Anda di halaman 1dari 15

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER 10 / TAHUN 2017

MPU3223_V2

KEUSAHAWANAN II

NO. MATRIKULASI : 770713135708001


NO. KAD PENGENALAN : 770713135708
NO. TELEFON : 019-8865713
E-MEL : nizzatikah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BINTULU LEARNING CENTRE


MPU3223_V2

ISIKANDUNGAN MUKASURAT

Pengenalan 1

Persekitaran Perniagaan 3

Persekitaran Mikro 4

Analisis Kesan Unsur-Unsur Persekitaran Mikro 6


ke Atas Organisasi

Cadangan Langkah-Langkah Untuk Menguruskan 9


Elemen-Elemen Persekitaran Mikro Di Dalam Organisasi

Kesimpulan 11

Rujukan
MPU3223_V2
PENGENALAN

Semuanya bermula apabila dua orang sahabat baik ini melihat terdapat
peluang yang tidak ternilai harganya – untuk cekak rambut yang unik. Tiada siapa
yang tahu bahawa ia sudah wujud, tetapi mereka hanya menyedarinya selepas mereka
membuat sendiri (DIY – do it yourself) cekak rambut yang menjadi titik permulaan
jenama Sereni & Shentel (S & S) untuk dipakai pada konsert Lady Gaga di Singapura
pada tahun 2009. Semuanya bermula dari konsert Lady Gaga, dan keesokannya wakil
majalah membuat temuramah bertanyakan dimana mereka mendapatkan cekak
rambut yang unik dan bermula selepas temuramah itu mereka berdua membuat lebih
banyak cekak rambut untuk dipakai oleh Sereni yang seringkali muncul dalam
majalah kemasyarakatan yang diedarkan di seluruh Asia Tenggara. Ternyata semakin
banyak majalah menginginkan maklumat mengenai cekak rambut mereka untuk
diterbitkan. Seterusnya pelawaan daripada sebuah syarikat televisyen untuk
menemuduga kedua-dua mereka mengenai cekak rambut mereka yang unik yang
semakin diminati ramai. Menjelajah ke seluruh negara dalam memperkenalkan cekak
rambut mereka bukanlah satu perkara yang dirancang dan disengajakan, ianya adalah
peluang demi peluang terbuka dengan sendirinya yang terhasil daripada rekaan-
rekaan dua sahabat baik ini. Mereka tidak lagi dapat menampung permintaan yang
begitu banyak untuk setiap cekak rambut yang direka. Dengan itu, Sereni Linggi dan
Shen-tel Lee telah membentuk perniagaan yang sah sekaligus memulakan kedai
dalam talian yang beralamat di www.sereniandshentel.com. Pengambilan kakitangan
turut dimulakan untuk memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi.

Sereni Linggi dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, pergi ke sekolah


menengah dan universiti di United Kingdom, tetapi kemudian memutuskan pulang ke
Malaysia untuk memulakan kerjaya dalam pembangunan hartanah. Shen-tel Lee yang
berasal dari Australia, ibunya berasal dari Kuching, telah mengembara antara
Australia dan Kuching selama bertahun-tahun untuk melawat keluarga dan bakal
suaminya, Bobby Ting. Selepas berkahwin dengan kekasihnya beberapa tahun yang
lalu, Shen-tel membuat langkah besar dalam hidupnya dan berpindah ke Kuching dan
memulakan jenama Sereni & Shentel (S & S) bersama Sereni pada tahun 2009. Shen-
tel, yang memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik yang mengkhususkan diri
dalam pembungkusan kosmetik, masih mengekalkan pelanggannya di Australia dan
MPU3223_V2
kini menjalankan Sereni & Shentel, Bowerhaus dan Events Photobooth serentak.
Sereni juga memutuskan untuk terus bekerja sepenuh masa sebagai Pengurus
Pembangunan Perniagaan dan Pengurus Pusat untuk pusat kejiranan bertempat di
Kuching Green Heights Mall. Sejak memulakan Sereni & Shentel pada tahun 2009,
mereka telah menggabungkan sebuah syarikat induk bernama The Playground Borneo
untuk menaungi jenama S & S dan melancarkan sebuah syarikat sewa bilik foto pada
awal tahun 2012 yang disebut Events Photobooth di bawah syarikat induk yang sama.
Sehingga ke hari ini mereka telah mempunyai lebih dari 20 orang pekerja di pelbagai
jabatan untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka di seluruh dunia.

Seterusnya pada tahun 2014 S & S telah meluaskan lagi empayar perniagaanya
dengan membuka kedai fizikal di Publika dan The Gardens Mall, Kuala
Lumpur.Siapa sangka cekak rambut boleh menjadi satu nama begitu besar, terima
kasih kepada internet dan juga sedikit kreativiti dan kerja keras. Motto dalam
menghasilkan setiap produknya adalah – Anda Dilihat atau Balik Sahaja !

Rajah 1.1 Logo Sereni & Shentel


MPU3223_V2

2. Persekitaran Perniagaan

Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan


perniagaan mereka tetapi mereka juga perlu mengkajinya semasa pelaburan atau
perniagaan mereka berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan
perniagaan berlaku dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-

(a) persekitaran makro (persekitaran luaran umum) dan


(b) persekitaran mikro (persekitaran dalaman dan luaran khusus).

Persekitaran luaran (external environment) boleh mempengaruhi keputusan


perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang
tidak boleh dikawal. Persekitaran makro terdiri daripada unsur-unsur politik serta
undang-undang yang dibuat (legislation), ekonomi, kebudayaan sosial dan teknologi.

Persekitaran dalaman (internal environment) juga turut mempengaruhi keputusan


yang akan dibuat oleh usahawan. Walaubagaimanapun, usahawan boleh mengawal
unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada unsur-unsur seperti
struktur organisasi, budaya dan sumber.
MPU3223_V2
2.1 – Persekitaran Mikro

Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan persekitaran mikro terhadap


pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada persekitaran luaran pelaburan,
tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Ini
juga dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran mikro
mengandungi unsur-unsur yang berikut seperti pengguna, pesaing (competitors),
pembekal, institusi kewangan, organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan.

(a) Pengguna
Pengguna merupakan kumpulan sasaran paling utama di dalam perniagaan.
Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah,
pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem
pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar,
agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi
keputusan usahawan.

b) Pesaing
Usahawan yang ingin memulakan perniagaan baru mesti menganalisis pesaing
(competitors) mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga
untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk
berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna
(untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru)
dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan
boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.

Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan
tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan
pelaburan baru.
MPU3223_V2

c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan.
Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual.
Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di
pasaran.

d) Insitusi Kewangan
Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan baru
atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi
kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak
mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana
akan membebankan perniagaan baru. Oleh demikian, institusi kewangan
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

e) Agensi Kerajaan
Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian.
Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan.
Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan
tertentu. Kerajaan turut menyediakan sokongan kepada usahawan.

f) Organisasi Bukan Kerajaan


Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan,
Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan
kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan
melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran
maklumat mengenai sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna
dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap
sesuatu isu.
MPU3223_V2
3. ANALISIS KESAN UNSUR-UNSUR PERSEKITARAN MIKRO KE ATAS
ORGANISASI

Elemen pelanggan merupakan unsur-unsur persekitaran mikro yang amat penting


untuk semua syarikat ataupun organisasi di mana kepuasan dan kepentingan pelanggan
diutamakan. Tidak ada satupun organisasi yang akan berkembang maju tanpa pelanggan
ataupun pengguna. Semua produk dan keluaran Sereni & Shentel wujud selepas tinjauan
ke atas pasaran di buat. Segala tren-tren yang terkini dianalisa untuk menghasilkan
cekak-cekak rambut dan pin-pin baju yang menepati citarasa pembeli tidak kira jantina
dan peringkat umur. Kesan pelanggan terhadap organisasi adalah positif sekiranya
organisasi atau syarikat memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada
pelanggan. Namun, ia akan menjadi negatif apabila organisasi atau syarikat
meminggirkan pelanggan. Meskipun organisasi perlu berhadapan dengan pelbagai ragam
dan karenah dari pelanggan, pelanggan banyak memberi impak yang besar ke atas
syarikat kerana kuasa beli adalah tinggi.

Memang tidak dapat dinafikan lagi kemunculan cekak rambut Sereni & Shentel
telah menimbulkan fenomena baru didalam bidang fesyen di Malaysia. Cekak rambut
yang dulu dipandang sepi, kini dengan rekaan yang moden dan lebih berani menjadikan
ianya pencetus kepada revolusi cekak rambut. Ramai artis-artis Malaysia mula
menggayakan cekak rambut keluaran S & S. Secara tidak langsung ia merupakan
promosi percuma bagi produk S & S. Namun begitu serentak dengan fenomena itu,
timbul juga peniaga-peniaga dalam talian yang membuat cekak rambut yang menyerupai
rekaan S & S. Ini merupakan pesaing-pesaing yang agak sukar untuk dikenakan tindakan
kerana semua keluaran S & S tidak ada daftar hak reka cipta. Pesaing-pesaing ini juga
menjual rekaan yang ditiru dengan harga yang jauh lebih murah. Meskipun begitu S & S
masih memberikan peluang kepada pesaing-pesaing kecil ini kerana ia juga merupakan
persaingan yang sihat. Pembeli boleh membezakan antara kualiti bahan dan buatan dalam
penghasilan produk-produk S & S. Semua pembelian barangan S & S turut disertai
dengan beg kain dan kotak khas yang melindungi cekak rambut ataupun pin-pin baju agar
selamat sampai kepada pembeli tanpa cacat cela. Pembelian yang lengkap ini tidak ada
MPU3223_V2
pada peniaga-peniaga cekak rambut yang lain dan ini menjadikan cekak rambut S & S
adalah cekak rambut yang eksklusif ! Dunia pemasaran hari ini tidak tertumpu kepada
pada pesaing dalam negara sahaja, tetapi pesaing pada hari ini menjangkau sempadan
negara. Inilah yang dikatakan globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Ini memberi kesan
yang baik kepada perkembangan organisasi atau syarikat untuk memantapkan lagi tahap
pencapaian organisasi. Dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, persaingan ini
pasti dapat diatasi.

Menurut Zafirah Abu Bakar (2013), elemen pembekal merupakan unsur-unsur


persekitaran mikro di mana syarikat atau individu yang membekalkan sumber-sumber
yang diperlukan oleh syarikat atau organisasi untuk mengeluarkan dan menghasilkan
produk serta perkhidmatan mula mengeksploitasi harga dan barangan. Pembekal sebagai
penghubung penting antara pembeli dengan syarikat atau organisasi dalam sistem
penghantaran nilai. Ini sudah pasti akan mempengaruhi dari segi harga di mana pembekal
berkuasa dalam menguasai naik turun harga barangan yang dibekalkan. Situasi ini
menyebabkan harga dan nilai produk yang dihasilkan di pasaran tidak tetap dan tidak
kosisten kerana nilai harga boleh mencapai pada tahap yang maksimum atau minimum.
Contohnya, pembekal berkuasa untuk mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan
yang ada di pasaran atau yang diperlukan oleh syarikat. Tambahan pula, pembekal
dengan kuasa tawar menawar mereka sendiri menjejaskan kerja dan struktur kos industri.
Di dalam perkara ini S & S amat bergantung kepada pembekal tali reben dan kain dimana
ianya merupakan bahan utama di dalam membuat cekak rambut dan pin baju. Satu
cabaran buat mereka didalam mencari tali reben dan kain yang berkualiti tetapi dengan
harga yang berpatutan. Tambahan pula sebahagian tali-tali reben dan kain yang mereka
gunapakai adalah diimpot daripada luar negara seperti Perancis.

Elemen institusi kewangan memberikan kesan kepada mana-mana syarikat yang


baru bermula di mana walaupun institusi ini membantu kewangan organisasi, namun,
faktor-faktor seperti kadar faedah, jumlah pinjaman dan senang atau susah pinjaman yang
diberikan akan mempengaruhi perniagaan sesebuah organisasi. Pinjaman dari institusi
kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk peniaga baru kerana tidak mempunyai
MPU3223_V2
rekod tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana kesannya akan membebankan
organisasi atau peniaga baru. Contohnya, kepada organisasi atau syarikat yang baru
bermula dan memerlukan modal yang besar. Dari segi elemen ini S & S tidak
menghadapi laluan yang sukar kerana kedua-dua pemilik S & S ini telah mempunyai
modal sendiri hasil daripada perniagaan lain dan kerjaya masing-masing. Namun jika
mereka ingin memperbesarkan lagi empayar perniagaan mereka sudah pasti memerlukan
modal yang besar dan memerlukan pinjaman daripada institusi kewangan.

Dari segi elemen kerajaan atau agensi yang berkaitan seperti pelabur, ianya tidak
memberikan impak kepada S & S, kerana syarikat ini ditubuh berdasarkan dasar
persahabatan. Di dalam unsur-unsur persekitaran mikro, pelabur menyumbang modal
dalam organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat
pulangan pelaburan yang ditetapkan oleh pelabur telah mempengaruhi keputusan, dasar
serta aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah organisasi. Sesetengah pelabur menyuntik
modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang
ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan
bersama organisasi tersebut. Pelabur tersebut akan bergiat dalam perjalanan perniagaan
organisasi yang telah dilaburkan. Kesannya menyebabkan organisasi akan terikat dan di
bawah kawalan pelabur. Keadaan ini menyebabkan organisasi merasa tidak bebas dan
setiap keputusan atau perancangan yang ingin dilakukan perlu dibincangkan terlebih
dahulu bersama pelabur.

Unsur-unsur persekitaran mikro yang lain yang memberi kesan ke atas organisasi
adalah elemen badan bukan kerajaan atau NGO di mana ianya boleh memberi impak
yang positif dan negatif terhadap organisasi atau syarikat. Ini kerana, badan-badan bukan
kerajaan seolah-olah membantu pihak syarikat dalam membuat promosi mengenai
syarikat tersebut. Malah, daripada yang tidak mengetahui mengenai syarikat
menyebabkan masyarakat mula sedar akan kewujudan dan keistimewaan syarikat.
Namun begitu, NGO ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada organisasi atau
syarikat dengan isu-isu yang negatif yang mampu menggugat kestabilan syarikat. Sereni
& Shentel turut tidak ketinggalan juga telah membantu dalam Kumpulan Sokongan
MPU3223_V2
Kanser Payudara Sarawak, dengan 40% daripada hasil jualan cekak rambut mereka
disumbangkan kepada kumpulan sokongan tersebut.

4. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-


ELEMEN PERSEKITARAN MIKRO DI DALAM ORGANISASI

Untuk menguruskan elemen pelanggan atau pengguna di mana organisasi harus


sentiasa menilai sama ada keluaran produk atau perkhidmatan dapat memenuhi kehendak
pengguna atau tidak. Keluaran S & S perlu mempunyai inovasi, kreatif dan selari dengan
peredaran masa supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan
tren fesyen yang sentiasa berubah-ubah.

Menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pesaing di mana organisasi


atau syarikat perlu mengetahui saiz dan perletakan iaitu tahap perkembangan industrinya
berbanding pesaingnya. Organisasi perlu membangunkan strategi yang memberi mereka
kadar pulangan yang lebih baik. Organisasi atau syarikat perlu mengetahui kekuatan dan
kelemahan mereka berbanding dengan pesaing. Ini kerana mudah bagi organisasi untuk
menjalankan strategi-strategi bagi mengatasi pesaing (Azman Ali, 2010). Contohnya,
selain daripada mengeluarkan cekak rambut, S & S turut menyediakan beg dan kotak
sebagai perlindungan kepada cekak rambut mereka. Perkhidmatan untuk membaiki cekak
rambut yang patah turut disediakan dimana perkhidmatan ini tidak terdapat pada pesaing-
pesaingnya di luar. Selain itu S & S perlu mempelbagaikan bahasa di dalam laman
sesawangnya untuk memudahkan pelanggannya yang datang daripada segala ceruk dunia.

Di dalam elemen pembekal, organisasi atau syarikat perlu mengenali pembekal,


sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pembekal. Malah, organisasi perlu
mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik dengan pembekal kerana pembekal
membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi untuk dijadikan barang niaga yang
boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Namun begitu, pada hakikatnya,
organisasi dan pembekal saling memerlukan di antara satu sama lain dalam dunia
perniagaan. Interaksi di antara pembekal dengan organisasi banyak memberi kesan
MPU3223_V2
kepada penetapan corak perjalanan atau corak operasi dan kemajuan sesebuah organisasi.
Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan atau operasi
sesebuah organisasi tidak terganggu, malah akan terus berkembang (Zafirah Abu Bakar,
2013). S & S tidak mengehadkan siapa pembekal bahan-bahan membuat cekak rambut
keluaran mereka namun hanya daripada yang berkualiti yang

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen institusi


kewangan di mana pihak berkuasa atau pihak yang terbabit seperti agensi-agensi
kewangan mahupun pihak Kementerian Kewangan perlu bijak memainkan peranan
masing-masing. Malah, syarat-syarat dan polisi-polisi yang diamalkan sebelum ini perlu
dilonggarkan berdasarkan tahap kemampuan sesebuah organisasi atau syarikat. Selain itu,
dalam menentukan mana-mana syarikat atau organisasi yang layak mendapatkan
samaada pinjaman kewangan atau bantuan kewangan, perlulah dilakukan dengan adil dan
saksama.

Di dalam elemen kerajaan atau agensi yang berkaitan, tidak banyak yang perlu
dikatakan kerana pada masa kini, kerana perkongsian S & S hanya diantara Sereni dan
Shentel. Namun di masa akan datang jika mereka ingin meluaskan empayar perniagaan
mereka maka tumpuan terhadap pemodal-pemodal harus ditekankan ke atas organisasi.
Organisasi perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur pada
jangka masa pendek dan juga pelabur pada jangka masa panjang.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen badan


bukan kerajaan atau NGO iaitu di mana kerajaan perlu memberi sokongan terhadap NGO
yang terdapat dalam negara kerana NGO mempunyai satu kuasa untuk mengawal dan
menguasai individu atau masyarakat dalam dunia pemasaran. Ini kerana NGO turut
memberi kesan ke atas jatuh dan bangunnya sesebuah organisasi atau syarikat. Pihak-
pihak NGO juga perlu bijak dalam memainkan sesuatu isu-isu dan perlu memastikan
setiap isu yang disebarkan adalah sahih dan benar. Di sini S & S harus
memperbanyakkan lagi aktiviti kemasyarakatannya dan terlibat dengan pelbagai NGO
MPU3223_V2
untuk meningkatkan lagi imej sekaligus dapat mempromosikan syarikat Sereni &
Shentel.

KESIMPULAN

Daripada pemerhatian, persekitaran mikro terdiri daripada kuasa-kuasa yang


berada di dalam dan di luar syarikat atau organisasi secara kecil dan secara amnya tidak
boleh diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi sahaja. Secara ringkas, syarikat atau
organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini, tetapi syarikat atau organisasi tidak
boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah syarikat atau organisasi perlu
mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar syarikat atau organisasi
boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat atau organisasi tersebut terutama sekali di
dalam berdaya saing. Persekitaran ini dilihat berhubungkait secara tidak langsung dengan
syarikat atau organisasi.

Untuk membuat perancangan yang baik, syarikat atau organisasi perlu memahami
persekitaran mikro. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji
suasana persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat
atau organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang
berkembang. Hill dan Jones (1998) juga telah menyatakan bahawa untuk berjaya,
sesebuah syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi persekitaran syarikat atau
organisasi atau di mana ia beroperasi atau dapat membentuk semula syarikat atau
organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan (Hill &
Jones, 1998). Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi
tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat atau organisasi beroperasi.

(2730 patah perkataan)


MPU3223_V2
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Ab. Aziz Yusof, (2003), Prinsip Keusahawanan, Selangor, Prentice Hall.

Abu Bakar Hamed (2006), Keusahawanan dan & Pengurusan Perniagaan Kecil, Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Alstete, J.W. (2002), On Becoming Entrepreneur: An Envolving Typology, International


Journal of Entreprenurial Behaviour & Research. 8 (4):222-234.

Barjoyai Bardai (2000), Keusahawanan dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Beaver, G. (2002), Small Business, Entrepreneurship and Enterprise Development.


London: Financial Times Prentice Hall.

Bolton, B. & Thompson, J. (2004), Entrepreneurs: Talent, Temperament, Technique.


(2nd ed.). Great Britain: Elsevier Butterworth Heinemann.

Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill.

Hill, Charles W.L., dan Jones Gareth R. (1998).Strategic Management Theory: An


Integrated Approach. Fourth Edition, Houghton Mifflin, Boston.

http://www.sereniandshentel.com

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process. Practice
(Mason, OH; South-Western Publishers).

Noor Zafirah Abu Bakar, (2013), Fuel Savings and Cost Reduction of Start-stop
Technology for an Internal Combustion Engine. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
MPU3223_V2

Norashidah Hashim, Assoc Prof Abd Aziz Yusof , Ooi Yeng Keat, Armanurah
Mohamad, Abd Razak Amir, Dr Oh Teik Hai, Abd Kadir Othman, Loo Sze Wei,
(2013), MPU3223_V2 Keusahawanan II, Open University Malaysia.

Osborne, David and Ted Gaebler; (1995), Reinventing Government: How the
Entrepreneurial Spirit is Transforming The Public Sector, William Patrick Book,
New York.

Zeithaml, Valarie A. A. Parasurarnan, Leonard L. Berry; 1990, Delivering Quality


Service: Balancing Customer Perception and Expectation, The Free Press, New York

Anda mungkin juga menyukai