Anda di halaman 1dari 4

Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan fitrah semulajadi manusia.

Justeru itu
konsep perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah sesuai dengan keperluan fitrah
yang saling perlu memerlukan antara lelaki dan wanita. Dalam konteks kehidupan
berkeluarga, pembentukan institusi kekeluargaan melalui perkahwinan itu mempunyai
peranan yang cukup besar dan bukan sekadar memenuhi keperluan nafsu shahwat semata-
mata. Ini adalah kerana keluarga itu adalah ibarat blok binaan kepada keutuhan institusi
masyarakat. Keutuhan institusi keluarga pula adalah umpama keutuhan batu-bata yang
menampung kekuatan institusi masyarakat. Justeru itu suami dan isteri perlu berusaha
mengekalkan persefahaman dan muafakat dalam menjaga hubungan mereka, serta
hubungan dengan anak-anak mereka Keruntuhan institusi keluarga bermakna kehancuran
kepada institusi masyarakat dan negara. Wanita merupakan golongan yang memainkan
peranan yang penting di dalam sesebuah struktur masyarakat . Peranan wanita merujuk
kepada melangkaui peringkat negara mahupun di peringkat unit terkecil di dalam sesebuah
masyarakat iaitu institusi keluarga.

Antara tanggungjawab wanita dalam institusi kekeluargaan adalah menjaga maruah


dan kehormatan diri. Memelihara kehormatan diri, mentaati dan menjaga keperluan suami,
membesarkan anak-anak, dan memelihara aurat adalah termasuk dalam amalan kebaikan
yang disanjung tinggi. Wanita di zaman Rasulullah (SAW), tidak ditegah untuk keluar
menunaikan solat berjamaah dan mendengar pengajaran Baginda (SAW) di masjid. Mereka
keluar beramai-ramai dalam keadaan menutup kepala mereka sehingga tidak dikenali oleh
kebanyakan orang dan tidak pula menimbulkan sebarang fitnah. Berdandan dan berhias
adalah jauh sama sekali demi menjaga kehormatan dan martabat yang ada pada mereka.
Inilah gambaran kesolehan wanita sepertimana ayat al-Quran yang bermaksud: Maka
wanita yang solih itu adalah terdiri dari mereka yang taat lagi patuh (kepada Allah dan
kepada suami-suami mereka) dan memelihara diri di waktu ketiadaan suami (Al-Quran, an-
Nisa: 34). Wanita yang solehah akan melahirkan lebih ramai generasi yang soleh dan
solehah yang dapat memelihara agama Islam dengan pengetahuan yang tentang islam
yang dimiliki oleh mereka.

Sekiranya diteliti, wanita juga berperanan sebagai ibu dalam sistem kekeluargaan.
Tugas ibu bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum,  kesihatan dan keselesaan
hidup anak-anak tetapi juga untuk mencorak,  mengasuh  dan  membimbing mereka.   Ini
kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manfaat kepada diri, 
keluarga,  masyarakat dan negara secara keseluruhannya.   Sesungguhnya watak, 
keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan corakan yang diberikan
oleh ibu bapa.  Di dalam hal ini Rasulullah S.A.W  dalam hadisnya mengatakan:

1
“Tiap-tiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibubapanyalah
yang akan menjadikannya seorang Nasrani,  Yahudi  ataupun Majusi.”  (Al-Hadis). Oleh itu,
wanita perlu membimbing anak-anak mereka ke jalan yang lurus supaya tidak menjadi duri
dalam daging kepada keluarga, masyarakat serta negara kelak. Hal ini kerana anak-anak
ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya maka jika ibu dan bapa
mencorakkannya dengan baik anak-anak yang soleh dan solehah akan terhasil.
Seterusnya, wanita bertanggungjawab sebagai pendidik. Sebagai wanita, seseorang
itu hendaklah memperlengkapkan diri dengan ilmu asas fardhu ain dan fardhu kifayah serta
ajaran hadis untuk menghadapi cabaran dalam pembangunan masyarakat. Dalam institusi
kekeluargaan, wanita boleh menggalakkan ahli keluarga untuk mengaplikasikan ilmu dalam
kehidupan seperti memberi dorongan kepada mereka untuk membaca Al-Quran. Wanita
juga boleh menyediakan keperluan pendidikan di rumah sebagai wadah minda contohnya,
buku keagamaan dan buku-buku ilmiah. Perkara ini juga dapat kita lihat semenjak zaman
Rasulullah lagi di mana Aisyah r.a banyak memberi sumbangan dalam bidang ilmu Islam
dengan menyimpan hadis dan mengaplikasinya dalam kehidupan. Sebagai seorang
manusia, kita seharusnya sentiasa dahagakan ilmu. Seperti sabda Rasulullah SAW:
“Mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang islam, lelaki dan perempuan”. Peranan wanita
dalam keluarga akan menatijahkan masyarakat yang berilmu kerana pendidikan awal di
rumah menjadi asas pegangan anak-anak.
Selain itu, wanita juga perlu mempunyai sifat kepimpinan dalam dirinya. Sifat ini akan
mendorong anak-anak untuk memperjuangkan agama Islam. Wanita perlu mendidik anak-
anak agar sentiasa bersedia untuk menjadi pemimpin dan dipimpin. Antara contoh aktiviti
yang boleh dilakukan di rumah untuk memupuk sifat kepimpinan bersama keluarga adalah
melakukan solat berjemaah. Aktiviti ini dapat menyemai sikap dedikasi dalam kepimpinan
sesebuah kelompok manusia. Sifat kepimpinan ini dapat dilihat sejak zaman kebangkitan
Islam lagi di mana tokoh wanita Islam iaitu Khansa’ iaitu gelaran kepada ibu kepada para
syuhada yang tabah menerima ketiadaan anak-anaknya yang mati syahid di jalan Allah
kerana menjadi pejuang Islam. Melalui peristiwa ini, kita dapat konklusikan bahawa anak-
anak sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan agama Islam kerana mereka
mempunyai sikap kepimpinan dalam diri mereka.
Di samping itu, wanita digalakkan untuk bekerja. Dalam negara yang semakin maju
peranan wanita dalam pembangunan negara menjadi semakin penting. Perubahan
sosioekonomi yang dialami negara sejak selepas merdeka menjadikan peluang pekerjaan
telah terbuka luas untuk wanita. Jika diteliti perihal penglibatan wanita di dalam bidang
pekerjaan pada zaman kebangkitan Islam, wanita dibenarkan bekerja dalam pelbagai
bidang di dalam atau di luar rumah dengan syarat pekerjaan tersebut dilakukan dalam
suasana terhormat, sopan, serta senantiasa memelihara agamanya dan menghindari

2
daripada perkara-perkara negatif dari pekerjaan tersebut terhadap diri dan persekitarannya.
Dalam bidang perniagaan, nama isteri Rasulullah (SAW) iaitu Khadijah Khuwailid, tercatat
sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Demikian juga Qilat Ummi Bani
Anmar yang pernah datang kepada Rasulullah untuk meminta tunjuk ajar dalam bidang jual-
beli. Itulah gambaran betapa sumbangan wanita Islam begitu besar baik dalam keluarga,
masyarakat dan juga negara seluruhnya. Bahkan terdapat kata-kata hikmah yang berbunyi:
Wanita itu tiang negara, wanita itu baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak, maka
rosak pulalah negara itu (Abu Mohd Jibril, 1986).
Akhir sekali, wanita juga perlu berkongsi ilmu dengan ahli keluarga. Dalam institusi
keluarga, biasanya suami berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada ahli keluaraga.
Wanita pula boleh berkongsi ilmu yang diperolehi dengan ahli keluarga yang lain ataupun
masyarakat. Perkongsian ilmu ini juga disebut sebagai berdakwah. Kebiasaannya jika
disebut berkenaan dengan dakwah pasti akan dikaitkan dengan lelaki walhal wanita juga
boleh menjadi pendakwah. Sebagai contoh kini, Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah yang
merupakan penceramah yang bertindak dalam membangunkan modal insan masyarakat
Islam yang berkualiti tinggi. Dakwah merupakan kerjaya paling agung dan mulia. Kerja ini
adalah salah satu perkara yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh
umatnya, tidak kira lelaki atau wanita. Menyerahkan tugas dakwah kepada kaum lelaki
sahaja akan menjadikan perjalanan dakwah itu tempang dan pasti tidak akan dapat
mencapai matlamat yang telah dituntut Allah, selain daripada ianya bercanggah dengan
ketentuan nas-nas syarak. Oleh itu, penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi
wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal
dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki.
Intihannya, dapat dikatakan wanita mempunyai peranan besar dalam pembangunan
keluarga, masyarakat dan negara. Agama Islam mengiktiraf peranan kaum wanita ini.
Mereka diberikan ruang dan peluang untuk aktif dalam pembangunan seiring dengan kaum
lelaki. Wanita hari ini kian berganjak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
kemahiran pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan
berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat
hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah
kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi
hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan
wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia
boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain.

3
RUJUKAN

Al-Quran

Abu Mohd Jibril Abdur Rahman. (1986). Wanita solihah: Ciri-ciri dan fungsinya.

Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Abdul Aziz Ismail. (1995). Tindak Balas Wanita Dalam Rumah Tangga. Kuala Lumpur:

Majujaya Indah Sdn. Bhd.

Ande Masnah Andek Kelawa. (1999). Kepimpinana Wanita Dalam Islam Kedudukannya

Dalam Syariah. Selangor: Penerbit University Kebangsaan Malaysia.

Asyraf hj. Ab Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahmad & Zainab Ismail. (2010). Peranan Wanita

Dalam Pembangunan Keluarga Dari Perspektif Fi Zilal AlQuran. Journal Of

Governance And Development 14(6), 14-21.

Mashitah Ibrahim. (1999). Wanita Dan Pembentukan Keluarga Bahagia. Terengganu:

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Ismahalil Ishak. (2017). Peranan Wanita Dalam Institusi Keluarga.

Siti Nur Husna Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Muhammad Adnan Pitchan.

(2017). Peranan Wanita Dalam Institusi Kekeluargaan: Perbincangan Dari Perspektif

Islam. Journal Of Social Science And Humanities.

Anda mungkin juga menyukai