Anda di halaman 1dari 8

Bincangkan impak watak Upin dan Ipin dalam memupuk kesepaduan sosial di Malaysia.

Salah satu impak yang


jelas dilihat dalam animasi
Upin Ipin ini adalah
menonjolkan seni budaya
bangsa. Walaupun
kehidupan Upin Ipin ini
adalah
sederhana namun, keluarga ini
mengekalkan identity budaya.
Misalnya, watak Opah
masih menunjukkan
pemakaian tradisional. Jika
dilihat pemakaian
tradisional
semakin ditelan arus
pemodenan. Jika masyarakat
kini masih meneruskan amalan
ini,
ini akan menjadi tarikan
kepada masyarakat lain yang
berbilang kaum.
Selain itu, animasi ini
juga menonjolkan konteks
masyarakat yang berbilang
kaum. Walaupun berbeza adat
dan kaum tetapi hubungan erat
Upin dan Ipin dengan
rakan-rakannya menunjukkan
perbezaan bangsa tidak
menjejaskan hubungan antara
sesebuah kaum malah lebih
erat jika saling tidak
mementingkan diri dan warna
kulit.
Misalnya, watak Upin Ipin
yang sentiasa menghormati
dan saling bantu-membantu
rakannya, iaitu Jarjit dan Mei-
Mei yang berlainan bangsa
jika menghadapi kesusahan.
Selain itu, animasi ini
juga menonjolkan konteks
masyarakat yang berbilang
kaum. Walaupun berbeza adat
dan kaum tetapi hubungan erat
Upin dan Ipin dengan
rakan-rakannya menunjukkan
perbezaan bangsa tidak
menjejaskan hubungan antara
sesebuah kaum malah lebih
erat jika saling tidak
mementingkan diri dan warna
kulit.
Misalnya, watak Upin Ipin
yang sentiasa menghormati
dan saling bantu-membantu
rakannya, iaitu Jarjit dan Mei-
Mei yang berlainan bangsa
jika menghadapi kesusahan.
Walaupun jika dilihat
kehidupan Upin dan Ipin ini
adalah sederhana
Salah satu impak yang jelas dilihat dalam animasi upin ipin ini adalah menonjolkan seni budaya
bangsa.Animasi ini menonjolkan konteks masyarakat yang berbilang kaum.Walaupun berbeza adat
dan kaum tetapi hubungan Upin dan Ipin dengan rakan-rakannya menunjukkan perbezaan bangsa
tidak menjejaskan hubungan antara sesebuah kaum malah lebih erat.Menerusi animasi ini juga jelas
menunjukkan perpaduan dalam masyrakat sangat penting dalam sosial di Malaysia.untuk memupuk
kesepaduan sosial ianya bermula institusi kekeluargaan.Animasi Upin Ipin ini banyak memaparkan
hubungan kekeluargaan yang erat dan kukuh.

Perkembangan sains dan teknologi telah memudahkan perhubungan pada hari ini. Ia juga
membantu memudahkan proses penyuaraan rasa tidak puas hati etnik-etnik tertentu
terhadap etnik yang lain.
Apakah kesan fenomena ini terhadap kesepaduan sosial?

Kemajuan teknologi sains dan teknologi memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi
kehidupan masyarakat pada masa kini.Pengaruh kemajuan teknologi dan sains berbeza-beza
terhadap setiap individu,Hal ini disebabkan kerana adanya perbezaan corak
pemikiran,perbezaan sifat yang terkesan pengambilan sikap,hubungan sosial dan budaya
sehari-hari. justeru terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun
negatif.

Antara kesan positif yang boleh dilihat ialah darisegi penyebaran maklumat,masyrakat akan
memperolehi sesuatu berita dan maklumat dengan pantas, mudah mengenali budaya lain, dan
dapat menyebarkan nilai-nilai murni.Perkongsian maklumat juga mempu mendorong
masyrakat untuk kearah yang lebih bailk.Manakala kesan negatif pula sesetengah masyrakat
mengunakan kemajuan teknologi dan sains ini sebagai alat untuk memecahbelahkan
kesepaduan sosial dengan penyebaran informasi yang salah,gossip dan propanganda.  Perkara
ini bole dilihat secara jelasnya melalui ruangan media sosial seperti twitter, facebook &
instagram. Pengguna media sosial ini boleh menyuarakan apa sahaja pendapat mereka
termasuklah berkenaan isu ketidakpuasan hati terhadap etnik-etnik tertentu dan tercetus lah
pergaduhan antara kaum dan etnik.

Berdasarkan slide Bab 2 dan bahan carian sendiri,  sila beri contoh prejudis dan
stereotaip. 
Prejudis

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat didalam hati seseorang atau satu
kelompok etnik yang sering tidak diluahkan secara terbuka mengnai ahli atau kelompok ahli
lain.

Contoh: Seorang graduan universiti tempatan berbangsa Melayu menghadiri temuduga di


sebuah syarikat swasta. Semua penemuduga yang hadir berbangsa Cina. Ketika sesi
temuduga berjalan, mereka sering berbisik bahawa orang melayu pemalas di antara mereka
dalam bahasa Mandarin. Yang tidak disedari mereka, calon temuduga itu sebenarnya boleh
berbahasa Mandarin kerana bersekolah rendah di sekolah Cina.

Stereotaip

Stereotaip ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.Dengan kata
lain,stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk
yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain.

Contoh:Ali(melayu) menganggap Chong tamak dan kedekut kerana dia berbangsa cina.

peranan Perlembagaan Persekutuan Dalam Mengekalkan Hubungan Harmoni Antara


Kaum dan Agama di Malaysia

Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja


Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak.

Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina,
India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda
boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti
lainnya.  Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara
berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan
warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama.

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi


menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu
diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak
dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan
bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama
rasmi kerajaan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan
mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal
mengancam keselamatan negara. Perkara ini telah  termaktub dalam pindaan Akta Hasutan
pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini
Perlembagaan boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan
negara.
Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia
merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti
untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira
sebagai salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun
Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,
penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama
mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan".

Isu keseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia merupakan isu yang sentiasa
diperkatakan.  Huraikan strategi bagi meningkatkan tahap ekonomi masyarakat
Bumiputera. 

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. .DPN telah dilancarkan oleh
Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam
usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Terdapat beberapa pendekatan yang telah dilakukan untuk meningkatkan tahap ekonomi
masyarakat Melayu/Bumiputra di Malaysia di dalam Dadar Pembangunan Nasional iaitu
Penyusunan Semula Masyarakat.Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi dan penyusunan semula hak milik akan terus menjadi program penting di bawah
strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial
dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh.
Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan
penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan
terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan
kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri
dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan
dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah
jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.

DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden
seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera
di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise.
Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk
membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan
Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi
terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan
perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan
memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi
mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera
mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya
dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang
dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991 - 2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh
Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.)

Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan
diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Berhubung dengan strategi
penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif
yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk
melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran - kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi
mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan
kekayaan mereka.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan
sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng
tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu
cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta
serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan
meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi
syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai