Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

TUGASAN : PENULISAN ESEI (30%)


NUR AINA NAJWA BINTI MD
NAMA PELAJAR
NASIR
NO. MATRIK MA2112105348
PRAKTIKUM A4P3
NAMA PENSYARAH FADZILAH BINTI SHARIF
MARKAH RUBRIK (10%)

KURSUS EKONOMI 1
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
2.0 PENDAHULUAN
Mikroekonomi ialah bidang pengkajian ekonomi yang menganalisis aktiviti-
aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi seperti gelagat
pengguna dan pengeuar atau suatu pasaran. Mikroekonomi mengkaji perilaku
individu dan firma dalam membuat keputusan mengenai peruntukan sumber yang
terhad dan interaksi di kalangan individu dan firma ini. Salah satu matlamat
mikroekonomi adalah untuk menganalisis mekanisme pasaran yang membina harga
relatif antara barangan dan perkhidmatan dan memperuntukkan sumber terhad di
kalangan kegunaan alternatif. Mikroekonomi menunjukkan keadaan di mana
pasaran bebas membawa kepada peruntukan yang dikehendaki. Ia juga
menganalisis kegagalan pasaran, di mana pasaran gagal menghasilkan hasil yang
cekap.
Tajuk tugasan yang dikaji adalah berkaitan dengan masalah kewangan yang
berlaku dalam sesuatu perniagaan oleh sebuah akhbar Berita Harian pada Julai
2020. Masalah kewangan yang berlaku melibatkan masalah ekonomi kerana boleh
mendorong kepada kemuflisan sesuatu perniagaan. Definisi kemuflisan menurut
Wikipedia ensiklopedia bebas, kemuflisan adalah keadaan seseorang individu atau
sesebuah syarikat yang diisytiharkan mahkamah tidak lagi mampu membayar balik
hutang lapuk.
Berdasarkan artikel, segelintir majikan di sektor pembinaan tidak melakukan
ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing mereka khususnya disebabkan
ujian COVID-19 yang memerlukan kos, giliran dan masa panjang. Syarikat
mengurangkan kos bagi mengelak berlakunya kemuflisan. Syarikat beroperasi
dalam kapasiti rendah kerana kekurangan pekerja membabitkan pekerja asing yang
haram serta sesetengah pekerja yang sudah pulang ke negara masing-masing dan
sekarang mereka tak dibenarkan masuk semula ke Malaysia. Hal ini menyebabkan
pekerja asing haram tidak boleh mengambil ujian saringan COVID-19. Kesannya
mereka berasa takut untuk hadir ke tempat kerja disebabkan tidak membuat ujian.
Kebanyakan syarikat, lebih-lebih lagi syarikat dalam sektor pembinaan lebih
berminat untuk mengambil pekerja asing disebabkan kadar upah mereka yang lebih
rendah. Pekerja asing ini ada antara mereka yang tidak kisah jika diberi gaji yang
rendah dan bekerja lebih masa, semata-mata untuk mengelakkan saingan dengan
pekerja tempatan. Hal ini pastinya disebabkan syarikat ingin memaksimumkan
keuntungan dengan mendapatkan tenaga buruh yang lebih ramai dengan ganjaran
upah yang lebih murah. Kesannya masih ramai rakyat tempatan yang mengganggur
kerana terpaksa bersaing dengan pekerja asing.
Pakar kewangan pengguna dan ahli akademik meluahkan kebimbangan
mengenai peningkatan besar-besaran jumlah individu muflis menjelang tamatnya
tempoh moratorium pada 30 September tahun 2021 ini. Setakat ini statistik Jabatan
Insolvensi mendapati jumlah individu diisytiharkan bankrap sehingga Mei tahun ini
sekitar 2,591 kes, namun angka tersebut dikhuatiri akan bertambah berkali ganda
memandangkan bank-bank belum mengemaskini data terbaru sehingga berakhirnya
moratorium.
3.0 KESAN NEGATIF KEMUFLISAN
1. Kadar pengangguran meningkat
Apabila sesuatu syarikat mengalami kemuflisan, sudah pastinya
majikan tidak lagi mampu mebayar upah pekerja atau tenaga buruh. Hal ini
dapat dibuktikan apabila pengangguran di Malaysia meningkat kepada
772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020, demikian
menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Berikutan negara mengalami permintaan buruh yang lebih perlahan pada
2020 disebabkan impak negatif pandemik COVID-19, bilangan penganggur
mencatatkan pertambahan melebihi 200,000 orang. Banyak syarikat dan
premis perniagann terpaksa berhenti beroperasi berikutan masalah kesihatan
dan pandemik COVID-19. Disebabkan tidak boleh beroperasi, syarikat atau
firma tidak dapat memaksimumkan keuntungan malah mengalami kerugian.
Impaknya hutang yang dibuat dengan pihak bank tidak boleh diselesaikan
sekali gus mengakibatkan kemuflisan. Oleh itu, bagi 2020, kadar
pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan
sejak 1993 iaitu 4.1 peratus.
2. Kemelesetan ekonomi
Salah satu punca pendapatan negara ialah daripada cukai yang
dikenakan kepada masyarakat. Majoriti usahawan yang menutup operasi
perniagaan semasa PKP dan pasca PKP adalah usahawan mikro, masing-
masing sebanyak 79.53 peratus dan 70.83 peratus. 8.85 peratus usahawan
telah menutup perniagaan sepenuhnya (gulung tikar) semasa tempoh PKP.
Penutupan premis ini menurangkan kadar pembayaran cukai kepada
kerajaan. Selain itu rakyat tidak lagi mampu untuk membayar cukai
disebabkan kemuflisan dan pengangguran yang dialami menybabkan sumber
pendapatan negara berkurang. Kerajaan telah mempertimbang untuk
meningkatkan nilai potongan khas cukai kepada pemilik premis yang
mengurangkan atau mengecualikan pembayaran sewa premis mereka ketika
tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) terutama kepada pemilik premis
yang tidak mengambil moratorium. Kadar kemiskinan negara meningkat
kepada 8.4 peratus tahun lalu daripada 5.6 peratus pada 2019, demikian
dapatan kajian Jabatan Perangkaan. Hal ini akan menyukarkan
pembangunan negara dan mengakibatkan rakyat hidup mundur dalam
kesusahan serta tidak aman disebabkan kesempitan wang.
3. Kesukaran menjalani kehidupan
Seseorang individu yang mengalami kemuflisan akan menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan. Semua kewangan dan aset akan ditadbir
dan dikendalikan oleh KPI untuk membayar hutang. Individu yang muflis juga
tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara tanpa kebenaran bertulis dari
KPI ataupun sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkan
keluar dari negara. Selepas diisytiharkan muflis, kesemua aset akan
dikendalikan oleh KPI. Sebagai contoh aset yang akan disita seperti kereta
dan rumah akan diambil dan diuruskan oleh KPI.Ini kerana pihak KPI akan
menguruskan aset itu dimana ia akan dijual dan hasil akan digunakan bagi
membayar hutang. Kesemua aset, hartanah termasuk segala harta
keperibadian anda akan disita oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Di samping
itu indidvidu yang diisytiharkan muflis tidaklah dihalang untuk bekerja, namun
masih terdapat juga beberapa bidang yang mempunyai sekatan yang
dikenakan oleh persatuan professional.Ini kerana untuk jaga integriti
professional terutama kerja yang melibatkan wang. Individu yang muflis turut
tidak boleh dilantik sebagai pengarah mana-mana syarikat iaitu tidak boleh
memiliki sebarang perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik
perniagaan.
4.0 CARA PENYELESAIAN
1. Menjaga hak pekerja

Memandangkan banyak premis perniagaan terpaksa berhenti beroperasi


sepanjang tempoh PKP, majikan tidak boleh sewenag-wenangnya membuat
keputusan terhadap pekerja ketika PKP walaupun melepaskan pekerja
merupakan hak prerogatif majikan terbabit. Pegawai Penyelidik Kanan Pusat
Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) IKIM, Nur Shahidah Abd Jalil
berkata, ini kerana PKP dilakukan berpandukan Akta Pencegahan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menurutnya, ia termasuk membayar
separuh gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau
melepaskan mereka apabila premis perniagaan itu tidak boleh beroperasi
kerana PKP.Katanya, majikan masih boleh membuat tindakan sedemikian
selepas berunding dengan pekerja masing-masing manakala pekerja tidak
boleh sewenang-wenangnya menolak rundingan tersebut kerana kedua-
duanya berada dalam keadaan tertekan. Majikan perlu ada alasan kukuh,
tulen dan tertakluk kepada langkah-langkah mengelakkan pemberhentian
seperti disebut dalam garis panduan pemberhentian pekerja oleh
Kementerian Sumber Manusia.

2. Pembukaan semula firma dan syarikat

Langkah membuka ekonomi secara beransur-ansur adalah penting bagi


memastikan proses pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat
dimulakan dengan segera. Hal ini menyebabkan perusahaan dapat
beroperasi kembali dan menghasilkan keuntungan bagi menampung kos
perniagaan. Tindakan ini amat pemnting kerana Ketua Pegawai Eksekutif
SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata kaji selidik yang dijalankan SME
Corp Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MEDAC) mendapati sektor PKS amat terkesan dan mungkin tidak dapat
bertahan jika perniagaan mereka terus ditutup. Kebanyakan firma dan
syarikat telah memohon kepada kerajaan supaya membenarkan perusahaan
mereka dibuka semula serta merta seperti Kumpulan Automotif NAZA.
Gangguan perniagaan dan rantaian bekalan yang berpanjangan akan
membawa kesan buruk kepada industri kerana industri automotif tempatan
amat bergantung pada pasaran domestik.

3. Bantuan kerajaan

Untuk mereka yang dibebani hutang dan berdepan dengan kesukaran


untuk membuat bayaran, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah
menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk
membantu mereka dengan pengurusan hutang. Individu yang tidak dapat
menguruskan hutang mereka dengan sendiri dan memenuhi kriteria
kelayakan asas boleh mendaftar di bawah Program Pengurusan Hutang
(DMP). Menurut pangkalan data AKPA, kini terdapat 235,991 rakyat Malaysia
yang menghadiri khidmat kaunseling tentang pengurusan hutang dan
kewangan dan 96,238 dari mereka mendaftar dengan Program Pengurusan
Hutang (DMP). Di samping itu, kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan
Khas Sarawakku Sayang (BKSS) fasa dua bernilai RM1.1 bilion dalam usaha
meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Serdehana (PKS),
Perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil di negeri itu.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan ulasan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa masalah kemuflisan


ini sememangnya akan menjejaskan banyak pihak serta ekonomi negara sekiranya
dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu
terutamanya pihak kerajaan dan swasta dalam mengatasi hal ini dan seharusnya
belajar daripada negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Jerman dan Amerika
Syarikat dalam membendung masalah kemuflisan. Sekiranya pemulihan dan
penambahbaikkan tidak dilakukan segera masalah ekonomi disebabkan kemuflisan
akan terus wujud sekaligus akan membebankan rakyat untuk menjalani kehidupan
kerana hidup dikelilingi hutan dan menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan
serta kesukaran. Natijahnya, langkah yang strategik dan berkesan perlu diatur agar
masalah kemuflisan ini dapat dibendung memandangkan kemuflisan akan
menjejaskan hidup masyarakat serta ekonomi negara. Pengurangan kemuflisan
akan memberi impak yang besar dalam memulihkan kembali ekonomi negara.

(Bilangan Patah Perkataan: 1331)


6.0 SUMBER RUJUKAN

1. Laman web

 Yahoo. ( 22 April 2021 ). Apa Itu Muflis, 3 Tips Elak Muflis & Kesan
Kepada Hartanah

https://malaysia.news.yahoo.com/apa-itu-muflis-3-tips-193350409.html

 Liza Mokhtar. ( 20 Julai 2020 ). Kes muflis dijangka naik enam peratus

https://www.sinarharian.com.my/article/92968/LAPORAN-KHAS/Kes-
muflis-dijangka-naik-enam-peratus

 Hazwan Faisal Mohamad. ( Ogos 13, 2021 ) NAZA rayu sektor


automotif dibenar beroperasi

https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2021/08/850946/naza-rayu-
sektor-automotif-dibenar-beroperasi

Anda mungkin juga menyukai