Anda di halaman 1dari 11

POLITEKNIK

KOTA BHARU
UNDANG-UNDANG KOMERSAN
(P2114)

-TUTORIAL 3-

DISEDIAKAN KEPADA
: - Puan Norhayati.

DISEDIAKAN OLEH
: - Siti Norfazilah BT Che Hamid

NO. PENDAFTARAN
: - 04DAT06F578

KELAS
: - CARRY <DAT3B>

SOALAN 1:-
Man meminjam wang daripada ben sebanyak rm1000.00 Dan berjanji akan
membayar balik dua minggu lagi bersama wang tambahan rm100.00 jika
perniagaannya mendapat untung yang baik sepanjang minggu itu. Man telah
membayar balik rm1000.00 kepada ben. Ben ingin mengetahui sama ada beliau
berhak untuk menuntut rm100.00 yang dijanjikan oleh man. Nasihatkan ben.

Isu : samaada ben berhak menuntut wang tambahan yang dijanjikan oleh ben
sebanyak rm100.00.

Prinsip undang-undang :
Seksyen 2(a) – menyatakan apabila seseorang itu telah menunjukkan
kesanggupan kepada orang lain akan kesanggupannya untuk membuat sesuatu
daripada membuat sesuatu dengan tujuan untuk mandapatkan persetujuan
orang lain tentang perbuatan atau penahanan tersebut maka ia dikatakan
telah membuat satu cadangan.
Seksyen 9 – tawaran boleh dibuat sama ada dengan cara lisan atau tersurat.

Kes Rujukan :- Guthing vs Lynn.


Lynn menawarkan untuk membeli kuda daripada Guthing dengan syarat
jika kuda itu mendatangkan nasib yang baik kepadanya, ia akan
membuat bayaran tambahan kepada guthing sebanyak 5 pound lagi.
KM : syarat tersebut terlalu kabur untuk dijadikan satu kontrak
yang mengikat.

Hubungkait :-
Dalam kes ini, perjanjian yang telah dibuat oleh man untuk membayar wang
tambahan sebanyak RM100.00, jika beliau mendapat untung yang baik
sepanjang minggu itu kepada ben terlalu kabur untuk menjadikan kontrak
terikat diantara mereka.
Mengikut prinsip, sebarang perjanjian yang dibuat mestilah jelas dan
muktamad dan terperinci bagi mengelakkan sebarang keraguan. Sebarang
pernyataan yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut tidaklah merupakan satu
tawaran. Jadi, mengikut kes ini, tawaran itu terlalu kabur dan tidak
muktamad.
Merujuk kepada kes Guthing vs Lynn. Penawaran yang dibuat oleh Lynn untuk
membayar wang tambahan sebanyak 5 pound jika kuda itu mendatangkan
nasib yang baik kepadanya adalah kabur dan tidak muktamad. Dan mahkamah
memutuskan bahawa syarat tambahan itu terlalu kabur dan tidak dapat
dijadikan kontrak yang mengikat.
Begitu juga dengan kes man, perjanjian yang dibuat oleh man untuk menbayar
wang tambahan adalah kabur dan tidak muktamad. Ia tidak dapat dijadikan
kontrak yang mengikat dan perjanjian tambahan itu tidak dapat dikuat
kuasakan oleh undang-undang.

Kesimpulan :- ben tidak berhak untuk menuntut wang tambahan yang


dijanjikan oleh ben sebanyak RM100.00 kerana syarat yang diberikan terlalu
kabur dan tidak muktamad dan ia tidak dapat dikuat kuasakan olwh undang-
undang. Tawaran yang diberikan adalah tidak sah.

SOALAN 2.
Maya sedang membeli belah di pasaraya moon. Dia memilih 4 pasang baju dari
rak pasaraya lalu meletakkannya ke dalam bakul. Apabila menghampiri kaunter
pembayaran, maya menyedari bahawa dia telah terlupa membawa duit Dan
cuba meletakkannya di tempat asal baju-baju tersebut. Pengurus pasaraya,
encik mud menahannya Dan mendakwa maya telah terikat untuk membeli
baju-baju tersebut. Encik mud telah memaksa maya untuk menbayar harga
baju-baju tersebut. Nasihatkan encik mud.

Isu :- Samaada wujud kontrak diantara maya dengan pihak Pasaraya Moon.

Prinsip undang-undang :-
pelawaan adalah satu ajakan untuk membuat tawaran dan seterusnya
mengikat kontrak. Pelawaan cadangan digambarakan dalam keadaan
seperti PAMERAN BARANG-BARANG DI KEDAI LAYAN DIRI.
Kontrak tidak wujud dalam cara ini sekirannya penerima dan pembeli
tidak menyatakan persetujuan untuk membeli dan pencadang atau
penjual bersetuju dengan tindakan penerima.

Kes Rujukan :-
Pharmaceutical Society Of Great Britain Vs Boots Cash Chemist.
Barang yang sudah siap dibungkus dan diletakkan harga dipamerkan
dalam sebuah kedai layan diri. Penjualan barang tersebut dikawal di
bawah akta ubat dan racun 1933. persoalannya samaada pemeran
barang-barang tersebut merupakan satu tawaran ataupun pelawaan
untuk membuat tawaran.
Km: pebuatan pemilik kedai mempamerkan barang-barang tersebut
adalah satu pelawaan sahaja. Apabila pelanggan membawa barang itu ke
kaunter juruwang untuk membuat pembayaran, tawaran oleh pelanggan
tersebutboleh diterima atau boleh ditolak oleh pekedai.

Hubungkait :-
Dalam kes ini, maya belum membuat pembayaran kepada juruwang
kerana terlupa membawa duit bersama. Ini bermakna penjual belum mendapat
apa-apa bayaran sebagai tanda penerimaan terhadap tawaran maya.
Mengikut prinsip, kontrak hanya akan wujud apabila pembeli membayar
kepada penjual dan penjual membuat penerimaan ataupun persetujuan.
Merujuk kepada kes pharmaceutical society of great britain vs boots
cash chemist. Pelawaan tidak boleh dianggap telah wujud kontrak. Tindakan
mempamerkan barang yang sudah siap dibungkus adalah pelawaan semata-
mata dan masih belum wujud kontrak. Dalam kes ini juga menyatakan bahawa
apabila pelanggan membawa barang itu ke kaunter dan membuat pembayaran
dan pembayaran itu diterima di kaunter pembayaran barulah dianggap wujud
kontrak.
Begitu juga dengan kes maya. Maya belum membuat pembayaran dan
maya berhak untuk membatalkan pembelian baju tersebut.

Kesimpulan :-
Tidak wujud kontrak diantara pasaraya Moon dengan maya dan maya
tidak terikat untuk membayar harga baju tersebut.

SOALAN 3 :-
Ami menawarkan sebidang tanah kepada bibi. Harga bagi tanah tersebut
belum lagi dapat ditentukan. Bibi terus membuat persetujuan. Sebulan
kemudian, ami menyatakan harga tanah tersebut ialah RM170,000.00. bibi
tidak mahu membelinya dengan alasan harga tanah tersebut terlalu mahal.

Isu :- Samaada Bibi telah terikat dengan ami untuk membeli tanah yang ingin
dijual oleh ami.

Prinsip undang-undang :-
Kes rujukan :-

Hubungkait :

Keputusan mahkamah :-
POLITEKNIK
KOTA BHARU
UNDANG-UNDANG KOMERSAN
(P2114)

TUTORIAL 4

DISEDIAKAN KEPADA
: - Puan Norhayati.

DISEDIAKAN OLEH
: - Siti Norfazilah BT Che Hamid

NO. PENDAFTARAN
: - 04DAT06F578

KELAS
: - CARRY <DAT3B>

SOALAN 1:-
Seha telah memasuki Pasaraya Maju. Seha telah meletakkan satu set pinggan mangkuk ke
dalam troli. Setelah membayar harga pinggan mangkuk tersebut, seha ingin membatalkan
pembeliannya kerana menyedari harga barang tersebut lebih mahal daripada harga di kedai
berhampiran pasaraya maju. Jurujual mangatakan bahawa kontrak telah wujud.

Isu : samaada seha boleh membatalkan pembelian yang dibuat olehnya


dengan pihak pasaraya maju.

Prinsip undang-undang :-

Kes rujukan :-

Hubungkait :-

Keputusan Mahkamah :-
seha tidak boleh membatalkan pembelian yang dibuatnya kerana telah wujud
kontrak di antara seha dengan pasaraya Maju.
SOALAN 2.
Suzi telah menbuat tawaran kepada zana untuk menjual pasu bunga antiknya
dengan harga RM300.00 pada 1/11/2007. cadangan tersebut terbuka
sehingga 10/11/2007. suzi membatalkan cadangan tersebut dengan mengirim
surat pembatalan pada 4/11/2007. surat pembatalan itu sampai kepada zana
pada 7/11/2007. zana tidak membuat apa-apa penerimaan terhadap cadangan
suzi. Berdasarkan situasi tersebut, nasihatkan suzi.

Isu : samaada wujud kontrak diantara suzi dengan zana.

Prinsip undang-undang :-
elemen asas kontrak ;- cadangan, penerimaan,balasan,
niat,keupayaan,kerelaan bebas dan keesahan kontrak.
S2(a) cadangan merupakan satu akuanjanji oleh satu pihak kepada pihak yang
lain bahawa dia akan melakukan sesuatu@ menahan diri daripada melakukan
sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menerima atau mematuhi sepenuhnya
segala syarat yang disebutkan oleh pihak yang menbuat janji itu.
S2(b) tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk
menjalin suatu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.

Kes rujukan :-

Hubungkait :-
Keputusan mahkamah :

SOALAN 3:-
Hana mampunyai bukti yang kukuh terhadap rakan karibnya Joe yang telah menyalahgunakan
wang berjumlah RM20,000.00 yang diamanahkan oleh firma Den & Rakan-Rakan. Hana kecewa
dengan perbuatan Joe, telah mengancam untuk mandakwa joe kecuali bapa joe, encik kahar
membayar balik wang sebanyak RM20,000.00 dan dimasukkan ke dalam akaun firma Den &
Rakan-Rakan.
Untuk menyelamatkan maruah anaknya, Encik Kahar berjanji secara bertulis untuk membayar
RM20,000.00 kepada Firma Den & Rakan-Rakan. Setelah dua bulan berlalu, Encik Kahar
masih belum menunaikan janjinya. Hana mendakwa kontrak telahpun wujud. Nasihatkan Encik
Kahar berdasarkan undang-undang kontrak.

Isu :- Samaada Encik Kahar terikat untuk membayar RM20,000.00 kepada


Firma Den & Rakan-Rakan bagi pihak anaknya.

Prinsip undang-undang :-
S16(1) Suatu pihak didorong oleh pengaruh tak berpatutan, di mana pertalian
kedua belah pihak adalah sedemikian rupa sehingga satu pihak adalah dalam
kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang kain dan menggunakan
kedudukan itu untuk memperolihi faedah tak saksama ke atas pihak yang lain.
S20 : suatu kontrak yang disebabkan oleh PTB, mempunyai pilihan samaada
untuk membatalkannya.
S19 Pihak yang tidak bersalah atau teraniaya dengan salahnyataan boleh
memilih sama ada
(a)membatalkan kontrak serta merta.
(b)menerima kontrak yang dibuat atas pernyataan yang salah itu dan ia terus
berkuat kuasa seolah-olah tiada salahnyataan pernah berlaku.

Kes Rujukan :- Kaufman Vs Gerson.


G telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh K. K
kemudian mengancam mengambil tidakan undang-undang terhadap G kecuali
isteri G sanggup membayar semula wang yang disalahgunakan itu isteri G
telah besetuju untuk membayar semula wang itu demi menjaga nama
suaminya.
KM:- kontrak yang dibuat diantara isteri G itu tidak boleh dikuatkuasakan
terhadapnya kerana tiada kerelaan bebas dipihaknya.
Hubungkait :-

Keputusan mahkamah :- encik kahar boleh untuk tidak membayar wang


tersebut kerana tiada kerelaan bebas dipihaknya kerana keputusannya
dipengaruhi dengan hubungan yang terjalin diantara joe. Ia merupakan
kontrak boleh batal.
Mengikut prinsip,

Anda mungkin juga menyukai