Anda di halaman 1dari 16

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER MEI 2016

BBPB 2103

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

NO. MATRIKULASI : 660318125107 001


NO. KAD PENGENALAN : 660318125107
NO. TELEFON : 013 8699221
E-MEL : Godffery.Chong@sabah.gov.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT KENINGAU
NAMA : GODFFERY CHONG

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 3
2. Peranan Pengurusan Sumber Manusia 5
3. Analisis Ke Atas Cabaran-Cabaran 9
4. Cadangan (3 syor) 12
5. Kesimpulan 14

Rujukan 16

1. PENGENALAN

Pengurusan sumber manusia sangat penting dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Dengan adanya pengurusan sumber manusia yang sangat cekap serta berkesan sudah pasti akan

2
mampu menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya dapat meminimumkan
masalah yang berkaitan dengan sumber manusia. Pengurusan sumber manusia memainkan
peranan yang cukup penting demi memastikan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi
berjalan lancer serta mampu berdaya saing. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak pengurusan
serta setiap pekerja haruslah memahami apa itu pengursan sumber manusia.

Menurut Ivencevich (2001), pengurusan sumber manusia adalah satu fungsi yang
dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara
berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Matlamat utama pengurusan sumber manusia adalah seperti menarik tenaga kerja yang
berkebolehan untuk menyertai sesebuah organisasi. Seterusnya, mampu membangunkan tenaga
kerja mengikut potensi dan kemahiran mereka. Akhir sekali adalah untuk mengekalkan tenaga
kerja yang cemerlang untuk jangka panjang demi kelangsungan organisasi.

1.1 ORGANISASI YANG DIPILIH

Organisasi yang dipilih untuk tugasan ini ialah sebuah syarikat tenusu iaitu Dutch Lady Milk
Industeris Berhad (Malaysia). Dutch Lady Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan
merupakan syarikat tenusu yang pertama disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968.
Syarikat Dutch Lady Malaysia merupakan anak syarikat Royal Friesland Campina NV sebuah
syarikat multinasional Belanda dan merupakan antara syarikat tenusu yang terbesar di dunia.
Pada awal operasinya, Dutch Lady memulakan perniagaan sebagai pengilang susu pekat manis.
Seterusnya, Dutch Lady kini mengembangkan rangkaian produknya dari rumusan bayi dan susu
untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogart. Syarikat induk Royal Friesland
Campina sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik bagi meningkatkan jualan produk.

1.2 JENIS PERNIAGAAN

3
Syarikat Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu serta jus buah-
buahan yang sangat berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan serta untuk pasaran antarabangsa.
Antara produk-produk yang dihasilkan termasuklah Susu rumusan bayi, susu untuk pembesaran,
susu tepung, susu pekat manis, susu UHT, susu Disteril, susu Dipasteur, susu Kultur, Youghart
dan minuman jus buah-buahan. Selain menyokong induteri tempatan dengan penggunaan
ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga merupakan
pembeli susu segar keluaran tempatan. Syarikat ini sangat mementingkan mutu dan kualiti
produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada pada tahap yang optimum. Ini
dibuktikan dengan penanugrahan pensijilan ISO9001 terhadap premis syarikat Dutch Lady sejak
tahun 1995. Kesemua produk keluaran Dutch Lady Malaysia telah mendapatkan pengesahan
halal oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

1.3 VISI DAN MISI

Visi atau wawasan Dutch Lady Milk Indutries adalah untuk menjadi sebuah syarikat tenusu
terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna,
pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja. Misi Dutch Lady Malaysia pula ialah
Helping Malayasian move forward in life with trusted dairy nutrition.

1.4 JENIS PEKERJA DAN SAIZ PEKERJA

Syarikat Dutch Lady Malaysia telah memperolehi hasil pendapatan tahunan sebanyak RM 692
juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya Selangor dan mempunyai 600
orang pekerja. Kakitangan Dutch Lady bekerja dalam bidang pengurusan, pemasaran, serta
perkilangan.

4
2. PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi sangat penting dalam mengurus serta
mentadbir para kakitangan dengan lebih berkesan bagi membantu organisasi mencapai kejayaan.
Pengurusan sumber manusia berperanan untuk mengenal pasti masalah-masalah sumber manusia
di dalam organisasi serta menyediakan penyelesaian terhadap sebarang masalah berkaitan
dengan sumber manusia. Selain itu, pengurusan sumber manusia boleh mempengaruhi serta
membantu meningkatkan komitmen para kakitangan melalui pemberian motivasi. Ini akan
membantu meningkatkan prestasi organisasi. Pengurus sumber manusia dalam sesebuah
organisasi merupakan individu yang terlibat dalam memastikan kelicinan perjalanan sumber
manusia.

Pada masa kini, pengurusan sumber manusia telah diberi perhatian oleh organisasi dalam
pembangunan perancangan strategi di dalam organisasi. Strategi yang dimaksudkan dapat dilihat
melalui pekerja , keuntungan dan keberkesanan secara keseluruhan. Strategi yang dilakukan oleh
pengurusan sumber manusia dengan tepat dapat membantu organisasi lebih efektif serta
membantu organisasi lebih berdaya saing dengan organisasi yang lain. Seterusnya, bahagian
pengurusan sumber manusia juga bertanggungjawab dalam menangani sebarang perubahan yang
berlaku di dalam organisasi seperti aktiviti penggabungan, pengecilan perniagaan dan
kepelbagaian budaya tenaga kerja. Antara peranan pengurusan manusia dalam organisasi ialah
seperti sebagai Perancang, Fasilitator, Kordinator, Juru audit, dan Menjadi orang tengah.

2.1 PERANCANG

Pengurusan sumber manusia berperanan sebagai perancang berkaitan dengan pelan-pelan


kakitangan seperti perancangan keperluan-keperluan tenaga kerja, pengambilan dan pemilihan
pekerja. Perancangan sumber manusia amat perlu dalam menganalisis situasi pekerjaan sekarang
dan masa hadapanseterusnya membentuk strategi untuk memenuhi keperluan sumber manusia
dan organisasi. Perancangan sumber manusia juga merupakan proses di mana pengurus sebagai
perancang akan merancang tenaga kerja berdasarkan matlamat dan strategi organisasi.

Antara contoh yang boleh dilakukan oleh pengurusan sumber manusia dalam melakukan
perancangan adalah seperti ramalan sumber manusia, invonteri sumber manusia,
membandingkan ramalan dengan invontori dan membentuk program sumber manusia. Ramalan

5
sumber manusia adalah ramalan terhadap keperluan sumber manusia dari segi bilangan pekerja
dan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan oleh organisasi pada masa depan. Contohnya,
pengurus sumber manusia akan membuat ramalan bagi pekerja-pekerja yang akan bersara,
dinaikkan pangkat dan yang akan berhenti bekerja.

Inventori sumber manusia pula bertujuan untuk menentukan serta menilai sumber
manusia dari segi bilangan, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dalam organisasi.
Inventori ini terdiri daripada rekod-rekod maklumat pekerja dan perlulah sentiasa dikemaskini.
Seterusnya, pengurusan sumber manusia perlu membandingkan ramalan dengan invonteri dalam
bentuk kualiti dan kuantiti. Akhir sekali adalah membentuk program sumber manusia setelah
perbandingan dilakukan. Program ini perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan organisasi
seperti pengrekrutan, pemilihan, latihan dan sebagainya.

2.2 FASILITATOR

Selain itu pengurusan sumber manusia juga menyediakan peluang latihan serta
pembangunan kerjaya untuk para pekerja dan melaksanakan sesi suai kenal kepada para pekerja
yang baru. Pembangunan boleh dilihat sebagai satu proses pembelajaran bagi membangunkan
pekerja secara umum. Ini tidak berkaitan dengan tugasan semasa atau pada masa hadapan.
Pengurusan sumber manusia berperanan sebagai fasilitator dalam meningkatkan kemahiran para
pekerja. Antara contoh syarikat yang mementingkan pembangunan pekerja ialah syarikat Dutch
Lady Malaysia. Syarikat ini adalah syarikat yang sangat pelbagai yang menumpukan banyak
perhatian dalam pembangunan pekerja dan menyediakan peluang untuk pelbagai peringkat
pekerja.

Latihan dan pembangunan merupakan salah satu fungsi sumber manusia yang perlu
dilaksanakan supaya pekerja dilengkapi dengan pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang
diperlukan untuk merealisasikan objektif organisasi. Pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab sebagai fasilitator kepada para pekerja.

6
2.3 PENYELARAS

Seterusnya, pengurusan sumber manusia bertindak dalam menyaraskan perkara-perkara yang


berkaitan dengan kesihatan serta keselamatan pekerja, kemudahan pekerja dan faedah-faedah
lain. Persekitaran kerja yang selamat sangat penting dalam sesebuah organisasi bagi
meningkatkan produktiviti pekerja dan memberi kesan yang positif kepada organisasi.
Pengurusan sumber manusia merupakan pihak yang bertanggunjawab dalam organisasi dalam
memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui pelarasan yang dilakukan. Antara
penyelarasan yang boleh dilakukan adalah dengan mewujdukan program bantuan pekerja,
program keselamatan, dan program kesihatan.

Program bantuan pekerja akan membantu pekerja-pekerja yang mempunyai masalah


seperti ketagihan alcohol dan dadah, tekanan, masalah perhubungan manusia, masalah keluarga,
dan masalah kewangan yang akan dikendalikan oleh bahagian pengurusan sumber manusia.
Seterusnya, program keselamatan pula adalah perancangan yang teliti dilakukan oleh organisasi
bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat bagi mengelakkan kemalangan di
tempat kerja. Manakala program kesihatan adalah cara bagaimana organisasi mengambil berat
tentang kesihatan para pekerja mereka melalui aktivit yang dianjurkan oleh pengurusan sumber
manusia. Antara aktiviti kesihatan yang boleh dilakukan ialah seperti latihan, kempen
pemakanan sihat, pertandingan mana-mana jenis sukan, senaman dan sebagainya. Contohnya,
Syarikat Nestle merupakan syarikat gergasi pengeluar makanan dan minuman yang sangat
mementingkan kebajikan para pekerjanya. Pengetahuan tentang makanan adalah tidak
mencukupi dan syarikat telah menggalakan warga kerjanya untuk memperaktikan pengetahuan
ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Syarikat percaya bahawa warga kerja yang sihat
akan melahirkan pekerja yang gembira dan mampu membantu meningkatkan produktiviti.

2.4 JURU AUDIT

Bahagian pengurusan sumber manusia juga berperanan menyelia prestasi pekerja dan mengawal
tawaran pampasan seperti ganjaran serta faedah kepada pekerja dan seterusnya akan menilai
laporan-laporan kemalangan atau kecederaan para pekerja. Penilaian prestasi merupakan peranan

7
pengurusan sumber manusia yang sangat penting dan sinonim dengan pemberian pampasan dan
faedah organisasi. Menurut Maimunah Aminuddin (2007) penilaian prestasi merujuk kepada
penilaian sistematik terhadap prestasi kerja kakitangan. Penilaian prestasi bertujuan untuk
menilai tahap prestasi seseorang pekerja melalui perbandingan pencapaian sebenar dengan yang
diharapkan dan telah ditetapkan.

Objektif penilaian prestasi ilah untuk mengkaji prestasi individu untuk mencapai prestasi
kerja yang berkualiti. Antara objektif umum dalam pelaksanaan prestasi ialah seperti asas dalam
membuat keputusan, untuk menyediakan maklumbalas terhadap pencapaian pekerja, sebagai
peringatakn kepada pengurus, penyediaan program latihan dan pembangunan, dan bagi
menentukan ganjaran yang setimpal untuk pekerja. Proses penilaian prestasi pula bermula
dengan mengenalpasti matlamat, menetapkan piawaian kerja, pelaksanaan kerja, menilai
prestasi, dan seterusnya maklum balas dan akhir sekali kembali kepada penetapan piawaian
kerja. Antara elemen-elemen yang dinilai pula adalah seperti sifat, gelagat, hasil tugas, dan
potensi untuk kenaikan pangkat. Jangka masa penilian prestasi adalah mengikut waktu tertentu
contohnya tiga bulan, enam bulan atau setahun.

2.5 MENJADI ORANG TENGAH

Akhir sekali, bahagian pengurusan sumber manusia berperanan sebagai orang tengah terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu seperti disiplin pekerja, perundingan dengan
kesatuan sekerja, menangani konflik dan ketidakpuasan pekerja. Pengurus sumber manusia juga
boleh bertindak sebagai penasihat dan pembantu kepada pihak pengurusan atasan. Pengurus
sumber manusia akan cuba untuk mengambil tindakan apabila organisasi menghadapi masalah
yang berkaitan dengan pekerja dan organisasi. Selain itu, pengurussan sumber menusia juga
bertindak sebagai perunding dengan isu yang perlu ditangani dan diselesaikan melibatkan
perundingan. Contohnya, perundingan antara pihak pengurusan organisasi dengan kesatuan
pekerja.

8
3. ANALISIS KE ATAS CABARAN-CABARAN (DUTCH LADY)

Setiap organisasi atau syarikat yang berjaya tidak akan terlepas daripada pelbagai cabaran-
cabaran yang memerlukan organisasi bertindak bagi mengatasi semua cabaran tersebut. Antara
cabaran tersebut adalah dari segi cabaran globalisasi, mengurus perubahan, dan cabaran dalam
pengurusan sumber manusia. Sebagai contoh, syarikat Dutch Lady Malaysia telah berjaya
menengani cabaran-cabaran yang ada sehingga syarikat ini menjadi antara syarikat tenusu yang
terbesar di dunia. Walau pun pada asalnya syarikat Dutch Lady Malaysia hanya merupakan
pengilang susu pekat manis, namun pada hari ini syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai
produk seperti susu untuk bayi, susu untuk tumbesaran, jus buah-buahan, yoguart, dan susu
untuk orang dewasa. Atas daripada kejayaan menempuhi pelabagai cabaran,syarikat ini telah
menerima pelbagai anugerah kecemerlangan termasuklah di dalam pengurusan sumber manusia.

3.1 GLOBALISASI

Sebagai syarikat yang bertaraf antarabangsa Dutch Lady Malaysia tidak dapat lari daripada
menghadapi cabaran-cabaran secara globalisasi. Globalisasi akan membawa peluang dan cabaran
kepada syarikat ini. Sebuah syarikat yang ingin terus maju perlu berusaha untuk menjadi pemain
utama dalam ekonomi antarbangsa bukan sahaja dari segi kepelbagaian produk malah dari segi
pengurusan sumber manusia juga harus diberi perhatian. Pertumbuhan serta pembangunan
ekonomi merupakan asas kepada pembentukan pembangunan sumber manusia dan seterusnya
akan membentuk tenaga kerja yang cemerlang.

Keupayaan organisasi menilai , mengikut, dan mentafsir isu globalisasi dalam pengursan
sumber manusia merupakan cabaran sangat mendesak kerana ia akan menetukan keupayaan daya
saing organisasi di dalam melahirkan warga yang cemerlang. Oleh itu satu pendekatan secara
menyeluruh, sistematik dan strategik yang meliputi pelbagai aspek termasuklah perancangan,
latihan, perkembangan kerjaya, kesihatan dan keselamatan, kebajikan, penilaian prestasi, aspek
disiplin serta ganjaran merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dengan baik oleh syarikat
Dutch Lady Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada timbulnya beberapa isu lain
yang mampu memundaratkan imej serta reputasi syarikat ini khasnya di dalam usaha melahirkan
tenaga kerja yang cemerlang dan mantap.

9
3.2 MENGURUS PERUBAHAN

Menurut Yusof (2008), perubahan ialah proses mengubah keadaan supaya menjadi lebih baik
dari segi keberkesanan proses kerja, memposisikan organisasi, dan pembaikan produk yang
dihasilkan. Perubahan juga bermaksud proses penukaran daripada apa yang sedia ada kearah
kebaikan atau pun sebaliknya secara berterusan. Ini bermaksud organsasi perlu menukar apa
sahaja yang dirasakan bagi mencipta sesuatu yang lebih baik untuk organisasi. Syarikat besar
seperti Dutch Lady Malaysia juga perlu mengurus perubuhan dalam organisasi terutamanya
dalam pengurusan sumber manusia kerana sumber manusia merupakan pengerak utama sesebuah
organisasi.

Menurut Blair dan Meadows (1996), perubahan dalam organisasi adalah satu kepastian.
Tanpa pengurusan perubahan, organisasi gagal menunjukkan daya saing dan meninggalkkan
pasaran. Dalam pengurusan sumber manusia, kehendak dalaman menuntut perubahan seperti
perubahan mandat, kepimpinan, perubahan personal, ketidakpuasan cara bekerja, keinginan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja. Terdapat lima fasa dalam perubahan
organisasi yang berjaya seperti memotivasikan perubahan, mencipta visi, membina sokongan
politik, mengurus transis dan mengekalkan momentum.

Menurut Sutha D/O Marimutu pemaju produk bagi syarikat Dutch Lady Malaysia
berkata, setelah bekerja di Dutch Lady Malaysia selama empat tahun, beliau berasa bangga dan
gembira kerana berpeluang menimba ilmu serta membina pengalaman di dalam syarikai ini.
Menurutnya lagi, perubahan dalam pengurusan syarikat Dutch Lady sangat berkesan dalam
meningkatkan kemahiran tenaga kerja Dutch Lady. Selain latihan syarikat ini juga menggunakan
teknologi moden di dalam proses penghasilan produknya. Ini adalah kerana kecekapan organisasi
ini dalam mengurus perubuhan. Contohnya, Dutch Lady menggunakan alat sensory tests (ujian
rasa) dan ini telah memberi peluang kepada tenaga kerja untuk merasa resepi baharu yang
dicipta. Persekitaran tempat kerja yang bersih dan sistem pejabat yang terbuka turut membawa
kemajuan kepada syarikat Dutch Lady Malaysia.

10
3.3 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Syarikat Dutch Lady Milk Industry Berhad, merupakan antara pakar tenusu di Malaysia
merupakan sebahagian daripada Royal Friesland Foods yang merupakan sebuah syarikat
multinasional yang berpusat di Belanda serta terkemuka di dunia dalam industri tenusu dan
pengeluar barangan makanan dan minuman pengguna. Bermula sebagai pengimport susu manis,
Dutch Lady Malaysia telah berkembang di pasran tempatan sejak 50 tahun yang lalu. Pada hari
ini Dutch Lady merupakan antara jenama utama yang dikenali di seluruh Malaysia. Dutch Lady
menawarkan pelbagai jenis produk tenusu kepada semua lapisan pengguna di Malaysia. Sebagai
sebuah syarikat yang terkemuka, sudah tentu syarikat ini mempunyai cabaran-cabaran di dalam
pembangunan sumber manusia di dalam menjamin dan meningkatkan hasil produktivit syarikat.

Moto Hidup sihat penuh semangat tidak hanya kami amalkan kepada pelanggan,
kakitangan Dutch Lady turut mengamalkan moto ini. Dutch Lady merupakan tempat yang sesuai
untuk golongan muda yang bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan memulakan kerjaya
yang mempunyai masa depan yang cerah. Di Dutch Lady Malaysia, cabaran dalam
pembangunan sumber manusia dapat dilihat dengan kesungguhan syarikat yang sentiasa mencari
individu yang bersemangat tinggi, mempunyai inspirasi baru serta dapa melihat situasi menerusi
sudut yang baru.

Setiap pekerja amat bermotivasi serta berupaya menggunakan kebolehan mereka untuk
terus maju dan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Dutch Lady sangat
menghargai kepentingan sumber manusia dan syarikat sangat komited dalam membantu setiap
pekerja untuk terus maju. Mengapa golongan muda harus memilih Dutch Lady? ini kerana
syarikat ini berupaya memberikan lebih banyak perhatian kepada bakal-bakal pekerja berbanding
majikan yang lain kerana fokus syarikat ini adalah pada sumber manusianya. Setiap pekerja
boleh menimba ilmu serta pengalaman berkenaan dengan peraturan dan pemasaran produk yang
telah mempengaruhi kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada kebolehan pekerja
berasaskan interpersonal mahupun pentafsiran data, syarikat Dutch Lady nalaysia menawarkan
jawatan dengan pelbagai darjah tanggungjawab dan tugasan yang bersesuaian dengan
kemampuan setiap pekerja. Sehingga hari ini, lebih 600 orang pekerja di Dutch Lady telah

11
menemui suasana kerja yang lebih bersemangat, rakan skerja yang mudah berkomunikasi,
mempunyai inisiatif serta ingin belajar.

4. CADANGAN (3 SYOR)

Untuk menghasilkan pekerja yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi, bahagian pengurusan
sumber manusia dalam organisasi tersebut harulah mempunya strategi yang berkesan. Menurut
Ab Aziz Yusoff (2006), sumber manusia ialah asset penting organisasi sama ada organisasi
perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek produktiviti, kualiti, kepuasan pelanggan,
keuntungan dan viability ataupun organisasi awam yang mementingkan kualiti perkhidmatan,
keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaan pelanggan. Untuk tugasan ini tiga syor yang
dicadangkan ialah bagaimana pengurusan sumber manusia mengurus globalisasi, perubahan, dan
pembangunan sumber manusia.

4.1 GLOBALISASI

Pada masa kini, banyak organisasi atau syarikat Malaysia bertaraf multinasional dengan
mempunyai cawangan di luar Negara. Isu globalisasi muncul daripada cantuman pelbagai
transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideology
sesuatu Negara menembusi sempadan Negara lain (Abdul Rahman Embong, (2000). Ini secara
langsung akan memberikan kesan ketara terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi
Negara. Menurut Norani (2000), pertumbuhan dan pembangunan ekonomi itu sendiri sebenarnya
adalah asas kepada bentuk pembangunan sumber manusia. Industri dan perniagaan antarabangsa
pada masa ini juga.

Antara cadangan bagaimana pengurusan sumber manusia boleh mengurus globalisasi


adalah organisasi perlulah mengenal pasti seorang pengurus sumber manusia yang berkebolehan
dalam melaksanakan tugas-tugasnya di mana-mana Negara asing. Seterusnya, mampu mereka
bentuk program-program latihan serta peluang-peluang pembangunan bagi tujuan meningkatkan
pemahamannya tentang amalan kerja dan budaya asing. Akhir sekali ialah, mampu melakukan
perubahan-perubahan terhadap pelan pampasan bagi memastikan skim pembayaran yang adil
serta sesuai di setiap kawasan geografi dan kos sara hidup yang berbeza.

12
4.2 PERUBAHAN

Globalisasi merupakan antara factor utama yang boleh menyebabkan perubahan berlaku dalam
sesebuah organisasi. Organisasi yang yang sentiasa mengekalkan status-quonya kebiasannya
tidak mampu bersaing dalam persaingan pasaran yang cukup pantas, berkembang dan kompettitf.
Oleh itu, cadangan seterusnya bagaimana pengurusan sumber manusia boleh mengurus
perubahan dalam organisasi ialah organisasi perlulah menyesuaikan cara operasi untuk tujuan
kemampuan dalam mengekalkan keberkesanan operasi menyeluruh sesebuah organisasi.

Cadangan ini boleh dicapai dengan mewujudkan program-program kualiti secara


menyeluruh, pengecilan, kejuruteraan semula, penyumberan luar dan penggabungan. Secara
kebiasanya, perubahan-perubahan boleh berlaku secara reaktif atau proaktif. Perubahan reaktif
boleh berlaku adalah keranan disebabkan oleh fator-faktor luaran. Perubahan proaktif pula akan
berlaku apabila inisiatif daripada seorang pengurus bijak merebut peluang-peluang yang ada di
dalam industry yang mengalami perubahan pantas.

Namun perubahan-perubahan ini tidak berlaku secara spontan kerana kebanyakan


pengurusan sumber manusia akan menentang perubahan kerana bimbang perubahan yang
dilakukan tidak berjaya. Oleh yang demikian bahagian pengurusan sumber manusia perlu
memainkan peranan yang penting dalam merancanakan perubahan di dalam organisasi.

4.3 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perlulah sentiasa mengadakan program-
program pembangunan bagi memastikan pekerja mampu berdaya saing terutamanya di peringkat
global. Organisasi perlulah menguruskan sumber-sumber manusianya dengan baik jika
organisasi tersebut hendak bersaing dalam pasaran antarabangsa. Cadangan yang seterusnya
ialah pengurusan sumber manusia haruslah menyusun strategi bertujuan untuk memastikan
sumber manusianya lebih berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman di peringkat global.

13
Ini kerana pekerja yang mempunyai nilai ekonomi dari dari segi pengetahuan, kemahiran dan
keupayaan mampu memberikan kesan yang besar terhadap kemajuan sesebuah organisasi.

Pengurusan sumber manusia melalui program penstafannya perlulah mengenalpasti,


merekrut, dan memilih calon-calon yang berkualiti bagi mengisi setiap kekosongan. Seterusnya,
program-program latihan haruslah disediakan kepada mereka untuk dijadikan pelengkap dalam
proses penstafan bagi meningkatkan kemahiran pekerja. Program-rogram sebegini juga bagi
memberi peluang kepada para pekerja mengembangkan karier mereka supaya diberi peluang
memagang jawatan yang lebih tinggi. Justeru itu, bahagian pengurusan sumber manusia perlulah
menyusun program-program yang bersesuaian untuk membangunkan kemahiran dan
pengetahuan para pekerjannya. Selain itu program ini juga untuk memastikan fleksibiliti pekerja
di dalam tugas serta keperluan setiap pekerja. Melalui cadangan ini juga, proses pembelajaran
dan pembangunan pekerja secara berterusan dapat diwujudkan dan dilaksanakan dengan baik.

5. KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesebuah organisasi yang maju dan cemerlang adalah bergantung kepada
kecekapan dalam mengurus sumber manusia organisasi tersebut. Pemilihan syarikat Dutch Lady
Malaysia sebagai organisasi yang dipilih dalam tugasan ini adalah kerana kecemerlangan
syarikat ini di dalam pengurusan sumber manusianya. Pengurusan sumber manusia berperanan
penting dalam menentukan halatuju organisasi menerusi pemilihan pekerja sehingglah pemberian
latihan dan kemahiran. Peranan utama bahagian pengurusan sumber manusia adalah sebagai
perancang, fasilitator, kordiantor, juru audit, dan sebagai orang tengah. Pengurusan sumber
manusia amat penting bagi memestikan organisasi kekal beroperasi dan berkesan.

Seterusnya, analisis yang dibuat terhadap cabaran yang dihadapi oleh pengurusan sumber
manusia syarikat yang dipilih daripada segi globalisasi, mengurus perubahan dan pembangunan
sumber manusia ternyata Dutch Lady berjaya menangani cabaran tersebut. Kejayaan syarikat ini
dibuktikan dengan berjaya mengurus cabaran-cabaran seperti dari segi globalisasi, mengurus
perubahan, dan dalam pembangunan sumber manusia syarikat ini. Ini juga membuktikan bahawa
dengan pengurusan sumber manusia yang baik, organisasi akan lebih berkembang dan berdaya
saing dengan syarikat-syarikat multinasional yang lain. Dengan penugerahan pelbagai anugerah
kecemerlangan, organisasi seperti Dutch Lady Malaysia wajar dijadikan contoh oleh organisasi

14
yang lain bagi meningkatkan prestasi organisasi masing-masing terutamanya dari segi
pengurusan sumber manusia.

Akhir sekali, pengsyoran atau cadangan yang telah diberikan sangat bersesuaian dalam
membantu pengurusan sumber manusia mengurus globalisasi, perubahan dan pembangunan
sumber manusia dengan lebih baik. Cadangan yang pertama adalah dengan melantik seorang
pengurus atau kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas di mana-mana Negara.
Seterusnya, cadangan kedua pula ialah bagaimana pengurusan sumber manusia mengurus
perubahan dalam organisasi adalah dengan menyesuaikan cara operasi untuk tujuan kemampuan
dalam mengekalkan keberkesanan operasi menyeluruh sesebuah organisasi. Cadangan seterusnya
pula adalah dengan menyususun strategi-startegi yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran
pekerja.

15
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2006. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Petaling
Jaya; Pearson

Shanti Subraniam. 2007. Pengajian Perniagaan. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Siti Zubaidah, Nor Azimah, Wan Din Wan Daud, Tang Swee Mei, Yaahon Ibrahim & Ho Jo Ann.
2014. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Open University Malaysia

Annual Report Dutch Lady Milk Industries (Malaysia) tahun 2012, 2013, dan 2014.

Annual Report Nestle (Malaysia) Berhad tahun 2012, 2013, dan 2014.

16

Anda mungkin juga menyukai