Anda di halaman 1dari 34

Topik 4: Undang-Undang Agensi

UNDANG-UNDANG AGENSI PENGENALAN

Undang-undang agensi di Malaysia ditadbirkan oleh Bahagian X Akta Kontrak 1950.


Undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan agensi boleh diterima pakai bagi
mengisi kekosongan Akta. Ini dibenarkan melalui penguatkuasaan S.5 Akta
Undang-undang Sivil 1956.
Kontrak agensi wujud antara prinsipal dan agen.

Agensi = Perhubungan yang wujud di antara prinsipal dan agen, di mana agen
diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya atau mewakilinya dalam urusan dengan
pihak lain.
5.135 AK 1950: Seorang "agen" ialah seorang yang diambil kerja untuk membuat
sesuatu tindakan bagi pihak seseorang atau untuk mewakili seseorang dalam
urusan-urusan dengan orang-orang ketiga. Seseorang yang untuknya tindakan itu
dibuat, atau yang diwakili demikian adalah dipanggil "prinsipal".
• Agen / wakil / orang tengah = Orang yang diambil bekerja untuk membuat
sebarang kerja bagi orang lain / mewakili orang yang lain dalam urusan dengan
pihak ketiga.
• Prinsipal / ketua

= Orang yang mana kerja itu dibuat baginya / yang diwakilinya; atau

= Seseorang yang melantik dan mengarahkan seseorang agen untuk bertindak


bagi pihaknya
dalam melaksanakan sesuatu urusan kerja.
Terdapat 2 kontrak yang wujud hasil daripada perhubungan agensi:

(a) Kontrak antara prinsipal dengan agen yang mana agen mendapat kuasanya
untuk bertindak untuk dan bagi pihak prinsipal; dan
(b) Kontrak antara prinsipal dengan pihak ketiga melalui kerja agen.

5.136 AK 1950: Seseorang yang berumur dewasa mengikut undang-undang yang


mana dia terikat, dan seseorang yang berakal sempurna, boleh mengambil kerja
seorang agen.
• Seorang prinsipal mestilah dewasa dan waras.

1
S.137 AK 1950: Seperti di antara prinsipal dan orang-orang ketiga, seseorang boleh menjadi seorang
agen, tetapi seseorang yang bukan berumur dewasa dan berakal sempurna tidak boleh menjadi
seorang agen, supaya akan bertanggungjawab kepada prinsipalnya mengikut peruntukan-
peruntukan urusan tersebut yang terkandung dalam Akta ini.
• Sesiapa sahaja boleh menjadi agen di antara prinsipal dengan pihak ketiga. Seseorang
prinsipal tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi daripada agen yang belum berumur dewasa dan
tidak berakal sempurna sekiranya berlaku kecuaian / kerugian semasa menjalankan urusannya
sebagai agen.

Kes: Chan Yin Tee lwn William Jacks & Co. (Malaya) Ltd

Chan dan Yong (seorang kanak-kanak) didaftarkan sebagai pekongsi dalam satu perniagaan. Chan
telah memberitahu wakil Syarikat William bahawa Yong adalah rakan kongsinya. Apabila Syarikat
William membekalkan barang-barang kepada Yong, harganya tidak dijelaskaKM: Apabila Chan
memaklumkan bahawa Yong adalah rakan kongsinya dan mempunyai kuasa bertindak bagi
pihaknya, maka Chan bertanggungjawab terhadap tindakan Yong tidak kira sama ada dia dewasa
atau remaja.

CARA-CARA AGENSI DIWUJUDKAN

1. Agensi secara perjanjian nyata

S.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-perkataan yang
disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil kesimpulan daripada
hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan biasa urusan, boleh
diambil kira hal keadaan kes tersebut.
• Agensi secara perjanjian nyata boleh wujud apabila seorang agen dilantik sama ada melalui
perjanjian bertulis / lisan oleh seorang prinsipal.
• Kes: Bank Bumiputra Malaysia Bhd lwn Henry Ginai Anak Langgie

KM: Agen yang dilantik melalui Surat Wakil Kuasa dan telah melebihi bidang kuasa yang diberikan
oleh prinsipalnya, tidak akan mengikat prinsipal kecuali prinsipal menerima / mengesahkan tindakan
agen yang melebihi kuasanya itu.
2. Agensi secara pelantikan tersirat / termaklum

i. S.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-
perkataan yang disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil
kesimpulan daripada hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan
biasa urusan, boleh diambil kira hal keadaan kes tersebut.
Kuasa yang diberikan kepada agen itu untuk bertindak bagi pihak
prinsipalnya dikatakan termaklum apabila melihat keadaan kes iaitu dari segi perkataan-perkataan
yang diucapkan, tindakan yang dibuat, atau melalui tulisan dan keseluruhan urusan biasa perniagaan
pihak yang berkenaan.

2
Contoh:

A tinggal di Shah Alam dan mempunyai sebuah kedai di Kuala Lumpur. Kedai tersebut diuruskan oleh
Y yang sentiasa memesan barang-barang daripada B atas nama A untuk keperluan kedai dan B
sentiasa membuat bayaran atas nama A untuk urusan-urusan tersebut. B mempunyai kuasa tersirat
daripada A sebagai agen dalam transaksi jual beli barangan tersebut. A akan terikat dengan tindakan
Y itu sekiranya Y tidak membuat pembayaran harga barang-barang tersebut kepada B.
Kes: Chan Yin Tee lwn William Jacks & Co. (Malaya) Ltd

Chan dan Yong (seorang kanak-kanak) didaftarkan sebagai pekongsi dalam satu perniagaan. Chan
telah memberitahu wakil Syarikat William bahawa Yong adalah rakan kongsinya. Apabila Syarikat
William membekalkan barang-barang kepada Yong, harganya tidak dijelaskan.
KM: Chan telah mengemukakan Yong sebagai agennya yang mempunyai kuasa untuk berkontrak bagi
pihaknya. Chan bertanggungan di atas perbuatan Yong dan mestilah menjelaskan hutang kepada
Syarikat William. Chan melalui tutur kata dan kelakuannya telah mengemukakan Yong sebagai
agennya. Oleh itu, Chan terikat di sisi undang-undang untuk bertanggungjawab atas perbuatan Yong
itu. Yong seolah-olah telah diberi kuasa oleh Chan untuk melakukan urusan perniagaan dengan
Syarikat William.
ii. Perhubungan antara rakan-rakan kongsi dalam sesebuah firma perkongsian.

S.7 Akta Perkongsian 1961: Tiap-tiap pekongsi ialah agen firma dan pekongsinya yang lain bagi
maksud urusan perkongsian itu.
Sekiranya seseorang pekongsi melakukan apa-apa tindakan atau urusan dalam menjalankan
perniagaan dan tindakan atau urusan itu dilakukan dalam lingkungan bidang kuasa yang ada
padanya, tindakan atau urusan tersebut akan mengikat firma atau pekongsi-pekongsi yang lain.
iii. Common law: Hubungan agensi boleh wujud di antara suami dan isteri.

Anggapan di sisi undang-undang: Jika suami dan isteri tinggal bersama, isteri mempunyai kuasa untuk
berhutang atas nama suaminya untuk membeli barang-barang keperluan yang sesuai dengan taraf
hidup mereka.
Anggapan ini boleh disangkal oleh suami dengan membuktikan bahawa:

(a) suami secara nyata melarang isterinya berhutang atas namanya; atau

(b) suami secara nyata melarang peniaga supaya tidak membekalkan barang-barang atau memberi
hutang kepada isterinya; atau
(c) isterinya telah dibekalkan dengan barang-barang keperluan yang memadai; atau

(d) isterinya telah diberikan elaun yang memadai bagi membeli barang-barang tanpa perlu
berhutang atas nama suaminya; atau

3
(e) barang-barang yang dipesan oleh isterinya walaupun satu keperluan, tetapi tidak sepadan
dengan pendapatan suami pada masa itu.
Walaupun suami melarang isteri daripada terus berhutang dan telah memberitahu secara nyata dia
tidak akan terikat dengan hutang yang dibuat oleh isterinya dengan penjual, namun jika menjadi
kelaziman bagi suami untuk terus membayar hutang-hutang isterinya itu, suami tetap terikat.
Kes: Miss Gray lwn Catcard

Si isteri telah membeli pakaian berharga £215 dan suami enggan membayarnya. Apabila dituntut
oleh pekedai, si suami membuktikan bahawa dia telah memberi elaun sebanyak £960 setahun
kepada isterinya.
KM: Suami tidak bertanggungan atas hutang isteri itu.

3. Agensi secara pengesahan / ratifikasi

Ratifikasi = Pengesahan atau penerimaan oleh prinsipal atas sesuatu tindakan yang dilakukan oleh
agen tanpa arahan daripada prinsipal atau kalau arahan diberi, agen telah melampaui kuasa yang
diberi oleh prinsipal itu.
Agensi secara ratifikasi wujud jika berlaku salah satu daripada keadaan berikut:

i. Apabila seseorang yang tidak pernah dilantik sebagai agen bertindak seorang-olah dia ada kuasa
sebagai agen; atau
ii. Apabila agen yang dilantik bertindak di luar kuasa yang diberikan.

Sekiranya berlaku mana-mana keadaan di atas, prinsipal diberi pilihan sama ada hendak menerima
atau menolak kontrak tersebut. Sekiranya prinsipal mengesahkan kontrak tersebut, penerimaan atau
pengesahan ini dikenali sebagai ratifikasi. Ratifikasi menjadikan prinsipal terikat dengan kontrak
tersebut seolah-olah agen telah diberi kuasa dengan sempurna sebelumnya.
S.149 AK 1950: Jika tindakan-tindakan dibuat oleh seseorang bagi pihak seorang lain tanpa
pengetahuan atau kuasanya, dia boleh memilih untuk meratifikasi atau untuk tidak mengakui
tindakan-tindakan itu. Jika dia meratifiasi tindakan-tindakan itu, natijah yang sama akan menyusuli
seolah-olah tindakan-tindakan itu telah dilaksanakan oleh kuasanya.
S.188 AK 1950: Seseorang dengan tidak jujur mewakili dirinya sebagai seorang agen yang di beri
kuasa oleh seorang lain, dan dengan itu mendorong seorang ketiga berurus dengannya sebagai agen
tersebut, jika majikannya yang dikatakan itu tidak mengesahkan tindakannya itu, dia hendaklah
memberi pampasan kepada orang ketiga itu tentang apa-apa kerugian atau ganti rugi yang
dialaminya akibat membuat urusan dengannya.

4
S.150 AK 1950: Ratifikasi boleh dinyatakan atau boleh termaklum dalam kelakuan seseorang bagi
pihaknya tindakan-tindakan dibuat.
• Ratifikasi boleh dilakukan sama ada secara nyata atau tersirat.

Kes: Muthuchellapa Chettiar lwn Indian Overseas Bank Ltd

KM: Pembayaran sebahagian bayaran oleh prinsipal atas overdraf yang disediakan oleh agennya,
walaupun tanpa kuasa yang diberikan oleh prinsipal, merupakan ratifikasi secara tersirat.
Ratifikasi bersifat retrospektif (mempunyai kesan kuat kuasa ke belakang)

= Kontrak yang dibuat oleh agen itu dianggap sah / efektif pada tarikh kontrak itu dibuat oleh agen
dan bukannya pada tarikh kontrak itu diratifikasi oleh prinsipal.
Kes: Bolton & Partners Ltd lwn Lambert

Pada 1 Mei, L membuat tawaran untuk membeli tanah daripada A (seorang pengurus dan agen
kepada B). Pada 2 Mei, A menerima tawaran tersebut bagi pihak B sungguhpun A tidak mempunyai
kuasa nyata ataupun zahir untuk berbuat demikian. Pada 4 Mei, L menarik balik tawaran itu. Pada 10
Mei, B meratifikasi tindakan A.

KM: Ratifikasi tersebut telah mengesahkan perbuatan A pada 2 Mei seolah-olah pada tarikh itu A
berkuasa menerima tawaran bagi pihak B. Penerimaan sah berlaku pada 2 Mei dan L tidak boleh
menarik balik tawarannya.
Agensi secara ratifikasi hanya boleh wujud jika syarat-syarat berikut dipenuhi:

i. Apabila agen bertindak melampaui kuasa yang diberikan oleh prinsipal (S.149 AK 1950) atau
apabila seseorang bertindak seolah-olah dia ada kuasa sebagai agen (S.188 AK 1950) .

ii. Perbuatan yang dilakukan itu meskipun tidak dibenarkan atau tanpa kuasa, ianya tidaklah
sesuatu yang melanggar undang-undang.
Kes: Brook lwn Hook

KM: Seorang prinsipal tidak boleh meratifikasikan tandatangannya yang telah


dipalsukan.

iii. Pada masa kontrak itu dibuat, agen mestilah secara nyata bertindak bagi pihak prinsipal dan
bukan di atas namanya sendiri.
Kes: Keighly Maxted & Co. lwn Durant

Seorang agen, iaitu Robert, telah diberi kuasa oleh perayu (prinsipal) bagi membeli gandum pada
harga yang tertentu. Agen itu telah melampaui kuasanya dan membelinya pada harga yang lebih
tinggi daripada kuasa yang ada padanya dengan menggunakan namanya sendiri tetapi
dimaksudkan bagi perayu. Perayu bersetuju untuk mengambil gandum pada harga tersebut
tetapi gagal mengambilnya semasa penyerahan.

5
KM: Tindakan agen yang membeli gandum pada harga yang lebih tinggi daripada yang diarahkan oleh
prinsipal dengan menggunakan namanya sendiri, menjadikan prinsipal tidak terikat dengan tindakan
tersebut.
iv. Semasa kontrak dibuat dan semasa ratifikasi dilakukan, agen mestilah mempunyai prinsipal yang
sebenarnya wujud atau boleh ditentukan.
Kes: Kelner lwn Baxter

Suatu kontrak untuk membeli sebuah hotel yang dibuat oleh seorang agen bagi pihak
syarikatnya yang akan ditubuhkan, tidak boleh diratifikasikan oleh syarikat kerana ia tidak wujud pada
masa itu. Syarikat itu tiada keupayaan berkontrak untuk membuat kontrak.

KM: Agen bertanggungjawab bagi kontrak itu melainkan pihak ketiga bersetuju
melepaskannya.
v. Prinsipal mestilah mempunyai keupayaan berkontrak pada masa kontrak itu dibuat dan pada
masa membuat ratifikasi (S.136 AK 1950).
Kes: Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Farnham

KM: Sekiranya prinsipal ialah musuh asing pada masa kontrak dibuat, secara jelasnya dia
tidak boleh mengesahkan.
vi. Prinsipal mesti mengetahui segala urusan yang hendak diratifikasinya melainkan terdapat bukti
bahawa beliau tidak peduli apa jua maklumat atau fakta dan dia memang berhasrat
meratifikasikannya (S.151 AK 1950).
Kes: Fitzmaurice lwn Bayley

Seorang agen yang bertindak bagi pihak prinsipal membeli sebidang tanah untuknya,
tetapi prinsipal kurang pasti apakah sebenarnya yang telah dipersetujui oleh agen dalam kontrak
tersebut tetapi merasakan perlu untuk menyokong tindakan agen itu.

KM: Prinsipal telah meratifikasikan apa sahaja yang telah dipersetujui di antara agennya
dan pihak ketiga.
vii. Prinsipal mesti meratifikasi keseluruhan kontrak atau tindakan agen (S.152 AK 1950).

viii. Ratifikasi mestilah tidak memudaratkan, merugikan atau menamatkan sebarang hak dan
kepentingan pihak ketiga (S.153 AK 1950).
ix. Ratifikasi mestilah dilakukan dalam tempoh yang munasabah.

Kes: Metropolitan Asylum Board lwn Kingham & Sons

KM: Ratifikasi yang dibuat oleh prinsipal seminggu selepas kontrak pembelian telur ayam
yang dibuat oleh agen tanpa kuasa itu, dianggap lewat dan tidak dibuat dalam waktu munasabah.

6
Kes: Grover & Grover Iwn Mathews

KM: Polisi insurans kebakaran yang diratifikasi selepas kebakaran berlaku adalah tidak
efektif.

x. Perbuatan atau kontrak yang disahkan oleh prinsipal itu hendaklah perkara-perkara yang
sah di sisi undang-undang dan bukan satu penipuan atau ultra vires.
Syarat-syarat yang dinyatakan di atas mesti dipenuhi secara serentak. Apabila semua syarat dipenuhi,
prinsipal yang mengesahkan tindakan agen itu akan bertanggungan atas segala tindakan agen.
4. Agensi secara keperluan / kecemasan

Agensi secara keperluan boleh timbul apabila seseorang yang diamanahkan dengan barangan orang
lain terpaksa oleh keadaan melakukan sesuatu demi memelihara atau melindungi barangan itu,
meskipun dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
S.142 AK 1950: Seseorang agen ada kuasa, dalam darurat, untuk melakukan semua tindakan yang
berkenaan untuk tujuan melindung ketuanya daripada kerugian sebagaimana akan dilakukan oleh
seseorang berhemat biasa, dalam kesnya sendiri, di bawah hal keadaan yang sama.
• Seorang agen berkuasa melakukan apa sahaja dalam masa kecemasan untuk mengelakkan
kerugian kepada prinsipalnya. Tindakan agen dalam keadaan kecemasan ini adalah dalam keadaan
seseorang yang berhemat biasa di mana sesiapa sahaja yang berada dalam kedudukan tersebut
akan bertindak sama.

Kes: Great Northern Railway Co. lwn Swaffield

Syarikat kereta api membawa kuda defendan ke destinasi yang diarah. Apabila tiba di tempat
tersebut, tiadasiapa yang datang untuk mengambilnya . Ketua stesen itu tidak mengetahui alamat
defendan dan agennya dan mengarahkan supaya kuda itu diletakkan di kandang kuda. Syarikat
kereta api kemudiannya menuntut bayaran bagi kandang kuda itu. Defendan enggan membayarnya.

KM: Plaintif bertindak sebagai agen kecemasan kepada defendan dan patut dibayar.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum agensi secara keperluan boleh diwujudkan:

i. Mestilah wujud satu kecemasan yang sebenarnya.

Kes: Prager lwn Blatspiel Stamp & Heacock Ltd


Kulit binatang dibeli oleh S, seorang agen, bagi tujuan untuk dihantar kepada P. Oleh kerana
peperangan berlaku, penghantaran tidak dapat dilakukan dan P pula tidak dapat dihubungi. S, lantas
menjual kulit itu.
KM: Kulit binatang bukanlah barangan yang mudah rosak dan akan terpelihara jika disimpan di
tempat yang sesuai. Tidak wujud keadaan kecemasan yang memaksa ianya dijual. S (agen)
bertanggungan terhadap P (prinsipal).

7
Kes: Sachs Iwn Milkos

Agen telah menjual perabot tanpa pengetahuan prinsipal atas alasan tiada tempat untuk
menyimpan.
KM: Agensi kecemasan tidak wujud jika barang yang terlibat adalah jenis tahan lama dan bukan
mudah rosak. Tujuan penjualan ialah untuk keselesaan, kecuali agen dapat membuktikan tempat
simpanannya telah terbakar dan jika barang itu dibiarkan, boleh mengakibatkan kerosakan.
ii. Barang-barang prinsipal berada di bawah jagaan agen dan agen mestilah bertindak bagi maksud
menyelamatkan atau melindungi prinsipal daripada sebarang kerugian.
Kes: Jebarra lwn Ottoman Bank

KM: Agensi secara keperluan hanya wujud apabila agen telah diarahkan untuk menjaga barang-
barang kepunyaan prinsipal atau diarahkan menghantarkan barang-barang itu ke satu destinasi
tertentu di mana kecemasan berlaku semasa barang-barang tersebut berada di bawah jagaan agen.
Dengan itu, telah wujud satu kontrak agensi antara prinsipal dan agen secara termaklum.
iii. Agen mestilah menghubungi prinsipal terlebih dahulu (S.167 AK 1950). Jika prinsipal gagal
dihubungi, baharulah agen boleh bertindak mengikut budi bicaranya (S.142 AK 1950).

Kes: Springer lwn Great Western Railway Company

Pihak plaintif meminta syarikat kereta api defendan menghantar buah-buah tomatonya dari Jersey
ke pasar Covent Garden. Kapal yang mengangkut buah-buah tomato itu sampai lewat 3 hari di
Weymouth kerana cuaca buruk. Pekerja defendan pula telah mengadakan mogok dan ini
mnyebabkan buah-buah tomato itu telah busuk dan syarikat defendan mengambil keputusan
menjualkan buah-buah tomato itu di pasaran setempat dengan harga yang lebih murah berbanding
harga di pasar Covent Garden. Tindakan tersebut walau bagaimanapun dilakukan tanpa
menghubungi pihak plaintif terlebih dahulu. Ini kerana, jika syarikat defendan memaklumkan
keadaan tersebut kepada mereka, mereka pasti akan meminta buah-buah tomato itu dihantar serah
menggunakan jalan raya.
KM: Tidak wujud agensi secara keperluan kerana syarikat defendan sepatutnya mestilah
menghubungi pihak plaintif terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Justeru, syarikat
defendan bertanggungan.
iv. Tindakan agen itu dilakukan secara suci hati (bona fide) demi kepentingan prinsipalnya semata-
mata tanpa sebarang niat atau tujuan lain.
v. Agen dan prinsipal telah menjalin hubungan agensi dari awal.

Syarat-syarat yang dinyatakan di atas mesti dipenuhi secara serentak. Apabila semua syarat dipenuhi,
prinsipal akan bertanggungan atas segala tindakan agen perlu itu.
Kesan agen bertindak dalam kecemasan

8
i. Agen akan dilindungi daripada sebarang tuntutan oleh prinsipal.

ii. Agen berhak mendapat upah tambahan di atas usaha menyelamatkan harta prinsipal dan
membuat tugas lebih daripada yang diarah.

iii. Wujud kontrak di antara prinsipal dan pihak ketiga.

5. Agensi secara persekatan (estopel)

Agensi secara persekatan boleh berlaku


i. apabila prinsipal itu sendiri yang telah mendorong pihak ketiga untuk mempercayai bahawa
seseorang itu mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu bagi pihaknya, seolah-olah orang itu ialah
agennya, maka prinsipal disekat oleh undang-undang daripada menafikan kuasa agen itu.
S.190 AK 1950: Apabila seorang agen, tanpa kuasa, melakukan tindakan-tindakan atau melakukan
obligasi kepada pihak ketiga, bagi pihak prinsipalnya, prinsipal itu adalah terikat dengan tindakan-
tindakan atau obligasi itu jika dia dengan perkataan atau kelakuan, mendorong pihak ketiga itu
mempercayai bahawa tindakan-tindakan dan obligasi itu adalah dalam bidang kuasa agen.
Contoh:

A memberitahu X di hadapan P bahawa dia ialah agen P dan mempunyai kuasa untuk membuat
kontrak bernilai RM20,000 bagi pihak P dan P pula tidak menafikan kenyataan itu. Hakikatnya, A
hanya berkuasa memasuki kontrak yang bernilai tidak melebihi RM15,000. Prinsipal kemudiannya
tidak boleh menafikan yang A ialah agennya sekiranya X menjual barang-barang bernilai RM18,000
kepada A dengan mempercayai bahawa A ialah agen P. X boleh mendakwa P bagi mendapatkan harga
barang-barang itu kerana P disekat daripada menafikan kewujudan kuasa A.
ii. apabila prinsipal tidak memberitahu kepada pihak ketiga bahawa agennya tidak ada kuasa atau
kuasa agen itu telah ditamatkan, tetapi agen terus bertindak mewakili prinsipal.
Prinsipal terikat dengan kontrak yang dibuat oleh agen tanpa mengira sama ada agen telah
bertindak dengan atau tanpa pengetahuan prinsipal.
Agensi secara persekatan hanya berlaku apabila prinsipal, sama ada melalui tutur kata atau
perbuatanya, telah menyebabkan pihak ketiga mempercayai bahawa seseorang itu mempunyai kuasa
untuk melakukan sesuatu bagi pihaknya.

Agensi secara persekatan tidak berlaku, sekiranya pihak ketiga telah didorong oleh agen seorang
sahaja.
Kes: Freeman & Lockyer lwn Buckhurst Park Properties Ltd
Terdapat 4 orang pengarah dalam sebuah syarikat. Salah seorang daripada pengarah, iaitu A, telah
membuat kontrak bagi pihak syarikat dengan T (pihak ketiga) sedangkan A tiada kuasa untuk berbuat
demikian. Pengarah-pengarah lain yang mengetahui hal tersebut tidak pula memberitahu kepada T
tentang hal sebenar ataupun menghalang kontrak itu daripada dibuat. Ini membuatkan T terdorong
untuk mempercayai A memang diberi kuasa untuk berkontrak dengannya.
KM: Syarikat tersebut disekat atau dihalang daripada menafikan bahawa A adalah agen syarikat dan
tidak mempunyai kuasa untuk membuat kontrak itu.

9
Kes: Armagas Iwn Mundagos, The Ocean Frost

KM: Agensi secara estopel tidak wujud seandainya agen yang telah menunjukkan kepada umum
(pihak ketiga) bahawa dia adalah agen kepada prinsipal dan bukan daripada perbuatan atau tindakan
prinsipal sendiri.
TANGGUNGJAWAB AGEN DAN PRINSIPAL

Segala tanggungjawab prinsipal dan agen akan bergantung kepada syarat-syarat kontrak agensi, sama
ada secara nyata atau tersirat.
Jika tidak terdapat sebarang peruntukan mengenai tanggungjawab prinsipal dan agen dalam kontrak
agensi tersebut, peruntukan yang terkandung dalam S.164 hingga S.178 AK 1950 akan diterima
pakai.

Tanggungjawab agen terhadap prinsipal

1. Mematuhi arahan prinsipal.

2. Menjalankan urusan mengikut kelaziman sekiranya tiada arahan daripada prinsipal.

3. Melaksanakan tugas dengan berhati-hati, tekun dan mahir.

4. Mengemukakan akaun dengan betul.

5. Menyerahkan kepada prinsipal segala wang yang diterima.

6. Menghubungi prinsipal untuk mendapatkan arahan lanjut.

7. Tidak mewakilkan tugas atau kuasa kepada orang lain.

8. Tidak mendedahkan maklumat rahsia atau dokumen sulit prinsipal.

9. Tidak menerima untung rahsia.


10. Agen mestilah bertindak dengan suci hati dan tidak membiarkan kepentingan peribadi
bercanggah dengan kepentingan prinsipal.
1. Mematuhi arahan prinsipal.

S.164 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk menguruskan perniagaan prinsipalnya mengikut
arahan yang diberi oleh prinsipal, atau, jika sekiranya tidak ada apa-apa arahan tersebut, mengikut
adat biasa yang diamalkan dalam urusan perniagaan jenis sama di tempat di mana agen itu
menguruskan perniagaannya. Apabila agen bertindak sebaliknya, jika apa-apa kerugian dialami, agen
itu mesti membayar ganti rugi kepada prinsipalnya, dan, jika apa-apa keuntungan diperolehi, dia
mesti membuat perkiraan mengenainya.
Agen adalah terikat untuk menjalankan urusan mengikut arahan prinsipalnya. Kegagalan
agen mematuhi arahan prinsipal merupakan suatu kemungkiran kontrak dan agen bertanggungjawab
atas apa-apa kerugian yang dialami oleh prinsipal ekoran kegagalannya itu.

10
Agen tidak perlu patuh pada arahan prinsipal yang menyalahi undang-undang.

Kes: Turpin Iwn Bilton

Seorang agen telah gagal membeli insrurans untuk kapal prinsipalnya apabila diarah berbuat
demikian. Kapal tersebut kemudiannya hilang.

KM: Agen itu bertanggungan terhadap kerugian yang dialami oleh prinsipalnya.

Kes: Bostock lwn Jardine

Agen telah membuat tempahan barang melebihi daripada apa yang diarahkan oleh prinsipal.

KM: Agen bertanggungan ke atas tempahan yang lebih itu.

2. Menjalankan urusan mengikut kelaziman sekiranya tiada arahan daripada prinsipal.


5.164 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk menguruskan perniagaan prinsipalnya mengikut
arahan yang diberi oleh prinsipal, atau, jika sekiranya tidak ada apa-apa arahan tersebut, mengikut
adat biasa yang diamalkan dalam urusan perniagaan jenis sama di tempat di mana agen itu
menguruskan perniagaannya. Apabila agen bertindak sebaliknya, jika apa-apa kerugian dialami, agen
itu mesti membayar ganti rugi kepada prinsipalnya, dan, jika apa-apa keuntungan diperolehi, dia
mesti membuat perkiraan mengenainya.
0 Jika tiada arahan daripada prinsipal, agen mestilah bertindak mengikut kelaziman dalam
menjalankan urusan prinsipalnya. Kegagalan agen berbuat demikian akan menjadikan agen
bertanggungan atas segala kerugian yang dialami oleh prinsipalnya.
Misalan (b) S.164 AK 1950: B, seorang broker, dalam urusan perniagaannya tidak menjadi adat untuk
menjual secara kredit, telah menjual barang-barang A kepada C secara kredit. Kredit C pada ketika itu
adalah sangat tinggi. C, sebelum membuat bayaran, menjadi tidak solven. B mesti membayar ganti
rugi kepada A.
3. Melaksanakan tugas dengan berhati-hati, tekun dan mahir.

5.165 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk menguruskan perniagaan agensi dengan cukup
kemahiran yang amnya ada pada orang-orang yang dilantik dalam urusan perniagaan yang sama,
kecuali prinsipal mendapat notis tentang kurang kemahiran agen itu. Agen sentiasa terikat untuk
bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan menggunakan kemahiran yang ada padanya, dan
membuat pampasan kepada prinsipal mengenai akibat secara langsung kecuaiannya sendiri, kurang
mahir, atau salah laku, tetapi tidak mengenai kehilangan atau kerosakan yang mana telah berlaku
secara tidak langsung atau jauh daripada itu yang disebabkan oleh kecuaian, kurang mahir atau salah
laku.
Agen bertanggungjawab melaksanakan tugasnya dengan berhati-hati dan penuh usaha serta
menggunakan kemahiran yang ada padanya.
Jika agen itu merupakan seorang profesional yang mempunyai kemahiran tertentu, dia mestilah

11
melaksanakan tugasnya selaras dengan kemahiran yang sepatutnya ada pada orang yang berada
dalam kerjaya sepertinya melainkan prinsipal telah mengetahui mengenai kekurangannya itu.
Jika agen melakukan kecuaian atau gagal melaksanakan urusan prinsipalnya dengan cekap, agen
akan bertanggungan atas kerugian yang dialami oleh prinsipal ekoran kecuaian atau
ketidakcekapannya itu.
Kes: Keppel lwn Wheeler

Keppel telah mengupah Wheeler untuk menjual sebuah rumah. Pada 29 Mei, E membuat tawaran,
melalui Wheeler, untuk membeli rumah tersebut pada harga £6150. Tawaran ini telah diterima oleh
Keppel 'tertakluk kepada kontrak'. Pada 3 Jun pula, D menawarkan untuk membeli rumah tersebut
pada harga £6750 tetapi tawaran ini telah tidak dimaklumkan oleh Wheeler kepada Keppel.
Akibatnya, suatu kontrak bertulis antara Keppel dan E telah ditandatangani.
KM: Wheeler bertanggungan kepada Keppel untuk perbezaan harga antara dua tawaran tersebut.

4. Mengemukakan akaun dengan betul.

S.166 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk memberi akaun-akaun yang sempurna kepada
prinsipalnya apabila dituntut.
Agen dikehendaki memberi akaun-akaun yang betul kepada prinsipalnya berkenaan wang atau harta
atau barang-barang yang diterima bagi pihak prinsipalnya.
Barang-barang prinsipal tidak sepatutnya dicampur dengan barang atau harta agen.

Kes: Lyell lwn Kennedy

KM: Agen yang telah diamanahkan dengan wang prinsipal adalah sama kedudukannya dengan
seorang pemegang amanah dan terikat untuk menyimpan wang atau harta prinsipal itu berasingan
daripada hartanya sendiri.
5. Menyerahkan kepada prinsipal segala wang yang diterima.

S.171 AK 1950: Tertakluk kepada potongan-potongan yang ditentukan dalam S.170, seorang agen
adalah terikat untuk membayar kepada prinsipalnya semua jumlah wang yang diterima atas akaun
prinsipalnya.
Agen mesti menyerahkan kepada prinsipal segala wang yang diterimanya bagi pihak prinsipal.

5.170 AK 1950: Seseorang agen boleh menyimpan, dari jumlah yang diterima atas akaun prinsipal
dalam perniagaan agensi, semua wang yang terhutang kepadanya berkaitan dengan pendahuluan
yang telah dibuat atau perbelanjaan wajar yang telah dibuat olehnya dalam urusan perniagaan itu,
dan juga apa-apa saran yang boleh dibayar kepadanya kerana bertugas sebagai agen.
5.170 memberi hak kepada agen untuk menolak jumlah wang yang diterimanya bagi pihak prinsipal
itu untuk pembayaran perkara-perkara berikut:

12
i. Semua wang yang terhutang padanya berkaitan dengan pendapatan atau perbelanjaan wajar
yang telah dibuatnya dalam menjalankan tugas.
ii. Komisen atau ganjaran yang sepatutnya diterima oleh agen setelah selesai menjalankan tugas
sebagai agen.
S.174 AK 1950: Agen berhak untuk menyimpan harta-harta atau dokumen-dokumen penting
kepunyaan prinsipal sehinggalah dibayar upah atau ganjaran untuk tugas yang dilaksanakannya.
Hak agen untuk menyimpan atau menahan barang prinsipal ini disebut sebagai hak lien.

Kes: Parker (Harry) Ltd lwn Mason

KM: Untung yang diperoleh melalui pertaruhan lumba hendaklah diserahkan kepada prinsipal
sekiranya kontrak agensi antara agen dan prinsipal tidak menyalahi undang-undang (Inggeris).
6. Menghubungi prinsipal untuk mendapatkan arahan lanjut.

S.167 AK 1950: Adalah menjadi kewajipan seorang agen, dalam masa kesusahan, menggunakan
segala usaha yang munasabah untuk berhubung dengan prinsipalnya, dan dalam soal untuk
mendapatkan arahan-arahannya.
Agen mesti berusaha sedaya mungkin untuk menghubungi prinsipal dan untuk mendapatkan arahan
lanjut daripada prinsipal apabila berlaku kesukaran atau kecemasan.
Jika agen telahpun berusaha sedaya mungkin, tetapi tidak dapat menghubungi prinsipal dan atas
tujuan untuk menyelamatkan harta / brang-barang prinsipal yang berada di bawah jagaannya
(terutamanya barang-barang yang mudah rosak), maka agen bolehlah bertindak mengikut budi
bicara / kebijaksanaannya sendiri.
5.142 AK 1950: Seseorang agen ada kuasa, dalam darurat, untuk melakukan semua tindakan
yang berkenaan untuk tujuan melindung ketuanya daripada kerugian sebagaimana akan
dilakukan oleh seseorang berhemat biasa, dalam kesnya sendiri, di bawah hal keadaan yang
sama.
7. Tidak mewakilkan tugas atau kuasa kepada orang lain.

Prinsip ini selari dengan maxim delegatus non potest delegare.

Seseorang agen tidak boleh mewakilkan tugasnya atau kuasanya kepada orang lain. Agen yang
dilantik itu sendiri mesti melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.
5.143 AK 1950: Seseorang agen tidak boleh menggaji menurut undang-undang seorang agen
lain untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang mana dia sudah dengan nyata dan termaklum
sanggup melaksanakannya sendiri, melainkan mengikut adat biasa perdagangan seorang agen
kecil boleh, atau, dari segi kedudukan agensi itu, seorang agen kecil mesti diambil bekerja.

13
Keadaan-keadaan yang membenarkan sub agen dilantik:

i. Apabila prinsipal sendiri memberikan persetujuan untuk agen mewakilkan kuasanya kepada orang
lain.
Kes: De Bussche lwn Alt

Prinsipal telah melantik seorang agen di China supaya menjual kapal pada harga yang tertentu. Agen
tersebut tidak dapat menjual kapal itu dan dia mendapat kelulusan prinsipal bagi melantik sub agen
untuk menjual kapal itu di Jepun.
KM: Perwakilan itu dibenarkan kerana terdapat persetujuan nyata oleh prinsipal.

ii. Sekiranya tindakan pihak-pihak menyebabkan anggapan bahawa agen perlu mempunyai kuasa
mewakilkan kuasanya.
iii. Apabila timbul keadaan darurat atau kecemasan yang tidak dijangkakan.

iv. Jika tindakan yang hendak dilakukan itu adalah semata-mata tugas pengurusan atau perkeranian
yang tidak melibatkan kebijaksanaan atau budi bicara.
Kes: John Mc Cann & Co lwn Pow

Seorang agen telah mewakilkan kuasanya kepada sub agen dalam penjualan rumah
prinsipalnya.
KM: Agen tersebut tidak berhak mendapat komisen. Perwakilan kuasa itu tidaklah atas
bidang tugas pengurusan semata-mata, tetapi tugas penjualan rumah itu bergantung kepada
kebolehan peribadi seseorang bagi mendapatkan harga paling baik untuk prinsipalnya.
8. Tidak mendedahkan maklumat rahsia atau dokumen sulit prinsipal.

Agen bertanggungjawab untuk memastikan maklumat rahsia dan dokumen sulit prinsipal tidak
didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga terutamanya mereka yang merupakan pesaing kepada
pihak prinsipal.
Kegagalan agen untuk mematuhi kewajipan ini merupakan suatu pecah amanah.

Kes: L.S Harris Trustees Ltd lwn Power Packing Services (Hermit Road) Ltd

Kebakaran telah berlaku di gudang kepunyaan defendan. Defendan mengarahkan plaintif untuk
menyediakan tuntutan di bawah polisi insurans kebakaran. Defendan telah menyerahkan beberapa
dokumen yang mengandungi maklumat rahsia tentang polisi insurans kebakaran itu. Defendan
melarang plaintif daripada mengemukakan maklumat tersebut kepada pelanggan defendan.
Pengarah plaintif telah mengingkari larangan dan membocorkan maklumat rahsia kepada pelanggan
defendan.
KM: Perbuatan plaintif sebagai agen yang membocorkan maklumat-maklumat rahsia mengenai polisi
insurans kebakaran milik defendan, memberikan hak kepada defendan untuk menamatkan kontrak
dan menuntut ganti rugi.

14
9. Tidak menerima untung rahsia.

Agen tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk menerima untung rahsia.

Untung rahsia adalah merujuk kepada rasuah atau apa-apa faedah kewangan yang diterima oleh
agen selain daripada komisen atau ganjaran-ganjaran yang sepatutnya diterima dalam kontrak
agensi itu.
Kes: Industries and General Mortgage Co lwn lewis

Untung rahsia = Pembayaran komisen atau ganjaran atau apa-apa faedah kewangan selain daripada
yang diterima oleh agen daripada pihak prinsipal.
S.168 AK 1950: Jika agen memaklumkan mengenai penerimaan tersebut kepada prinsipal dan
prinsipal membenarkan agen mengambil untung berkenaan, agen bolehlah menyimpan untung itu
kerana ia sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Sekiranya agen didapati menerima untung rahsia, dan prinsipal tidak bersetuju mengenainya,
prinsipal mempunyai remedi berikut:
i. Prinsipal berhak membatalkan atau menolak kontrak yang dimasuki oleh agen tersebut
dengan pihak ketiga sekiranya dia merasakan bahawa kontrak itu tidak mendatangkan faedah
baginya (S.168 AK 1950).

ii. Prinsipal boleh menuntut jumlah untung rahsia yang telah diterima oleh agen itu (S.169 AK
1950).

iii.

Kes: Tan Kiong Hwa lwn Andrew S.H. Chong

Plaintif membeli sebuah flat daripada sebuah syarikat. Defendan adalah pengarah dalam syarikat itu.
Plaintif mengarahkan defendan sebagai agen untuk menjual flat itu pada harga RM45,000 tetapi
defendan dapat menjualkannya pada harga RM54,000. Untung sebanyak RM9,000 dikreditkan ke
dalam akaun syarikat. Syarikat itu kemudiannya telah bankrap dan dibubarkan.

KM: Plaintif berhak menuntut RM9,000 daripada defendan kerana defendan telah melanggar
kewajipannya sebagai agen.
iv. Prinsipal berhak untuk tidak membayar komisen agen atau ganjaran lain.

15
Kes: Andrews Iwn Ramsay & Co

Plaintif telah mengarahkan defenden menjualkan hartanya dan berjanji akan membayar komisen
sebanyak £50 jika defendan berjaya menjualkan harta tersebut. Defendan kemudiannya berjaya
mendapatkan pembeli yang kemudiannya membayar £100 sebagai deposit. Defendan menyerahkan
kepada plaintif £50 dan menyimpan £50 lagi sebagai pembayaran komisennya atas persetujuan
plaintif. Plaintif kemudiannya mendapat tahu bahawa defendan telah menerima £20 lagi daripada
pihak pembeli sebagai komisen. Plaintif menuntut defendan mengembalikan komisen £50 yang telah
dibayar itu bersama-sama dengan £20 yang didakwa plaintif sebagai untung rahsia.

KM: Plaintif berhak menuntut kedua-dua jumlah wang tersebut.

v. Prinsipal boleh memecat agen.

Kes: Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Ansel

KM: Agen dipecat daripada tugasnya kerana menerima rasuah.


vi. Prinsipal boleh mendakwa agen dan pihak ketiga yang memberi untung rahsia tersebut dan
menuntut ganti rugi bagi sebarang kerugian yang dialami daripada kontrak itu.

Kes: Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-Operative Housing Society Ltd

Perayu (agen) adalah seorang pengarah dan setiausaha syarikat kerjasama responden (prinsipal).
Syarikat responden telah membeli tanah pada harga RM944,000 daripada seorang penjual yang
terdahulu daripada itu membeli tanah tersebut pada harga RM456,000. Pihak perayu mengetahui
perkara ini, tetapi gagal memberitahu syarikat responden. Selepas penjualan diselesaikan, syarikat
responden mendapat tahu hal tersebut dan juga fakta bahawa pihak perayu telah menerima
RM122,000 sebagai rasuah atau komisen rahsia daripada penjual bagi penjualan tanah tersebut.
KM: Syarikat perumahan itu boleh menuntut sama ada rasuah itu, atau jumlah kerugian sebenar
yang dialami olehnya sebagai hasil daripada memasuki kontrak tersebut.
vii. Prinsipal boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah ke atas agen dan pihak
ketiga yang memberi rasuah itu.
10. Agen mestilah bertindak dengan suci hati dan tidak membiarkan kepentingan peribadi
bercanggah dengan kepentingan prinsipal.

Agen tidak boleh membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan prinsipal.

Agn mesti bertindak semata-mata untuk kepentingan prinsipalnya, bukan untuk kepentingannya.

Bertindak dengan suci hati merujuk kepada keadaan-keadaan berikut:

i. Agen bukanlah pihak yang berurusniaga dengan prinsipalnya.

16
Kes: Armstrong Iwn Jackson

Agen telah diarahkan membeli saham oleh prinsipalnya. Agen telah menjualkan sahamnya sendiri
kepada prinsipal tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
KM: Agen tidak boleh menjadi pihak yang membuat transaksi dengan prinsipalnya.

Kes: Wong Mun Wai lwn Wong Tham Fatt & SL

KM: Defendan pertama telah gagal melaksanakan tugas sebagai agen kepada plaintif kerana dua
sebab:
i. Dia telah menjual sebahagian tanah plaintif dengan harga yang rendah daripada pasaran

ii. Dia menjualkannya kepada defendan kedua (isterinya sendiri), tanpa memberitahu plaintif.
Defendan pertama mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dengan suci hati dalam menjaga
kepentingan plaintif dan tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk mengaut keuntungan
daripada plaintif.
Kes: McPherson lwn Watt

Seorang peguam telah diarahkan oleh prinsipalnya untuk menjual hartanah miliknya. Peguam
tersebut telah menggunakan nama abangnya untuk membeli hartanah tersebut.
KM: Transaksi jual beli hartanah tersebut adalah tidak sah kerana peguam berkenaan telah bertindak
untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukannya untuk kepentingan prinsipalnya. Fakta bahawa
hartanah itu dibeli pada harga yang berpatutan adalah tidak relevan.
S.168 AK 1950: Sekiranya prinsipal mendapat tahu hal ini dan dia tidak bersetuju mengenainya,
prinsipal mempunyai hak untuk membatalkan transaksi itu meskipun agen telah bertindak dengan
tidak mendapat apa-apa keuntungan dalam penjualan tersebut.
ii. Agen tidak sepatutnya bertindak sebagai wakil kepada 2 orang prinsipal sekali gus tanpa
mendapat kebenaran dari kedua-duanya.
Kes: Fullwood lwn Hurley

Agen telah menjadi wakil kepada dua pihak, iaitu plaintif dan pihak ketiga. Agen telah menuntut
bayaran komisen daripada kedua-dua pihak tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.
KM: Agen tersebut telah melanggar tanggungjawab terhadap prinsipal dengan tidak bertindak
dengan suci hati.
iii. Agen dikehendaki memberitahu prinsipal semua perkara yang berkaitan dalam perniagaan
agensi tersebut dan tidak mendedahkan maklumat-maklumat sulit kepada orang lain.
Agen tidak akan membocorkan rahsia yang diamanahkan oleh prinsipal kepadanya.

17
IV. Segala wang atau apa-apa keuntungan yang diterima mesti dimasukkan ke dalam akaun
prinsipal.

Agen tidak boleh mencampurkannya dengan wangnya sendiri.

Kes: Lyell lwn Kennedy

KM: Agen yang telah diamanahkan dengan wang prinsipal adalah sama kedudukannya dengan
seorang pemegang amanah dan terikat untuk menyimpan wang atau harta prinsipal itu berasingan
daripada hartanya sendiri.
S.169 AK 1950: Prinsipal berhak menuntut apa-apa faedah daripada agen yang telah diperolehi
daripada transaksi yang dibuat, meskipun tiada apa-apa kerugian dialami oleh prinsipal.
Tanggungjawab prinsipal terhadap agen

1. Membayar komisen atau lain-lain ganjaran yang telah dipersetujui dalam kontrak agensi setelah
agen selesai menjalankan tugasnya.
S.172 AK 1950: Jika sekiranya tidak ada apa-apa kontrak khas, bayaran bagi pelaksanaan sesuatu
tindakan belum boleh dibayar kepada agen sehingga selesai tindakan itu, tetapi seorang agen boleh
menyimpan wang yang diterimanya mengenai barang-barang yang telah dijual, walaupun semua
barang-barang yang diserahkan kepadanya untuk dijual mungkin belum lagi dijual, ataupun
walaupun jualan belum sebenarnya selesai.
Jumlah upah, ganjaran atau komisen yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada persetujuan yang
dibuat dalam kontrak agensi.
Jika tiada jumlah yang telah dipersetujui, prinsipal mesti membayar agen jumlah yang
munasabah berdasarkan prinsip quantum meruit.
S.173 AK 1950: Seorang agen yang didapati bersalah kerana salah laku dalam perniagaan
agensi tidak berhak menerima apa-apa saraan berkaitan dengan bahagian perniagaan yang dia telah
salah lakukan.

0 Agen tidak berhak menuntut bayaran upah apabila dia telah

membuat salah laku ketika menjalankan tugasnya.

Kes: Andrews lwn Ramsay & Co


KM: Prinsipal tidak perlu membayar komisen kepada agen yang telah menerima rasuah
atau untung rahsia dalam menjalankan tugasnya.
2. Prinsipal tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan
komisennya.

18
Mendapat komisen merupakan hak agen.

Contoh-contoh keadaan di mana prinsipal menyekat atau menghalang agen dengan sengaja
daripada mendapatkan komisennya:
i. Prinsipal menolak kontrak yang dibuat oleh agen.

ii. Prinsipal mengupah agen lain untuk melakukan kerja yang sama dengan agen asal,
semata-mata untuk menghalang agen asal daripada mendapat komisen.
iii. Apabila agen telah dilantik untuk mendapatkan pembeli kepada harta atau barang
prinsipal, tetapi prinsipal sendiri telah mendapatkan pembeli itu.

Kes: Christie, Owen & Davies lwn Rapacioli

Prinsipal melantik agen untuk mendapatkan pembeli bagi hartanya. Agen berjaya
menghubungkan pembeli (pihak ketiga) dengan prinsipal. Pembeli membuat tawaran untuk membeli
dan membuat bayaran pendahuluan serta menandatangani satu salinan kontrak. Prinsipal enggan
meneruskan kontrak, sedangkan pembeli benar-benar mengharapkan prinsipal bersetuju menjualkan
hartanya itu. Agen menuntut bayaran komisen daripada prinsipal.
KM: Agen berhak mendapat komisen itu.

3. Prinsipal akan membayar semua ganti rugi kepada agen di atas tindakan-tindakan yang
dilakukan oleh agen dalam menjalankan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberi oleh prinsipal.
Hak-hak agen untuk menuntut bayaran ganti rugi wujud dalam situasi-situasi berikut:

i. Apabila agen telah menanggung perbelanjaan dan kerugian dalam pelaksanaan tugasnya.

5.175 AK 1950: Majikan kepada seorang agen adalah terikat untuk menanggung rugi kepadanya
akibat semua tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh agen dalam menjalankan kuasa
yang diberikan kepadanya.
Kes: Hichens, Harrison, Woolston & Co. lwn Jackson & Sons

KM: Agen berhak untuk dibayar ganti rugi di atas segala perbelanjaan yang telah
ditanggungnya dalam menjalankan tugas yang diberi dan prinsipal hendaklah membayar semula
wang yang telah didahulukan oleh agen dan menanggung apa-apa kerugian.
ii. Apabila agen telah menyebabkan pihak ketiga mengalami bencana meskipun menjalankan
tugasnya dengan suci hati.
5.176 AK 1950: Apabila seseorang mengambil kerja seorang lain untuk melakukan suatu tindakan,
dan agen itu melakukan tindakan itu dengan niat baik, pihak majikan akan dikenakan tanggungan rugi
kepada agen akibat tindakan itu, walaupun tindakan itu akan menyebabkan kecederaan kepada hak-
hak orang ketiga.

19
Kes: Yeo Tin Sang Iwn Lim Choo kee

KM: Prinsipal adalah bertanggungjawab bersama-sama sekiranya agen telah bertindak dalam bidang
kuasanya tetapi telah menyebabkan kerugian kepada pihak ketiga, meskipun tugasnya dijalankan
dengan niat yang baik.
iii. Agen berhak mendapat pampasan atau ganti rugi sekiranya mengalami kecederaan
disebabkan kecuaian prinsipal atau kurang kemahirannya.
S.178 AK 1950: Prinsipal mesti memberi pampasan kepada agennya sekiranya berlaku kecederaan
kepada agen itu disebabkan oleh pengabaian prinsipal atau kurang kemahiran.
Misalan S.178 AK 1950: A mengambil kerja B, sebagai pemasang batu-bata untuk membina sebuah
rumah dan memasang scaffolding sendiri. Scaffolding itu dipasang tanpa kemahiran. Akibatnya B
tercedera. A mesti memberi pampasan kepada B.
Pengecualian:

S.177 AK 1950: Apabila seseorang mengambil kerja seorang lain untuk melakukan suatu tindakan
yang berupa jenayah, majikan itu tidak boleh dikenakan tanggungan kepada agen itu, sama ada atas
suatu perjanjian nyata atau termaklum, untuk menanggung rugi agen itu daripada akibat tindakan
itu.
Agen tidak perlu patuh kepada arahan prinsipal yang berunsur jenayah. Sekiranya agen patuh, agen
akan bertanggungan sendiri atas perbuatannya itu. Prinsipal tidak akan bertanggungjawab, sama ada
secara nyata atau tersirat, untuk menjamin agen akan akibat perbuatannya itu.
KUASA-KUASA AGEN

Prinsipal hanya akan terikat terhadap tindakan yang dibuat oleh agen sekiranya tindakan agen itu
adalah dalam bidang kuasa yang diberikan oleh prinsipal.

Kuasa agen boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1. Kuasa sebenar (actual authority)

= Kuasa yang diberi oleh prinsipal kepada agen secara perjanjian.

S.139 AK 1950: Kuasa seseorang agen boleh dinyatakan atau termaklum.

Jenis-jenis kuasa sebenar:

i. Kuasa sebenar nyata


= Kuasa sebenar yang diberi oleh prinsipal kepada agen secara nyata sama ada melalui lisan atau
tulisan.

20
5.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-perkataan yang
disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil kesimpulan daripada
hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan biasa urusan, boleh
diambil kira hal keadaan kes tersebut.
Contoh:

(a) Dalam perjanjian bertulis antara A dan B, A sebagai prinsipal melantik B sebagai agennya bagi
memasarkan barangan syarikatnya di Kuala Lumpur. B dikatakan telah dilantik oleh A secara bertulis
iaitu dalam perjanjian, sebagai agen pemasarannya.
(b) A berkata kepada B, "Tolong jualkan kereta Proton Iswara saya ini kepada sesiapa yang
berminat dengan harga tidak kurang daripada RM17,000". A melantik B secara lisan sebagai agen
jualan keretanya.
ii. Kuasa sebenar termaklum / tersirat

= Kuasa sebenar yang boleh diandaikan daripada keadaan-keadaan yang berkaitan atau perlakuan
pihak-pihak atau disimpul daripada benda-benda yang disebut atau bertulis.
5.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-perkataan
yang disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil kesimpulan
daripada hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan biasa
urusan, boleh diambil kira hal keadaan kes tersebut.
Kuasa sebenar boleh disiratkan daripada keadaan-keadaan berikut:

(a) Dalam menjalankan kuasa nyata yang diberikan oleh prinsipal, agen boleh bertindak
dengan menggunakan semua kuasa yang munasabah dan sepatutnya perlu dalam menjalankan
tugas itu.

Contoh:

Prinsipal melantik agen bagi menjual keretanya dan menyerahkan kereta tersebut untuk
disimpan oleh agen.
Kuasa sebenar tersirat: Mana-mana pembeli boleh memandu uji kereta tersebut sebelum membuat
keputusan sama ada ingin membelinya atau tidak.
(b) Berpandukan kepada keadaan-keadaan kes tertentu.

Contoh:

Prinsipal melantik agen untuk membuka kilang kain di Kelantan dengan kos sebanyak
RM250,000.
Kuasa sebenar tersirat: Agen boleh membeli mana-mana kilang kain yang sedia wujud di Kelantan
pada harga yang kurang atau bersamaan dengan RM250,000.

21
(c) Kelaziman atau adat resam perniagaan.

Contoh:

Bank (prinsipal) yang ingin melelong satu hartanah telah melantik pelelong (agen) bagi
tugas itu.

Kuasa sebenar tersirat: Pelelong lazimnya berhak mengeluarkan notis lelong di dalam akhbar,
menampalkan notis atau iklan lelong di pejabat tanah dan balai raya serta menghubungi pembeli-
pembeli yang berminat.
(d) Keadaan dan situasi serta kelakuan pihak-pihak berkenaan.

Contoh:

Prinsipal mengupah agen mengecat rumahnya dengan cat warna putih. Oleh kerana tidak cukup cat
putih, agen menggunakan cat warna kuning air dan prinsipal tidak mempertikaikan warna cat
tersebut apabila kerja mengecat selesai dibuat.
Kuasa sebenar tersirat: Agen berhak menukar warna cat kepada kuning air berdasarkan
perbuatan prinsipal yang menyetujui tindakan agen.
2. Kuasa zahir (apparent authority / ostensible authority

= Kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan dengan agen itu, sungguhpun pada
hakikatnya agen tersebut tidak mempunyai kuasa itu. Undang-undang menganggap prinsipal
terikat walaupun prinsipal tidak memberikan kuasa kepada agen untuk melakukan tindakan
tersebut.
Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan:

i. Apabila prinsipal melalui perkataan yang diucapkannya atau tindakannya mendorong


untuk pihak ketiga mempercayai bahawa agennya diberi kuasa untuk membuat kontrak tertentu
bagi pihaknya.
S.190 AK 1950: Apabila seorang agen, tanpa kuasa, melakukan tindakan-tindakan atau melakukan
obligasi kepada pihak ketiga, bagi pihak prinsipalnya, prinsipal itu adalah terikat dengan tindakan-
tindakan atau obligasi itu jika dia dengan perkataan atau kelakuan, mendorong pihak ketiga itu
mempercayai bahawa tindakan-tindakan dan obligasi itu adalah dalam bidang kuasa agen.

Perbuatan atau kelakuan prinsipal yang diperlihatkan kepada pihak ketiga itu telah mewujudkan
kuasa zahir.

Kuasa zahir adalah berdasarkan kepada representasi yang dibuat oleh prinsipal kepada
pihak ketiga.
Contoh:

A memberitahu B di hadapan C bahawa dia (A) ialah agen C dan C tidak menafikan kenyataan itu.
Sekiranya B menjual barang-barang kepada A, dengan mempercayai bahawa A ialah agen C, maka
B boleh mendakwa C bagi mendapatkan harga barang-barang itu.

22
(ii) Apabila agen sebelum ini mempunyai kuasa untuk mewakili prinsipal tetapi kuasa itu telah
ditamatkan oleh prinsipal dan perkara ini tidak diberitahu atau diketahui oleh pihak ketiga.
Prinsipal bertanggungan bagi semua perbuatan agen yang tergolong di bawah kuasa sebenar dan
kuasa zahir.

KATEGORI PRINSIPAL

1. Prinsipal yang dinamakan (named principal) = Prinsipal yang namanya telah didedahkan kepada
pihak ketiga oleh agen.
2. Prinsipal yang diberitahu (disclosed principal) = Prinsipal yang kewujudannya diberitahu kepada
pihak ketiga oleh agen tetapi pengenalannya tidak didedahkan.
3. Prinsipal yang tidak diberitahu (undisclosed principal) = Prinsipal yang kewujudan dan
pengenalannya tidak didedahkan kepada pihak ketiga semasa kontrak dilakukan. Pihak ketiga hanya
mengetahui pengenalan prinsipal setelah kontrak dibuat.

KESAN KONTRAK YANG DIBUAT OLEH AGEN

1. Agen yang membuat kontrak bagi pihak prinsipal yang dinamakan.

Kaedah am:
S.183 AK 1950: Jika sekiranya tidak ada apa-apa kontrak yang bermaksud sedemikiannya, seseorang
agen tidak boleh dengan sendirinya menguatkuasa kontrak-kontrak yang dibuat olehnya bagi pihak
prinsipalnya, dan tidak juga dia sendiri terikat dengan kontrak-kontrak itu.
0 Agen yang bertindak bagi pihak prinsipal yang dinamakan tidak

akan menanggung apa-apa tanggungan dan tidak memperolehi apa-apa hak.

S.179 AK 1950: Kontrak-kontrak yang dibuat melalui seorang agen, dan obligasi yang berbangkit
daripada tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seorang agen, boleh dikuatkuasakan dalam cara
yang sama, dan akan mempunyai akibat-akibat di sisi undang-undang yang sama seolah-olah
kontrak-kontrak itu telah dibuat dan tindakan-tindakan itu telah dilakukan oleh prinsipal itu sendiri.

Jika agen menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa yang ada

padanya, hanya prinsipal yang boleh mendakwa dan didakwa oleh pihak ketiga.

Pengecualian:

Agen boleh secara peribadi bertanggungjawab dalam keadaan-keadaan berikut:


i. Agen sendiri bersetuju untuk bertanggungjawab di atas kontrak yang dibuat bagi pihak
prinsipalnya.

23
Kes: Ching Yuen Tung Iwn Bep Aketik

Responden dan pihak perayu sememangnya pernah berurusan sebelumnya di mana perayu
meminta responden untuk membuat laporan penilaian berkenaan tanah. Pihak perayu meminta
responden membuat laporan penilaian sebidang tanah yang terletak di Sandakan. Atas permintaan
pihak perayu, satu salinan laporan itu dihantar oleh responden kepada sebuah syarikat di New York
(prinsipal kepada perayu). Apabila responden menuntut bayaran di atas tugas itu, pihak perayu
menyatakan bahawa mereka hanyalah bertindak sebagai agen luar negera pihak syarikat di New
York itu.
KM: Adalah munasabah bagi pihak responden menuntut bayaran daripada pihak perayu. Pihak
perayu telah menyatakan cara pembayaran atas tugas yang dilaksanakan adalah sama seperti urus
niaga sebelumnya iaitu pembayaran dibuat oleh pihak perayu. Tidak pula terdapat kenyataan
bahawa bayaran itu akan dibuat oleh syarikat di New York.
ii. Apabila agen telah membuat perjanjian di atas namanya sendiri.

iii. Apabila agen menandatangani instrumen boleh niaga di atas namanya sendiri tanpa
menjelaskan bahawa dia hanya menandatanganinya sebagai seorang agen.
iv. Apabila agen bertindak melampaui bidang kuasa yang diberikan oleh prinsipal dan kontrak yang
dibuatnya tidak diratifikasikan oleh prinsipal.
v. Sekiranya amalan perdagangan menjadikan agen itu bertanggungjawab.

2. Agen membuat kontrak dengan pihak ketiga tetapi hanya mendedahkan kewujudan
prinsipalnya tanpa memberitahu namanya.
Kaedah am:

S.183 AK 1950: Jika sekiranya tidak ada apa-apa kontrak yang bermaksud sedemikiannya, seseorang
agen tidak boleh dengan sendirinya menguatkuasa kontrak-kontrak yang dibuat olehnya bagi pihak
prinsipalnya, dan tidak juga dia sendiri terikat dengan kontrak-kontrak itu.
0 Agen yang bertindak bagi pihak prinsipal yang diberitahu tidak

akan menanggung apa-apa tanggungan dan tidak memperolehi apa-apa hak.

S.179 AK 1950: Kontrak-kontrak yang dibuat melalui seorang agen, dan obligasi yang berbangkit
daripada tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seorang agen, boleh dikuatkuasakan dalam cara
yang sama, dan akan mempunyai akibat-akibat di sisi undang-undang yang sama seolah-olah
kontrak-kontrak itu telah dibuat dan tindakan-tindakan itu telah dilakukan oleh prinsipal itu sendiri.
Prinsipal mempunyai hak dan tanggungan dalam kontrak yang
dibuat oleh agen.

Pengecualian:

Agen akan bertanggungjawab bersendirian

24
i. apabila kontrak dibuat oleh agen untuk jualan atau belian barang-barang bagi pedagang yang
bermastautin di luar negara. (S.183(a) AK 1950).
ii. apabila agen tidak mendedahkan nama prinsipalnya di dalam situasi di mana prinsipal tidak
boleh didakwa. (S.183(b) & (c) AK 1950).
iii. apabila prinsipal, walaupun namanya didedahkan, tidak boleh didakwa.

Contoh: Prinsipal ialah orang yang tidak sempurna akal / kanak-kanak / duta luar negara.

S.186 AK 1950: Dalam hal apabila seorang agen sendiri bertanggung, seseorang membuat urusan
dengannya boleh menganggap sama ada agen atau prinsipalnya, atau kedua-duanya sekali,
bertanggung.

Dalam keadaan apabila seorang agen sendiri yang menanggung


liabiliti, pihak ketiga boleh menganggap sama ada agen itu atau prinsipalnya atau kedua-duanya
sekali yang bertanggungan.
3. Agen membuat kontrak dengan pihak ketiga dan kewujudan atau identiti prinsipal
langsung tidak diberitahu kepada pihak ketiga.
Pihak ketiga yang membuat kontrak dengan agen yang disangkakan oleh pihak ketiga sebagai
prinsipal, adalah terikat dengan kontrak itu, meskipun selepas kontrak dibuat, pihak ketiga itu
mengetahui perkara sebenar iaitu agen mewakili seorang prinsipal dalam kontrak itu.
i. Hak pihak ketiga

S.186 AK 1950: Dalam hal apabila seorang agen sendiri bertanggung, seseorang membuat
urusan dengannya boleh menganggap sama ada agen atau prinsipalnya, atau kedua-duanya
sekali, bertanggung.
Pihak ketiga boleh mendakwa sama ada agen atau prinsipal atau kedua-duanya sekali.

Kes: Pernas Trading Sdn Bhd lwn Persatuan Peladang Bakti Melaka

Beberapa bahan kimia dan baja telah dipesan oleh responden untuk mereka dan bukannya
bagi pihak prinsipal. Apabila perayu menuntut baki harga barang itu, responden telah
menafikan tanggungan dengan alasan bahawa barang-barang itu dipesan bagi pihak orang
lain.
KM: Responden berkontrak bagi pihak mereka dan sekiranya mereka adalah agen kepada
prinsipal, mereka telah berkontrak dalam cara yang menjadikan mereka bertanggungjawab
secara peribadi.
ii. Hak prinsipal

S.184(a) AK 1950: Jika seorang agen mengikat suatu kontrak dengan seseorang yang tidak
tahu atau tidak ada sebab mengesyaki, bahawa orang itu seorang agen, prinsipalnya mungkin
memerlukan pelaksanaan kontrak itu, tetapi pihak yang lagi satu kepada kontrak itu, seperti
juga prinsipal, mempunyai hak-hak yang sama sebagaimana yang dipunyai oleh agen itu
sekiranya agen itu seorang prinsipal.

25
Prinsipal yang tidak diberitahu boleh meminta pelaksanaan kontrak
itu oleh pihak ketiga walaupun pihak ketiga tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa terdapat
prinsipal.
S.185 AK 1950: Apabila seseorang membuat suatu kontrak dengan seorang lain, tidak tahu atau tidak
mempunyai alasan munasabah mengesyaki yang seorang lagi itu seorang agen, pihak prinsipal, jika
dia memerlukan pelaksanaan kontrak itu, hanya boleh dapat pelaksanaannya tertakluk kepada hak-
hak dan obligasi yang ada di antara agen dengan pihak yang lagi satu kepada kontrak.
0 Hak-hak prinsipal bagi pelaksanaan oleh pihak ketiga, adalah tertakluk kepada hak
dan obligasi yang wujud di antara agen dan pihak ketiga.

Contoh:

A = Penghutang / agen kepada C / penjual perabot milik C B = Pemiutang / pembeli perabot C =

Prinsipal kepada A
A berhutang sebanyak RM1,500 daripada B. A telah menjual perabot yang bernilai RM2,000 kepada
B. B tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa A adalah seorang agen. C tidak boleh memaksa B
untuk membeli perabot itu tanpa menolak hutang A terhadap B.
S.184(b) AK 1950: Jika seorang prinsipal mengenalkan dirinya demikian sebelum kontrak itu selesai,
pihak yang lagi satu kepada kontrak itu mungkin enggan mematuhi kontrak, jika dia boleh tunjukkan
bahawa, jika dia telah tahu siapa prinsipal dalam kontrak, atau jika dia telah tahu bahawa agen itu
bukan prinsipal, dia tidak akan memasuki kontrak itu.

Prinsipal yang memperkenalkan dirinya sebelum kontrak yang


dibuat oleh agen bagi pihaknya dan pihak ketiga itu selesai, tidak boleh menguatkuasakan kontrak
itu sekiranya pihak ketiga dapat membuktikan bahawa identiti prinsipal itu adalah penting kepada
pembentukan kontrak itu.
Contoh:

(a) Sekiranya pihak ketiga mengetahui siapa prinsipal itu sebelumnya, dia mungkin tidak mahu
meneruskan kontrak tersebut.
(b) Jika pihak ketiga mengetahui bahawa agen itu bukan prinsipal, dia tidak akan membuat
kontrak itu.
iii. Hak agen terhadap pihak ketiga

Apabila agen telah bertindak dalam semua transaksi dengan pihak ketiga seolah-olah dia adalah
pihak yang berkontrak dengan pihak ketiga, agen mempunyai hak untuk mendakwa
pelaksanaannya seolah-olah apa yang dilakukan adalah untuk dirinya.

26
S.189 AK 1950: Seseorang dengannya suatu kontrak sudah dibuat berlaku sebagai seorang agen
adalah tidak berhak memerlukan pelaksanaan kontrak itu jika dia sebenarnya berlagak, bukan
sebagai agen, tetapi atas tindakannya sendiri.
0 Sekiranya seseorang dengan salahnya berkontrak dengan seseorang yang lain
sebagai agen, yang mana dalam keadaan yang sebenarnya dia bertindak bagi dirinya sendiri, maka
orang itu adalah tidak berhak menguatkuasakan kontrak itu.

SUB AGEN / AGEN KECIL

5.143 AK 1950: Seseorang agen tidak boleh menggaji menurut undang-undang seorang agen lain
untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang mana dia sudah dengan nyata dan termaklum sanggup
melaksanakannya sendiri, melainkan mengikut adat biasa perdagangan seorang agen kecil boleh,
atau, dari segi kedudukan agensi itu, seorang agen kecil mesti diambil bekerja.
5.144 AK 1950: Seseorang 'agen kecil' ialah seorang diambil kerja oleh, dan bertindak di bawah
kawalan agen asal dalam urusan perniagaan agensi itu.
0 Orang yang dilantik oleh agen disebut sub agen / agen kecil.

Di antara sub agen dan prinsipal, tidak terdapat pertalian kontrak kerana sub agen bukanlah
bertindak di bawah kawalan prinsipal.

Perhubungan di antara agen dan sub agen adalah seperti prinsipal dan agen.

Agen bertanggungan terhadap prinsipalnya dan juga bertanggungan kepada sub agen.

Prinsipal hanyalah mempunyai hak-hak dan tanggungan terhadap agen.


Sekiranya pelantikan sub agen tidak dipersetujui oleh prinsipal, maka agen sendiri yang akan
bertanggungjawab kepada prinsipal dan pihak ketiga bagi segala perbuatan dan salah laku sub agen.
Prinsipal tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan-perbuatan sub agen itu melainkan
prinsipal meratifikasikannya.
Kesan lantikan sub agen:

1. S.145(1) AK 1950: Jika seorang agen kecil dilantik dengan sempurna, prinsipal adalah
diwakilkan oleh agen kecil setakat mengenai orang-orang ketiga, dan adalah terikat dan
bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan seolah-olah dia adalah seorang agen yang pada
mulanya telah dilantik oleh prinsipal.
Sekiranya pelantikan sub agen dipersetujui oleh prinsipal, pihak ketiga adalah terikat dengan
tindakan sub agen, seolah-olah sub agen itu adalah agen prinsipal yang asal. Dengan itu, agen yang
telah melantik sub agen tidak akan bertanggungjawab kepada pihak ketiga bagi apa-apa perbuatan
salah yang dilakukan oleh sub agen itu, kerana prinsipal yang dipertanggungjawabkan, kecualilah
agen itu adalah pihak yang terlibat dalam perbuatan tipuan atau kesalahan yang disengajakan.

27
2. S.145(2) AK 1950: Seseorang agen adalah bertanggungjawab kepada prinsipal kerana tindakan-
tindakan agen kecil itu.
3. S.145(3) AK 1950: Seseorang agen kecil adalah bertanggungjawab atas tindakan-tindakannya
kepada agen, tetapi tidak kepada prinsipal, melainkan dalam perkara frod atau salah sengaja.

0 Sub agen hanya bertanggungan kepada agen. Dalam

perkara-perkara yang dilakukan


olehSub agen yang melibatkan tipuan atau kesalahan-kesalahan yang disengajakan, prinsipal boleh
mendakwa sama ada agen atau sub agen atau kedua-duanya sekali di atas perbuatan itu.
Kes: Hedley Byrne lwn Heller & Partners Ltd

KM: Prinsipal boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang tort ke atas sub agen yang telah
membuat kenyataan yang cuai mengakibatkan kerugian pada prinsipal.

AGEN GANTI

S.147 AK 1950: Jika seorang agen, mempunyai kuasa yang nyata dan termaklum untuk menamatkan
seorang lain untuk mewakili prinsipal dalam perniagaan agensi, menamakan seorang lain demikian,
orang itu bukanlah seorang agen kecil, tetapi seorang agen prinsipal bagi bahagian tertentu
perniagaan agensi yang diamanahkan kepadanya.
0 Apabila agen asal diberi kuasa untuk melantik orang lain sebagai agen kepada prinsipal
bagi sesuatu urusan tertentu sahaja, agen lain itu dinamakan agen ganti. Agen ganti dianggap
sebagai agen kepada prinsipal dan bukannya sub agen kepada agen asal untuk bahagian kerja yang
diamanahkan kepadanya.

Misalan (a) S.147 AK 1950: A mengarahkan B, peguambelanya, untuk menjual estetnya secara lelong
dan mengambil kerja seorang pelelong untuk tujuan tersebut. B, menamakan C, seorang pelelong
untuk menguruskan jualan. C bukanlah seorang agen kecil, tetapi agen A, untuk menguruskan jualan.
S.148 AK 1950: Dalam pemilihan seorang agen tertentu untuk prinsipalnya, seorang agen adalah
terikat untuk menjalankan nilai budi bicara yang sama sebagaimana yang dijalankan oleh seorang
yang berhemat biasa dalam kesnya sendiri. Jika dia berbuat demikian, dia tidak bertanggungjawab
kepada prinsipal bagi tindakan-tindakan atau kecuaian agen yang telah dipilih itu.
Misalan (a) S.148 AK 1950: A mengarahkan B, seorang saudagar, membeli untuknya sebuah kapal. B
mengambil kerja juru ukur kapal yang terkenal untuk memilih sebuah kapal untuk A. Juru ukur itu
membuat pilihan secara cuai dan kapal itu didapati tidak sesuai untuk laut dan tenggelam. Juru ukur
itu adalah bertanggungjawab kepada A dan bukannya kepada B.

28
PENAMATAN HUBUNGAN AGENSI

1. Penamatan agensi melalui tindakan pihak-pihak yang berkenaan

(a) Apabila pihak yang berkenaan (prinsipal dan agen) bersama-sama bersetuju untuk
menamatkan agensi itu.
(b) Apabila prinsipal menamatkan kuasa agen.

S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang
dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.

Agensi boleh ditamatkan oleh prinsipal dengan cara


membatalkan kuasa agen.
S.156 AK 1950: Prinsipal boleh, melainkan sebagaimana
yang diperuntukkan sebaliknya oleh seksyen akhir yang
terdahulu, membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya
pada bila-bila masa sebelum kuasa itu sudah dijalankan
supaya prinsipal terikat dengannya.
Prinsipal bebas menarik balik kuasa agen pada bila-bila masa sebelum kuasa tersebut mula
dilaksanakan.

S.160 AK 1950: Pembatalan dan pelepasan hendaklah ternyata atau termaklum dalam kelakuan
prinsipal atau agen, berasingan.

Pembatalan kuasa agen ini boleh dilakukan oleh prinsipal


sama ada dengan cara yang nyata atau termaklum melalui tindakannya.

S.159 AK 1950: Notis munasabah mesti diberi tentang pembatalan atau pelepasan. Jika tidak,
kerugian yang akan dialami oleh prinsipal atau agen, yang mana yang berkenaan, mestilah dibayar
ganti rugi oleh salah seorang kepada seorang yang lain.
Sekiranya prinsipal hendak membatalkan kuasa agen, notis yang munasabah perlu diberikan.
Kegagalan prinsipal memberikan notis yang munasabah boleh dijadikan alasan oleh agen untuk
menuntut ganti rugi daripada prinsipal.
Notis munasabah tertakluk kepada fakta dan situasi sesuatu kes itu.

Kes: Sohrabji lwn Oriental Security Assurance Co

KM: Dalam perhubungan agensi yang hampir 50 tahun diwujudkan, notis penamatan 3% bulan
dianggap tidak memadai. Notis 2 tahun adalah munasabah dan berpatutan.

29
Ukuran ganti rugi bagi penamatan kuasa agen yang dibuat tanpa notis yang munasabah adalah satu
jumlah yang mungkin diperoleh oleh agen seandainya dia tidak dihalang daripada meneruskan
urusannya.
S.158 AK 1950: Jika ada kontrak nyata atau termaklum bahawa agensi hendaklah diteruskan
urusannya bagi apa-apa tempoh masa, prinsipal mesti membuat pampasan kepada agen, atau agen
membuat pampasan kepada prinsipal, yang mana yang berkenaan, untuk apa-apa pembatalan atau
pelepasan agensi sebelumnya tanpa cukup balasan.

Jika prinsipal menamatkan kontrak agensi sebelum tamat


tempoh, prinsipal hendaklah membayar pampasan kepada agen.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, penamatan kuasa agen oleh
prinsipal boleh disekat atau dikecualikan:
i. Apabila agen mempunyai kepentingan dalam harta yang
berkaitan dengan perkara pokok dalam hubungan agensi itu.
S.155 AK 1950: Jika seorang agen sendiri ada kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan hal
perkara agensi, agensi itu tidak boleh, jika sekiranya tidak ada suatu kontrak ternyata, ditamatkan
dan menjadi mudarat kepada kepentingan itu.
Kes: Smart lwn Sanders

Seorang faktor (agen) diamanahkan untuk menjual barang-

barang prinsipal, telah membuat pembayaran kepada prinsipal terlebih dahulu dengan mendapat
jaminan barang-barang yang ada dalam pemilikannya.
KM: Agensi tidak boleh ditamatkan oleh prinsipal kerana faktor mempunyai kepentingan dalam
barang-barang tersebut apabila telah membuat pembayaran atas jaminan barang-barang itu.
Kes: Firth lwn Firth

KM: Kuasa am seorang faktor (agen) yang mempunyai pemilikan barang-barang prinsipal untuk
jualan kemudian menjual barang-barang itu dengan harga yang sebaik mungkin, maka kuasa
faktor ini tidak boleh dibatalkan Selagi bayaran pendahuluan yang dibuatnya atas jaminan barang-
barang itu masih tidak dibayar.
ii. Apabil agen telahpun menjalankansebahagian daripada tugasnya bagi pihak prinsipal.

S.157 AK 1950: Prinsipal tidak boleh membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya selepas
kuasa itu sudah separuh dijalankan, setakat mana berkaitan dengan tindakan-tindakan dan
obligasi-obligasi yang berbangkit dari tindakan-tindakan yang sudah dibuat dalam agensi.

30
Kes: Read Iwn Anderson

Defendan (prinsipal) telah mengarahkan plaintif (agen komisen lumba kuda), membuat pertaruhan
bagi pihaknya. Plaintif telah membuat pertaruhan dan mengalami kerugian. Secara amalannya, agen
komisen selalu bertaruh atas nama sendiri dan hanya menjadi bertanggungjawab kepada orang yang
membuat pertaruhan dengannya. Sekiranya dia diisytiharkan ingkar disebabkan kegagalan membayar
wang pertaruhan yang kalah itu, dia adalah tertakluk kepada pnyingkiran yang tertentu yang akan
memberikan kesan yang serius kepada perniagaannya.
KM: Defendan tidak boleh membatalkan kuasa plaintif selepas hilang taruhan itu. Defendan perlulah
menanggung rugi plaintif bagi amaun yang telah dibayar, iaitu kepada orang yang telah membuat
pertaruhan dengannya.
iii. Penamatan kuasa agen berkuatkuasa apabila penamatan itu diketahui oleh agen dan pihak
ketiga yang berurusan dengannya.
iv.

S.161 AK 1950: Penamatan kuasa agen tidak, setakat mana berkaitan dengan agen, beri kesan
sebelum penamatan itu diketahui olehnya, atau setakat mana berkaitan dengan orang-orang ketiga,
sebelum penamatan diketahui oleh mereka.
Kes: Pichappa Chitty lwn Haji Lah

KM: Pihak ketiga yang telah membayar wang kepada agen yang dilantik melalui Surat Wakil Kuasa,
tetapi tidak mengetahui kuasa agen itu telah ditamatkan, boleh mengemukakan tuntutan kepada
prinsipal.
Kes: Trueman lwn Loder

KM: Pihak ketiga yang telah berurusan dengan agen tanpa mengetahui tentang pembatalan
kuasanya, berhak untuk menuntut kepada prinsipal atas barang-barang yang telah dibekalkannya.
(c) Apabila agen sendiri yang melakukan penolakan kuasanya.

S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang dihukum
atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
Sekiranya agen mepaskan perniagaan agensi itu, maka tamatlah perhubungan agensi tersebut.

S.160 AK 1950: Pembatalan dan pelepasan hendaklah ternyata atau termaklum dalam kelakuan
prinsipal atau agen, berasingan.
Pembatalan kuasa agen ini boleh dilakukan oleh agen sama ada dengan cara yang nyata atau
termaklum melalui tindakannya.

31
S.159 AK 1950: Notis munasabah mesti diberi tentang pembatalan atau pelepasan. Jika tidak,
kerugian yang akan dialami oleh prinsipal atau agen, yang mana yang berkenaan, mestilah dibayar
ganti rugi oleh salah seorang kepada seorang yang lain.
0 Sekiranya agensi itu tempohnya tidak ditetapkan, agen boleh menamatkan agensi dengan
memberikan notis penamatan yang munasabah kepada prinsipal. Kegagalan agen memberikan notis
yang munasabah boleh dijadikan alasan oleh prinsipal untuk menuntut ganti rugi daripada agen.

S.158 AK 1950: Jika ada kontrak nyata atau termaklum bahawa agensi hendaklah diteruskan
urusannya bagi apa-apa tempoh masa, prinsipal mesti membuat pampasan kepada agen, atau agen
membuat pampasan kepada prinsipal, yang mana yang berkenaan, untuk apa-apa pembatalan atau
pelepasan agensi sebelumnya tanpa cukup balasan.

Sekiranya agensi itu adalah bagi tempoh yang ditetapkan, agen tidak boleh menamatkan agensi
sebelum tamat tempoh tersebut. Jika agen berbuat demikian, agen akan bertanggungan terhadap
prinsipal bagi segala kerugian yang timbul akibat penamatan tersebut.

2. Penamatan hubungan agensi melalui kuat kuasa undang-undang

(a) Pelaksanaan kontrak agensi.

(b)
S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang
dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.

Hubungan agensi ditamatkan apabila selesai tugas-tugas agen atau setelah kontrak agensi itu
terlaksana.
(c) Tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.

Apabila tempoh suatu kontrak agensi itu ditetapkan, sama ada secara nyata atau tersirat, maka
perhubungan agensi ditamatkan apabila sampai tempohnya, meskipun perniagaan agensi belum
selesai, kecuali terdapat peruntukan sebaliknya.
(c) Kematian prinsipal atau agen.

S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang
dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
0 Perhubungan agensi ditamatkan dengan kematian sama ada prinsipal atau agen.

32
Pengecualian:

i. Kematian prinsipal tidak menjejaskan hubungan agensi itu jika agen mempunyai kepentingan
dalam harta berkaitan kontrak agensi itu.
S.155 AK 1950: Jika seorang agen sendiri ada kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan hal
perkara agensi, agensi itu tidak boleh, jika sekiranya tidak ada suatu kontrak ternyata, ditamatkan
dan menjadi mudarat kepada kepentingan itu.
ii. Penamatan disebabkan kematian prinsipal berkuatkuasa apabila kematian itu diketahui oleh
agen.
5.161 AK 1950: Penamatan kuasa agen tidak, setakat mana berkaitan dengan agen, beri kesan
sebelum penamatan itu diketahui olehnya, atau setakat mana berkaitan dengan orang-orang
ketiga, sebelum penamatan diketahui oleh mereka.
iii. Apabila prinsipal mati, agen mestilah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
melindungi dan memelihara harta dan kepentingan yang telah diamanahkan kepadanya.
5.162 AK 1950: Apabila berlaku penamatan agensi disebabkan oleh prinsipal menghadapi mati
atau menjadi tidak sempurna akal, agen itu adalah terikat unruk mengambil, bagi pihak wakil-
wakil bekas prinsipalnya, semua langkah berpatutan untuk perlindungan dan pemeliharaan
kepentingan-kepentingan yang telah diamanahkan kepadanya.

(d) Ketidakwaran prinsipal atau agen.

5.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang
dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
Kes: Yonge lwn Toynbee

KM: Agen adalah bertanggungjawab terhadap pihak ketiga apabila agen bertindak tanpa kuasa
disebabkan prinsipalnya telah manjadi tidak waras.
(e) Kebankrapan atau ketidakmampuan prinsipal untuk menyelesaikan hutang.

5.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen
melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal
atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang
dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
(a) Berlakunya kejadian yang menjadikan kontrak agensi sebagai tidak sah.

(b)

33
Contoh:

i. Berlakunya pindaan ke atas undang-undang yang mengakibatkan tujuan agensi menyalahi


undang-undang.
a. Apabila prinsipal menjadi musuh disebabkan perang yang meletus

Kes: Oxford Realty Ltd lwn Annette

KM: Agensi ditamatkan apabila perkara utama kontrak agensi itu telah musnah atau lenyap.

Kesan kepada pihak ketiga

S.161 AK 1950: Penamatan kuasa agen tidak, setakat mana berkaitan dengan agen, beri
kesan sebelum penamatan itu diketahui olehnya, atau setakat mana berkaitan dengan orang-orang
ketiga, sebelum penamatan diketahui oleh mereka.

0 Penamatan kuasa agen berkuatkuasa apabila penamatan itu diketahui oleh pihak ketiga
yang berurusan dengannya.

34

Anda mungkin juga menyukai