Anda di halaman 1dari 5

Integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu “budaya

dan integriti untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru
(2005), integriti bermaksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh, keutuhan. Integriti
secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan
etika dalam tindakan sehari-hari. (Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti
Nasional, 2004).

Terdapat banyak pihak memberikan konsep mengenai integriti. Menurut


Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang
dipetik daripada akhbar Utusan yang bertarikh 21 Mac 2011, integriti perlu dilihat pada
satu konsep yang holistik dan komprehensif secara semulajadi. Integriti jika dilihat dari
maksud yang mendalam bermaksud seseorang yang boleh dipercayai, amanah,
menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan
berpegang pada janji serta. Seperti contoh seorang pegawai kerajaan mereka perlu
menjalankan amanah seperti yang ditetap dan dijanjikan dan mesti boleh dipercayai.
Selain itu mereka akan melaksanakan kerja yang mempunyai kualiti yang sangat
tinggi. Berdasarkan kata-kata Perdana Menteri kita, integriti merangkumi semua
tingkah laku positif yang perlu ada oleh setiap individu dalam melaksanakan tugas-
tugas seharian.

Pada era kini, semakin banyak isu-isu semasa yang melibatkan guru dilaporkan
oleh media massa. Guru dahulu tidak sama seperti guru sekarang. Guru kini sudah
semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, dan ini berkait rapat dengan integriti
dan menggambarkan kepentingan integriti pada warga guru. Integriti sangat penting
kepada kita sebagai seorang guru. Hal ini kerana guru berintegriti dapat untuk
mengelakkan guru daripada terlibat dengan penyelewengan, ponteng dan rasuah.
Malah yang lebih teruk lagi sekiranya guru tersebut terlibat dengan kelakuan yang
tidak melambangkan sifast sebagai seorang pendidik. Guru yang berintegriti akan
bertindak amanah dan tidak mengambil kesempatan supaya urusan yang dilakukan
adalah secara tulus dan telus supaya tiada penyelewengan dan rasuah akan berlaku.

Selain itu, integriti penting kepada guru untuk melahirkan guru yang ikhlas
dalam menjalankan tanggungjawab terhadap murid. Guru perlu mendidik semua
murid-muridnya tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi mahupun bangsa dan
agama. Menurut Zahir Zainudin (2010), objektif Dasar Kanak-Kanak Negara iaitu
setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian. Guru yang ikhlas dan
berintegriti tidak bersikap pilih kasih tetapi menerima murid-murid tanpa sebarang
prejudis mahupun diskriminasi.
Integriti juga penting untuk melahirkan guru yang berkualiti supaya dapat
menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi
juga mendidik murid-murid. Guru perlu memastikan pencapaian akademik murid-
muridnya meningkat sekaligus mengharumkan nama sekolah dimata umum. Di
samping itu, sahsiah murid juga tidak ditinggalkan begitu sahaja. Guru yang
berintegriti turut membantu membentuk sahsiah murid untuk menjadi murid yang jujur,
amanah, ikhlas, patuh kepada peraturan, yakin diri sekaligus membentuk dan
melahirkan nilai-nilai integriti dalam diri murid tersebut.

Integriti juga penting kepada kita sebagai guru untuk memberikan keyakinan
dan kepuasan kepada ibu bapa dan murid. Guru yang berintegriti tidak seharusnya
mengabaikan perkara-perkara remeh seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak
memberi kerja rumah yang mencukupi, menyemak buku latihan secara sambil lewa
dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu melakukan kerja dengan penuh teliti, tekun serta
bersungguh-sungguh. Kepuasan kepada pelanggan iaitu ibu bapa dan murid
merupakan kepuasan kepada guru juga.

Menurut Noriati A.Rashid (2010) sebagai penjawat awam, integriti guru


membawa makna guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Guru tidak dibenarkan
menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kaum kerabatnya
sendiri. Selain itu, setiap guru hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan
kes seperti rasuah, pecah amanah ataupun penyelewengan. Sejak akhir-akhir ini,
semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang dalam kalangan guru disiarkan
dalam media massa. Antara contoh penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah
adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk mendapatkan
komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara
pembelian, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya
kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk
kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang
dilakukan murid dan banyak lagi.

Tambahan pula, guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya


mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Sikap guru sebegini akan
mencemarkan profesin keguruan. Guru haruslah menjalankan tugas dengan telus
supaya kes seperti tidak akan berlaku. Setiap urusan kewangan perlu dicatatkan dan
pengeluaran wang pelajar mestilah di dalam pengetahuan guru besar. Guru tidak
boleh sewenang-wenangnya meminta duit daripada pelajar tanpa pengetahuan dan
persetujuan daripada pihak pentadbir. Setiap bayaran juga perlu disertakan dengan
resit yang sah. Selain itu, guru perlulah jujur dan tidak menggunakan walau satu sen
pun duit pelajar untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para
pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang
dihormati dan disegani. Guru perlu menjadi role model bukan sahaja kepada anak
didiknya tetapi juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat (Abu Bakar
Nordin, 2003). Seseorang guru haruslah mempunyai jati diri dan pembentukan
sahsiah yang bermoral sebelum mendidik murid menjadi seorang yang bermoral dan
bersahsiah. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan
bermakna apabila ia turut dihayati dan diamalkan oleh guru itu sendiri. Guru juga perlu
menjaga kelakuan kerana gerak-geri kerana seorang guru sentiasa menjadi tumpuan
walau ke mana sahaja dia pergi. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang
menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan.

Cara terakhir yang dapat meningkatkan amalan guru berintegriti ialah guru
harus sentiasa komited dan berdedikasi semasa menjalankan tugas masing-masing.
Segala yang dilakukan oleh guru adalah demi kepentingan pendidikan pelajar, demi
melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan. Guru perlu
mengetepikan kepentingan diri serta berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas.
Contohnya seperti guru sanggup mengorbankan masanya untuk mengajar murid
sehingga ada guru yang sanggup datang ke sekolah pada malam hari dan hujung
minggu untuk mengadakan kelas tambahan.

Guru merupakan insan yang menjadi nadi dan ejen perubahan kepada
masyarakat. Tugas guru sejak dari dahulu lagi bukan sekadar hanya menyampaikan
ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah semata-mata malah guru turut bertindak
sebagai nadi penggerak kepada pembinaan ciri individu yang berketrampilan tinggi,
unggul dan jitu. Guru yang hebat dari segi kualiti mampu membantu negara
melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti tinggi dan berintegriti.

Pendidikan pada hari ini bukan lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang
buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan murid yang buta
IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan
tidak mencukupi dengan hanya menyiapkan murid dengan ilmu pengetahuan
berbentuk teori semata-mata, tetapi pendidikan kini berkehendakkan murid
mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak serta kemahiran interpersonal yang
tinggi bagi menjamin kebolehpasaran serta kebolehan hidup bermasyarakat.
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Tanjong Malim: Quantum Books, 2003.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nillsen (2004). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor, Oxford


Fajar.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional (Edisi Kedua). Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd

Mazilah Musa, Izal Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin. (2005). Etika Dan Integriti Di
Malaysia : Isu Dan Cabaran. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai