Anda di halaman 1dari 19

BDEK1103

SOALAN 1

a) Definisikan maksud pasaran. (2m)

Pasaran bermaksud tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui


proses pembelian dan penjual antara pembeli dan penjual secara langsung atau tidak
langsung.

b) Terangkan TIGA soalan ekonomi asas di dalam proses membuat keputusan


disebabkan oleh kekurangan. (6m)

i) Apakah jenis barang dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan?

Masalah ini wujud disebabkan sumber-sumber ekonomi yang terhad berbanding


kehendak manusia yang tidak terhad. Oleh itu, manusia perlu membuat pilihan
tentang barangan yang hendak dikeluarkan dan barang yang dikeluarkan perlulah
merupakan kehendak dan dapat memberi kepuasan kepada manusia. Manusia akan
mengeluarkan barang yang mempunyai permintaan supaya dapat memaksimumkan
keuntungan.

Kehendak individu atau masyarakat adalah tidak terbatas tetapi faktor-faktor


pengeluaran adalah terbatas. Akibatnya masyarakat haruslah membuat pilihan yang
tepat. Tujuan membuat pilihan ini adalah supaya faktor-faktor pengeluaran yang
tersedia dapat menghasilkan barang yang dapat memberikan kepuasan yang paling
maksimum kepada masyarakat. Untuk mengatasi masalah ini, pengeluar harus melihat
kepada jumlah permintaan. Sekiranya permintaan tinggi, pengeluaran akan
ditingkatkan dan sebaliknya. Oleh itu, pengeluar harus membuat keputusan yang tepat
tentang pengeluaran barang supaya tidak wujud lebihan atau pengurangan. Jumlah
sesuatu barang yang hendak dikeluarkan juga bergantung kepada faktor pengeluaran
yang dimiliki.

Maka bagi mengatasi masalah asas yang utama ini, individu atau masyarakat harus
memikirkan dua perkara seperti berikut:
 Menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang mesti dikeluarkan
0
BDEK1103
 Menentukan jumlah keluaran dari setiap jenis barang yang akan dikeluarkan

ii) Bagaimana barang tersebut akan dikeluarkan?

Masalah ini merujuk kepada teknik pengeluaran. Pengeluaran harus melibatkan


faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan supaya dapat
meminimumkan kos dan mendapatkan keuntungan paling maksimum. Terdapat dua
jenis teknik pengeluaran iaitu intensif buruh atau modal. Pengeluar akan memilih
teknik yang paling murah serta efisien. Demi membuat keputusan sama ada
menggunakan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih buruh atau cara dimana
modal yang banyak dan teknologi paling moden digunakan, seorang pengusaha
haruslah membuat pertimbangan ke atas beberapa perkara seperti ciri-ciri permintaan
ke atas barang yang memerlukan upah buruh, kadar bunga dan harga mesin serta
peralatan perkilangan lainnya. Jika harga buruh lebih murah, maka pengeluaran akan
memilih kaedah berintensifkan modal, sebaliknya jika harga buruh lebih murah maka
pengeluaran akan memilih kaedah berintensifkan buruh. Disamping itu, pengusaha
tersebut juga harus menentukan penempatan perusahaan yang ditubuhkan iaitu
misalnya terletak di bandar atau di luar bandar, atau sama ada dekat kepada pembeli
atau dekat kepada bahan mentah yang diperlukannya.

iii) Untuk siapa barang tersebut dikeluarkan?

Pengagihan barang bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli
masyarakat. Kebiasaannya, pengeluar akan mengeluarkan barang kepada golongan
yang mampu membayarnya. Ini bermaksud, golongan berpendapatan tinggi akan
menikmati jumlah barang yang lebih banyak manakala golongan berpendapatan
rendah akan menikmati jumlah barang yang sedikit. Tenaga buruh menerima upah,
pemilik modal menerima pembayaran sewa. Dengan demikian keputusan pengeluar-
pengeluar dalam menyelesaikan masalah “Bagaimana” barang-barang akan
dikeluarkan, akan menimbulkan suatu corak pengagihan pendapatan. Ini bermakna,
apabila pengeluar-pengeluar menentukan jenis-jenis faktor pengeluaran yang
digunakannya, maka mereka akan bahagian untung dan bunga dan pemilik bangunan
dan tanah menerima menentukan pengagihan pendapatan faktor berbagai jenis faktor
pengeluaran.
1
BDEK1103

c) Bincangkan sebab-sebab mengapa pasaran gagal dan bagaimana ia boleh


dielakkan. (6m)

Pasaran bebas biasanya akan menghasilkan satu corak agihan dan penggunaan sumber-
sumber ekonomi yang dipercayai paling cekap. Tetapi kebebasan yang diberi kepada
sistem pasaran ini telah menatijahkan masalah monopoli yang seringkali menghasilkan
ketidakcekapan teknikal dan ekonomi. Apabila prestasi pasaran dianggapkan telah cacat
maka ia dikenali sebagai kegagalan pasaran.

Antara faktor-faktor kegagalan pasaran adalah:

i. Ketidakcekapan peruntukan sumber


 Kekurangan barangan awam
Barangan awam tidak mendatangkan keuntungan yang banyak kepada
pengeluar. Maka, dalam sistem pasaran bebas yang sentiasa bermotifkan
keuntungan persendirian, barang awam kurang dikeluarkan. Hanya golongan
berpendapatan tinggi yang diberi perhatian kerana lebih banyak barang mewah
dikeluarkan. Kesannya, golongan miskin akan tertindas kerana mereka
terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.
 Kesan eksternaliti (luaran)
Eksternaliti negatif ialah kesan sampingan negatif yang dialami masyarakat
akibat aktiviti pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan
misalnya kesan pencemaran alam sekitar. Oleh kerana matlamat individu
adalah memaksimumkan kepuasan dan matlamat firma adalah untuk
memaksimumkan keuntungan semata-mata maka kebajikan masyarakat akan
terabai.
 Kewujudan monopoli
Dalam pasaran monopoli, kebiasaannya barang akan dijual pada harga yang
lebih tinggi, manakala kuantiti barang yang dijual adalah terhad. Harga barang
yang tinggi menyebabkan pengguna ditindas dan kepuasan maksimum tidak
dapat dicapai disebabkan pilihan pengguna terhad.

2
BDEK1103
 Maklumat yang tidak sempurna
Kegagalan maklumat bermaksud bahawa barang-barang merit tidak dihasilkan
sementara barang-barang demerit lebih banyak dihasilkan atau terlalu banyak
digunakan. Pengetahuan yang tidak sempurna dikalangan pengguna
menyebabkan penjual berupaya memanipulasi pasaran.

ii. Ketidakstabilan ekonomi


 Inflasi
Mekanisma pasaran bergantung kepada interaksi permintaan dan penawaran
yang sentiasa turun naik. Oleh itu, keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan
wujud kenaikan tingkat harga secara umum. Ekonomi akan mengalami
masalah inflasi.
 Pengangguran
Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan penawaran
yang sentiasa turun naik. Oleh itu, keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan
wujud kejatuhan dalam tingkat harga, output dan permintaan. Ekonomi akan
mengalami masalah deflasi dan berlaku pengangguran.
 Imbangan pembayaran
Imbangan pembayaran akan mengalami deficit apabila permintaan terhadap
barang import melebihi daripada jumlah barang yang di eksport. Defisit dalam
imbangan pembayaran yang berterusan akan menyebabkan ketidakstabilan
ekonomi.

iii. Corak agihan pendapatan yang tidak setara


Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara
golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah. Golongan yang kaya semakin
kaya kerana memiliki sumber yang lebih banyak dan mempunyai kuasa beli yang
tinggi. Manakala golongan berpendapatan rendah memiliki sumber yang terhad
dan mempunyai kuasa membeli yang rendah.

3
BDEK1103
Kegagalan pasaran boleh dielakkan dengan;

i. Dasar kawalan harga

Dasar harga maksimum merupakan dasar penetapan tingkat harga pasaran yang
lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Ia merupakan tindakan
kerajaan menetapkan had maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang
bagi tujuan menjaga kebajikan pengguna.

Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih
tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Tindakan kerajaan
menetapkan had minimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bertujuan
menjaga kebajikan pengeluar.

ii. Cukai dan Subsidi

Cukai jualan yang dikenakan oleh kerajaan akan menyebabkan kos pengeluaran
pengeluar meningkat. Kesannya, sebahagian beban cukai tersebut dipindahkan
kepada pengguna. Kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar
mengurangkan penawaran.

Subsidi ialah pemberian kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos


pengeluaran dan harga. Kesannya, kos pengeluaran akan berkurangan
menyebabkan pengeluar akan menambahkan keluaran.

SOALAN 2

a) Definisikan keseimbangan harga dan keseimbangan kuantiti dengan satu


gambarajah yang sesuai. (6m)

Terma keseimbangan digunakan untuk menerangkan keadaan di mana semua pemboleh


ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan untuk berubah.
Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya penentu permintaan atau penawaran
berubah.
4
BDEK1103

Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengan kehendak
penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada
harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagai keseimbangan kuantiti dan
keseimbangan harga.

Harga

D S

E
Pe

S D
Kuantiti
Qe

Rajah 1

Keluk permintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula
bercerun positif. Di dalam Rajah 1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang
sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E dimana titik E ini dikenali sebagai titik
keseimbangan, manakala Pe dan Qe mewakili harga keseimbangan dan kuantiti
keseimbangan.

b) Fungsi permintaan untuk ais krim kon ialah P = 800 – 2Q, dan fungsi penawaran ais
krim kon ialah P = 200 + 1Q.

Harga kon adalah dinyatakan dalam sen, dan kuantiti dinyatakan dalam kon sehari.

i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. (6m)

Persamaan permintaan dan penawaran bagi ais krim kon diberikan seperti yang
berikut:

5
BDEK1103
P = 800 – 2Q
P = 200 + 1Q

Dimana P = harga ais krim kon (RM), Q = kuantiti ais krim kon (unit)

Dengan menggunakan persamaan permintaan dan penawaran (Qd = Qs), kita boleh
mendapatkan harga dan kuantiti keseimbangan seperti berikut:

Qd = Qs
800 – 2Q = 200 + 1Q
800 – 200 = 1Q + 2Q
600 = 3Q
Q = 200

P = 800 – 2Q P = 200 + 1Q
P = 800 – 2(200) P = 200 + 1(200)
P = 800 – 400 P = 200 + 200
P = 400 P = 400

Maka harga keseimbangan adalah 400 dan kuantiti keseimbangan adalah 200.

ii) Lakar keluk dan tunjukkan harga dan kuantiti keseimbangan mengikut
jawapan dalam (i). (2m)

persamaan 1 : P = 800 – 2Q
persamaan 2 : P = 200 + 1Q

6
BDEK1103

Berdasarkan kuasa permintaan dan penawaran di pasaran, titik keseimbangan pasaran


E ditentukan, bermakna tingkat harga dan kuantiti keseimbangan pasaran masing-
masingnya ditentukan pada harga RM400 dan 200 unit (kon).

iii) Apakah yang akan berlaku di dalam pasaran jika harga pasaran adalah lebih
rendah daripada harga keseimbangan? Terangkan. (4m)

Mekanisme pasaran melibatkan interaksi di antara kuasa permintaan dan kuasa


penawaran di pasaran yang menentukan tingkat harga dan kuantiti barang di pasaran.
Berdasarkan mekanisme pasaran, tingkat harga dan kuantiti keseimbangan pasaran
ditentukan berasaskan titik keseimbangan pasaran, iaitu apabila kuantiti permintaan
adalah sama dengan kuantiti penawaran di pasaran.

Sekiranya harga pasaran adalah lebih rendah daripada harga keseimbangan, wujud
lebihan permintaan di pasaran. Mekanisme pasaran akan membetulkan lebihan
permintaan dengan kenaikan harga sehingga harga dan kuantiti di pasaran mencapai
keseimbangan berdasarkan titik E.

7
BDEK1103
SOALAN 3

a) Apakah keanjalan? (3m)

Keanjalan boleh didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti
kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya (seperti
harga atau pendapatan).

Secara amnya, nilai keanjalan diperoleh melalui formula berikut :

Terdapat beberapa sebab kenapa keanjalan diukur dengan peratus perubahan:

 Keanjalan membolehkan perbandingan dibuat terhadap perubahan dua subjek yang


diukur dalam unit yang berbeza.
 Boleh mengelakkan masalah penentuan saiz unit yang digunakan; dan
 Perubahan mutlak tidak dapat menerangkan sama ada sesuatu perubahan itu penting
atau tidak. Ia hanya boleh diketahui sekiranya kita diberi nilai asal.

Konsep keanjalan boleh diaplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna.
Contohnya, firma boleh menggunakan konsep ini untuk menentukan penggunaan sumber
pengganti apabila harga input meningkat. Sekiranya kos modal meningkat, firma boleh
menggantikan modal dengan buruh tetapi kadar pertukaran akan ditentukan oleh nilai
keanjalan.

b) Terangkan jenis-jenis keanjalan. (10m)

Terdapat empat jenis keanjalan yang biasanya digunakan iaitu keanjalan permintaan
harga, keanjalan penawaran harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan
permintaan silang.

8
BDEK1103
i. Keanjalan Permintaan Harga

Keanjalan permintaan mengukur respons kuantiti diminta bagi sesuatu barangan


terhadap perubahan harga barangan tersebut. Ia diukur melalui peratus perubahan
dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga sebanyak satu peratus.
Ukuran ini tidak memiliki sebarang unit.

Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula berikut :

Jika peningkatan harga sebanyak 10 peratus akan menyebabkan kuantiti diminta


berkurangan sebanyak 20 peratus, maka keanjalan permintaan harga adalah -20% /
10% = -2.

Keanjalan titik mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk manakala
keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas keluk yang sama.
Nilai keanjalan boleh dikira menggunakan dua kaedah iaitu kaedah keanjalan titik dan
kaedah keanjalan lengkuk atau titik tengah.

Formula keanjalan titik adalah seperti berikut:

di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala P0 harga asal
dan P1 harga baru. Simbol ∆ digunakan untuk mewakili perubahan.

Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan purata antara dua titik di atas keluk yang
sama. Formulanya adalah seperti berikut:

9
BDEK1103

Secara amnya, keanjalan boleh digambarkan melalui bentuk keluk permintaan.


Namun, nilai keanjalan adalah berbeza-beza bagi setiap titik di atas keluk yang sama
kecuali dalam tiga kes: keluk mendatar, keluk menegak dan keluk berbentuk
hiperbola.

Jadual dibawah merumuskan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan
bentuk keluk permintaan.

Tahap keanjalan permintaan harga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk:
 Bilangan barangan pengganti
 Nisbah bajet
 Masa
 Bilangan kegunaan barangan

ii. Keanjalan Permintaan Silang

Keanjalan permintaan silang mengukur sensitiviti permintaan sesuatu barangan


terhadap perubahan harga barangan yang lain iaitu barangan pengganti dan barangan
penggenap. Ukuran ini membolehkan kita untuk membuat ramalan tentang perubahan
permintaan sesuatu barangan disebabkan oleh perubahan harga barangan yang lain.
Keanjalan silang diukur dengan:

10
BDEK1103

Nilai keanjalan silang boleh dikira dengan formula keanjalan titik:

Atau dengan formula keanjalan lengkuk:

Sebagai contoh, keanjalan silang antara roti dan mentega adalah negatif kerana roti
dan mentega adalah barang penggenap kepada satu sama lain. Sebaliknya, keanjalan
silang antara mentega dan marjerin adalah positif kerana kedua-dua barangan ini
adalah pengganti antara satu sama lain. Keanjalan silang antara mentega dan kasut
pula adalah sifar kerana kedua-duanya tiada kaitan antara satu sama lain.

Semakin tinggi tahap penggantian antara dua barangan, semakin tinggi nilai keanjalan
yang diperoleh. Begitu juga dengan barangan penggenap, semakin hampir dua
barangan sebagai penggenap kepada satu sama lain, semakin tinggi nilai keanjalan.
Nilai positif dan negatif yang tinggi menunjukkan sejauh mana kesan perubahan harga
sesuatu barangan memberi kesan kepada permintaan barangan yang lain.

Firma boleh mengaplikasikan konsep keanjalan silang ini untuk tujuan perancangan
dan mengenal pasti kesan perubahan harga barangan pesaing mereka kepada barangan
mereka.

iii. Keanjalan Permintaan Pendapatan

Pendapatan adalah penentu utama dalam peralihan keluk permintaan. Oleh itu,
keanjalan permintaan pendapatan mengukur tahap sensitiviti permintaan terhadap
11
BDEK1103
perubahan pendapatan. Keanjalan permintaan pendapatan atau keanjalan pendapatan
adalah ukuran yang membolehkan kita menganggar perubahan permintaan apabila
berlaku perubahan pendapatan.

Keanjalan pendapatan dikira melalui formula berikut :

Dengan Y mewakili pendapatan, maka formula keanjalan pendapatan titik adalah:

Manakala formula lengkuk pula adalah:

Keanjalan pendapatan boleh digunakan untuk mengkategorikan barangan kepada


barang mewah, barang normal, barang keperluan dan barang bawahan. Sekiranya
sesuatu barangan memiliki nilai keanjalan pendapatan yang tinggi, maka jualan
dijangka akan meningkat dengan cepat apabila pendapatan meningkat. Sebaliknya,
jualan akan menurun dengan cepat jika pendapatan menurun.

Jadual dibawah merumuskan nilai keanjalan pendapatan dan jenis barangan:

12
BDEK1103
iv. Keanjalan Penawaran Harga

Keanjalan penawaran mengukur sensitiviti penawaran terhadap perubahan harga


seperti yang ditunjukkan formula berikut :

Pengiraan nilai keanjalan penawaran adalah sama seperti pengiraan untuk keanjalan
pendapatan. Walau bagaimanapun, disini kuantiti merujuk kepada kuantiti ditawarkan.

Sama seperti keanjalan permintaan, keanjalan penawaran juga terdiri dari :

 Anjal sempurna
 Anjal
 Anjal unit
 Tidak anjal
 Tidak anjal sempurna

Apabila keluk penawaran menegak, penawaran adalah tidak anjal sempurna manakala
apabila ia mendatar, penawaran adalah anjal sempurna.

Jadual dibawah menunjukkan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan
bentuk keluk penawaran.

13
BDEK1103
Nilai keanjalan penawaran ditentukan oleh beberapa faktor :

 Faktor masa
Masa memberi pengeluar peluang untuk membuat perubahan dalam
penawaran. Oleh itu, masa boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu jangka
masa sangat pendek, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dalam
jangka masa sangat pendek, firma mungkin tidak dapat membuat banyak
perubahan dalam pengeluarannya. Penawaran adalah tetap atau hanya boleh
diubah sedikit berdasarkan jumlah stok yang ada. Oleh itu, penawaran adalah
tidak anjal. Sementara itu, dalam jangka masa pendek, beberapa input boleh
ditambah untuk meningkatkan penawaran. Dalam jangka masa panjang, firma
mempunyai masa dan ruang untuk meningkatkan jumlah input. Firma lain
juga boleh memasuki industri tersebut. Oleh itu, keluk penawaran akan
menjadi lebih anjal.

 Saiz industri / perubahan kos pengeluaran


Penawaran dalam industri yang kecil adalah lebih anjal berbanding penawaran
industri yang besar. Industri kecil menggunakan jumlah input yang lebih
sedikit. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan input tanpa mengganggu harga
input tersebut. Justeru, kos pengeluaran tidak akan meningkat dan penawaran
adalah lebih sensitif terhadap perubahan harga. Akan tetapi, untuk industri
besar, peningkatan permintaan untuk input akan meningkatkan harga input.
Justeru, penawaran dalam industri yang besar adalah kurang anjal.

 Mobiliti faktor pengeluaran


Keanjalan penawaran adalah lebih tinggi untuk barangan yang menggunakan
faktor pengeluaran yang mudah ditukar penggunaannya atau barangan yang
menggunakan proses pengeluaran yang mudah dikongsi dengan barangan lain.
Contohnya, dalam pengeluaran tepung beras dan tepung pulut, pengeluar
boleh menukar dengan mudah penggunaan pengisar daripada tepung beras
kepada tepung pulut. Oleh itu, jika permintaan untuk tepung pulut meningkat,
pengeluar boleh dengan mudah meningkatkan pengeluaran tepung pulut
dengan mengurangkan pengeluaran tepung beras. Jika pengeluaran sesuatu

14
BDEK1103
barangan memerlukan peralatan atau kemahiran khusus yang tidak boleh
diubah dengan mudah, maka penawaran akan menjadi kurang anjal.

SOALAN 4

a) Bezakan dua pendekatan dalam penilaian utiliti pengguna. (4m)

Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh pengguna daripada penggunaan barangan dan
perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu barangan untuk
memberi kepuasan kepada pengguna. Menurut teori utiliti, pengguna menggunakan tahap
kepuasan sebagai asas untuk membuat pilihan penggunaan dan menilai sesuatu barangan
berdasarkan kepada tahap kepuasan. Secara amnya, terdapat dua kaedah dalam analisis
teori utiliti iaitu kaedah kardinal dan kaedah ordinal.

i) Utiliti Kardinal
 Teori utiliti kardinal adalah satu kaedah yang mengandaikan kepuasan boleh
diukur dengan menggunakan util sebagai unit ukuran.
 Sebagai contoh, memakan kek akan menghasilkan 8util, manakala memakan
biskut hanya akan menghasilkan 4util. Ini menunjukkan kek menghasilkan dua
kali ganda utiliti berbanding biskut.
 Tahap utiliti kebiasaannya ditunjukkan oleh kesanggupan seseorang individu
untuk membayar berdasarkan kepada nilai wang. Semakin tinggi harga yang
sanggup dibayar, semakin tinggi kepuasan yang diperoleh.

ii) Utiliti Ordinal


 Teori utiliti ordinal adalah satu kaedah yang mengandaikan bahawa tahap
kepuasan tidak boleh diukur. Namun, kita hanya boleh membuat perbandingan
antara tahap kepuasan yang berbeza.
 Sebagai contoh, memakan kek akan memberi kita lebih kepuasan berbanding
dengan memakan biskut. Dalam kes ini, tiada sebarang unit kepuasan yang
digunakan.
 Tahap kepuasan ditentukan melalui perbandingan sahaja.

15
BDEK1103
b) Terangkan keseimbangan pengguna berdasarkan pendekatan utiliti ordinal. (3m)

Keseimbangan ini belaku apabila pengguna membelanjakan kesemua pendapatannya dan


utiliti marginal bagi setiap ringgit yang dibelanjakan terhadap barang dibeli adalah sama.
Keseimbangan pengguna iaitu keadaan di mana ia akan mencapai kepuasan yang
maksimum pada satu tingkat pendapatan tertentu, dapat ditentukan apabila diketahui tiga
perkara berikut:

 Pendapatan jumlah wang pengguna


 Jenis dan harga setiap barang
 Utiliti marginal setiap barang

Dalam pendekatan nilai utiliti ordinal, faedah atau kenikmatan yang diperolehi pembeli
atau penjual dari menggunakan barang-barang tidak dinyatakan secara kuantiti. Gelagat
seorang pengguna untuk memilih barang-barang yang akan memaksimumkan
kepuasannya menggambarkan gabungan barang-barang yang memberikan kepuasan yang
sama besarnya kepada seorang pengguna. Jadi, dalam ekonomi konvensional, pengguna
dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatannya dengan cara mereka
memaksimumkan utiliti atau kepuasan barangan. Kepuasan atau kenikmatan yang
diperolehi seseorang dari menggunakan barang-barang dinamakan nilai utiliti atau nilai
faedah. Apabila kepuasan itu semakin tinggi maka semakin tinggilah nilai utilitinya atau
faedahnya. Pendekatan ordinal menganggap utiliti tidak boleh diukur, pengguna hanya
perlu menyatakan barangan yang mampu memberikan utiliti yang paling tinggi.

Barang Y

Y* E

IC
BL
Barang X
X* L

Rajah 2
16
BDEK1103

Keseimbangan pengguna menerangkan pengguna yang rasional telah menggunakan


atau membelanjakan kesemua pendapatan yang ada bagi memaksimumkan
kepuasannya. Dengan merujuk kepada Rajah 2, keseimbangan pengguna dicapai
apabila keluk puasama (IC) bersentuhan dengan garis belanjawan (BL) pada titik E.
Di peringkat keseimbangan ini, kuantiti barang Y yang dibeli oleh pengguna adalah
Y* dan kuantiti barang X ialah X*. Pada masa ini, pengguna memilih gabungan
barangan di mana utiliti marginal per Ringgit untuk barang X adalah sama dengan
utiliti marginal per Ringgit untuk barang Y yang lain.

c) Terangkan maksud keluk Engel. (2m)

Keluk Engel adalah keluk yang menghubungkan kuantiti keseimbangan barang yang
dibeli dengan tahap pendapatan pengguna, ceteris paribus (dengan mengambil kira faktor
lain yang tidak berubah).

d) Ilustrasikan bagaimana keluk Engel boleh diterbitkan daripada keseimbangan


pengguna. (6m)

Keluk penggunaan pendapatan (ICC) menerangkan lokus keseimbangan yang disebabkan


oleh perubahan dalam pendapatan benar pengguna dengan mengandaikan lain-lain faktor
adalah tetap. ICC terbentuk dengan menyambungkan titik-titik keseimbangan kesan
daripada perubahan dalam tingkat pendapatan benar individu. ICC boleh menerbitkan
Keluk Engel.

17
BDEK1103

Qy

B2

B0 ICC

B1
E2
E0
E1 IC2
IC0
IC1

Qx
L1 L0 L2
I/Px

KE

Qy
I2
I0
I1

Q1 Q0 Q2 Qx

Rajah 3

Dari Rajah 3, E0 adalah titik keseimbangan pengguna yang asal. Apabila pendapatan
pengguna meningkat, dengan andaian harga barang tidak berubah, keseluruhan
pendapatan benar (pendapatan/harga) akan meningkat. Garis belanjawan akan beralih ke
kanan (B2L2) bagi menunjukkan pertambahan kuantiti kedua-dua barang. Titik
keseimbangan yang baru ialah E2. Apabila pendapatan pengguna menurun, keseluruhan
pendapatan benar juga akan menurun. Garis belanjawan akan beralih ke kiri (B 1L1). Titik
keseimbangan yang baru ialah di E1. Keluk pendapatan pengguna boleh dibentuk dengan
menyambung titik keseimbangan E1, E0 dan E2. Dari ICC boleh diterbitkan Keluk Engel
bagi barang normal di mana keluknya mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

18

Anda mungkin juga menyukai