank A menerima deposit tunai sebanyak RM1000 dan
memberikan pinjaman 80% daripada deposit ini. Bank pusat menetapkan nisbah
rizab bank perdagangan sebanyak 20%.

(a) Sekiranya semua bank meminjamkan lebihan rizab, hitung perkara yang berikut
bagi tiga bank yang pertama yang terlibat dalam proses penciptaan kredit.

i. Jumlah deposit
ii. Jumlah pinjaman yang diberikan
iii. Jumlah rizab yang mesti disimpan

(b) Hitung jumlah deposit dan pinjaman yang wujud dalam proses penciptaan
kredit.
(c) Berapakah stok wang bertambah akibat tambahan deposit asal sebanyak
RM1000?
(d) Terangkan secara ringkas tiga perkara yang boleh menghalang proses
penciptaan kredit.

8 Andaikan masyarakat mendepositkan beberapa keping cek bernilai RM100 juta dan
wang tunai bernilai RM30 juta ke dalam akaun semasa bank perdagangan. Bank
pusat pula menetapkan nisbah rizab wajib adalah 20%.
i. Tentukan nilai pengganda wang dan beri interpretasi nilai tersebut.

ahmadazams@um.edu.my
2
IEEH1101PRINSIP EKONOMI* PENCIPTAAN KREDIT

ii. Tentukan jumlah pertambahan deposit maksimum yang boleh dicipta oleh
sistem perbankan tersebut.
iii. Tentukan jumlah pertambahan penawaran wang yang maksimum yang dapat
dicipta oleh sistem perbankan tersebut.
iv. Jika setiap kali menjelang musim perayaan, masyarakat mengeluarkan wang
tunai sebanyak RM20 juta untuk menampung perbelanjaan menyambut
musim perayaan tersebut, tentukan jumlah pertambahan penawaran wang
yang maksimum yang dapat dicipta oleh sistem perbankan tersebut.

9 Sebuah bank perdagangan menerima deposit semasa baru sebanyak RM 40 000


dan diandaikan bahawa nisbah rizab ialah 20%
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda wang? Hitung pengganda wang
bank tersebut.
(b) Dengan andaian bahawa rizab lebihan adalah sifar, tunjukkan kunci kura-kira
bank perdagangan tersebut selepas aktiviti pinjaman dilakukan.
(c) Hitung jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah tiga peringkat proses
pencipataan kredit berlaku.
(d) Hitung tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu.
(e) Andaikan bahawa bank pusat melaksanakan dasar mengurangkan nisbah rizab
kepada 10% untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang berada dalam
perangkap kecairan.
i. Hitung tambahan pinjaman yang dapat diwujudkan oleh bank perdagangan
itu.
ii. Jelaskan sama ada dasar ini akan berjaya mengatasi kemelesetan ekonomi.

10 Andaikan sebuah syarikat perkilangan mendepositkan cek bernilai RM50 juta dan
wang tunai bernilai RM10 juta dalam akaun bank perdagangan. Bank pusat pula
menetapkan nisbah rizab berkanun adalah 25%.
i. Tentukan nilai pengganda wang dan beri interpretasi nilai tersebut.
ii. Tentukan jumlah pertambahan deposit yang boleh dicipta oleh sistem
perbankan tersebut.
iii. Tentukan jumlah pertambahan penawaran wang maksimum yang dapat
dicipta oleh sistem perbankan tersebut.
iv. Rumuskan pengiraan anda dalam kunci kira-kira Bank Pusat dan Kunci Kira-
kira Semua Bank Perdagangan.
v. Jika setiap kali menjelang perayaan, masyarakat mengeluarkan wang tunai
sebanyak RM2 juta untuk menampung perbelanjaan menyambut perayaan
tersebut, tentukan jumlah pertambahan penawaran wang yang dapat dicipta
oleh sistem perbankan tersebut.

ahmadazams@um.edu.my

Anda mungkin juga menyukai