Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Murid Berkeperluan Khas (MBK) seringkali dilihat mempunyai keyakinan diri yang
rendah untuk bersosial dengan murid tipikal yang lain. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk meningkatkan minat MBK untuk terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dan dapat membina tahap keyakinan meraka untuk
bersosial dan bergaul. Pembelajaran secara koperatif adalah satu kaedah alternatif
selain kaedah berpusatkan guru. Metodologi kajian kualitatif seperti Kajian Kes
adalah reka bentuk kajian yang sesuai dilaksanakan untuk kajian ini. Kajian
dijalankan di sekolah rendah di kawasan Melaka Tengah. Responden dalam kajian
ini terdiri daripada 3 orang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI). Instrumen kajian menggunakan borang senarai semak dan temu bual
bersama guru untuk mengumpul data serta maklumat bagi melihat perbandingan
peningkatan kemahiran sosial MBK dalam proses PdP. Antara kaedah yang
dicadangkan untuk diguna dalam proses pengumpulan data ialah Carta Gantt, kerja
lapangan secara berurutan dan buku nota lapangan. Implikasi daripada kajian ini
diharapkan dapat membantu guru-guru supaya dapat melibatkan penglibatan MBK
secara menyeluruh dengan menggunakan strategi pembelajaran secara koperatif
ketika proses PdP dan MBK juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Anda mungkin juga menyukai