Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN: GADIS MALAYSIA

BINCANGKAN IMPAK KARAKTER UPIN DAN IPIN DALAM MEMUPUK


KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA.

Upin dan Ipin mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin dan Ipin di
Kampung Durian Runtuh. Mereka tinggal bersama kakak mereka yang turut disertai
Jarjit, Meimei, Ehsan, Mail, Fizi, dan rakan yang lain. Sebagai rakan baik mereka selalu
membaca dan bermain bersama rakan yang lain.

Upin dan Ipin merupakan satu satu siri animasi yang tidak asing lagi bagi masyarakat
Malaysia. Siri animasi yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia
kerana kaedah penceritaan yang digunakan begitu dekat dihati masyarakat Malaysia. Siri yang
telah mula disiarkan pada tahun 2007 sehingga sekarang, menggunakan watak Upin dan Ipin
serta masyarakat sekelilingmereka sebagai karekter didalam cerita tersebut.

Kesan daripada karekter-karekter ini telah memberi sedikit sebanyak memberi impak
kepada kesepaduan sosial di Malaysia. Dimana didalam siri animasi ini, kita dapat lihat melalui
penceritaan budaya-budaya masyarakat di Malaysia. Seperti, perayaan Hari Raya Aidifitri dan
Sambutan Bulan Puasa yang disambut masyarakat Islam (Upin dan Ipin). Selain itu,sambutan
Perayaan hantu yang disambut oleh masyarakat cina (Mei Mei) turut dipaparkan dalam siri
animasi ini. Dengan memaparkan sambutan-sambutan perayaan ini, kita dapat mengenali
budaya-budaya masyarakat lain dan sekaligus dapat membentuk sikap hormat
menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, animasi Upin dan Ipin turut memaparkan kisah permainan yang kerap
dimainkan oleh masyarakat kampung sejak dahulu lagi. Contohnya permainan baling selipar,
gasing, sorok-sorok, tingting, dan lastik. Melalui cerita yang disampaikan kita dapat lihat
kesepaduan yang dapat dibentuk melalui permainan-permainan tradisional ini. Dimana
kita dapat lihat permain yang ramai diperlukan dalam bermain permainan-permainan
tradisional ini berbanding permainan moden yang hanya memerlukan seorang pemain.
Kebiasaanya, dalam animasi Upin dan Ipin, permainan-permainan ini dimainkan pelbagai oleh
bangsa seperti Cina, Melayu, Sikh, dan India.

Selain itu, melalui siri animasi Upin dan Ipin ini, kita dapat melihat dan belajar
bagaimana budaya melawat atau ziarah menziarahi antara satu sama lain dapat
membantu dalam aspek perpaduan. Dalam siri animasi Upin dan Ipin, kita dapat lihat
bagaimana adik beradik kembar ini selalu melawat jiran tetangga mereka seperti Tok Dalang,
Salleh, dan Ehsan. Bagaimana ziarah-menziarah, bertukar makanan, dan bertukar sapa
menguatkan ikatan silaturahim mereka.

Pemilihan watak atau karekter yang terdiri dari pelbagai bangsa turut memberi impak
besar dalam kesepaduan sosial. Dimana melalui karekter-karekter ini, kita dapat belajar loghat
ataupun dialek masyarakat Malaysia seperti Mei-Mei dengan slang cinanya, Susanti dengan
slang Indonesianya, dan Jarjit atau Uncle Muthu dengan slang Indianya. Hal ini sekaligus, boleh
membantu kita dalam aspek berkomunikasi dengan pelbagai kaum.

Selain daripada karekter-karekter Upin dan Ipin yang membentuk kesepaduan sosial, kita
dapat lihat dari segi tempat tinggal Upin dan Ipin. Di dalam animasi ini, suasana kampung telah
digunakan sebagai latar belakang animasi ini. Suasana kampung yang ditonjolkan dapat
mendidik masyarakat tentang perpaduan kerana penduduk kampung tersebut terdiri daripada
pelbagai bangsa yang tinggal bersama dan hidup aman harmoni.

Selain itu, kita dapat lihat daripada setiap episod atau siri yang dimainkan. Dimana setiap
episod menceritakan tentang semangat cintakan negara. Contohnya, tentang sukan
badminton, perayaan, dan kereta buatan Malaysia. Hal ini sekaligus, memupuk masyarakat
tentang cintakan negara dan perpaduan.

Secara amnya, karekter-karekter yang direka dalam Upin dan Ipin memberi pengaruh
besar dalam kesepaduan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, disamping berhibur kita dapat
belajar dan mencontohi sesuatu daripada karekter-karekter ini dam membentuk kesepaduan
sosial di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai